Retak (7) 10sen 2012

Retak istimewa pada sekeping syiling 10sen 2012.

Untuk mendapatkan sesuatu koleksi yang menarik sudah pasti memerlukan kesabaran serta ketelitian dalam usaha menelek satu demi satu syiling yang berada ditangan. Sebaik saja kita memperolehi sesuatu yang agak istimewa, sudah pasti ianya akan menyentuh hati serta kelihatan amat ceria sambil tersenyum sendirian.

Begitu juga dengan syiling yang ditemui ini, ianya diedarkan pada tahun 2012 dan tidak semena mena duacongkak terlihat error “retak” pada kedua dua bahagian muka syiling. Sudah tentu menarik kerana amat jarang ditemui keretakan berlaku pada kedua dua bahagian sekali.

Sebagai contohnya lihat pada gambar yang dimuatkan.

Gambar atas bahagian reverse untuk syiling 10sen dan kita dapat lihat angka tahun iaitu 2012. Disamping itu cuba lihat pada bahagian anak panah merah, ianya menunjukkan kesan keretakan pada permukaan syiling bermula dari rim hingga ke angka ‘1’. Bukan itu saja malah keretakan sebenarnya berlaku juga pada bahagian bunga raya dan seterusnya pada tulisan BANK NEGARA MALAYSIA. Melalui gambar ini rasanya kurang jelas untuk dilihat keretakannya, dengan itu duacongkak gunakan scan untuk mendapatkan gambar lebih jelas.

Sebelum melihat gambar scan rasanya lebih baik lihat dulu bahagian depan syiling. Terdapat tiga penunjuk anak panah iaitu dua dibahagian retak dan satu dibahagian atas iaitu RIM CUD.  Ada juga bahagian retak yang tidak ditunjukkan dengan anak panah iaitu dibahagian bucu corak bintang disebelah kanan.

Gambar bawah menunjukkan Rim CUD yang dimaksudkan, jika diteliti pada gambar keratakan ini kita dapat lihat juga urat halus yang bukannya retak atau Die Crack. Ini kerana ianya seperti satu lapisan dan duacongkak tidak pasti apa yang sebenarnya.

Gambar bawah pula keratan gambar menunjukkan Die Crack yang berlaku dari rim hingga kebahagian tengah dan begitu juga pada garis lima di bahagian tepi, juga kelihatan retak.

Gambar bawah ini diambil dengan menggunakan scan agar dapat lihatt dengan jelas bahagian retak sebagai mana ditunjukkan dengan anak panah.

Begitu juga dengan gambar dibawah ini dimana kesan retak boleh dilihat bermula dari bunga raya hingga huruf ‘N’. Selain itu kesan retak kasar terjadi pada tulisan Bank Negara Malaysia. Diantara retak pada bunga raya dengan tulisan BANK tiada kena mengena, ianya terjadi secara berasingan.

Kesan retak pada tulisan bersambung.

Gambar bawah pula kesan retak yang terjadi pada penjuru corak bintang.

Dan yang terakhir adalah gambar syiling 10 sen 2012 yang digabungkan.

Pada sekeping syiling  ditemui kecacatan yang keterlaluan dimana kesan retak berlaku pada kedua dua bahagian secara berasingan dan ditambah pula dengan Rim Cud yang cantik dan comel dan dapat dilihat begitu jelas sekali. Tuah badan cuma sekeping saja yang ditemui dan menyinggah di tangan, apakah ada yang kedua atau ketiga?

Apa pun simpannnnn…dulu.

Retak (6)

Ulat mencari bunga.

Bilangan kali keenam dalam rangkaian Die Crack yang dikeluarkan bagi syiling 5 sen pelbagai tahun, kali ini kesan retak yang ditunjukkan tidaklah sehebat yang disangkakan kerana ianya terlalu kecil dari keluaran sebelumnya. Mari kita lihat sama sama seperti gambar dibawah.

reverse coin 2008

Lihat pada bahagian atas angka ‘5’ sebagaimana dalam bulatan merah. Kalau mahu jelas lagi selain dari klik pada gambar, cuba lihat pada keratan dibawah dimana kita dapat lihat sedikit metal yang menuju pada kelopak bunga. Bagaikan seekor ulat yang sedang mencuba untuk mencapai bunga tersebut untuk menjadikan makanannya.

Selain dari kesan retak yang juga boleh dikategorikan sebagai Die Chip (sebab ianya belum retak besar, sepertinya keadaan acuan yang serpih) kita dapat lihat juga sedikit kesan retakan dibahagian muka depan syiling ini iaitu seperti gambar bawah. Cuba lihat arah anak panah merah. Disisi rim pula berlaku sedikit cetakan yang lari ketengah bermula dari jam 8 hingga ke jam 2.

