mohon kemaafan…

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Saya sebagai tuan punya blog duacongkak ingin mohon jutaan ampun dan maaf setelah sekian lama tidak update atau memperdulikan blog ini.

Sekian lama saya tidak buka blog ini dan tidak dapat membukanya kerana password terlupa dan kini baru dapat buka semula. Saya dapati banyak komen komen yang diterima dan sekali lagi saya pohon kemaafan kerana tidak dapat menjawabnya. Pasti tuan tuan dan puan puan terasa seperti saya tidak ambil peduli.

Bagi yang telah memberi komen saya ucapkan berbanyak terima kasih begitu juga bagi yang sering mengunjungi blog saya. Dengan berbesar hati saya ucapkan jutaan terima kasih. Mungkin ramai yang kecewa dengan saya dan dengan hati terbuka saya terima seadanya serta sekali lagi mohon kemaafan.

Saya tidak mahu ulas panjang dan saya sekali lagi mahu ucapkan berbanyak terima kasih kerana masih ramai yang sudi kunjungi blog ini. Untuk makluman semua, apa yang saya tampilkan dalam blog ini hanyalah sekadar suka suka dan menerbitkan apa yang ada atau menjadi milik saya.

Terima kasih semua.

cuti panjang

Mohon maaf kepada semua pembaca.

Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelayar blog duacongkak yang setia, saya menyusun jari sepuluh mohon ampun dan maaf kerana sekian lama tidak aktif dalam blog ini. Bukan kerana menyepi disebabkan tidak mahu buat kiriman baru tapi ada sedikit masalah beberapa minggu ini.

Pada 18/03/2014

Untuk makluman semua, pada tarikh tersebut saya bercuti dan balik ke kampung halaman. Secara kebetulan beberapa hari sebelum itu PC rosak tidak berfungsi dan dipercayai disebabkan oleh modemnya. Disebabkan itulah blog saya menyepi.

Kini iaitu mulai hari ini 31/03/2014, PC sudah boleh beroperasi setelah dibaiki dan mungkin saya akan aktifkan semula blog ini untuk para pembaca dengan apa yang saya ada sebagai perkongsian maklumat tentang apa sahaja koleksi yang hendak diterbitkan. Keutamaan sudah pasti pada syiling error atau pun variety yang bakal diterbitkan nanti. 

InsyaAllah

Apa pun harap bersabar semua.

sehari sebelum raya

Berita sedih

Menjelang pagi sekitar jam 9.15 pada 14/10/2013 ketika mana aku balik dari kerja, telah terima berita dari isteri aku dengan menyatakan rumah kediaman adik perempuan aku di Felda Sendayan telah musnah terbakar. Kejadian berlaku sekitar 5.15 pagi dan disedari oleh adik ipar yang hanya tinggal seorang diri waktu tersebut kerana isterinya ( adik perempuan aku ) dan seorang anak lelaki berada di kampong sempena menyambut Aidil Adha dan juga melawat ayahnda bonda serta keluarga.

Aku dan isteri tanpa membuang masa terus sahaja bersiap siap dan pergi melawat mereka, mujur isteri aku pandai memandu maka sepanjang perjalanan dari Johor ke Negeri Sembilan, aku hanya melelapkan mata memandangkan semalaman tidak tidur kerana bekerja diwaktu malam.

DSC_0763a

(kedai dimana tempat adik aku menetap)

Sebaik sahaja aku dan isteri tiba dan dapati keadaan rumah mereka hangus sama sekali termasuk kedai D’Mart, kecuali bahagian depannya sahaja yang selamat iaitu muka pintu kedai dibahagian luar. Aku terus tinjau keadaan rumah mereka disebelah kedai tersebut dan ternyata semuanya hangus terbakar.

Keluarga adik perempuan aku tinggal bersebelahan dengan kedai D’Mart Felda Sendayan dan dia adalah salah seorang kaki tangan dikedai tersebut. Menurut apa yang dia ceritakan, ketika mana dia sedang tidur telah terdengar bunyi sesuatu yang meletup letup. Sebaik sahaja adik ipar aku membuka mata, dia lihat percikan api telah berlaku disumber bekalan elektrik rumahnya. Oleh kerana rumah yang diduduki diperbuat dari papan, dengan pantas ianya terus menyambar dan terbakar. Adik ipar hanya sempat lari keluar tanpa sempat melarikan apa apa barang penting kerana api sudah mula membesar dengan kepulan asap sudah mula menyelubungi dalam rumahnya.

