10sen buta

Variety 2008

Melihat pada tajuk diatas tertulis 10sen buta. Apakah maksud 10sen buta itu dan apa yang menariknya. Pada keluaran kali ini duacongkak ingin berkongsi dengan rakan rakan dan juga pengumpul syiling error dan variety. Tidak kira ianya cacat atau ralat besar mahu pun yang sekecilnya. Ini kerana duacongkak sendiri sekadar suka suka mengumpul duit syiling yang lain dari kebiasaan kita lihat setiap hari.

Bagi syiling 10sen 2008 terlalu banyak variety yang boleh kita lihat dan diantaranya variety yang ingin ditunjukkan adalah apa yang duacongkak perkatakan iaitu siri buta.

DSC_0134a

Sebagai mana yang kita ketahui dalam permainan congkak, dalam pusingan pertama pasti ada seorang pemain akan kalah dan pasti ianya akan hilang satu atau dua lubang yang disebut sebagai lubang buta. Masa zaman kanak kanak dulu ianya dipanggil lubang terbakar. Dalam pusingan kedua, yang menang tapak akan berjalan dahulu dan akan mengatur langkah mengutip sebanyak mungkin buah congkak dari pihak lawan. Paling menarik sekali bila lubang yang buta atau terbakar itu cuma satu sahaja. Sekiranya orang itu mahir dalam permainan congkak sudah pasti akan menyapu bersih hingga menyebabkan lawannya mengalami kekalahan yang teruk dengan menambahkan lagi lubang buta atau terbakar itu. Kiranya pemilik lubang buta atau terbakar telah menang tapak dan berjaya jalan dahulu maka sudah pasti pihak yang mempunyai lubang congkak yang penuh akan mengalami kekalahan teruk pada pusingan ketiga dan lubang congkaknya pula akan buta lebih dari satu.

Syarat semasa bermain congkak dimana kita tidak boleh memasukkan buah congkak dalam lubang buta atau terbakar tersebut kerana ianya sudah tidak boleh diguna pakai. Sekiranya dimasukkan juga bermakna buah congkak itu akan dirampas oleh pihak lawan dan permainannya tamat dan tidak boleh berjalan lagi. Ada diantara pemain yang sengaja memasukkan dalam lubang buta ini kerana mengelak dari perjalanan dalam permainan mati dalam lubang kosong. Ada juga yang mengelat dengan sengaja tidak memasukkan buah congkak dalam rumahnya sendiri. Berbagai cara digunakan dan kekadang sengaja melakukan penipuan dalam permainan kerana yang penting mahu menang. Kecekapan mata dan kepantasan tangan perlu ada bagi setiap pemain kerana ada pelbagai cara hendak menipu dan bagi yang menipu juga mesti pantas sampai pihak lawan tidak dapat mengesannya. Sebagai contoh menyelit buah congkak dicelah jari yang paling sukar untuk dikesan.

Melalut pula sampai cerita cara permainan congkak.

DSC_0135a

Berbalik semula dengan tajuk diatas. Pada setiap syiling 10sen siri kedua atau siri bunga raya, kita dapat lihat temanya adalah papan congkak yang diletakkan diatas sebidang tikar. Mungkin ramai yang perasan setiap lubang congkak ada miliki buahnya kecuali satu sahaja lubang yang tidak mempunyai buah congkak. Cuba perhatikan pada lubang ketujuh disebelah atas dimana setiap siri tahun tempaan, buah dalam lubang congkaknya tiada. Kalau dikirakan dalam permainan ianya dikatakan lubang buta atau lubang yang terbakar dan permainan congkak ini adalah dalam pusingan yang kedua.

Tapi, apa yang ada pada syiling 10sen 2008 ini adalah lubang buta tanpa buah dibahagian tengah iaitu pada lubang ke empat. Sebenarnya sudah lama duacongkak perasan lubang ke empat untuk syiling 10sen 2008 ini kosong tanpa buahnya dan kali ini baru duacongkak muatkan dalam blog untuk tontonan. Ianya mudah ditemui dan keluarannya boleh dikatakan banyak. Ada diantaranya lubang keempat memiliki sebiji buah congkak sebagai mana biasa kita lihat. Jika dibandingkan yang ada buah congkak dengan yang kosong, sudah tentu lebih banyak pada yang ada sebiji buah congkak dari yang kosong atau buta ini.

