5sen 2007 dot selari

Penemuan terbaru dalam koleksi duacongkak

Apa yang baru…? 5sen 2007 dan 5sen 2008..?

Ramai yang tahu syiling 5sen 2007 dan 2008 banyak dipasaran dan kini masih diguna pakai walau pun siri baru sudah dikeluarkan pada 2012. Melalui blog ini duacongkak ingin tunjukkan penemuan terbaru yang selama ini tidak pernah dilihat atau dipegang. Mungkin ada diantara kolektor lainnya sudah ada atau sudah miliki syiling 5sen 2007 yang hendak ditunjukkan ini, cuma tidak diketengahkan atau duacongkak sendiri tidak perasan ada kolektor lain sudah temuinya.

DSC_0801a1

Pada bahagian gambar diatas ini dua keping syiling 5sen 2007 dan 2008, pada syiling 2007 terdapat dua tanda hijau iaitu bulat dan kotak. Pada bahagian tanda ‘ kotak ‘ (empat segi tepat) kelihatan Die Crack Error. Pertemuan itu bukanlah yang hendak diperkatakan atau diketengahkan tapi pada tanda ‘ bulatan hijau ‘ yang hendak dikongsi bersama. Dalam bulatan itu kita dapat lihat Die Ckip atau Die Gouge yang belum pernah ditemui atau dilihat berbanding dengan Die Gouge 5sen 2008 yang terjadi pada bahagian Obverse. Bentuk Die Gouge ini hampir sama dengan Die Gouge 2008 obverse yang pernah ditebitkan dalam blog ini.

DSC_0802a1

Gambar lain dari syiling yang sama cuma berbeza, ianya tidak bertindih.

DSC_0803a

Kita lihat bahagian Obverse bagi kedua dua siri syiling 5sen 2007 dan 2008. Disinilah yang amat menarik sekali penemuan terbaru yang tidak dijangka. Bagi tahun 2007 adalah buat kali pertama ianya ditemui dan kedudukan dan bentuk Die Gouge adalah sama dengan keluaran 5sen 2008.

Apa yang istimewanya?

DSC_0802a2

Kita boleh lihat kedudukan Die Gouge bahagian reverse syiling 5sen 2007 melalui keratan gambar diatas. Letaknya diantara angka 5 untuk nilai dan 0 untuk tahunnya. Setelah itu cuba dibalikkan kedudukan Die Gouge Obverse seperti gambar keratan yang ketiga. Jika diteliti ianya hampir atau pun sama tempatnya dikedua dua bahagian muka syiling.

DSC_0802a3

Berbeza dengan syiling 5sen 2008 yang hanya dibahagian Obverse sahaja ditemui Die Gouge.

DSC_0803a1

Keratan gambar Die Gouge yang selari dengan bahagian reverse.

DSC_0802a2-b1

Setakat ini duacongkak belum dapat rujuk dari mana mana blog atau rakan untuk dibandingkan kerana ianya adalah penemuan pertama. Sekiranya terdapat penemuan yang sama dimasa akan datang dengan bentuk Die Gouge sama seperti ditemui ini maka, bolehlah ianya diletakkan dalam senarai Die Gouge yang terjadi akibat dari Die yang berlubang semasa proses penempaan.

Die Gouge selari ini yang pernah ditemui lebih dari satu terkini hanyalah siri syiling 5sen 2009 dan pernah duacongkak terbitkan dalam blog ini. Sekiranya ditemui lagi untuk yang keduanya bagi syiling 5sen 2007, bermakna ianya tentu banyak diedaran cuma tidak perasan atau belum ditemui lagi

Semoga rakan rakan blog, peminat duit error, pembaca semua dapat berkongsi pandangan dengan apa yang ditemui ini kerana ianya kali pertama dilihat oleh duacongkak berbanding Die Gouge 2005, 2008, 2009.

apa pun untuk makluman pembaca semua, selepas ini duacongkak tidak dapat berkongsi info dalam tempoh dua minggu kerana urusan kerja. Selepas dua minggu iaitu dibulan November nanti InsyaAllah…akan diterbitkan siri lain pula.

