“kosong – palsu “

Idea yang kosong.

Sekian lama tidak menulis dalam blog membuatkan banyak perkara tidak dapat diketengahkan. Tidak tahu dari mana hendak dimulakan dan  umpama buah fikiran menjadi kosong. Sebagai mana tajuk diatas iaitu ” kosong – palsu ” begitu juga dengan buah fikiran untuk menaip dalam blog ini. Walau bagai mana pun jangan pula disangka penulisan ini adalah kosong dan palsu, sebenarnya ada tujuan lain sebagai permulaan untuk menyambung kembali apa yang sudah terhenti.

Kita rujuk pada gambar dibawah ini.

DSC_1615a  

Dua keping blank untuk syiling 50sen bunga raya yang tersimpan baik dalam simpanan. Lebih mudah dijelaskan untuk blank ini ditemui pada tahun 2005,  diperolehi dari tempat atau kilang mencetak duit palsu yang dilakukan secara haram. Sengaja dikutip untuk dijadikan kenangan. Kedua dua blank ini betul betul kosong tanpa sebarang tanda ianya sudah dicetak, Berkemungkinan ianya tidak sempat menjalani proses tempa kerana secara tiba tiba kilang tersebut telah kena serbu oleh pihak berkuasa.

Terdapat dua jenis metal yang digunakan untuk membuat duit suiling 50sen ini, jenis metalnya duacongkak kurang arif tapi apa yang pasti kedua duanya adalah berbeza dimana blank sebelah kiri tidak lekat magnet dan yang sebelah kanan pula ianya aktif pada magnet. (telah diuji), sayangnya dalam kilang tersebut semua syiling yang sudah siap atau separuh siap telah dirampas maka duacongkak tidak temuinya lagi. Jika tidak sudah tentu lebih menarik untuk disimpan, tapi walau bagai mana pun bagi syiling 50sen palsu kita mudah temui dalam pasaran  dan ada peluang untuk memilikinya.

DSC_1619a1  

Blank ini sudah selamat dalam kurungannya. Disediakan baju jeket supaya ianya lebih selamat dari terdedah tanpa diurus kerana khuatir akan lenyap dalam simpanan.

Apa pun layannnnn…dulu.

Kepalsuan

Siapa yang untung?

Satu persoalan yang mungkin semua orang dapat jawab dengan fikiran yang waras. Sesuatu kepalsuan yang dibuat itu sudah semestinya yang beruntung adalah si pembuatnya. Oleh kerana itu ramailah yang gemar hidup dalam KEPALSUAN ini malah sanggup melanggar segala larangan yang telah ditetapkan. Untuk apa semua kepalsuan sekiranya mendatangkan mudarat diakhir kehidupan kita.

Begitu juga dengan melakukan sesuatu barangan yang tulin lalu diciplak menjadi palsu, apakah dengan cara itu boleh memberi manfaat pada diri kita terutama sebagai seorang yang dikatakan penganut Ugama Islam? Semua ini dilakukan semata mata mahu mengaut keuntungan di dunia dengan cara menipu semua orang. Yang ruginya adalah Negara sendiri yang terpaksa menanggung segala kosnya.

Pelbagai barangan diciplak asalkan boleh mendatangkan hasil dan keuntungan mudah. Baik dari sekecil kecil barang hinggalah yang besar besar dan tinggi nilainya. Kita lihat saja disekeliling kita dimana mana saja dapat lihat pelbagai barangan palsu dijual secara bebas walau pun pelbagai tindakan telah diambil. Malah lebih popular dari barangan asli. Ini kerana barangan barangan ciplak ini atau lebih mudah difahami iaitu barangan tiruan harganya lebih murah dan mampu di miliki.

Tidak terkecuali juga DUIT MALAYSIA yang menjadi matawang bagi penggunaan seluruh rakyat turut menjadi mangsa ciplak dan ditiru sebaik mungkin. Hingga ada diantaranya tidak dapat dikenali samada palsu atau pun yang asli. Hanya yang perihatin saja yang dapat mengukur ketulinannya, tapi apa faedahnya kita mencari kepalsuan itu sedangkan kita terima dari pasaran dan bukannya kita buat sendiri. Yang penting walau pun duit palsu tapi masih tetap laku dan boleh diguna pakai seharian. Itulah sikap kita.