DSC_0135a1

Gambar diatas adalah contoh yang paling mudah untuk kita lihat dimana keadaan lubang congkak yang tiada buahnya. Selain dari keluaran tahun 2008, kita juga boleh temui syiling 10sen buta ini pada keluaran tahun 1989, 1990 dan 1991. Mungkin sudah ramai yang perasan dengan keadaan syiling keluaran untuk tahun yang disebutkan, tinggal lagi tidak dipamir atau diketengahkan sebagai rujukan.

Apa yang dilihat ini bagi duacongkak tidak berani katakan ianya sebagai Filled Die Error kerana ada kemungkinan ianya adalah satu variety untuk tahun 2008, begitu juga pada siri Tahun 1989, 1990 dan 1991.

Harap maaf kerana duacongkak tidak muatkan sekali gambar syiling 10sen keluaran  lainnya seperti yang diperkatakan ini kerana keadaannya adalah sama.

Apa pun layan dulu… 

Barat ke Timur

Die Crack RtoR (major)

26/07/2013 selepas berbuka puasa sambil berehat rehat ditempat tugas, cuba belek sedikit duit tukaran syiling 10sen lebih kurang RM50. Tidak banyak hasil yang diperolehi dan diantara yang ditemui adalah sekeping syiling yang cukup teruja untuk menatapnya. Tanpa berlengah lagi terus sahaja ambil kamera lalu snap gambarnya. Balik dari kerja tanpa membuang masa mula muatkan dalam blog untuk perkongsian dengan rakan rakan pengunjung setia.

DSC_0208a  

Cuba lihat gambar syiling 10sen dibahagian reverse yang ditempa pada tahun 2005. Apa yang dapat kita lihat satu garisan besar melintang diatas bunga raya bermula dari huruf ‘ N ‘ hingga ke huruf ‘ A ‘.

DSC_0207a

Gambar bawah diambil dengan menutup cahaya lampu kamera dengan kertas putih keras untuk dapatkan imej yang lebih jelas.

DSC_0206a

Kebiasaan yang pernah dilihat Die Crack begini pada syiling 1sen 1988 milik rakan. 

DSC_0208a-a1

Amat jarang ditemui dalam siri bunga raya melainkan dari jenis Minor Die Crack Error.

Apa pun layan dulu…

Rotate Error

50sen 2005

Diantara jenis jenis error pada syiling yang kita temui, boleh dikatakan ianya terdapat pada kesemua syiling bermula siri 1sen hingga ke siri 50sen juga pada siri $1 keris. Berbagai jenis yang ditemui bukan saja yang ada dalam blog duacongkak malah, ramai diantara rakan bloger sudah mempamirkan jenis error yang ada diantaranya tiada dalam blog duacongkak.

Kehebatan rakan bloger yang tidak ada pada duacongkak iaitu bagi menjelaskan atau menerangkan jenis jenis error dengan nama khusus untuk numismatik serta bagai mana ianya terjadi. Sedangkan duacongkak sekadar mempamirkan jenis error dan menamakan dengan sesuka hati tanpa mengambil kira istilah yang sepatutnya sebagai pemberi maklumat. Dari perbuatan itu membuatkan ianya lari dari topik yang sepatutnya atau mengelirukan pembaca untuk mengenali jenis error yang tepat.

Semoga pengunjung yang dari pelbagai lapisan masyarakat samada yang berpengaruh, bangsawan, hartawan, dermawan, cendikiawan, yang ada anugerah dan gelaran, juga kepada rakan rakan yang baru atau yang lama termasuk rakan rakan FB, duacongkak mohon maaf lebih lebih lagi kepada persatuan Numismatik yang berdaftar.

Kalau salah harap ditegur dan sedia menerima sebarang teguran. Yang baik akan diikuti dan yang silap akan cuba diperbaiki.

DSC_0113a

Merujuk pada gambar yang diterbitkan kali ini duacongkak ingin pamirkan sekeping syiling 50sen yang ada sedikit kecacatan iaitu kedudukan wau yang tidak pada yang asalnya.  Bila dilihat ianya dinamakan sebagai rotate Die Error dimana kedudukan wau tegak pada jam 12.00.