tqvm

sehari sebelum raya

Berita sedih

Menjelang pagi sekitar jam 9.15 pada 14/10/2013 ketika mana aku balik dari kerja, telah terima berita dari isteri aku dengan menyatakan rumah kediaman adik perempuan aku di Felda Sendayan telah musnah terbakar. Kejadian berlaku sekitar 5.15 pagi dan disedari oleh adik ipar yang hanya tinggal seorang diri waktu tersebut kerana isterinya ( adik perempuan aku ) dan seorang anak lelaki berada di kampong sempena menyambut Aidil Adha dan juga melawat ayahnda bonda serta keluarga.

Aku dan isteri tanpa membuang masa terus sahaja bersiap siap dan pergi melawat mereka, mujur isteri aku pandai memandu maka sepanjang perjalanan dari Johor ke Negeri Sembilan, aku hanya melelapkan mata memandangkan semalaman tidak tidur kerana bekerja diwaktu malam.

DSC_0763a

(kedai dimana tempat adik aku menetap)

Sebaik sahaja aku dan isteri tiba dan dapati keadaan rumah mereka hangus sama sekali termasuk kedai D’Mart, kecuali bahagian depannya sahaja yang selamat iaitu muka pintu kedai dibahagian luar. Aku terus tinjau keadaan rumah mereka disebelah kedai tersebut dan ternyata semuanya hangus terbakar.

Keluarga adik perempuan aku tinggal bersebelahan dengan kedai D’Mart Felda Sendayan dan dia adalah salah seorang kaki tangan dikedai tersebut. Menurut apa yang dia ceritakan, ketika mana dia sedang tidur telah terdengar bunyi sesuatu yang meletup letup. Sebaik sahaja adik ipar aku membuka mata, dia lihat percikan api telah berlaku disumber bekalan elektrik rumahnya. Oleh kerana rumah yang diduduki diperbuat dari papan, dengan pantas ianya terus menyambar dan terbakar. Adik ipar hanya sempat lari keluar tanpa sempat melarikan apa apa barang penting kerana api sudah mula membesar dengan kepulan asap sudah mula menyelubungi dalam rumahnya.

DSC_0745a

( adik ipar aku dari KL sedang perhatikan sisa kebakaran)

Dalam masa tidak sampai satu jam, keadaan rumahnya serta kedai D’Mart telah hangus, bomba yang dipanggil pun tidak sempat untuk memadam kebakaran kerana ianya berlaku terlalu pantas.

DSC_0750a

( Bahagian diantara ruang tamu dan bilik kedua. )

Aku terus meninjau dalam rumah mereka dan melihat sisa kebakaran yang hangus dan terasa sebak didada dengan apa yang dilihat.

DSC_0749a

(bahagian ruang tamu dan rak buku)

DSC_0758

( rak pinggan mangkuk dan kelengkapan dapur )

DSC_0759a

( motorsikal dan basikal tidak sempat diselamatkan )

DSC_0756a   

( api yang masih menyala di sudut belakang dalam kedai )

DSC_0761a

( Tinjauan keluarga )

Apa lagi yang tinggal hanyalah kenangan semata mata, rumah dan tempat kediaman adik perempuan aku habis hangus terbakar kecuali bahagian bilik air masih kelihatan seperti tidak terjejas. Namun begitu, hanya kesyukuran sahaja yang dapat diluahkan kerana seisi keluarga adik perempuan aku semuanya selamat walau pun suaminya iaitu adik ipar aku tinggal sehelai sepinggang kerana pakaiannya turut hangus. 

Sedih dengan apa yang dilihat memandangkan pada keesokan hari umat Islam akan menyambut Aidul Adha. Segala keperluan dan persiapan raya turut hangus dalam kebakaran yang tidak dijangkakan.

bayangan arca 2001

Die Clash obv, rev.

