Cukup 25,000

Dengan tanpa diduga, dengan tanpa disangka, bena blog sebagai suka suka, lebih kepada diari koleksi yang ada, pada jam 11.15 malam (2315 hrs) 29/07/2011 pengunjung yang ke 25000 tercatit sudah. Siapa gerangan tidak pasti tapi duacongkak ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sekali yang telah melawat blog ini. Terutama kepada mereka yang saban hari tanpa rasa jemu terus melayari blog duacongkak yang masih banyak kelemahannya. Oleh sebab tahu kelemahan makanya setiap hari juga duacongkak sentiasa mencari  info dari blog blog OTAI dan rakan, berita berita dalam internet, FB dan dimana juga sumber yang boleh difahami. Malangnya kebanyakan info dalam bahasa inggeris, puaslah duacongkak mengais helaian demi helaian buku kamus untuk diterjemahkan. Faham saja lah apa yang akan terjadi bila bahasa omputeh diterjemah dengan guna kamus. Tunggang langgang ayat dibuatnya hingga sendiri tidak faham dan akhir sekali…kamus pun terbang.

Kepada para pengunjung semua, semoga apa yang duacongkak terbitkan dalam blog ini sekiranya terdapat sebarang kesalahan atau ketidak tepatan maklumat yang disampaikan, harap maaf lah. kalau ada  sesiapa yang sudi menegur atau membetulkan kesilapan,duacongkak dengan merendah diri amat mengalu alukan.

Jika nak diikutkan masih banyak lagi yang hendak di keluarkan melalui blog ini, tapi secara perlahan lahan. Kekadang duacongkak mengambil masa yang lama berhari hari untuk mencari maklumat tepat bagi satu satu edisi. Bila ada sumber beranilah diperjelaskan, tapi bila maklumat tidak tepat, cukup sekadar pamir tanpa sebarang ulasan. Terlalu banyak yang perlu dipelajari terutama berkaitan syiling syiling error dan juga duit kertas yang pelbagai istilah yang digunakan oleh ahli numis.

Buruan syiling syiling error masih berterusan memandangkan tidak lama lagi BNM akan menerbitkan syiling siri ketiga. Alamatnya semakin sukar nanti untuk kita temui siri Parlimen dan juga siri kedua dengan tema permainan tradisional/bunga raya.

Setem juga tidak kurang ramai penggemar dan sudah pasti ramai pengumpul2nya. Apa yang ada dalam koleksi duacongkak tidak sehebat kolektor diluar sana yang lebih mendiamkan diri. Bagi duacongkak, apa yang dimiliki suka disiarkan untuk tatapan ramai, sekurang kurangnya diantara yang tidak pernah tahu dan kenal dengan bentuk serta corak setem lama lama dan setem baru dapat mengenali juga.

Contohnya setem bagi orang yang tidak mahir dalam bahasa omputih.

 

Apa yang tahu hanyalah “ YES PLEASE NO THANK YOU “

Setem ini dikeluarkan dari luar negara tapi tidak pasti dari negara mana asalnya. Tiada nilai muka sebagai mana setem setem biasa, cuma tebukan adalah sama seperti setem yang diguna pakai. Setem ini diperolehi sekitar tahun 1989 dari seorang kolektor yang lebih lama di era 1950an..

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem British..

Setem era 50an dan 70an

 

2 Setem diatas era 1950an

 

 

Setem Great Britain yang tidak pasti temanya yang telah diguna pakai sekitar tahun 1970an. Cuba lihat gambar kedua dimana tiga keping dibawah adalah sama keluarannya dengan dua keping dari gambar ketiga. Ada diantara setem tersebut telah digunakan pada tahun 1973 sebagai mana cop kiriman yang terdapat pada salah satu setem itu. Bagi setem terakhir dari gambar ketiga adalah dari negara Trinidad & Tobaco.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem Lama Jerman

Setem Jerman dan Setem King George VI

 

Setem ini telah diguna pakai sekitar tahun 1929 dari Jerman dan tahun pengeluarannya tidak pasti. Sebagai mana yang tertera pada cop tersebut terdapat nama tempat iaitu CHARLUTTENBURG, satu tempat yang terletak di BERLIN. Bandar yang dibangunkan sekitar tahun 1600an.

Berikut adalah setem era King George VI.

 

Setem postage revenue yang tidak pasti Tahun pengeluarannya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Stamp King George V

Dua jenis setem dari dua negara.

Kirirman kali ini untuk tatapan semua adalah berkaitan setem King George V dari dua negara di bawah Jajahan British.

Paparan pertama.