Diantara jenis jenis rotate bagi syiling Malaysia, untuk siri 50sen agak berkurangan berbanding dengan siri 5 sen, 10sen dan 20sen. Ini kerana dalam simpanan duacongkak sendiri tidak banyak walau pun sering membuat pertukaran dengan RM100 setiap bulan. Berbeza dengan jenis error lainnya seperti Die Chip atau minor Die Crack yang mudah ditemui.

DSC_0115c2

Gambar atas adalah kedudukan rotate yang dimaksudkan dimana arah wau tegak.

DSC_0113a-a1

Gabungan gambar kedudukan syiling rotate dalam jeket kuning.

Apa pun layan dulu.

Lawan Arah

50sen 2001 lawan arah

Apa sahaja kelainan yang ditemui pada setiap syiling keluaran Malaysia, tidak kira ianya terbaru atau yang sudah lama adalah berkaitan dengan kecacatan yang ditemui. Berbagai kecacatan kita dapat lihat dari setiap syiling yang beredar dan digunakan setiap hari, cuma antara kita perasan atau pun tidak sahaja. Bagi yang menggemarnya sudah pasti akan perolehi sesuatu yang menarik dan boleh dijadikan koleksi serta hobi untuk kepuasan diri sendiri. Ada diantara beberapa kolektor mencari dan menjual kepada pengumpul yang lain yang sudi untuk membeli sebagai menambahkan koleksi mereka.

Bukan semua yang kita lihat boleh dapat dengan mudah melainkan ada minat, kesabaran, ketekunan dan sentiasa rajin membeleknya barulah mendapat hasil yang dikehendaki.

Seperti 50sen 2001 yang hendak ditunjukkan ini adalah satu kecacatan yang jarang jarang kita temui dalam edaran setiap hari. Sungguh pun tempaan yang dibuat sebanyak 67,371,000 keping tapi tidak semestinya kita boleh temui dengan kuantiti yang banyak malah ianya bergantung pada nasib seseorang sahaja.

DSC_0114c

Pada bahagian muka nilai syiling ini tidak kelihatan sebarang kecacatan tapi bila kita lihat dibahagian hadapan syiling iaitu dibahagian ‘ wau ‘ baru kita tahu ianya tidak seperti biasa yang kita lihat setiap kali memegang syiling 50sen. Cuba lihat pada gambar yang ditunjukkan dibawah ini, kelihatan ‘wau’ berada pada kedudukan salah. Kebiasaan yang kita lihat iaitu kedudukan wau mesti berada pada arah jam 11.00 tapi sebaliknya bagi syiling 50sen ini kedudukannya sudah ke arah jam 9.00.

DSC_0115c1

Gambaran dibawah adalah kedudukan sebenar setiap syiling Malaysia dengan nilai muka 50sen edaran 1989 hingga 2011

DSC_0113b  

Untuk makluman pembaca juga, diantara syiling 50sen yang diedarkan pada tahun 2001 ini, terdapat juga edaran yang palsu. Ketulinan syiling ini belum diuji tapi dari mata kasar ciri ciri kepalsuan tidak terdapat padanya kerana dalam simpanan duacongkak, untuk syiling palsu 2001 agak berlainan dengan apa yang ditunjukkan kali ini.

DSC_0114c-a1

Tidak kira samada ianya palsu atau tulin tapi yang penting syiling ini adalah ROTATE ERROR yang jarang ditemui dipasaran sedia ada. Oleh itu kita dapat lihat rupa syiling ini sudah hilang seri dengan kilauan duit baru. Sebab ianya sudah berlegar dipasaran melebihi 12 tahun lamanya. Bila tiba ketangan duacongkak maka tersalutlah ia didalam jeket keselamatan yang berwarna kuning.

Apa pun layannnnn…dulu.

DDO 2004

Gegar memang menarik.

Diantara koleksi syiling error yang menarik untuk dimiliki atau dijadikan koleksi peribadi adalah dari jenis Double Die samada Double Die Obverse (DDO) atau pun Double Die Reverse (DDR). Banyak lagi jenis jenis error lain yang boleh kita dapati dari sekeping syiling seperti mana yang pernah dikeluarkan oleh duacongkak atau mana mana bloger lain seperti yang terdapat pada link sebelah kanan blog duacongkak.