Mencari sesuatu yang cacat memerlukan banyak kesabaran selain dari ketelitian, ketekunan, kerajinan, malah kita juga perlu ada sedikit ilmuan berkaitan jenis kecacatan yang kita perlukan. Berkaitan modal rasanya mungkin tidak banyak jika dibandingkan kita perolehi melalui rakan rakan numis mahu pun para penjual. Kita hanya perlu menukarkan duit besar kepada duit kecil dan apabila proses pencarian telah berjaya maka apa yang kita perolehi hanyalah nilai muka sahaja. Baki yang telah kita asingkan ditukar semula kemana mana kedai runcit, petrol pam atau dipasaraya pun boleh terima. Amat jarang bagi duacongkak kembalikan duit baki selepas proses kepihak bank sebab, nanti kita juga akan mengambil dari bank…hehe. Lain kalau kita tukarkan dibank yang bukan dalam kawasan berdekatan dengan kita.

DSC_0739a   

Cerita pasal duit cacat ini terlalu banyak yang boleh ditemui dan kiranya kita membuat pertukaran dengan jumlah yang besar. pasti kita akan temui yang terbaik tapi, ada kalanya kita tidak merasa dan inilah cabaran dan kesabaran yang perlu ada. Ada kalanya  kita boleh temui hasil dari bakian berbelanja dipasar atau membayar tol, atau dimana sahaja yang bakinya duit syiling.

DSC_0741a

Kali ini duacongkak terbitkan syiling siri tempaan tahun 2001 untuk nilai muka 20sen. Apa yang istimewa dan apakah kecacatannya. Jika dilihat dua gambar diatas sudah tentu kita tidak mengetahui apa yang cacatnya. Mari kita tengok gambar dibawah pula.

DSC_0739a1-a

Dua keping gambar yang sama telah digabungkan dan lihat petunjuk pada anak panah ungu dan juga anak panah hijau. Pada bahagian muka syiling sebelah kiri kita lihat anak panah ungu dimana ada satu garisan lurus yang melintang dibawah angka 20 bagi tanda nilai. Sebenarnya tanda lurus itu adalah kesan bayangan arca tepak sirih disebelah muka depan syiling. Bagi bayangan arca ini biasa kita temui dan mungkin tidak menjadi kesukaran tapi bila kita lihat pula dimuka depan syiling iaitu gambar sebelah kanan, pada anak panah hijau itu menunjukkan kesan bayangan arca untuk angka 20 secara terbalik.

DSC_0741a2-a

Untuk bayangan arca bagi syiling 20sen siri bunga raya amat jarang kita temui dan bagi duacongkak, ini adalah yang pertama ditemui dan agak mengejutkan kerana selama ini tidak menjangkakan pada syiling 20sen pun boleh ada jenis kecacatan die clash bahagian obverse. Biasa ditemui iaitu die clash seperti gambar sebelah kiri tadi iaitu die clash pada tepak sirih. Keistimewaan syiling ini iaitu, sekeping syiling telah berlaku die clash dikedua dua muka, dengan itu amat jarang untuk kita temuinya.

Biar pun rupanya tidak seindah waktu ianya ditempa, tapi kecacatan yang ada telah menarik minat untuk disimpan dan jadikan koleksi serta boleh dibuat panduan bagi mendapatkan siri yang lainnya.

apa pun TQVM kepada semua yang sudi melawat dan membaca blog ini.

10sen 2008 DDO

gegar V2

Diantara syiling Malaysia yang sukar ditemui dalam edaran kecuali rajin membelek satu per satu,  kalau untuk dapatkan siri tempaan tahun 2008 sememangnya banyak cuma yang ini agak berbeza sikit.

DSC_0698a   

Apa yang membezakan dari syiling ini?

Satu persoalan yang selalu didengari dari mulut rakan rakan tiap kali melihat duacongkak meneropong syiling, bagi yang kurang berminat, kita terang macam mana pun pasti kita dengar perkataan ” tidak faham ” sampai kita naik bosan sebab mereka asyik bertanya. Tapi bagi yang ambil peduli cuma tidak berminat tentang kecacatan, sekali tunjuk mereka sudah faham. Bagi yang tidak berminat ini kebiasaannya kurang ambil perhatian pada setiap seni yang ada disekelilingnya atau setidaknya mereka ini mungkin berminat pada benda lain, almaklum saja, apa yang kita minat ini adalah terlalu rumit dan meremehkan.