Duit syiling kita dengan nilai hanya 50 sen turut menjadi mangsa kepalsuan ini. Terdapat beberapa siri duit syiling yang dapat duacongkak kesan dan dijadikan koleksi tapi bukan untuk keuntungan peribadi. Koleksi ini belum lengkap sepenuhnya kerana masih terdapat siri lain yang belum singgah ditangan.

Siri duit syiling palsu 1998 pertama ditemui. Bagai mana hendak mengenalinya?

Ciri cirinya banyak jika hendak dihuraikan disini, samada cara timbangan, pembuatan/tempaan, kualiti bahan tapi yang paling mudah dikesan adalah ianya bertindak pada magnet. Bagi syiling 1998 diatas ini tindakan terhadap magnet terlalu sedikit dan hampir tidak aktif melainkan magnet betul betul dekat dengan muka syiling.

 

Siri kedua 1998 Palsu.

Syiling ini dapat dikesan karatnya dan kedudukan wau pula seperti Rotated Die kerana menyerong kekanan. Terdapat kesan torehan yang dilakukan oleh individu sebelum tiba ditangan duacongkak. Kemungkinan individu tersebut dapat rasai duit syiling ini adalah palsu maka dia buat torehan. Tapi duacongkak dapat kesaan lebih awal kepalsuan sebelum diuji pada magnet. Bukan nak tunjuk pandai tapi setelah beribu keping syiling dibelek sudah pasti kita dapat lihat perbezaannya.

Syiling ini sederhana aktif dengan magnet, tanpa perlu jarak yang dekat pun dia sudah bertindak. Namun begitu syiling ini tidak boleh terus melekat pada magnet, hanya boleh menggerakkan magnet yang ada pada duacongkak saja.

Siri syiling palsu untuk tahun 2000 Malaysia. 

Syiling palsu ini paling mudah dikesan dan dikenali kerana sinaran permukaan amat berbeza dengan syiling 50 sen tulin. Juga dalam keadaan Rotated Die dengan wau menyerong ke kanan. Lebih aktif pada magnet sebagai mana bahan logam besi. Melekat kuat pada magnet sehingga boleh mengangkat bahan lain dengan kadar berat yang lebih dari kadar berat syiling ini.

Contohnya…magnet diatas, syiling ditengah dan bahan logam lain di bawah seperti yang pernah dikeluarkan dalam blog ini sebelumnya.

Syiling tahun 2000 yang hampir 100 peratus tulin/asli.

Apa perbezaannya. Perbezaan pertama dikesan pada bentuk cetakan bunga raya, keduanya Ratated Die dimana kedudukan wau menegak tanpa menyerong. Seterusnya magnet yang sederhana aktif. Boleh melekat tapi tidak boleh diangkat. Kuat sedikit dari siri 1998.

Syiling palsu keluaran 2004 (tulin). 

Sebab apa duacongkak taip tulin disini…sebabnya adalah AU + UNC. Hampir tidak bertindak langsung pada magnet kerana terlalu sedikit tarikannya. Perbezaan nyata disini adalah pada bahagian tangkai filemen bunga raya yang coraknya lebih kasar dari yang asli. Permukaan dipenuhi dengan gelembung angin (bubble) terjadi sewaktu ditempa. Boleh dikira sebagai coin error tapi palsu.

Syiling palsu keluaran 2004 dengan ciri cirinya hampir sama dengan yang diatas. Beza pada kilauan juga rimnya.

Syiling tahun 2005. Ciri cirinya hampir sama dengan siri 2000, cetakan berulang atau acuan yang sama cuma pertukaran tahun. Bertindak sederhana terhadap magnet. Kedudukan wau tegak jam 12.

Cetakan 2005 kedua. Mudah dikenali kepalsuannya dengan hanya perhatikan pada permukaan syiling. Keadaannya licin dan bersinar cerah, kedudukan wau menyerong kekanan serta kekuatan magnet sudah diuji kehebatannya.

Syiling palsu 2007 berkilau cantik cuma permukaannya kurang licin dan dikesan dengan kesederhanaan tindakan pada magnet. Tidak berdaya menarik magnet.

