Berhasil juga

Extra Extra Extra dot

Sehari sebelum 25hb 9, saja nak tukar duit syiling sebab sudah lama tidak membelek. Bukan banyak pun cuma RM54 sahaja seperti dalam gambar. Duit syiling pun campur campur, sebaik saja diambil terperasan sekeping syiling siri pertama Parlimen dibahagian depan sekali.  Sekali pandang keluarannya tahun 1988 dalam keadaan baik dan sikit bersinar.

Gambar bawah tiada apa apa yang dapat menarik semangat untuk diselongkar.

Bila dibelek belek dalam bungkusan plastik, tidak kelihatan yang menarik lagi selain sekeping syiling 50sen tersebut. Apa pun mesti dibawa balik untuk proses mencari dan membelek satu per satu.

Yang penting setelah dikeluarkan dari bungkusan, syiling 50sen 1988 dikelebek dulu memandangkan ianya ada sesuatu yang perlu dilihat. Dengan mata kasar saja sudah dapat lihat sesuatu kelainan pada syiling tersebut dan telah memberikan semangat untuk memastikan benar atau tidak ianya DOT yang dicari.

Rupa belakang syiling dengan tahunnya

Muka depan syiling yang kita boleh lihat kesan ‘ DOT ‘ di bumbung Parlimen. Sebelum ini duacongkak sudah keluarkan siri syiling ini dan kali ini dikeluarkan lagi kerana ianya lebih baik dari keluaran sebelumnya. Syiling yang lama terlalu uzur dan warnanya juga hitam, penemuan kali ini kelihatan syilingnya paling tidak pun dinilai sebagai AEF – AU. (nilaian mata kasar yang bukan pandai tentang greding)

Gambar keratan diatas kita dapat lihat dalam bulatan putih itu adalah DOT DOT yang dicari pada syiling 50sen 1998. Selain dot dot tersebut kita boleh juga temui syiling yang mempunyai satu ‘ DOT ‘ pada bahagian bumbung Parlimen bagi keluaran tahun yang sama, tapi yang ini kita boleh lihat tiga kesemuanya.

Ini adalah diantara syiling yang menjadi daya tarikan untuk setiap kolektor bagi mendapatkannya sebagai koleksi. Sukar juga untuk temui walau pun sekeping apatah lagi kiranya keadaan syiling masih cantik walau pun sudah diguna pakai dan berpindah dari tangan ke tangan sehinggalah tiba ke tangan duacongkak.

Akhirnya…

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

Betulkah Error

Kata orang duit Error “

Selama ini pernah lihat dilaman laman web dan ada diantaranya terpandang juga dari kawan berdekatan menunjukkan sekeping duit kertas RM 10 siri 11 dengan silver security disebelah kanan duit telah hilang. Apa yang mereka tunjuk adalah keadaan duit yang ” tiada silver security” dimana keadaannya putih sahaja.

Kebetulan duacongkak memperolehi juga duit seperti yang pernah dilihat sebelum ini lalu gambarnya diambil dan cuba lihat keadaan sebenarnya. Selama ini cuma sekadar melihat dalam laman web tapi bila sudah berada dalam tangan maka lebih senang untuk dilihat.

Duit yang dimaksudkan sebagai mana dalam gambar dibawah ini.

Semua yang hendak ditulis bukanlah satu kajian malah tidak pernah pun buat ujian dimana mana, cuma sekadar ingin berkongsi pandangan sahaja. Almaklumlah, kini semakin ramai para kolektor yang gemar dengan duit duit cacat samada duit syiling atau pun duit kertas. Termasuklah juga dengan duacongkak yang suka sekali bila mendapat sekeping dua duit cacat ini. Pada pandangan duacongkak yang masih baru dalam hobi ini, duit yang dikatakan “cacat” ini bukanlah CACAT yang sebenarnya. Pasti ianya dilakukan oleh orang orang yang tangannya gatal. Lebih malang lagi sekiranya ada pula orang yang berkenan dan sanggup membelinya untuk dijadikan koleksi. Apa boleh buatkan…bila sudah berkenan dihati.

Cuba lihat pada keratan dibawah ini.

Gambar keratan yang cukup besar supaya lebih mudah untuk kita lihat tanpa perlu klik pada gambarnya. Ada dua keping nota dalam gambar ini iaitu bahagian bawahnya kita dapat lihat Silver Security yang dimaksudkan dan bahagian atas pula nota tanpa silver security. Cara mudah dari mata kasar duacongkak untuk mengenali ianya bukanlah cacat iaitu, pada angka ‘ 1 ‘ untuk 10. Sekiranya duit ini benar benar cacat, kita pasti dapat lihat angka ‘ 1 ‘ itu penuh tanpa sebahagian. Ini kerana pada pandangan duacongkak, silver security ini ditampal diatas kertas putih sebelum duit mula dicetak. Sebab itu kita dapat lihat duit sebenar biasanya angka ‘ 1 ‘ berada diatas benang keselamatan tersebut.  Sebagai contohnya, setiap kali hendak mengecat, kita mesti pastikan bahagian yang tidak mahu terkena cat hendaklah ditampal dengan kertas atau pun pelekat. Sekiranya duit terlebih dulu dicetak, mana mungkin terdapat garisan putih tanpa sedikit pun warna merah. Oleh itu, sekiranya duacongkak terjumpa lagi atau pun sesiapa saja yang terjumpa keadaan seperti ini dengan angka ‘1’ berada dalam garisan putih, bermakna duit itu adalah benar benar tulin cacat.

gambar contoh dibawah

Cuma pandangan saja, apa yang sebenar diakui memang tidak tahu.