DSC_0745a

( adik ipar aku dari KL sedang perhatikan sisa kebakaran)

Dalam masa tidak sampai satu jam, keadaan rumahnya serta kedai D’Mart telah hangus, bomba yang dipanggil pun tidak sempat untuk memadam kebakaran kerana ianya berlaku terlalu pantas.

DSC_0750a

( Bahagian diantara ruang tamu dan bilik kedua. )

Aku terus meninjau dalam rumah mereka dan melihat sisa kebakaran yang hangus dan terasa sebak didada dengan apa yang dilihat.

DSC_0749a

(bahagian ruang tamu dan rak buku)

DSC_0758

( rak pinggan mangkuk dan kelengkapan dapur )

DSC_0759a

( motorsikal dan basikal tidak sempat diselamatkan )

DSC_0756a   

( api yang masih menyala di sudut belakang dalam kedai )

DSC_0761a

( Tinjauan keluarga )

Apa lagi yang tinggal hanyalah kenangan semata mata, rumah dan tempat kediaman adik perempuan aku habis hangus terbakar kecuali bahagian bilik air masih kelihatan seperti tidak terjejas. Namun begitu, hanya kesyukuran sahaja yang dapat diluahkan kerana seisi keluarga adik perempuan aku semuanya selamat walau pun suaminya iaitu adik ipar aku tinggal sehelai sepinggang kerana pakaiannya turut hangus. 

Sedih dengan apa yang dilihat memandangkan pada keesokan hari umat Islam akan menyambut Aidul Adha. Segala keperluan dan persiapan raya turut hangus dalam kebakaran yang tidak dijangkakan.

Selamat Berpuasa.

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum….

Kepada semua pengunjung tetap, pembaca, pelayar blog, peminat, pengumpul, sahabat, rakan rakan, berpangkat, bangsawan, hartawan, tidak kira yang kenal atau baru kenal atau yang hanya kenal dalam blog atau dalam muka buku atau dimana sahaja terutama Muslimin dan Muslimat, alim dan ulamak, ustad atau ustazah, imam dan makmum, bilal dan noja, pemimpin pemimpin umat Muhammad SAW.

Dimalam yang mulia ini di awal Ramadan 1434 Hijrah seluruh umat Islam menyambut bulan yang mulia di bulan puasa dengan bermulanya solat Terawih pertama, duacongkak ingin melafazkan selamat berpuasa untuk seluruh umat Islam dan sama samalah kita berimarah dan perbanyakkan pahala dengan Ibadat yang telah ditetapkan Allah. Banyakkan bersedekah, beramal, membaca Al Quran, berzikir, bertahmid, berightifar dengan penuh keikhlasan. Jangan lupa kewajipan dengan membayar zakat dan fitrah kerana sesungguhnya kita amat beruntung dan amat bertuah kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk bersua lagi dibulan yang mulia ini.

Berkesempatan dengan ini juga duacongkak ingin mohon kemaafan kepada sesiapa sahaja tidak kira dimana berada, sekiranya duacongkak ada melakukan sebarang kesilapan secara sedar atau tanpa disedari, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga kehujung kaki, dan sekiranya diantara kita ada sebarang kesilapan, duacongkak dengan penuh keikhlasan memaafkan sesiapa sahaja yang tersasul atau tersilap samada tutur kata, perbuatan atau apa sahaja pada diri ini maka, duacongkak sudah maafkan dan menganggap ianya hanyalah gurauan sahaja diantara kita.

Selamat Berpuasa Semua termasuk diri ini dan seisi keluarga.

awan membentuk

Gambar suka suka.

Oleh kerana tidak tahu hendak buat apa apa, duacongkak cuba mengambil gambar gambar awan yang bergumpal di langit biru. Dari jauh kelihatan sesuatu yang menarik pada awan tersebut hingga menyebabkan ianya dirakam.

DSC_0460a1a

Gambar kedua: yang menjadi tumpuan sebagai mana dalam bulatan yang membuatkan ianya kelihatan menarik.

DSC_0460a3

Cuba lihat bahagian keratan awan pada gambar bawah ini, dalam penglihatan duacongkak kelihatan ianya membentuk seperti kepala gorila. Tidaklah seratus peratus ianya sama tapi kita dapat lihat irasnya sahaja bila dilihat sebelah sisi.