Setakat ini yang dapat dimuatkan syiling syiling palsu dalam simpanan duacongkak. Adalah menjadi kesalahan mana mana orang memiliki wang palsu dengan niat hendak menipu tapi bagi duacongkak, walau pun tahu adalah satu kesalahan menyimpan wang palsu, tapi bukan tujuan untuk menggunakannya malah dicari lagi setiap koleksi untuk dibuat perbandingan dengan syiling yang tulin. Ini kerana sebagai kolektor rasanya perlu ada duit syiling jenis ini semata mata untuk rujukan dan bukan edaran.

Apa apa pun simpannnnn…dulu.

50 sen 2005

 

Mari lihat syiling 50 sen 2005

contoh

 Dua keping syiling 50 sen depan dan belakang pada gambar diatas adalah yang kita gunakan setiap hari untuk berbelanja.

Empat kepingan yang sama saiz dengan syiling 50 sen tidak boleh digunakan untuk belanja malah tiada nilai sama sekali.

Tahukah semua bahawa…kepingan itu sebenarnya adalah bahan yang akan dicetak dan dijadikan duit syiling 50 sen serta diedarkan. Pada Tahun 2005, sebuah kilang haram yang mencetak duit syiling telah berjaya di kesan dan tangkapan serta rampasan telah dibuat.

Aku sempat melawat kilang tersebut yang sudah dibiarkan kosong selepas tangkapan dan mendapati banyak bahan logam yang tertinggal. Saki baki tersebut aku ambil sedikit untuk dijadikan kenangan.

Dari apa yang aku tahu rupanya syiling 50 sen palsu begitu banyak dipasaran hingga tidak tahu berapa jumlah sebenar yang telah tersebar. Kepalsuan yang tidak dapat dikesan maka syiling itu terus berpindah tangan.

Hebatnya manusia hingga dapat meniru 100%.

 

” ALAMAK….!!! PALSU ? “

Note RM 100 ” PALSU “

Pernahkah anda perolehi atau melihat, memiliki, menyimpan, memegang, menukar, berbelanja atau mendengar dari mulut ke mulut berkaitan duit ” PALSU “…??

Sudah tentu semua orang sudah tahu berkaitan dengan note palsu. Ini kerana sering saja media cetak atau pun media elektronik menyiarkan cerita ceritanya. Tapi mungkin diantara anda tidak pernah dapat atau memiliki dan menyimpannya. Kalau mahu lihat dengan mata sendiri, pergilah ke kaunter petrol pam…banyak contoh.

PERINGATAN…: 

Janganlah anda sesekali memperdayakan orang lain dengan menggunakan duit palsu. Lebih lebih lagi sekiranya anda sudah mengetahui dan dengan sengaja menggunakan duit palsu ini dengan niat menipu.

Perbuatan kita bukan saja merugikan negara…malah, kita telah melakukan satu kesalahan yang besar terhadap sesama manusia. Bermula dari tangan kita dan beredar dari tangan ketangan hingga setiap tangan ketangan itu pula akan menyumpah seranah kepada orang yang mengedar dan memperdaya orang ramai. Siapakah yang akan mendapat sumpah seranah yang terkeluar dari mulut tangan ke tangan itu..?? Sudah pasti kitalah orangnya yang terawal dan akan menerima segala sumpah seranah tersebut seterusnya menanggung segala dosa dosanya.

Cuba bayangkan duit palsu edaran kita berakhir ditangan seorang FAKIR, IBU TUNGGAL YANG MEMBESARKAN ANAK YANG MASIH KECIL, ANAK ANAK YATIM PIATU, ORANG ORANG SUSAH, ORANG TUA YANG MENYARA CUCU CiCiT. (maaf sekiranya contoh ini menyinggung hati dan perasaan mereka yang berkaitan). Anak kecil kehabisan susu atau rumah kehabisan beras dan Hamba Allah ini berbelanja kerana tidak tahu duit digunakan adalah palsu. Oleh kerana kepekaan tuan kedai dapat mengesan dan terus maklum kepada pihak berkuasa lalu tertangkap. ADUSSSS….!!. Tak dapat bayangkan, Nauzubillah…Ya Allah, jauhkanlah aku dan seisi keluargaku dari perkara yang sedemikian…AMIN…!!

