10 sen QE

Ketuk belakang depannya tertanggal.

 Satu persoalan yang ditimbulkan makanya akan muncul jawapan yang pelbagai dari beberapa pihak yang melihat depan mata. Kekadang penglihatan dalam gambar tidak sama dengan apa yang dilihat didepan mata. Apa yang terjadi pada syiling Malaya British Borneo ini yang ditempa pada Tahun 1961 amat menarik. Penemuan ini seiring dengan syiling 20 sen yang sudah diterbitkan dalam blog ini dari sebuah kedai antik. Banyak lagi syiling syiling lama dari kedai tersebut, cuma duacongkak tertarik pada syiling 10 sen 1961 dan syiling 20 sen 1950 ini kerana ada kelainan dari yang biasa. Harga pun biasa biasa saja malah diberikan pula sekeping syiling 50 sen Hong Kong SE, lagi bertambah menarik untuk dibuat koleksi. Apa yang penting tuan punya kedai belum tahu tentang ilmu duit duit error, jika tidak pasti dia letak dengan harga yang mahal sekiranya ada sedikit minat dalam dirinya.

 Bahagian reverse Malaya and British Borneo 1961.

 

 Cerita sikit apa yang kelainan pada syiling ini. Lihat pada gambar diatas kita cuma dapat lihat kesan lekuk bagaikan diketuk. Untuk lihat dengan jelas lagi, cuba perhatikan pada gambar keratan dibawah.

 

Bahagian lekuk yang dimaksudkan seperti kesan diketuk hingga muka syiling nampak ‘ berdelong ‘. Harap maaf sebab duacongkak menggunakan bahasa ‘ kampung ‘ sewaktu masih dizaman kanak kanak era tahun 1960an hingga awal 1980an. Kini amat sukar untuk mendengar lagi perkataan ‘ berdelong ‘ ini dalam perbualan harian. Istilah ‘ berdelong ‘ nanti duacongkak jelaskan diakhir tulisan ini.

Merujuk pada gambar kita dapat lihat kesan yang terjadi dimana angka satu bersebelahan angka 9 tidak timbul. Ianya bagaikan terhakis dan begitu juga pada bibir rim yang menipis akibat hentakan. Ini mungkin terjadi bukan semasa proses penempaan tapi lebih kepada sikap tangan yang gatal. Sungguh pun begitu agak menghairankan juga bila mana didapati bibir rim menipis. Hmm, rasanya kalau kena hentak dengan tukul besi mungkin boleh terjadi…hanya tuan punya asal dapat beri jawapan iaitu tuan punya tangan yang gatal.

 

 Bahagian Obverse dengan wajah QE 2nd

 

Pada bahagian Obverse iaitu tulisan ‘ A ‘ untuk ELIZ  BETH. Kedudukan ‘ A ‘ tersebut sebenarnya adalah selari dengan kesan ketukan dibahagian Riverse, kemana menghilangnya huruf ‘ A ‘ itu, apakah ianya boleh lekang atau pun terjatuh akibat hentakan. Jika dilihat pada tulisan ianya masih terdapat bekas huruf ‘A’ sahaja yang seolah olah ianya ditampal. Mengapa tidak terjadi pada huruf bersebelahan seperti ‘ Z ‘ dan ‘ B ‘ . Ianya masih kekal dengan bentuk asal tanpa terjejas. Apakah mungkin berlaku Filled Die Error…? Aduss…banyak tul persoalan yang sukar untuk dijawab. Mungkin penganalisis tempatan dapat membuat sedikit kajian. Sekiranya disebelah barat mungkin syiling ini menarik untuk dikaji akan kejadiannya, apa tah lagi kini duacongkak sudah dapat melihat graf lawatan yang bermula pada 25 Februari dimana, kunjungan terbanyak adalah dari Malaysia dan kedua terbanyak datangnya dari USA untuk tempuh sebulan. Kebanyakan yang dilawati adalah syiling syiling error yang mendapat tempat tertinggi dan menjadi daya tarikan untuk blog duacongkak.

 

Gambar penuh Rev dan Obv untuk coin QE 2nd. 

 

Syiling Hong Kong ( percuma ) dari penjual barangan antik.

## BERDELONG ## Maksud perkataannya yang diguna pakai semasa zaman budak budak iaitu kesan lekuk yang dalam pada objek keras. Benda lembut tidak disebut BERDELONG. Sebutannya juga ada sikit perbezaan dengan ejaan, ini yang menarik dimana perkataan BERDE kena sebut dalam nahu Bahasa Melayu ( ejaan baku ) dan bagi sebutan LONG pula kena sebut dalam perkataan Inggeris iaitu LONG dan tidak boleh sebut dalam bahasa baku, nanti sebutan sebenar tidak menjadi.