Keratan gambar menunjukkan kesan retak yang terjadi pada permukaan syiling juga dapat lihat sisi rim berlapis tiga.

Seperti biasa cantuman gambar depan dan belakang syiling 5sen 2008

Reverse sebelah kiri dan obverse disebelah kanan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Retak (5)

5sen 2009

Sekeping syiling dengan nilai 5sen ditempa pada tahun 2009, apa yang menarik disini adalah keadaan angka ‘ 9 ‘ itu dimana bahagian kepalanya tersumbat. Keadaan ini sememangnya mudah kita temui dalam edaran masa kini dan setiap kali buat tukaran sebanyak RM100 berkemungkinan boleh kita temui error jenis ini. Itu pun kiranya bernasib baik, kekadang dalam beratus pun belum tentu ada.

Apa yang hendak dijelaskan disini iaitu pada bahagian depan syiling sebagai mana gambar bawah yang terdapat Die Crack. Ianya terjadi pada bahagian kepala paku gasing hingga ke bahagian rim. Setiap satu syiling yang ditemui error jenis Die Crack pada tempat yang berlainan. Cuba lihat semula satu persatu yang sudah di muatkan dalam blog, dimana Die Crack yang kita dapat lihat berbeza tempatnya sedangkan bentuk keretakan hampir sama dan tidak memanjang. Sebagai contoh Die Crack Rim to Rim (RTR), mungkin belum tiba masanya untuk duacongkak memilikinya. Perlu banyak bersabar untuk dapatkan siri 5sen yang terjadi RTR

Gambar bawah adalah keratan untuk ” kepala 9 tersumbat “

Gambar keratan Die Crack pada bahagian kepala paku gasing.

Dan gambar paling bawah pula adalah gabungan diantara muka belakang dan muka depan syiling 5sen 2009. Dalam sekeping syiling terdapat dua jenis error yang menjadikan ianya lebih menarik untuk jadikan koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Selamat Hari Raya…

Selamat Hari Raya

Dengan ini duacongkak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung blog terutama bagi umat Islam kaum muslimin dan juga muslimat. Tiada kata kata yang lebih bermakna untuk diluahkan melainkan sekadar ucapan juga mohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan selama ini.

Kebiasaannya setiap orang bila mengucapkan selamat hari raya menggunakan gambar Mesjid atau pun Kaabah tetapi berbeza pula dengan duacongkak yang meletakkan gambar suasana malam diterangi cahaya lampu. Tiada apa apa makna dalam gambar yang dipamirkan cuma sekadar menghiasi paparan dan ucapan.

Salam Aidiladha.

” retak ” (4)

Terpancar.

Tajuk ‘ terpancar ‘ dapat dilihat pada bahagian die crack 5 sen 2009. ianya boleh dilihat pada bahagian gambar depan syiling ini iaitu pada kedudukan gasing.

Strike trough error.

Die Crack terjadi bagaikan satu pancaran kilat tapi, nak dikatakan kilat rasanya tidak sesuai memandangkan ianya bermula dari bawah dan naik keatas. Pada gasing kita dapat lihat betapa besarnya retak yang berlaku dan terus naik hingga kesisi rim seperti dalam bulatan tersebut.

Gambar keratan yang menunjukkan anak panah merah menghala keatas.

gabungan rev. n obv. syiling 5 sen 2009

Apa pun simpannnnn…dulu.

” Retak ” (3)

5 sen 2010

Seterusnya diperlihatkan pula Die Crack error yang ditemui pada syiling 5sen 2010

Bahagian reverse.

 

Bahagian obverse yang dapat kita lihat Die Crack error, rujuk pada tanda bulatan dimana retak yang berlaku dari sisi rim hingga ke bahagian kepala gasing.

Gambar bawah adalah keratan yang memudahkan lagi untuk kita lihat kesan retak tersebut.

Gambar gandingan Rev. n Obv.

Akan menyusul lagi kesan retak untuk syiling 5sen pada keluaran selanjutnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Acuan Retak (2)

” Titisan darah terakhir. “

Syiling berterabur diatas lantai, mari brownie tolong sepahkan, lama sudah blog ku bersantai, pasti menyangka berehat sakan.

Bukan berehat mahu pun berdiam, cuma buah fikiran belum muncul, pengamatan mata perlulah tajam, baru hasilnya yang akan timbul.

Bukan satu atau pun dua, die crack disajikan ikut giliran. Koleksi menarik bila bersua, pandang tak jemu ngalahkan hiburan.

 

Mai dah syiling tahun 99, 5 duit sebagai tanda nilainya, lihat keliling rim perlahan lahan, pasti ketara bentuk bezanya.