 

Setem Postage & Revenue 2d yang dikeluarkan untuk Gold Cost Era King George V dan telah diguna pakai sebagai mana tertera pada setem tersebut iaitu pada 19/12/1935. Tiada maklumat terperinci tentang tarikh penerbitan untuk setem ini.

Paparan ke dua.

 

Setem King George V untuk Australia dan digunakan di BRISBANE berpandukan pada cop yang tertera pada setem tersebut. Setem ini telah diguna pakai pada tahun 1930an dengan nilai TWO PENCE. Mengikut maklumat setem ini dikeluarkan antara tahun 1913.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem King George V

Setem King George V 1911

 

Setem King George V ONE PENNY  ini dikeluarkan pada tahun 1911. Setem ini berbeza sedikit dengan keluaran yang lainnya apabila terdapat seekor singa yang sedang duduk dibawah potret. Setelah semakan dibuat didapati badan singa berwarna putih sedangkan setem ini badan singa warna kelabu. Tak kesah lah apa warnanya, yang penting:-

GREAT BRITAIN STAMP ONE PENNY 1911 KING GEORGE V WITH LION ada dalam koleksi. Sekurang kurangnya kita dapat juga mengenali setem tersebut, bukan untuk duacongkak saja tapi, kepada mereka yang melawat dan juga mereka yang sama sama berminat dengan koleksi setem setem lama dizaman penjajah.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem King

Setem King George V 1912 – 1925

 

Setem ini jika dilihat hampir sama dengan keluaran keluaran setem Strait Settlements era 1912 hingga 1930an. Bagi setem Strait Settlement dia ada tertera pada setem tersebut, bagi setem ini pula dicetak Postage Revenue yang sudah pasti bukan digunakan oleh negara kita.

Cuba kita lihat setem paling kiri yang jelas copnya EMPIRE. Bermakna setem setem ini digunakan oleh Negara dibawah Jajahan British kecuali Malaya kerana setem Malaya waktu itu dikenali sebagai Strait Settlements.

British Empire Exhibition

 

Setem ini dikeluarkan pada tahun 1912. Duacongkak hanya ada dua jenis saja keluaran yang sama iaitu bagi nilai seperti diatas  THREE HALF PENCE dan satu lagi HALF PENNY berwarna hijau.

Lihat gambarnya.

 

HALF PENNY

Seterusnya setem POSTAGE REVENUE KING GEORGE V seperti rangkaian tiga keping gambar selari diatas. 

   

 

Ketiga tiga setem ini adalah keluaran yang berbeza dengan berpandukan bentuk coraknya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem Ratu

Salam sejahtera buat semua pengunjung pengunjung blog duacongkak. Berbulan sudah blog ini asyik keluarkan berkaitan syiling dan note. Dari semakan yang dilakukan pada graf, kelihatan sudah ramai yang masuk dalam blog ini. Pelbagai koleksi mereka layari. Paling mendapat tempat adalah berkaitan dengan duit duit kertas atau pun syiling error dan juga syiling yang terhad pengeluarannya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang melawat dan masuk kedalam blog yang tidak berapa sempurna ini. Untuk makluman semua, blog duacongkak lahir pada bulan Fenruari 2010 dan hingga kini bilangan pengunjung sudah hampir mencecah keangka 25,000. Sekali lagi duacongkak ucapkan berbanyak banyak terima kasih walau pun antara kita langsung tidak mengenali antara satu sama lain. Dengan sokongan dan pautan yang dibuat oleh bloger bloger lain, duacongkak akan meneruskan pengeluaran koleksi yang ada kedalam blog dengan tujuan untuk berkongsi pandapat dan pandangan. Bukan untuk bermegah megah atau menunjuk nunjuk kerana, ramai diluar sana yang lebih hebat dari duacongkak samada kita kenali atau pun yang masih tersembunyi.

Selain sambutan yang diterima pada koleksi duit kertas atau pun syiling, duacongkak dapati ramai juga pengunjung yang melayari keluaran keluaran seperti barang jenama minuman, samada botol, gelas dan tidak kurang juga yang sering melawat setem setem lama dan baru. Kelihatan setem lama lebih mendapat tempat dan perhatian. Dengan ini rasanya duacongkak ingin keluarkan pula koleksi setem setem lama yang masih belum dikeluarkan dalam blog ini untuk tatapan semua. Walau pun setemnya tidak lengkap set tapi dapat juga kita sama sama melihatnya.

Tidak semua apa yang dikeluarkan itu teristimewa, sebab duacongkak tahu diluar sana lebih banyak koleksi yang menarik dari apa yang hendak dipamirkan disini.