Lunggukan duit kertas warna merah dengan nilai muka RM10, duit yang tanpa benang keselamatan untuk makluman semua, sudah tiada lagi dalam simpanan duacongkak kerana sudah pun dibuat belanja bersama duit yang ada dalam gambar tersebut. Sebabnya, ” BUKAN ERROR “

Apa pun belanja habis…

Tersilap potong ka!

RM10 baru

” JANGAN KATA IANYA ERROR “

Sekeping duit kertas RM10 yang diperolehi dari hasil pertukaran syiling 5 sen sebanyak rm30 dari sebuah bank dan bakinya diperolehi sebagai mana yang dapat dilihat dalam gambar yang dikeluarkan seperti dibawah ini. Sewaktu menerima duit kertas ini, duacongkak sudah perasan ada sesuatu yang tidak kena. Sebaik saja duit kertas ini berpindah tangan ternyata ianya betul dan didapati saiznya lebih kecil dari biasa.

 

Mari kita lihat bahagian belakang duit kertas ini yang mana amat ketara sekali tulisan BNM berada paling atas. Pada mulanya duacongkak amat gembira kerana temui duit error dalam proses pemotongan sehingga sebahagian perkataan BNM terpotong, begitu juga dengan tanda nilai sebelah kanan iaitu RM10. Bila keadaan begini terjadi, sudah tentu bahagian bawah pasti ada sedikit bentuk perkataan yang terpotong. Sebaliknya apa yang dijangka tidak tepat. Keadaan bahagian bawah hanya seperti biasa saja.

Oleh kerana terasa musykil dengan keadaan duit kertas ini, duacongkak membandingkan dengan duit kertas lain dan dikembarkan mengikut saiz. Alangkah terkejutnya bila didapati saiz duit ini berbeza dan tidak sama besar. Segera ditunjukkan kembali pada pemberi duit baki dan menunjukkan padanya serta menerangkan yang duit ini sudah kena potong. Teryata kerani tersebut pun hairan dan dia sama sekali tidak perasan lalu meminta kembali dan dia mahu gantikan dengan duit kertas lain.

” Hehe..mana boleh, kalau orang lain mungkin cepat cepat minta tukar semula tapi bila dapat ketangan orang seperti duacongkak, mana mungkin hendak ditukar kembali. “

Gambar bawah kita boleh bandingkan ukuranya. lihat keadaan duit syiling yang diaturkan disebelah kanan duit dan cuba pula bezakan dengan gambar satu lagi.

Gambar dibawah pula adalah duit kertas dengan ukuran sebenar,  Pada bahagian syiling kita dapat lihat dengan jelas ukurannya amat berbeza. Sengaja duacongkak tidak gunakan pembaris untuk mengukur kerana ianya pasti lebih tepat. Dengan duit syiling kita cuma dapat lihat saiz kotak yang terlebih.

Kebiasaan begini mahu dikatakan ERROR mungkin sukar diterima kerana, siapa saja boleh memotong dibahagian tepi tersebut hingga ianya mengecil. Sekali pun potongan ini adalah asli yang terjadi sewaktu proses pemotongan duit dari kilang, tidak mungkin orang akan percaya melainkan…kita temui kawannya yang lebih lebar saiz dengan siri nombor berturutan.

” JANGAN KATA IANYA ERROR. “

Apa pun simpannnnn…dulu.

Speaker n Radio (2)

Jumpa terus beli

Penyudahnya keluar juga speaker tin dari jenama Coca Cola, sebagai mana penerangan pada keluaran speaker Pepsi Cola, bagi tin Coca Cola ini sama saja. Kebetulan waktu melihat benda ini didapati kedua dua jenama ada bersama maka kedua duanya dibeli untuk dijadikan koleksi. Waktu sunyi boleh juga mendengar siaran radio.

 

Corak yang terdapat pada bahagian badan tin Coca Cola yang dapat kita lihat.

Tin ini datangnya dari negara China dan keratan ini juga menunjukkan bahagian dimana kita boleh mencari siaran radio mana yang kita suka.

Gambar kedua dua tin ini disatukan, walau pun berbeza jenama tapi kotaknya adalah sama.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Speaker n Radio

Jumpa terus beli.

Koleksi kali ini diperolehi semasa merayau rayau di pasaraya, bukan ada niat untuk berbelanja apa apa tapi sekadar cuci cuci mata. Bila sudah ternampak disebuah kedai hand phone kaki terus terhenti dan mendapatkan barangan didepan mata.