(SESIAPA YANG TAHU/ARIF, SEKIRANYA DUACONGKAK TERSALAH JELAS JANGAN MARAH…TEGUR TAKPA) Ini bahasa lama yang mungkin tiada dalam kamus bahasa.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Advertisements

20sen KG vi

Struck Trough Greese with Struck Trough Foreing Object Error.

 

Obverse 20 cents.

Lihat pada keadaan muka syiling ini sepertinya ada sikit keraguan dimana keadaan muka syiling nampak tidak licin seperti kebiasaan yang kita lihat. Sepertinya ada ciri ciri Struck Trough Greese Error hingga menampakkan kesan kasar pada beberapa bahagian. Terutama pada bahagian muka King dimana keadaannya yang menggerutu. Apakah mungkin kerana faktor usia syiling ini boleh terjadi sedemikian…?

 

20 cents Reverse.

Pada bahagian muka belakang syiling ini pula kita dapat lihat kesan kesan terguris bagaikan berparit yang terjadi dibawah angka 20. Jika diperhatikan betul betul, tidak mungkin kesan ‘ parit ‘ itu dilakukan oleh tangan yang gatal memandangkan ianya tidak menjejaskan angka 20 tersebut. Mungkin semasa proses penempaan dilakukan terdapat benda asing yang ada pada acuan atau juga terjadi semasa proses penebukan. Kalau sudah tahu diri bukannya pakar, lebih baik jangan banyak mungkin…apa yang hendak diketahui adalah apa yang menyebabkan terjadinya sedemikian rupa. Bagi duacongkak lebih gemar memiliki jenis jenis syiling yang nampak kecacatan tidak kira samada ianya berlaku semasa proses penempaan atau pun berlaku diluar kilang. Walau pun barang ini sudah lama mengikut usia tahun yang tertera iaitu 1950 tapi sebenarnya syiling ini baru saja diperolehi dari sebuah kedai antik. Belek punya belek didapati keadaan syiling ini sepertinya Error dan tanpa membuang masa duacongkak terus mendapatkannya bersama sekeping syiling lagi yang bakal dikeluarkan nanti.

 

Keratan pada bahagian muka syiling yang berparit. Sebelum dimuatkan dalam blog, duacongkak cuba dapatkan pandangan seseorang untuk mengetahui jenis Errornya. Apa yang diberitahu ianya adalah dari jenis ” Struck Trough Foreing Object Error. ” Yang Error pada bahagian Obverse pula duacongkak sendiri yang tulis dan bukan dari pandangan beliau atau sesiapa kerana sebelum ini sudah banyak ditemui jenis Error tersebut.

 

Ini adalah hasil gabungan gambar reverse dan obverse yang sama.

Apa pun simpannnnn…dulu. TQ

 

5sen 2006 Clip

Kenangan penuh bermakna 14/03/2012 @ 0935 hrs

Abadikan kenangan setelah memperolehi koleksi yang diidam idamkan, tersentak bila mendapat tahu dari seorang kenalan yang mengaku ada menyimpan duit syiling yang cacat seperti di pecahkan atau dipatahkan. Dengan tanpa buang masa terus minta ditunjukkan syiling tersebut lalu dengan selamba terus meminta untuk jadikan koleksi. Fuhhh…berbanyak terima kasih kepada beliau yang sudi menceriakan pagi 14/03/2012 hinggakan kerja pun tidak senang, asyik membelek dan merenung tanpa jemu. Pasti kenalan itu akan terbaca dalam blog duacongkak berkaitan dengan syiling 5 sen 2006 ini.

 

 Gambar pudar, diambil dengan menggunakan HP. Syiling sudah tentu jadi kegilaan duacongkak dan diambil gambar pun jadikan kenangan dengan letakkan atas jari seorang kawan sekerja. Terima kasih kerana beri pinjam jari untuk jadikan tapak syiling juga terima kasih kerana beri peluang duacongkak guna HP untuk ambil gambar.

 

 Gambar ini pun adalah dari jari yang dipinjam sebagai mengangkat martabat duit dan mendapatkan tuahnya. Sebab dikatakan tuah begitu adalah kerana kawan (tuan punya jari) amat sporting dan faham akan kegilaan rakan sekerjanya dengan duit duit. Dengan tuahnya juga duacongkak perolehi syiling ini untuk dijadikan koleksi, pelik kan…sebenarnya duacongkak asyik bercerita pasal duit lalu menyentuh sekali tentang duit error seperti ini. Entah apa tuahnya, nak jadi cerita…duacongkak jumpa kenalan iaitu tuan punya duit syiling ini dan sekali berbual terus ditunjukkan…pergh, apa lagi…terus saja berpindah tangan. Segera ditunjukkan kepada tuan punya jari dan dia setuju untuk jadikan jarinya model untuk bergambar. “Jangan marah kawan kawan bila terbaca nanti.” Apa pun diucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada kamu berdua.