DSC_0094a  

Diantara DDO yang menjadi buruan termasuklah bagi syiling 10sen 2004 yang pernah diterbitkan sebelum ini. Gambar syiling yang ditunjukkan diatas adalah siri 10sen 2004 yang diambil gambarnya tanpa gunakan cahaya kamera (flash) untuk dapatkan warna asal pada syiling keluaran Malaysia. Namun begitu cubaan demi cubaan hasilnya cuma apa yang anda lihat. Tidak menjadi. Akhirnya dicuba menggunakan cahaya kamera dan apa yang terjadi seperti gambar dibawah, ianya kelihatan perang.

DSC_0094a-1a

Bukan itu niatnya untuk tujuan duacongkak terangkan disini, tapi apa yang hendak ditunjukkan iaitu pada bahagian muka depan syiling ini.

DSC_0100a1a

Kita lihat satu persatu gambarnya sambil diterangkan apa yang ada atau apa yang istimewanya syiling ini.

DSC_0100a1a-2a

Jika diteliti pada bahagian depan syiling ini kita dapat lihat bentuk congkak yang nampak bertindih atau berganda bentuknya. Cuba perhatikan pada keratan gambar dibawah dimana terdapat anak panah merah dan biru. Dibahagian luar iaitu ditepi tikar seperti ada seretan dan berbayang. Sebenarnya bayangan yang dapat kita lihat itu tiada sebarang kesan timbul cuma ianya sekadar berbayang sahaja.

Berbeza dengan kesan pada lubang congkak dimana ianya kelihatan kesan berganda yang nyata dan ada unsur unsur DDO, cuma duacongkak tidak berani mengesahkan ianya sebagai DDO kerana terjadi pada beberapa bahagian lubang congkak sahaja dan tidak pada keseluruhan. Sekiranya ada yang dapat mengesahkan ia, ini bermakna untuk tahun 2004 terdapat dua jenis DDV dan yang ini boleh dikatakan sebagai V2.

DSC_0100a1b-a3

Gambar keratan dibawah ini diambil dalam keadaan menegak untuk melihat kesan ganda itu. Jangan salah faham pula, nanti ingat syiling ini adalah rotate, sebenarnya ia adalah dalam kedudukan biasa cuma semasa diambil gambar kedudukan syiling ditegakkan.

DSC_0101a1-a4

Begitu juga gambar bawah, ini semata mata untuk meperlihatkan dengan jelas apa yang dikatakan gandaan pada bentuk congkak tersebut.

DSC_0103a1-a5

Seterusnya gambar sekeping syiling digandingkan bentuk belakang dan depan bagi kepastian tahun yang ditempa.

DSC_0104a-1b

Gambar paling bawah adalah untuk syiling 10sen 2004 DDO V1, terjadi gegar atau gandaan pada bahagian kepala congkak.

DSC_0402a1

Mencari ilham disubuh hari, untuk dinukil dalam tulisan, DDO idaman terus dicari, mungkin banyak yang belum perasan.

Ilham dah ada jangan dibiar, cepat cepat taip takut terlupa, dua bentuknya sudah disiar, kini giliran dapatkan yang ketiga.

Terlewat taip ilham pun hilang, puas termenung tidak juga muncul, selepas bergambar dan ditayang, duitnya kini masuk dalam sampul.

apa pun layan dulu…

Selamat Berpuasa.

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum….

Kepada semua pengunjung tetap, pembaca, pelayar blog, peminat, pengumpul, sahabat, rakan rakan, berpangkat, bangsawan, hartawan, tidak kira yang kenal atau baru kenal atau yang hanya kenal dalam blog atau dalam muka buku atau dimana sahaja terutama Muslimin dan Muslimat, alim dan ulamak, ustad atau ustazah, imam dan makmum, bilal dan noja, pemimpin pemimpin umat Muhammad SAW.