DSC_0701a

Apa yang hendak ditunjukkan disini adalah siri Double Die Obv Error untuk syiling 10sen 2008 V2, terus sahaja layan pada keratan gambar dibawah ini. Beberapa bahagian corak congkak dan tikar ada sedikit kesan DD yang dapat dilihat. Gambar diambil kurang memuaskan dan mungkin sukar untuk melihatnya, dengan itu duacongkak sudah tandakan dengan anak panah untuk memudahkan kita perhatikannya.

DSC_0701a2

Gambar bawah ini di dekatkan lagi.

DSC_0701a1

Keratan gambar paling bawah diambil dengan mengurangkan cahaya dan mungkin dapat lihat dengan lebih jelas lagi kesan gandaan yang ada. Cuma kesan gandaan pada lubang congkak tidak berapa jelas, sudah beberapa kali diambil tapi gambarnya kurang jelas. DDO 2008 ini paling jelas dapat dilihat pada lubang congkak yang hampir dengan kepalanya.

DSC_0709a1

Perkongsian ini semata mata memberi peluang kepada pembaca untuk cuba dapatkan siri sama dan lihat sendiri didepan mata, sememangnya amat unik sekali DDO pada setiap syiling Malaysia ini.

Kita sambung lagi dilain keluaran.

TQVM 

50sen 1991 DDO

puncak yang bercabang

Rupa paras tidak lagi cantik, sebahagian muka pula berbintik bintik, walau apa pun inilah yang terbaik, buat koleksi dan juga penarik, mana tahu akan terjumpa adik beradik, yang lebih lawa dan juga molek.

Tahun 91 mula ditempa, terus beredar kemana sahaja, tidak hiraukan siapa yang bawa, selagi dirinya masih berharga, tangan ketangan tua dan muda, dikedai biasa mahu pun pasaraya, semuanya sudah diteroka, malah tidak menghiraukan sebarang cuaca, hujan berpanas jadi perkara biasa, sehingga diri berubah rupa, tidak berseri lagi seperti asalnya.

DSC_0683a   

Kini dirinya sudah ditangkap, kedalam sarung mula diperap, pasti ada sesuatu sebab, walau pun  selama ini tidak pernah biadap.

DSC_0684a

Nilai asal masih lima kupang, tidak pernah susut atau pun kurang, tidak pasti pula nilai mendatang, pada nilaian diri seseorang, apakah kerana teraju bercabang, maka terpaksa diri dikekang.

DSC_0684a1   

Apa pun inilah habuan pertama sebagai contoh yang dapat diketengahkan sebagai panduan kepada setiap pengumpul bagi mendapatkan siri DDO 1991, lihat sahaja teraju wau ini dimana kelihatan ianya berkembar dipuncak menjadi dua belahan. sekiranya wau sebenar begini bentuk terajunya, sudah pasti sukar untuk terbang bebas diudara. Apa pun bila wau pada syiling ini terajunya berkembar maka terpaksalah ianya ditahan dan dilarang untuk bebas beredar kesana sini sesuka hati seperti selama ini. Untuk penggemar syiling cacat terutama dalam siri Double Die Error, selepas ini cuba perhatikan betul betul sekiranya temui syiling 50sen 1991 ini. Ianya bukan satu atau dua malah mungkin banyak lagi didalam pasaran yang masih belum diambil peduli.

Sesungguhnya siri cacat Double Die cukup unik dan boleh dilihat pada keluaran sebelumnya walau pun ianya masih belum cukup lengkap dalam simpanan.

DSC_0685a

Selepas siri 50sen 1991 ini, duacongkak akan terbitkan lagi siri Double Die Error untuk syiling akan datang.