Foto diatas bukan yang utama, untuk dijelaskan maksud tujuan, bahagian obverse dilihat bersama, itulah sebenarnya menjadi buruan.

Wajahnya cantik bersih berseri, coraknya jelas kesemuanya timbul, titisan darah terakhir nama diberi, tersimpanlah ia didalam sampul.

Die crack terjadi dihujung paku, nampak nyata bagai diukir, dalam simpanan hanyalah satu, kemungkinan juga bukan yang terakhir.

Depa nak jelas tengok keratan, mahu kepuasan kliklah gambar, pantun dibina sebagai santapan, supaya suasana tidaklah hambar.

Reka pantun bukannya senang, tidak semudah kita membaca, sudah melihat janganlah dikenang, ianya sentiasa didepan kaca.

gandingan gambar reverse dan obverse.

Apa pun simpannnnn…dulu.

” Retak ” (1)

Acuan retak

Pelbagai jenis error pada syiling Malaysia dengan setiap nilai syiling yang kita temui hampir sama sahaja. Begitu juga dengan setiap keluaran yang di muat turun dalam blog duacongkak. Boleh dikatakan hampir sama dan amat jarang yang Major Error sebagai tatapan. Bukan itu sahaja malah, nama nama errornya juga agak sukar diterjemahkan sekiranya kita kurang berilmu.

Sungguh pun begitu duacongkak cuba juga untuk mengenali nama nama jenis error yang terdapat pada setiap syiling Malaysia dan membuat rujukan dari rakan rakan lainnya. Beruntung juga ramai rakan rakan lain yang juga mempunyai minat yang sama dan pelbagai jenis error dapat kita lihat sehinggakan ada diantaranya dari jenis error yang amat sukar ditemui dan masih lagi menjadi buruan bagi diri duacongkak.

Kali ini dipamirkan jenis syiling yang berlaku keretakan acuan pada nilai muka syiling 5sen pelbagai tahun. Bagi keluaran pertama ini dimulakan dengan syiling tahun 2007.

Gambar dibawah ini sebagai rujukan dimana keretakan acuan berlaku pada bahagian huruf ‘ A ‘ untuk MALAYSIA  diarah jam 2. sebagai mana dalam bulatan.

( Die Crack Error )

 

Keratan gambar bagi memudahkan lagi kita melihat bahagian yang dikatakan keretakan acuan, ( Die Crack Error ). Ianya terjadi bermula dari rim melintasi huruf ‘ A ‘ hinggalah berakhir pada daun bunga raya.

Selain kita temui keretakan acuan pada bahagian muka belakang syiling 2007 ini, kita juga boleh lihat jenis error lainnya dibahagian depan syiling iaitu ” Strike Through Error ” seperti dalam bulatan. Terdapat kesan muka syiling seperti berlubang dan tidak rata. Punca kejadian tidak dapat dihuraikan kerana ilmu pengetahuan berkaitan cetakan logam tidak dipelajari dan hanya rujuk dari rakan rakan sahaja yang lebih arif.

Gambar bawah adalah bahagian keratan pada syiling tersebut.

Begitu juga dengan keratan dibawah ini.

Dan bahagian keratan paling bawah ini sengaja tidak dibulatkan, kita boleh lihat disisi rim terjadi sedikit Rim Clipped Planchet Error.

Wow…sekeping syiling nampaknya mempunyai tiga jenis error yang berlainan dikedua dua bahagian mukanya. Sayang sekali syiling ini bukan dalam gred yang baik kerana sudah terlalu lama berada dipasaran dan sering berpindah tangan ketangan dan dari kocek ke kocek, mungkin juga sudah menjelajah banyak kedai atau pasaraya, juga keluar masuk bank dan akhirnya sampai ketangan duacongkak sebelum dia berpindah lagi.

dua bahagian muka Rev. dan Obv. digabungkan menjadi satu.

Apa pun simpannnnn…dulu.

RADAR RM10

Penghasilan di hari minggu.

Hari Ahad di Senai Johor, semasa berada di pasar malam, entah macam mana boleh menyinggah sekeping nota RM10 siri ke 12 Zeti. Seperti biasa setiap wang kertas yang diterima pasti akan membelek dulu sebelum dimasukkan dalam kocek atau pun dompet. Bahagian terawal sekali untuk diperhatikan sudah tentu pada siri nombor dimana pada siri nombor terlalu banyak untuk dilihat.

Selain untuk mendapatkan nombor nombor cantik, mahu pastikan juga dengan siri duit gantian kalau kalau menyinggah ditangan, tidak pun prefix AA xxxxxxx. Sekali didapati yang muncul adalah siri nombor RADAR. Macam cantik lalu duit ini terus disimpan dalam beg galas tanpa dilipat biar pun keadaan duit ini sudah kelihatan terlipat disana sini. Almaklum lah, dapat pun dari tangan orang dan entah berapa tangan yang sudah berpindah pun tidak pasti, sehinggalah tiba ketangan duacongkak, makanya akan terkurunglah dalam simpanan.