DSC_0460a

Bila gambar kedua dizoom iaitu pada bahagian bawah bentuk gorila, kita dapat lihat, iras iras rupa dengan mata terpejam. Kelihatan bentuk wajah itu amat mengerikan seperti merenung kearah bumi. 

(monster)

DSC_0460a1

Mungkin pengunjung blog dapat mengolah bentuk rupa pada awan ini yang lain dari apa yang duacongkak olahkan kerana setiap pandangan orang dan tafsirannya tidak sama.

Subhanallahh…

Kehidupan 2

Alih kubur…

Sebelum kubur lama dikorek, Majlis Tahlil diadakan dan selesai tahlil mereka yang hadir bersarapan terlebih dahulu sementara menantikan tukang gali kubur.

DSC_0198a

Apa bila menjelang jam 9.30 pagi sekumpulan penggali kubur terdiri seramai enam atau tujuh orang memulakan kerja kerja mereka. Oleh kerana keadaan tanah disini asalnya adalah kawasan berlumpur dan berpaya, baru beberapa kaki digali kelihatan lubang kuburnya dipenuhi air dan terpaksa dikeringkan terlebih dulu dengan cara menimba. 

DSC_0203

Penduduk kampung dan juga para waris dan orang ramai mula mengambil gambar apabila kubur yang digali sudah kering. Dengan penuh hati hati sambil mengorek tanah liat dengan menggunakan tangan, sisa sisa tulang mula dicari dan dikumpul diatas sehelai kain putih. 

DSC_0205

Susah juga hendak mengumpul sisa tulang yang sudah sebati dengan tanah liat namun berkat kesabaran atau mungkin mereka ini sudah ada pengalaman, dalam masa yang singkat sahaja, segala tulang yang kelihatan semuanya berjaya dikumpulkan.

DSC_0218

Apabila siap terkumpul lalu dibungkus semula dan dibawa masuk kedalam van jenazah milik Majlis Agama Johor Daerah yang sudah siap sedia menunggu diperkarangan masjid.

DSC_0215

Kelima lima rangka manusia telah selamat dikumpul dan kini siap untuk dibawa ke tanah perkuburan yang baru.

DSC_0224

Setibanya di tanah perkuburan baru, dapati lubangnya sudah siap digali dan hanya menantikan untuk dimasukkan sahaja kelima lima sisa tulang aruah simati.

DSC_0227a

Upacara pengkebumian dilaksanakan dan ketika ini duacongkak sudah beredar dari lokasi memandangkan ada tugas lain yang dipanggil dan diperlukan bantuan. Tidak sempat merakamkan tulang belulang aruah simati dikebumikan semula.

Sungguh pun begitu, duacongkak amat bersyukur kerana dapat juga melihat hampir keseluruhan cara cara memindahkan kubur lama ke kubur baru yang mana sebelum ini tidak pernah dilihat.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh aruah yang meninggal dunia berpuluh puluh atau beratus tahun yang lalu  dan diletakkan bersama mereka yang beriman…Amin.

Kehidupan

Pengalaman pertama

Pada 21/05/2013 aku mula bergerak ke sebuah kampung yang tidak berapa jauh dari kediaman aku. Lebih kurang jam 8.30 pagi aku sampai dikampung tersebut dan terus menuju ke sebuah masjid lama yang pernah aku tunaikan solat Jumaat. Sesungguhnya mesjid ini bukan dalam kariah aku tapi sesekali aku datang juga berjemaah disini.

Melihatkan keadaan mesjid ini sememangnya terlalu usang dan sudah uzur kerana usianya sudah menjangkau hampir atau lebih dari 100 tahun. Sungguh pun begitu ianya masih aktif dan digunakan sehingga ke hari ini sehinggakan setiap hari Jumaat, hampir sahaja ianya tidak dapat menampung jemaah yang hadir. Ini kerana selain dari kariah kampung tersebut, terdapat juga penduduk sekitar dari taman perumahan juga pekerja kilang, kampung kampung bersebelahan yang datang setiap kali Jumaat.  

DSC_0194   

Bentuk masjid yang berada tidak jauh dari jalan dan dibahagian belakangnya bersempadan dengan kebun kelapa sawit. Setiap kali Jumaat keadaan jalan kampung ini begitu sesak dengan kenderaan yang diletakkan dibahu jalan. Dengan keadaan itu serta rungutan dari penduduk kampung, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membesarkan masjid tersebut dengan membina masjid baru dimana sebahagian dari kebun kelapa sawit dibelakang masjid telah diambil untuk membesarkannya.