Dimalam yang mulia ini di awal Ramadan 1434 Hijrah seluruh umat Islam menyambut bulan yang mulia di bulan puasa dengan bermulanya solat Terawih pertama, duacongkak ingin melafazkan selamat berpuasa untuk seluruh umat Islam dan sama samalah kita berimarah dan perbanyakkan pahala dengan Ibadat yang telah ditetapkan Allah. Banyakkan bersedekah, beramal, membaca Al Quran, berzikir, bertahmid, berightifar dengan penuh keikhlasan. Jangan lupa kewajipan dengan membayar zakat dan fitrah kerana sesungguhnya kita amat beruntung dan amat bertuah kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk bersua lagi dibulan yang mulia ini.

Berkesempatan dengan ini juga duacongkak ingin mohon kemaafan kepada sesiapa sahaja tidak kira dimana berada, sekiranya duacongkak ada melakukan sebarang kesilapan secara sedar atau tanpa disedari, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga kehujung kaki, dan sekiranya diantara kita ada sebarang kesilapan, duacongkak dengan penuh keikhlasan memaafkan sesiapa sahaja yang tersasul atau tersilap samada tutur kata, perbuatan atau apa sahaja pada diri ini maka, duacongkak sudah maafkan dan menganggap ianya hanyalah gurauan sahaja diantara kita.

Selamat Berpuasa Semua termasuk diri ini dan seisi keluarga.

50sen 1995

Tahun keramat 

Untuk siri 50sen tahun 1995 bagi keluaran ke dua syiling Malaysia bertemakan bunga raya adalah diantara syiling yang paling sedikit sekali ditempa. Jumlah tempaan yang dicatatkan cuma 1,650,423 keping dan ianya juga di sebutkan sebagai KEY DATE untuk siri 50sen ini.

Ramai diantara pengumpul malah duacongkak sendiri amat jarang temui syiling keluaran 1995 ini malah ianya semakin bernilai dalam numismatik selain dari nilai mukanya yang tetap dengan nilai 50sen. Hingga kini ianya masih diburu oleh pengumpul syiling Malaysia kerana dengan adanya ia maka dapatlah disempurnakan koleksi keluaran tema bunga raya yang bermula dari tahun 1989 hingga 2011 “KECUALI” untuk tahun 2006 yang sememangnya tidak dikeluarkan oleh BNM. Tanpa tahun 1995 bererti koleksi tidak akan lengkap dan untuk mendapatkannya mengambil masa yang lama melainkan keberuntungan pada pengumpul kerana temui syiling ini dipasaran atau pun dengan cara membeli dari pengumpul lain. Bererti kena keluarkan modal untuk melengkapkan koleksi berbanding jika temui dipasaran yang diperolehi dengan nilai muka sahaja.

Penemuan terbaru.

Apa yang hendak duacongkak tunjukkan dalam keluaran kali ini iaitu syiling tempaan tahun 1995 KEY DATE yang berwarna kuning keemasan seperti dalam gambar. Penemuan ini amat menarik sekali kerana ianya amat berbeza sekali dari keluaran biasa yang kita lihat. Malah dari apa yang diketahui, BNM tidak pernah menyenaraikan syiling Malaysia berwarna keemasan ini dan sudah tentu kita dapat mengagak yang ianya adalah perbuatan orang yang ada tujuan tertentu. 

DSC_0932a

Warnanya menarik lebih lebih lagi sekiranya dapat dilihat didepan mata.

DSC_0933a

Syiling warna keemasan ini bukanlah kali pertama yang duacongkak miliki kerana sebelum ini pun duacongkak sudah ada menyimpan 50sen keemasan ini dan juga syiling 20sen Parlimen.

DSC_0933a-a1

Gandingan obverse dan reverse syiling keemasan 1995 yang diambil gambarnya dalam posisi tegak dan menyendeng. Jangan tanya kenapa warna tidak sama diantara gambar atas dengan gambar bawah sebab…duacongkak tidak pandai mengendalikan teknik foto yang sebenar maka ianya jadi sedemikian sedangkan ianya adalah dari syiling yang satu.

DSC_0935a-a2

Gambar bawah adalah syiling warna keemasan siri pertama bertema Parlimen yang ditempa pada tahun 1981. Keseluruhan warna pada syiling ini adalah kuning keemasan dan apa yang kita dapat lihat ianya ada keputihan itu adalah disebabkan oleh pantulan cahaya kerana gambar diambil ketika syiling didalam folder dan bersalut plastik.

DSC_1692a-1

apa pun layan dulu.