Rupa bentuk duit RADAR yang dimaksudkan dengan prefix A J 2 5 0 2 0 5 2. Mungkin ramai juga yang berminat dengan duit RADAR ini,

Apa pun simpannnnn…dulu.

Akhirnya Ku Temui jua.

Hadiah Pinggan Coca Cola

Set pinggan Coca Cola yang diperolehi dari hasil membeli empat botol air semasa promosi sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2012. Semasa bulan puasa tempoh hari, duacongkak cuba mendapatkan set pinggan ini dengan tiga corak yang disediakan sebagai mana diiklankan. Tapi entah apa sebabnya, bagi corak yang ketiga iaitu berbentuk ‘ LOVE ” dengan botol ditengahnya amat sukar ditemui. Habis pasaraya yang hampir dan juga yang agak jauh sikit dengan tempat tinggal diterjah bagi mendapatkan koleksi lengkap. Malangnya kesemua tempat hanya ada set pinggan dengan corak ‘ smile ‘ ( senyuman ) dan corak sudu garpu sahaja. Bagi corak ‘ LOVE ‘ tidak ditemui sedangkan dalam iklan menunjukkan ketiga tiganya ada dipasaran.

Gambaran set lengkap seperti dibawah ini.

Untuk mendapatkan set pinggan ini kita perlu membeli empat botol air Coca Cola 1.5 liter. Atau kita boleh pilih mana mana botol air seperti gambar dibawah iaitu Sprite, Fanta atau pun A&W. Setiap empat botol kita mendapat sekeping pinggan edisi terhad ini dan pilih mana corak yang disukai. Untuk menambahkan lagi koleksi yang ada, terpaksa kita belikan empat botol lagi bagi mendapat dua corak yang disediakan waktu bulan puasa yang lepas. Untuk dapatkan corak yang ketiga, puas pusing merata tempat tapi ternyata tidak ada dipasaran.

Sehinggalah…!

Pada hari ini 05/10/2012 sewaktu duacongkak buat tinjauan disebuah pasaraya berdekatan (kaunter hadiah) sambil berbual dengan awek dekat kaunter, mata terpandang pinggan dengan corak yang ketiga iaitu pinggan corak ‘ LOVE ‘ ( hati ) yang dicari cari selama ini. Apa lagi, dengan pantas masuk dalam pasaraya dan membeli empat botol lagi air Coca Cola ( campur campur ) dengan jenama lain lalu ditebus hadiahnya.

Corak pertama.  ‘ Senyuman ‘

 

Corak kedua… ‘ Garpu dan Sudu ‘

Dan corak ketiga berbentuk hati ( LOVE )

Kenapa mesti ada gambar yang sama? ” baca jangan tak baca. “

Gambar diatas juga adalah corak ketiga tapi kenapa di muatkan lagi dalam blog ini? Corak bagi gambar keempat ini adalah agak istimewa sikit dari gambar ketiga diatas. Ceritanya begini, sewaktu duacongkak hendak tebus pinggan ini di kaunter hadiah, terlebih dulu minta awek yang menjaganya keluarkan semua bentuk hati untuk dipilih, ada lebih kurang lapan keping kesemuanya. Satu persatu duacongkak memilihnya kerana mahu dapatkan yang tercantik tanpa sebarang calar atau rosak pada reka bentuk corak dan memastikan pinggan tidak sompek. Dalam belek punya belek didapati sekeping pinggan ada sedikit kelainan pada corak. Apa lagi, dengan senyum lebar duacongkak meminta pinggan yang ada kelainan ini terlebih dulu dan disimpan sebab mahu membeli empat botol lagi untuk dapatkan sekeping pinggan tanpa lebihan corak. Sebab dari lapan hanya satu saja yang ada kelainan.

Lihat keratan gambar dibawah.

Apa yang kelainannya? Cuba lihat keratan gambar diatas pada tulisan merah Coca Cola, ada pula ” CAP ” yang mana pada pinggan lain satu pun tidak ditemui corak yang sama. Sebagai contoh cuba lihat keratan gambar dibawah iaitu pada jenis pinggan yang sama.

Ini pula adalah dua biji pinggan yang sama corak dan digandingkan untuk memudahkan kita lihat perbezaan pada kedua dua jenisnya.

Rabak duit pun tidak kisah asalkan benda yang dicari ditemui juga lebih lebih lagi dengan adanya sedikit perbezaan pada corak tersebut.

Apa pun simpannnnn…dulu.