” Doa paling mustajab dan diterima oleh Allah SWT adalah dari golongan orang orang susah, fakir miskin, orang yang dizalimi selain dari orang orang yang beriman…”

” Doa orang mukmin seramai 40 orang atau lebih cukup afdal…” Cuba anda bayangkan sekiranya 40 orang atau lebih orang orang susah, fakir miskin, anak anak yatim piatu, orang yang dizalimi… menyumpah laknat…???

Duacongkak sengaja jelaskan disini kerana mahu tunjukkan apa yang ada dalam simpanan setelah isteri terpedaya oleh seseorang yang berbelanja sewaktu berniaga di pasar malam. Tiba saja dirumah, bukan hasil jualan yang dikejar tapi duit dulu dicapai dan diperiksa satu persatu. Walaupun dalam suasana samar tapi Duacongkak dapat kesan duit tersebut adalah palsu. Segera ditunjukkan kepada isteri dan terangkan kepadanya hingga dia faham. Maka terkeluarlah sumpah celaka dari mulutnya tanpa diduga. Untuk mengelak dari duit itu terus beredar…Duacongkak terus ambil dan simpan saja biarpun terasa rugi besar kerana, menurut isteri…seorang pemuda belanja dengan nilai barang hanyalah RM 5. Dipulangkan pula RM 95.

Walau bagaimana pun Duacongkak terima juga seadanya kerana mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Setiap rezeki ditentukan oleh Allah Taala dan kita hanya berusaha. Untung rugi adat berniaga  

 
palsu
 

palsu

 Imej diatas adalah duit yang dimaksudkan dan adalah palsu. Sekali imbas melihatnya seperti duit sebenar, apa lagi bila diperolehi di pasar malam yang keadaan cahaya samar samar. Ketelitian bagaimana sekali pun, jika terima sewaktu kita sedang sibuk melayani orang/pelanggan lain untuk membeli barangan…sudah pasti tidak sempat untuk meneliti. ( waktu yang sering digunakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab ). Ujian dibuat pada rakan blog yang bertandang kerumah Duacongkak baru baru ini…08/06/2010 (Sorry sebab jadi contoh pulak).

Beliau sudah pegang dan melihat tapi tidak perasankan duit ini adalah palsu sehingga dijelaskan satu persatu…

1). Bahagian benang keselamatan (kertas timah) tiada ciri ciri BNM.

2) Keadaan warna duit ini juga agak gelap dari yang asal/asli.

3) Ukuran lebar duit lebih kecil dari yang asli, panjangnya sama.

4) Kualiti kertas terasa licin seperti kertas A4

5) Tiada sebarang biasan cahaya bila dilihat bawah cahaya sinar ungu dan

banyak lagi ciri ciri lain yang mudah dikesan kepalsuannya.

Awasi diri anda dari terkena…terutama note RM50 yang hampir 95% ORI…tiada contoh disini kerana tidak sedar bila masanya berlalu pergi. Harap maaf kepada mereka yang menerimanya.

Akan datang Duacongkak keluarkan lagi NOTE Error dan Rare ORI bukannya palsu atau pindaan.  

 

Coin palsu

Duacongkak sengaja muatkan coin ‘palsu’  ini dalam blog kerana sudah sekian lama tersimpan dalam koleksi. Ianya bukan dicetak dengan plastik seperti zaman duacongkak masih sekolah. Waktu itu sekitar awal Tahun 70an, terdapat mainan berupa duit syiling yang sama digunakan, cuma perbezaan pada ukuran serta ianya berwarna warni. Mahu dibuktikan tiada pula dalam simpanan.

‘ Palsu ‘

Tulin

 Bahan cetakan tidak pasti dan berkemungkinan ianya dari timah. Lilitannya juga agak kecil sedikit dari yang tulin. Duacongkak tidak ingat bila dan dimana syiling ini diperolehi tapi seingat duacongkak sememangnya sudah lama tersimpan. Sayang sekali keadaannya sudah uzur dan tidak berapa jelas. Lebih lebih lagi Tahun ianya dikeluarkan. Lihat sendiri perbezaan diantara yang tulin dan yang ‘palsu’…