 

Tu dia… Baru terang dan jelas sekali rupa duit syiling ini. Gambar diambil dirumah dengan menggunakan kamera untuk diabadikan dalam blog duacongkak. Sekeping syiling 5 sen 2006 Curve Clipped Planchet Error Obverst. Bahagian pecahnya hingga terkena tali gasing. Entah betul ke tidaknya nama error tersebut. Yang pasti sebelum ini sudah diterbitkan Rim Clip Error untuk syiling 20 sen. Dengan ini juga sudah dua keping Clip Error berada ditangan… Ops…sorry, ini yang ketiga dimana terdapat sekeping lagi syiling 5 sen dengan Minor Rim Clip Error yang belum dimuatkan dalam blog.

 

 Kedudukan gambar 5 sen 2006 Reverse, walau pun terdapat sedikit kesan warna perang pada permukaannya namun sudah cukup puas hati setelah berada ditangan.

Apa yang penting…Errornya.

 

Gambar sisi Rim yang tersopek.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Die Clash Error vs Extra Dot.

Rehatkan minda seketika.

Boleh dikatakan setiap hari tiada lain yang dikeluarkan dalam blog ini melainkan syiling MDD dengan GegaRrrrr. Mungkin ada diantaranya terasa jemu sebab tiada perkara lain untuk diketengahkan. Oleh sebab itu, duacongkak hentikan dulu siri GegaR dari memonopoli mingguannya. Ada lagi yang hendak diterbitkan tapi, rasanya elok sangat diberhentikan dan beri laluan pada jenis Error lain pula.

Sebelum diterbitkan Error terbaru, suka dinyatakan disini iaitu permohonan maaf kepada sesiapa saja yang hendak memberi cadangan atau pun komen dengan apa yang telah diterbitkan. Harap maaf sebab ruangan komen berlaku masalah dimana mungkin ada diantaranya mencuba tapi tidak berjaya. Apa yang berlaku, duacongkak sendiri tidak tahu sebabnya dan pernah juga duacongkak cuba untuk beri komen pada ruangan bloger lain tapi tidak berjaya. Inilah masalahnya jika kita buta IT…benda kecil pun tidak dapat diselesaikan.

Jangan marah naaaaa…

Oleh kerana lama dengan syiling gegar, kali ini duacongkak mahu ubah sikit cerita dalam blog ini dengan kali ini dikeluarkan pula sekeping syiling 50sen tahun 1980. Bukan dalam siri gegar tapi siri Die Clash Error bersama Extra Dot.

 

Rupa 50sen 1980 (Reverse)

 

50sen 1980 (Obverse) 

Cuba perhatikan tanda anak panah ungu yang menunjukkan kedudukan Die Clash Error. Kebiasaan kita temui jenis Die Clash error begini pada syiling 10sen dan ada juga pada syiling 5sen Parlimen. Untuk dapatkan Die Clash dari siri 20sen dan 50sen amat sedikit. Setakat ini duacongkak cuma ada dua keping sahaja iaitu untuk tahun 1980 (seperti dalam gambar) dan juga 1986 yang pernah diterbitkan dalam blog ini sebelumnya. Untuk mengatakan syiling error ini Rare sama sekali duacongkak tidak berani sebab tidak tahu berapa banyak kolektor lain diluar sana  yang memiliki dan menyimpannya.

Apa yang menarik pada syiling ini adalah dua titik (extra dot) tahi lalat yang menempel dipermukaan syiling. Jika dilihat dalam gambar penuh ini rasanya ada yang tidak perasan, cuba lihat keratannya pula.

 

Keratan dibahagian tengah syiling diantara bumbung Parlimen dengan bulan bintang. Anak panah ungu menunjukkan titik Extra Dot yang dimaksudkan. Bukan satu tapi ada lagi…

 

Lihat pula dibahagian anak panah ungu, sebutir lagi Extra Dot yang ada dihujung bintang. Dua butir ditempat berbeza dengan Die Clash yang sederhana. Rasanya manakah yang lebih baik diantara Die Clash error atau pun Die Gouge Error (Extra Dot).

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

GegaRrrrr..MDD ke 11

20sen 1991 MDD GegaRrrrr…ke 5

Siri syiling 20sen 1991 dengan tanda 20 17

 

Melihat pada gambar penuh pada syiling 20sen siri tanda 20 17 ini sepertinya tiada apa apa yang cacat. Mari kita lihat pada keratannya pula. 

 

Keratan bunga raya juga tiada kecacatan sebagai mana yang ditunjukkan sebelum ini. Keadaan stigmanya cantik tanpa cacat cela.

