Setem Johor

 

Pengenalan Setem keluaran 1904 seperti tercatit dibawah.

Memperkenalkan Setem Sultan Johor DYMM Sultan Sir Ibrahim yang dicetak pada Sept 1904 . Ini adalah senarai nilai setem tersebut. Setem 1c (dull purple & green), 2c (dull purple & orange), 3c (dull purple & olive-black), 4c (dull purple & carmine), 5c (dull purple & sage green), 6c (dull purple & blue), 10c (dull purple & black), 25c (dull purple & green), 50c (dull purple & red), $1 (green & purple), $2 (green & carmine), $3 (green & blue), $4 (green & brown), $5 (green & orange), $10 ((green & black), $50 (green & ultramarine) dan $100, (green & scarlet)

Setem Sultan Johor

Mengikut panduan yang diberikan duacongkak tidak pasti keluaran setem yang dimiliki adalah keluaran tahun yang mana satu. Sebab keluaran Tahun berikutnyalebih kurang sama cuma beberapa jenis saja yang ditukarkan warna.

setem Sultan Johor

Biarlah duacongkak senaraikan juga nilai setem yang dikeluarkan pada 1922-1940. Bagi setem 1c (dull purple & black), 2c (purple & sepia th 1924), 2c (green th 1928), 3c (green th 1925), 3c (purple & sepia th 1928), 4c (purple & carmine th 1924), 5c (dull purple & sage-green), 6c (dull purple & claret), 10c (dull purple & blue), 10c (dull purple & yellow th 1922), 12c (dull purple & blue), 12c (ultramarine th 1940), 21c (dull purple & orange th 1928), 25c (dull purple & muyrtle), 30c (dull purple & orange th 1936), 40c (dull purple & brown th 1936), 50c (dull purple & red), $1 (green & mauve), $2 (green & carmine th 1923), $3 (green & blue th 1925), $4 (green & brown th 1926), $5 (green & orange), $10 (green & black th 1924), $50 (green & ultramarine), $100 (green & scarlet) dan $500 (blue & red th 1926). Mana mana nilai yang tidak tercatit Tahun keluaran adalah yang dikeluarkan pada tahun 1940.

Dalam siri ini juga terdapat keluaran BOOLLET iaitu siri 2c dan 4c.

 

Advertisements

Setem Johor

 

 Setem Pertabalan

Setem Sultan mint

Setem Sultan use

Ini adalah SETEM PERTABALAN SULTAN JOHOR iaitu DYMM Sultan Ismail yang dilancarkan pada 10hb Feb 1960. Hanya sebentuk setem saja yang dikeluarkan sebagai kenangan dan pada ketika itu Negara kita lebih dikenali dengan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU selepas Era Penjajah British. Namun begitu masih terdapat lagi setem setem yang menggunakan nama MALAYA. Dan selepas pertabalan Baginda Sultan, pada tahun yang sama juga setem Definitive Series untuk negeri Johor seperti yang disiarkan sebelum ini dilancarkan. (Sila semak keluaran lepas, Setem Malaya-Johor)

Setem Kelantan

Setem Sultan Ismail dikeluarkan pada bulan Julai 1937 untuk Negeri Kelantan. Ianya dikeluarkan dengan nilai siri:-     1 sen grey-olive & yellow, 2 sen green, 4 sen scarlet, 5sen brown, 6 sen lake dikeluarkan pada Okt 1937, 8 sen grey-olive, 10 sen purple pada Okt. 1937. 12 sen blue, 25 sen vermilion-violet, 30 sen violet & scarlet (Okt 37), 40 sen orange & blue-green, 50 sen grey-olive & orange (Okt 37) $ 1 violet & blue-green (Okt 37), $2 red-brown & scarlet (Mac 1940), dan $5 vermilion & lake (03/1940) Begitu banyak siri hanya terdapat satu dalam simpananbuat tatapan

   Sultan Kelantan