TQVM

gegar puncak

Syiling 50sen 2005 dari senarai DDR

Diantara penemuan siri DOUBLE DIE ERROR untuk tahun 2005 yang diketahui terdapat 3 jenis semuanya, salah satu dari penemuan yang diperolehi oleh duacongkak seperti apa yang hendak diterbitkan kali ini.

Tidak pasti siri ini dari Variety Double Die Error 2005 V1, V2, atau pun V3. Apa yang penting kita sama sama lihat dulu yang diterbitkan ini. Jika duacongkak temui lagi dalam bentuk lain maka akan dipamirkan juga.

DSC_0682a

DDR adalah singkatan dari perkataan Double Die Reverse seperi yang dapat dilihat pada gambar dibawah ini. Bagai mana hendak mengenalinya, marilah kita lihat pada bahagian keratan pula atau setidaknya klik sahaja pada gambar tersebut, pasti dapat lihat dengan jelas. Apa pun disarankan agar lihat gambar keratan serta penerangannya.

DSC_0678a

DDR 2005 ini kita dapat lihat pada tulisan BANK NEGARA MALAYSIA. Seperti yang dapat kita lihat pada keratan BANK, sebenarnya pada perkataan tersebut adalah biasa sahaja tanpa sebarang cacat cela. Kini cuba lihat pada perkataan NEGARA dimana pada puncak huruf ” A ” terakhir ada sedikit perbezaan, seterusnya lihat pula pada perkataan MALAYSIA. Disini kita boleh lihat bagai mana setiap huruf tersebut ada bayangan yang melonjak kepuncaknya. Setelah dibawa berbincang dengan beberapa rakan  masing masing menyatakan ianya adalah kesan gandaan pada huruf dan disenaraikan sebagai DDR. 

DSC_0678a3   DSC_0678a2

c

DSC_0678a1

Sebenarnya duacongkak tidak menyangka akan berjumpa dengan DDR ini memandangkan pada kali pertama scan duacongkak tidak perasan dan duit ini diletakkan dalam satu bekas yang berasingan (tabung) semata mata untuk dikira dan bakal ditukar kemana mana kedai yang mahu duit syiling.

Setelah duacongkak menyedari bahawa diantara senarai DD pada syiling 2005 amat kecil maka diulang sekali lagi untuk scan kesemua yang ada dalam tabung, ternyata berhasil juga mendapatkan siri DDR ini dan selamat dari terlepas ketangan pekedai. Jika tidak sudah pasti akan beredar dari tangan ketangan tanpa dapat diterbitkan dalam blog ini sebagai rujukan dimasa akan datang.

Apa pun kita layan dulu terbitan ini kerana pada keluaran akan datang duacongkak akan terbitkan lagi siri gegar yang seterusnya hasil dari scan balas kali kedua.

Semoga tuan tuan pembaca semua dapat mencari siri ini untuk dijadikan satu koleksi serta menjadikan ianya satu hobi yang menarik, ini kerana  syiling DD adalah koleksi terbaik yang perlu ada pada setiap kolektor syiling cacat. malah ianya juga mempunyai nilai tersendiri selari dengan barangan rare yang lainnya kerana ianya sendiri adalah dalam kalangan barang RARE.

tqvm

lagi 50sen 2002

Rim CUD Error 2002

Kalau dulu pernah dikeluarkan dalam blog ini dengan siri Rim CUD Error untuk syiling 50sen 2002, tapi kali ini dikeluarkan lagi siri yang sama pada tahun yang sama tapi sedikit berbeza. Mungkin jika hendak mencari semula linknya agak jauh kerana terbitannya sekitar tahun 2011 dan 2012 ( kilk disini dan disini )

DSC_0656a

Cuba lihat gambar syiling dibawah yang kita dapat lihat keadaan Rim CUD yang dimaksudkan, sebelum ini duacongkak terbitkan hanya terdapat satu CUD tapi kali ini keadaan CUD ada dua pada kedudukan seperti arah jam 10.05. Keadaan CUD seperti ini amat jarang ditemui dua tempat berasingan pada satu permukaan syiling. Mujur ianya muncul dan sekurang kurangnya dapat dikongsikan disini.

