Setem Borneo ‘SABAH’

Mengenali setem Borneo ” Sabah “.

Ada diantara kita tidak pernah melihat atau pun merasai kehidupan ketika zaman penjajahan. Dari zaman Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, malah ada juga yang tidak melalui zaman komunis di Tanah Melayu. Apa yang kita tahu hanyalah peninggalan sejarah mereka yang dapat kita lihat hingga kehari ini.

Tapi tidak semua yang kita dapat melihat sejarah tersebut kerana…ada diantaranya telah ditelan zaman atau di hapuskan kerana kebencian datuk nenek kita terhadap penjajah di waktu itu. Kita tidak persalahkan mereka, kerana selama ini mereka telah banyak berjuang mempertahankan Bumi Tercinta. Mereka yang melaluinya dan sudah pasti kebencian menyebabkan segala apa yang tersimpan sudah pasti di hapuskan demi untuk menghilangkan perasaan amarah…

Apa pula Duacongkak merapu ni…!!!

Sebenarnya Duacongkak ingin kembalikan nostalgia kepada orang yang pernah hidup di zaman tersebut. Mungkin ada diantara yang melawat blog Duacongkak pernah lalui sejarah di zaman Kolonial British.

Duacongkak sekadar mahu tunjukkan koleksi setem ketika Zaman pemerintahan British di sebelah Borneo. Bukan banyak pun tapi…cukup untuk memperlihatkan kepada jenerasi kini yang mungkin belum pernah melihatnya. Dan bagi mereka yang pernah membaca atau melihat gambar berkaitan peristiwa zaman tersebut, kalau ada apa apa komen atau ingin buat penambahan…bolehlah buka Blog sendiri dan masukkan untuk tatapan umum…Tidak rugi pun sebab…dengan adanya sejarah maka dapatlah kita hidup dengan selesa hingga kehari ini…

1 dari 16

2 dari 16

3 dari 16

3 dari 16

5 dari 16

Tajuk: Stamps of North Borneo

di keluarkan pada 1st July 1964

Dikeluarkan dalam dua bentuk, melintang dan menegak.

  

Advertisements

Setem Borneo ” Sarawak “

 

Sekeping setem dari 26 edisi 1934. Sekadar memperkenalkan saja…

8 sen 1934

  Setem ini dikeluarkan bermula dengan nilai 1 sen hingga $ 10. Terdapat beberapa siri di ulang cetak iaitu: bagi setem 2 sen, 3 sen, 5 sen, 8 sen, 12 sen, dan 15 sen. Cetakan semula dengan perubahan warnanya dibuat pada 1st May 1941. Bagi setiap setem yang diulang cetak..harganya lebih mahal dari setem keluaran asal tahun 1934…

Siri setem ini juga dicetak khas untuk B.M.A. ( British Military Administrations). Ia dikeluarkan dengan bentuk asal tapi di cetak huruf B.M.A. sebagai perbezaan. Dikeluarkan pada 17.Dec.1945 Potret pada setem adalah Sir Charles Vyner Brooke. Ini saja info yang ada..

 

 

Setem Borneo 1954

Setem Borneo Definitive Series 1954 – 1957

3 dari 15

5 dari 15

7 dari 15

7 dari 15

8 dari 15

 

 

 

 

 

 

 

 

Hanya terdapat 4 bentuk setem dari 15 siri yang dikeluarkan.

Setem 3 sen dikeluarkan pada 01/02/1957Setem 5 sen dikeluarkan pada 01/07/1954Setem 10 sen dikeluarkan pada 01/03/1954Setem 15 sen dikeluarkan pada 16/05/1955 Tajuk bagi setem ini QE 11 (Definitive Series)dikeluarkan dalam 2 bentuk 1) Melintang 2) MenegakUkuran: 14 1/2 x 13 1/2 dan 13 1/2 x 14 1/2Tahun keluaran dari 1954 – 1957