 

 Lihat pula keratan Tahun ditempa 1991 dan angka 20 untuk nilai muka. Disini kita dapat lihat kesan MDD yang berlaku dimana pada angka 9 untuk 19 nampak jelas gegaran yang berlaku dan menampakkan nombor 9 bertindih. Begitu juga dengan angka 2 untuk 20sen dengan bayangan yang menarik sekali. Semua ini nampak jelas kerana rupa syiling ini sendiri sudah cukup cantik dengan cetakan yang jelas dan terang dengan objek yang timbul.

 

 Seterusnya kita boleh lihat pula pada keratan terakhir dimana sebahagian Rim juga nampak seperti dua cetakan (Off Center). Ini yang membezakan diantara syiling syiling lain yang diterbitkan sebelum ini.

 

Sebagai mana syiling 20sen 1991 yang pertama hingga yang keempat ini adalah dari kalangan syiling luster yang permukaannya berkilau depan dan belakang juga disisi. Warnanya juga seakan akan keperangan/ kekuningan dan bukan putih seperti yang kita lihat pada setiap syiling Malaysia.

Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada syiling ini adalah KILAUAN terpancar selain MDD. 

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

GegaRrrrr…ke 10

MDD 20sen 1991 siri 4

Syiling 20sen MDD luster dengan tanda 20 16.

 

Bahagian reverce dengan kilauan yang memukau dikurung kemas.

 

Zoom pada syiling 20sen ini untuk melihat rupa kecacatan yang ada pada permukaannya. Disertakan sama 5 anak panah untuk tujuan pemerhatian dan tidak perlu tercari cari lagi dimana letaknya GegaRrrrr. 

  

 Keratan dibuat sebagai renungan dimana pada huruf AYSIA untuk MALAYSIA nampak jelas kesan MDD yang terjadi.

 

Keratan pada bahagian Bunga Raya yang mana sebelum ini ditunjukkan rupa bentuknya yang mengalami kecacatan, bagi siri syiling 20sen 1991 ke 10 siri ke 4 ini nampak jelas pada tangkai stigma tiada kesan Struck Trough Greese yang menempelkan metal asing.

Bentuk keseluruhan duit syiling ini dengan tempaan begitu jelas pada bahagian imejnya. Sungguh pun begitu terdapat juga sedikit kesilapan pada sisi rim dimana bermula dari jam 2.oo hingga jam 10.00 kita dapat lihat satu pergerakan pada rim semasa proses penempaan dilakukan. Satu garisan halus yang menjadikan atau membentuk Rim Palsu yang rendah dari kedudukan Rim asal. Boleh juga diumpamakan sebagai Minor Off center.

Hmm…macam macam…!!  

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

GegaRrrr ke 9

Syiling 20sen 1991 MDD ke 3

Masih dengan syiling 1991 MDD dimana kita dapat lihat kesan MDD keluaran pertama dan kedua adalah ditempat yang berbeza dan bukan dari satu acuan. Kini ditunjukkan pula MDD yang ketiga dimana kesannya pada bahagian lain pula yang berbeza dengan siri satu dan dua. Syilingnya tetap berkilau sama seperti siri 1 dan 2 dengan cetakan yang menarik dalam gred UNC.

 

20sen 1991 reverse luster kekuningan UNC

 

syiling 20sen 1991 obverse luster kekuningan UNC.

 

Mari kita lihat dimana letaknya kedudukan MDD yang diperkatakan. Gambar ketiga bahagian reverse ini sebelumnya kita dapati kesan gegaran pada angka 19 dan juga angka 20. Kali ini pula kita lihat pada perkataan MALAYSIA. Ianya terjadi pada bahagian tersebut bagaikan DDR dan amat jelas sekali. Selain MDD yang dimaksudkan, syiling ini juga disertai dengan sedikit masalah pada cetakan dimana keadaan muka syiling diantara bentuk daun sebelah kiri dengan angka 2 ada kesan lopak yang sedikit. Ianya dibawa hingga ke angka “0” dan berakhir pada helaian daun sebelah kanan.

 

Inilah keratan yang dimaksudkan. Cuba lihat bahagian yang ditunjukkan dengan anak panah, ianya terjadi dibawah imej bunga dan daun serta angka 20.

 

Ini pula keratan untuk tulisan MALAYSIA dimana kita dapat lihat dengan jelas sekali kesan gandaan yang terjadi. Kesan gandaan ini tidak terjadi dilain lain tempat sebagai mana yang pertama dan kedua. Apa yang menarik disini adalah syilingnya. Sekali pun tiada kesan MDD pada syiling ini, rasanya berbaloi jg dijadikan koleksi kerana wajahnya amat cantik berkilau kekuningan serta imej cetakan yang terang dan jelas tanpa berlaku asakan semasa proses penempaan.

Selepas ini kita lihat pula MDD 1991 siri ke 4 pula sebelum berakhir dengan siri 1991 luster tanpa MDD.

Apa pun simpannnnn…dulu.