DSC_0195

Dibahagian belakang masjid atau disisinya terdapat kubur lama yang perlu dialihkan sebelum kerja kerja pembinaan masjid baru dijalankan. Dengan diketuai oleh Jabatan Agama Islam Johor dari Daerah Pontian telah sama sama dengan orang kampung, datang untuk majlis pemindahan kubur tersebut. Aku turut sama hadir dan ini adalah pengalaman pertama melihat cara cara untuk melakukan pemindahan itu.

DSC_0193

Sebelum kubur kubur ini digali, terlebih dulu Majlis Tahlil diadakan dengan kehadiran ramai warga kampung tersebut. Terdapat lima buah kubur kesemuanya dan apabila aku bertanyakan pada orang orang kampung, sebenarnya banyak lagi kubur yang ada tidak jauh dari situ (masih dalam kawasan masjid) yang mana kebanyakan kubur tersebut sudah tidak bertanda lagi dan sukar untuk dikesan.

DSC_0197

Jam lebih kurang 9.30 pagi, bermulalah penggalian kubur lama oleh orang yang diberi amanah untuk mengoreknya. Para waris, sanak saudara simati turut sama menyaksikan upacara tersebut dengan penuh redha demi membesarkan masjid untuk umum.

DSC_0209a

Beberapa waris simati begitu tenang menyaksikan penggalian kubur nenek moyang mereka.

DSC_0199

Kubur kubur yang digali ini adalah milik kepada:-

1. Aruah Hj Ismail iaitu orang pertama yang membuka kampung tersebut.

2. Aruah Hj Salleh iaitu pemilik tanah yang mewakafkan untuk dibuat masjid.

3. Aruah Hjh Sarilah isteri kepada Hj Ismail

4. Aruah Hjh Fatimah, isteri kepada Hj Salleh yang sama sama mewakafkan tanahnya.

5. Aruah Hj Ali bin Hj Ismail anak kepada pembuka kampung.

Aruah Hj Ali adalah jenazah terakhir dikebumikan diperkarangan masjid ini, setelah itu ianya bertukar ke tanah perkuburan baru yang terletak jauh dari masjid tersebut. Ianya dikebumikan sekitar tahun 70an setelah meninggal dalam usianya hampir 120 tahun menurut kata pemberi maklumat iaitu anak lelaki aruah sendiri yang kini sudah berusia lebih 70 tahun.

Al Fatihah untuk semua jenazah.

” Lagi gambar gambar yang akan diterbitkan dalam sambungan akan datang. ” 

Imbas kenangan.

Pamiran dan jualan duit dan stamp.

Pada 28/04/2013 duacongkak berkesempatan melawat pamiran dan jualan duit dan stamp di ruang legar sebuah pasaraya di Johor Bahru. Pertama kali sampai disini, terasa terkedu bila melihat pelbagai koleksi duit duit lama dan baru yang dipamirkan. Oleh kerana masa yang terhad, (kerana ada urusan lain), duacongkak sekadar berjalan jalan sahaja tanpa menumpukan pada barangan yang dipamirkan. Cukup sekadar menyaksikan didepan mata tapi mahu sentuh atau melamar sepertinya tiada ruang kesempatan. 

DSC_0018a

Habis keliling duacongkak melawat dari satu meja ke satu meja tapi langsung tidak membeli atau mendapatkan apa apa sebagai kenangan. Kesempatan ini juga memberi peluang kepada duacongkak bertemu beberapa kolektor yang dikenali sambil mereka mencari sesuatu. Ada antara kolektor yang dikenali begitu asyik dan tekun membelek barangan yang mungkin menarik perhatiannya. Cuba juga untuk melihat apa yang dibeleknya tapi terasa seperti menganggu pula maka duacongkak pun beredar dan berpindah kemeja lain pula.

DSC_0015a

Hingga akhirnya duacongkak terserempak dengan kenalan yang turut sama membuka gerai, lama juga berada ditempatnya sambil melihat barangan yang dijual, semuanya kelihatan amat menarik dan tiada dalam simpanan duacongkak. Malah kebanyakannya amat sukar untuk duacongkak memiliki kerana faktor harga yang ditawarkan amat berpatutan. Untuk tidak menghampakan kawan yang berniaga, duacongkak belilah juga barangan yang dijual sebagai menyokong beliau walau pun ianya tidaklah memberangsangkan.