DSC_0655a

Gambar bawah ini menunjukkan kedudukan CUD pada rim syiling 50sen 2002 sebagai mana ditanda dalam kotak dan ditunjukkan anak panah.

DSC_0655a1

Keratan gambar Rim CUD Error yang sekadar untuk menambahkan lagi gambar dalam blog.

DSC_0655a2

Dengan apa yang duacongkak temui ini dan dipamirkan dalam blog, dapatlah kiranya rakan rakan yang sama hobi atau sama minat untuk memiliki, bolehlah tumpukan pada setiap syiling 50sen keluaran 2002. Selain boleh kita temui Rim CUD Error, kita juga berpeluang untuk dapatkan siri BIG ‘ O ‘ dan juga siri TDR yang sememangnya jarang jumpa atas sebab ianya kurang diedaran atau pun sudah banyak disimpan oleh peminatnya.

Twice Rim CUD Error duacongkak

apa pun layan dulu…

TQVM

Botol kaca

Coca Cola Malaysia Botol Baru

Sekadar perkongsian dengan pembaca, sebenarnya duacongkak bukan seorang kolektor tegar atau memiliki koleksi yang banyak tentang Coca Cola, hanya sedikit sahaja dalam koleksi dan pengumpulan sekadar termampu apa yang ada. Diluar sana ramai yang mempunyai barangan keluaran jenama tersuhur ini samada dari dalam negara atau pun luar negara. Bila melihat koleksi rakan rakan diluar sana terasa diri ini amat kecil sekali malah akur sahaja apa yang mereka ada.

Dalam hati terfikir…# kenapa tidak mula kumpul lebih awal? #

Apa pun semuanya tidak ambil kisah, apa yang ada pun sudah memadai dan bukan mahu bermegah cuma memadai sebagai menanam sedikit minat serta membuang sedikit masa yang terluang. Untuk mengejar seperti apa yang orang lain ada rasanya sudah terlambat, juga memerlukan modal yang besar.

DSC_0620a

Berbalik semula dengan botol Coca Cola yang terbaru ini, selama ini duacongkak hanya melihat botol kaca ini didalam iklan tv dimana penerjun bertali dari tempat yang tinggi menyambar botol kaca Coca Cola dan semasa melantun naik, penerjun tadi menogak airnya. Hanya itu sahaja yang dapat dilihat dan mungkin tidak merasa untuk memiliki botol kaca itu. Entah apa nasib baru baru ini, duacongkak boleh terjumpa disebuah restoran yang menjual air Coca Cola dalam botol kaca, selama ini hanya boleh didapati dalam botol plastik sahaja. Tanpa berlengah terus sahaja bertanyakan pada pekerja direstoran itu samada Coca Cola ini dijual dengan botolnya sekali atau tidak, jawapan yang diterima agak baik bila diberitahu yang ianya dijual tapi kena ada tambahan harga. Apa lagi…terus minta lima botol sebagai permulaan dan bila buka peti sejuk dapati ada lagi botol kaca selain dari Coca Cola iaitu dari jenama Fanta dan juga Sprite botol hijau.

* Boleh lihat seperti dalam gambar bawah.*

DSC_0623a

Botol kaca sudah ditemui dan kini masih menunggu set Coca Cola dalam tin seperti gambar dibawah ini. Baru ditemui tiga siri dari tujuh kesemuanya. Siri tersebut iaitu seperti yang anda lihat #fuyoh, #lenglui dan satu lagi yang sudah ditemui #beb. Masih ada empat siri lagi yang belum kelihatan atau pun mungkin sudah terlepas pandang iaitu #macha, #bestgiler, #syoknya dan #terrornya. Semua ini keluaran untuk peraduan # chup! refresh lah dengan Coca Cola #

DSC_0621a

Gambar bawah adalah dari tiga jenis air minuman dari botol kaca yang terbaru dikeluarkan dalam edaran. Cepat sambarrrrr!

DSC_0624a   DSC_0623a1    DSC_0623a3

Bukan nak menunjuk, cuma syiok tengok