Ralat

Lama tidak menulis tiba tiba ralat jadinya.

Salam sejahtera kepada semua yang melawat blog duacongkak ini, samada dari kalangan rakan bloger, rakan numis, rakan rakan kolektor botologi atau apa saja, begitu juga kepada pengunjung pengunjung dari dalam negara atau dari luar negara atau dimana sahaja, duacongkak ingin memohon ampun dan maaf kerana sudah sekian lama tidak menampilkan koleksi koleksi terbaru. Malah sepertinya blog duacongkak sudah tidak berapa aktif lagi.

Walau pun blog duacongkak bukanlah sesuatu yang menarik atau berilmiah sebab banyak diantara entri sebelum ini penuh dengan cerita cerita merapu, namun setiap hari didapati masih ramai yang melawatinya. Sokongan yang diterima amat mengusik jiwa dan malang sekali duacongkak tidak meneruskan terbitan terbaru. Semua ini bukan kerana kehabisan modal atau pun ketiadaan bahan untuk dikeluarkan. Sesungguhnya apa yang terjadi amat dikesali sekali. Ianya berkaitan dengan blog duacongkak sendiri.

Untuk makluman semua, blog duacongkak sebenarnya menghadapi masalah yang tidak diketahui. Biarlah duacongkak jelaskan yang sebenar benarnya, blog ini menghadapi gangguan pada LINK dimana duacongkak tidak dapat berhubungan dengan mana mana bloger lain melalui LINK yang ada. Contohnya, duacongkak sama sekali tidak dapat memberi sebarang komen pada mana mana blog pada bloger yang sebelum ini pernah duacongkak berikan. Begitu juga dengan bloger bloger yang biasa beri komen dalam setiap keluaran terbaru seperti saudara depankanta, whycollect, mr dickson MN Fadz…dan ramai lagi, ada diantara mereka tidak dapat post komen dalam blog duacongkak. Inilah yang menjadi masalah mengapa duacongkak tidak keluarkan lagi koleksi koleksi terbaru. Sebab mengapa adalah kerana, duacongkak akui dalam ilmu numis ini terasa diri amat cetek ilmunya dan memerlukan perkongsian dari rakan rakan yang lebih memahami dan pakar dalam bidang numis. Oleh kerana sebarang komen tidak dapat masuk atau keluar, ini menyebabkan duacongkak terpaksa hentikan dulu entri terbaru untuk sementara waktu sehingga bila belum pasti. Dengan adanya komen dari mereka yang lebih arif dalam bidang numis, sekurang kurangnya apa yang duacongkak keluarkan dapat dikongsi bersama rakan rakan lainnya. Mana yang tidak betul dari duacongkak maka ada yang sudi perjelaskan atau diperbetulkan terutama nama nama jenis bagi setiap error yang ditunjukkan.

Pasti diantara pembaca ruangan ralat ini akan tertanya tanya, mengapa tidak diperbetulkan semula LINK yang ada agar pulih kembali…hehe, dengan rendah diri serendah rendahnya duacongkak buat pengakuan tanpa rasa malu atau silu, sesungguhnya duacongkak bukan pandai tentang komputer apa lagi tentang Internet. Malah diri duacongkak tiada langsung ilmu komputer yang boleh dibanggakan melainkan apa yang diketahui dan ditunjuk ajar oleh pembuat blog duacongkak iaitu anak bongsu. Dia mengajar bagaimana cara memuat gambar dalam blog,  malahan untuk memindahkan gambar dari kamera atau pun pen drive masuk kedalam file komputer pun duacongkak perlukan anak anak yang muatkannya sebab…duacongkak angkat tangan.

Bukannya mereka tidak ajar tapi masalahnya, selepas ditunjukkan caranya, duacongkak mencuba dan menjadi untuk hari ini, atau waktu itu tapi selepas sejam atau keesokan harinya dicuba lagi duacongkak sudah terpinga pinga walau pun cara caranya ditulis diatas kertas. Sekali dua anak anak boleh tolong tapi bila kerap kali minta tolong, masing masing bawa diri…hummm sedeyyyyy. (BUTA IT)

Kalau ada diantara pembaca RALAT ini ketawa sampai terguling guling pun duacongkak tidak terasa hati malah sedikit pun tidak terguris memandangkan apa yang diperkatakan adalah BETUL bukan rekaan semata mata. Mana ada orang yang hendak menjatuhkan diri sendiri pada umum lebih lebih lagi blog duacongkak ini dilawati bukan setakat dalam negara malahan seluruh benua ada yang membacanya. Apa guna berlagak pandai sedangkan ilmunya hanya sedikit didalam dada. Apa guna berbangga diri sedangkan kebanggaan itu lambat laun orang tahu juga dan pasti akan mendapat MALU yang lebih lagi.

Daripada orang percaya pada kita akhirnya orang akan tahu tembelang sebenarnya.

Mana lebih baik..!

Apa pun sabarrrrr…dulu.

 

Advertisements