DSC_0022a

Nasib kerana kesuntukan masa, jika tidak rasanya pasti duacongkak akan menghabiskan masa di tempat ini untuk beberapa jam dari tengah hari hingga ke petang. Boleh dikatakan pada hari itu lebih banyak berjalan dari berbelanja sambil mencuci mata dan berbual dengan beberapa kenalan.

DSC_0013a

Diantara barangan yang dipamirkan oleh rakan ditempat niaganya.

Asal boleh

Air Botol Mineral.

DSC_0031  

Pagi yang hening dikala matahari mahu terbit, Aku berada diberanda sekolah sambil merenung jauh memerhatikan kehadiran mentari. Aku pandang juga keadaan langit yang suram dipenuhi awan, apakah matahari ini akan bersinar hingga kepetang?

Ternyata sebelum tegaknya matahari hujan pun turun yang menyebabkan aku tiada pilihan dan terpaksa berdiri dan duduk diberanda sekali pun tempias air hujan membasahi badan dan juga pakaian aku. Bukan tiada tempat berlindung tapi, terpaksa menunggu kehadiran orang ramai ketempat aku berada.

DSC_0034  

Aku lihat kebawah, orang ramai sudah mula beratur panjang dan pasti diantara mereka, ada yang akan datang ketempat aku. Waktu ini masih pagi dan hujan belum lagi turun.

DSC_0035  

Tunggu punya tunggu mereka tidak datang juga ketempat aku, sepi dan membosankan. 

DSC_0036

Aku lihat bilik sebelah pun sama cuma beberapa orang sahaja yang datang.

DSC_0037

Pun kelihatan sepi…

DSC_0039

Dari pintu pagar pun sepi…? Sehari suntuk aku menunggu ternyata tidak ramai orang yang datang ketempat aku. Bosan dengan keadaan itu aku tidak tahu hendak buat apa apa. Akhirnya berbual dengan kawan yang berada sama dengan aku tapi dia duduk didalam bilik yang tidak kena hujan dan panas, aku terpandang akan botol yang bertutup oren diatas mejanya. Ada la beberapa botol dan diatas lantai pun ada lagi beberapa botol.

Minta satu boleh…? haus la tunggu orang tidak ada yang datang. Kalau boleh mahu sekali dengan yang tergantung di leher.

DSC_0046

Akhirnya dapat sebotol air mineral penutupnya oren yang mungkin tidak menarik, lebih lebih lagi bila dilihat pada logonya. Ada sesetengah orang yang tidak berapa suka. Disebelah malam pula aku cuba mendapatkan tali kuning yang mereka gantung pada leher. Mungkin rezeki agaknya dan dapat juga seutas untuk jadikan kenangan. Sememangnya ini bukan satu koleksi yang bernilai tapi sebagai suka suka sebab ianya cuma ada empat atau lima tahun sekali ada baiknya diambil dan simpan sebab pada botol tersebut terdapat tarikh luputnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Cuti panjang…

Senja yang berlabuh.

Bermula dari 7.16 petang > 7.21 petang (1916 hrs hingga 1921 hrs ) 12/04/2013

DSC_2850a1   DSC_2853a1

DSC_2854a1   DSC_2856a1

DSC_2858a1   DSC_2860a1

DSC_2864a   DSC_2866a1

DSC_2869a1   DSC_2872a

DSC_2874a1   DSC_2875a1

Gambar matahari terbenam ini dirakamkan di tepi pantai Pontian, kebetulan pada hari tersebut cuaca agak elok sedikit kerana sungguh pun berawan tapi dapat juga rakamkan gambar sebagai kenangan. Sudah beberapa kali di cuba tapi selalunya matahari akan dilindungi awan sebaik saja hampir kepermukaan air laut.

Gambar dibawah ini diambil pada 18/03/2013 dilokasi berbeza, juga dalam Daerah Pontian bermula dari 7.20 pm hingga 7.40 pm.  Inilah yang selalu terjadi dimana awan akan melindungi matahari sebaik sahaja matahari berlabuh dipermukaan laut.

DSC_2583a DSC_2595a

Berlabuhnya matahari bukan bermakna blog duacongkak juga turut berlabuh, cuma ianya suram sikit sejak kebelakangan ini untuk muatkan koleksi yang ada…pasti ramai diantara pengunjung tertanya tanya apakah duacongkak sudah berhenti dari menulis.

Bukan berhenti cuma rahatkan diri oleh kerana BZ.