Selamat Tahun Baru Cina

Tahun Ular.

Raya sudah lepas baru mahu beri ucapan.

Kepada mereka yang berbangsa Cina duacongkak ingin ucapkan selamat menyambut tahun baru Cina dan sempena tahun ular ini, duacongkak muatkan setem keluaran khas berupa FDC dan juga MS sebagai kenangan.

scan0003a 

Gambar atas adalah FDC dengan tema Eksotik.

scan0003a1 

Dua keping lembaran mini sempena tahun ular dengan nilai muka RM 3 dan juga RM 5 yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia.

scan0003a2

Bagi RM 5 ini setemnya berupa stiker, malang sekali duacongkak tidak sempat mendapatkan FDC untuk lembaran mini kerana kehabisan stok di pejabat pos. Hanya lembaran mini sahaja yang diperolehi kerana sampulnya sudah habis.

Apa pun simpannnnn…dulu.

2000 > 2012

Tahun Naga.

Selamat menyambut Tahun Baru 2012.

 Sempena menyambut tahun baru 2012 ini duacongkak memulakan dengan koleksi seterusnya sebagai pembuka tirai. Selama ini hanya koleksi duit duit syiling error dikeluarkan dan kenapa di hari pertama tahun baru dikeluarkan pula koleksi setem?

Bukan niat untuk mengubah selera tapi, tujuan sebenar dikeluarkan koleksi setem ini adalah disebabkan oleh sambutan untuk rakan rakan yang berbangsa Cina. Pada tahun 2012 adalah pusingan kalender dimana sudah tiba giliran Tahun Naga. Dimana mana pusat beli belah kita dapat lihat pelbagai iklan yang ditunjukkan dari pelbagai jenama barangan dengan setiap iklan adalah gambar naga.

Walau pun sambutan Tahun Baru Cina belum tiba tapi iklan sudah keluar terlebih awal. Oleh itu duacongkak pun ingin keluarkan juga koleksi lama sebagai memperingati ulang tahun sambutan Tahun Baru Cina 2000. Ketika sambutan ini diraikan, duacongkak masih di Kota Tinggi dan juga adalah tahun terakhir bagi duacongkak di Kota Tinggi sebelum berpindah ke Daerah Pontian hingga kini. Ura Ura tahun ini akan berpindah ke Johor Bharu. Secara kebetulan bila tahun naga duacongkak bepindah randah, pelik juga.

Semua itu tidak dihiraukan kerana segalanya secara kebetulan. Mudah mudahan apa yang terjadi membawa keberkatan dunia dan akhirat. Hanya Allah yang tahu segala galanya kerana Dia Pengatur segala. Amin.

Kita lihat dulu lembaran mini pertama dengan Perahu Naga. Nilai muka setem ini adalah RM1 dan dibawah bahagian kiri tertera Tahun dikeluarkan iaitu 2000 Year Of The Dragon. Dan bahagian atas ditulis SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA ( HAPPY CHINESE NEW YEAR )

Lembaran mini ke dua pula dengan tema Tarian Naga. Dimana ini adalah tarian tradisional bagi kaum Cina seluruhnya terutama sekali bagi Warganegara Malaysia. Kebudayaan yang menjadikan Malaysia begitu unik sekali apabila pelbagai warisan kebudayaan yang ada di negara kita dan semuanya berbeza beza diiktiraf. I LOVE MALAYSIA

Gambar ketiga ini pula adalah lembaran setem dengan nilai 30 sen setiap satu. Terdapat 50 keping setem kesemuanya dalam satu lembar dengan 10 gambaran yang berbeza. Lima darinya adalah barangan antik yang ada kaitan dengan ukiran naga mengikut kepercayaan orang orang Cina. Kepercayaan ini bukan hanya orang orang Cina sahaja malah turut berkongsi adalah dari bangsa lain seperti Jepun, Korea, Thai dan Vietnam. Lima lagi gambaran yang dapat kita  lihat adalah jenis jenis ikan Arowana.

 

Gambar keempat dan kelima adalah setem dalam bentuk lembar sebanyak 20 keping setiap satu. Pada lembar ini selain setem kita dapat juga membaca isi kandungan yang ada dibawahnya mengenai Naga dan ikan Arowana.

Hanya Sampul Surat Hari Pertama SSHP serta Pek Cenderahati tidak dimuatkan dalam blog ini untuk tatapan semua.

Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang berbangsa Cina.

Jumpa lagi dilain koleksi… 

FDC/SSHP BAMbee

 

Melengkapkan dengan disisipkan bersama FDC/SSHP BAMbee KL2000

 

” FDC/SSHP “

 Sampul Surat Hari Pertama dengan dilekatkan sekali setem dan lembaran mini. Impian Negara untuk mencapai kemenangan dengan mengulangi semula kejayaan Tahun 1992 ternyata tidak tercapai. Negara kita tidak berhasil meraih kemenangan pada Tahun 2000. Apakan daya, skuad Negara telah berusaha bersungguh sungguh tapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Walau bagai mana pun, Tahun 2010 ini kita akan melihat siapa yang akan menjadi juaranya. Semoga pemain pemain Negara dapat mencapai kejayaan sebagai mana rakan mereka pernah mengembalikan Piala penuh berprestij ini pada Tahun 1992.