 

Mula mula kita layan kotak yang menarik perhatian sewaktu bersiar siar dalam pasaraya.

 

Keadaan sekeliling kotak yang kelihatan begitu ceria. Kita lihat pula apa isinya…

Sebiji can Pepsi dengan tulisan Cina, bila lihat pada kotak kelihatan gambar tin Coca Cola lebih menyerlah tapi isinya adalah Pepsi Cola. Tin ini bukanlah berisi air tapi ianya adalah sebuah Speaker dan ada pula radio yang boleh didengari. Selain radio, tin ini juga boleh disambung pada mana mana PC atau pun LT untuk mendengar.

Kedudukan speakernya dibahagian atas tin Pepsi Cola.

Bahagian untuk di cucuk cucuk wayar…

Bahagian lain pada tin Pepsi Cola yang dimiliki.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Gelas FN

Ada cerita disebaliknya.

Sebiji gelas F&N dari Susu Pekat Manis yang diperolehi dari sebuah kedai mamak. Kenangan dibulan Puasa baru baru ini dimana bersahur dikedai mamak. Seperti biasa roti canai dua keping dan air Teh O kurang manis. Bila makanan dan minuman yang dipesan sudah siap dan dihantar ke meja, amat terkejut bila melihat Teh O yang dihantar menggunakan gelas F&N yang tidak pernah ditemui sebelum ini. Kebiasaan gelas kosong tanpa cop apa apa dan ada juga kedai yang menggunakan gelas plastik. Selain itu gelas atau mug Ali Cafe tapi kali ini buat pertama kalinya duacongkak diberikan air Teh O dalam gelas F&N Susu Pekat Manis.

Air dalam gelas tidak dihiraukan sebaliknya gelas itu diangkat lalu dibelek sambil tersenyum. Member yang ada bersama waktu itu pun turut tersenyum kerana melihat gelagat duacongkak yang tidak hiraukan roti canai setelah melihat gelas Teh O.
 Akhirnya member pun tegur supaya hentikan membelek dan teruskan makan roti canai sebab waktu sahur tinggal tidak berapa lama lagi.

 

Gambar diatas itu adalah gelas F&N Susu Pekat Manis yang dimaksudkan. Setelah makanan dan minuman habis ditelan, duacongkak memanggil pelayan (dari India) supaya kira semua makanan. ” Macha, you kira sama ini gelas tau…saya mau ini gelas…” Pelayan itu pun hanya senyum saja mendengar permintaan luar biasa dari duacongkak. ” tak pa…ini gelas kalau encik mau, saya kasi saja, tak perlu kira “

Oit…betul ka? banyak baik…Ngeeee 🙂

Orang sudah pelawa, kita minta bukan mahu percuma tapi mahu dibayar dan suruh kira semua sekali dengan gelas ini, tapi pelayan India itu offer supaya ambil percuma. Apa lagi, habis minum dan bila mahu keluar dari kedai, dengan gelas sekali dibawa keluar…haha. Waktu itu mata menjeling juga dengan pelanggan lain sebab malu juga kalau mereka perasan duacongkak ambil gelas selepas minum.

Sekali lihat pada bawah tapak gelas kelihatan cop dengan tulisan MALAYSIA. Bermakna gelas ini dikeluarkan di Malaysia dan tidak pasti untuk tahun bila sebab rumah duacongkak amat jarang sekali ada susu. Malah sudah sekian lama duacongkak tidak membeli susu tin kerana tidak gemar meminumnya. Kebiasaannya duacongkak minum air tanpa susu sebaliknya, kalau makan roti canai selalu pula guna susu sebagai pengganti kuah dal atau kari.

Sayang sekali sewaktu minum tiada kamera untuk diambil gambarnya, almaklum lah…hand phone yang digunakan tidak ada kamera untuk dirakam sebagai buktinya. Yang penting gelas ini kekal dalam simpanan dengan kenangannya yang tersendiri.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Barang buangan (4)

Asal jumpa…

Selama seminggu direndam dalam air biasa tanpa sabun, botol pun kelihatan jernih sedikit, brownie pun suka waktu hendak mengambil gambar, dia pun sibuk sama. Botol ‘ ORANGINA ‘ 200 ml berbentuk mentol ditemui bersama sama dengan fat botol Coca Cola.

Apa pun Fat Botol seperti diminati oleh Brownie apabila dia merenung seolah olah suka bentuknya. ” Hati hati Brownie, jangan sampai pecah. “

Apakah yang difikirkan oleh Brownie bila dia merenung Fat Botol yang pudar itu, yang lain lainnya terang dan masih ceria biar pun stikernya sudah luka luka koyak.

Gambar bawah pula tiga biji botol Orangina 200 ml yang ditemui dalam kebun pisang dan sayur sayuran.

Kelihatan tulisan pada badan botol Orangina.

Tidak pernah rasa airnya tapi memang tahu jenama ini ada dalam pasaran.

Apa pun simpannnnn…dulu.