Sebagai permulaannya duacongkak keluarkan dulu setem ratu yang dikeluarkan sekitar tahun 1980an dan 1990an. Sebarang info tidak dapat diberikan kerana maklumat tidak lengkap. Dari pada main tembak tembak lebih baik pamir saja.

 

Pic 1

 

Pic 2

Permulaan dua gambaran setem Ratu yang dapat dikeluarkan untuk tatapan semua. Harap maaf kerana duacongkak sendiri tidak tahu mana yang dulu dan mana yang kemudian. Pasti setemnya lintang pukang diletakan dan tidak ikut susunan. Kebanyakan setem ini diedarkan di England tempat asalnya dan tersebar keserata dunia…

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Rokok Sebatang…!!

Apa cerita nie…tiba tiba rokok sebatang…?

Harap maaf kepada semua yang membaca blog duacongkak…dari cerita pasal duit tiba tiba pergi ke rokok pula. Bukankah mana mana kerajaan sudah melarang menghisap rokok kerana membahayakan kesihatan. Malah membuat pencemaran udara ditempat tempat awam yang lebih berbahaya.

 Sebenarnya duacongkak ingin nyatakan disini bahawa, selama ini duacongkak membelanjakan setiap bulan untuk duit rokok saja lebih kurang RM 450/= iaitu bagi setiap dua hari 3 bungkus mesti dibeli. Ini bermakna duacongkak sudah keluar belanja sebanyak RM 30/= untuk 2 hari dan cuba kali 15 berapa jumlahnya.

Oleh kerana hendak berhenti merokok amat sukar maka duacongkak terpaksa beralih arah dengan buat sendiri rokok yang hendak dihisap. Cara caranya adalah…

 

Pertama  sekali, duacongkak dapatkan alat ini dari seorang lelaki cina ( apex ) yang ketika itu sedang membuat sebatang rokok. duacongkak tanpa rasa malu meminta tolong dia belikan alat seperti dalam gambar. Dibeli tahun 2010 yang lepas. Dalam tempuh 3 hari, barang yang diminta pun sampai, harganya pun sudah lupa…hehe. Sebab dah lama sangat.

 

Bahagian depan sekali imbas dilihat seperti stapler. Jenama pada barang ini adalah MASCOTTE buatan Jerman. Bukan MASCOTEK herba…!

 

Bahagian bawah atau bahagian tapaknya berwarna putih dan tertera MADE IN GERMANY.

 

Bahagian keratan yang tertera keluaran negara Jerman.

 

Ini pula adalah tembakau jenis Harvest dengan perisa Strawberry. Terdapat pelbagai jenis tembakau dipasaran dan boleh pilih mana yang berkenan. Bagi keluaran Harvest pula terdapat beberapa jenis perisa dan ingin keharumannya kena beli Wild Berry tapi rasanya agak panas dan kering tekak hingga terpaksa banyak minum air suam. Harga pasaran RM 12.10 sen. Sebungkus tembakau ini boleh tahan 3 hari bergantung berapa kerap kita hisap dan berapa ramai kawan meminta untuk rasa…

Seterusnya.

 

Pernah lihat kotak hijau ini…? Paling mudah pergi lihat di 7 Eleven terdekat, mesti nampak dibelakang kaunter.

 

Didalamnya terdapat sarung rokok bersama putingnya sekali dengan isian 100 batang. Lima jenis semuanya dan boleh pilih mana suka. Bagi duacongkak sekotak dengan 100 batang boleh tahan selama seminggu dan harganya baru RM 4.90 sen.

Macam mana nak masukkan tembakau kedalam sarung rokok…?

 

Buka dulu lipatan pada alat ini.

 

Masukkan tembakau sebanyak mana yang anda suka didalam alur yang terdapat seperti penunjuk anak panah.

 

Selepas tembakau dimasukkan maka masukkan pula sarung rokok kosong tadi dibahagian depan alat mesin dan jangan sesekali tekan atau jolok. Memadai dengan hanya letak dihujungnya saja.

 

Setelah itu lipat semula dan tekan hingga rapat.

 

Kemudiannya tarik kebelakang dan tolak kedepan semula.

 

Akhirnya jadilah sebatang rokok yang sedia untuk dihisap. Tempoh pembuatan untuk sebatang rokok hanya seminit bergantung pada kepantasan kita. Tidak digalakkan membuat sebatang rokok ketika memandu lebih lebih lagi ketika menunggang motor sikal. Bagi sebatang rokok ini belanjanya tidak sampai 10 sen dan satu hari kita boleh limitkan berapa batang yang hendak dihisap. Kalau biasa satu hari 30 batang, dengan rokok ini kita boleh hisap dalam 15 batang saja sehari. Jimat kos tapi tak jamin pada kesihatan…yang penting ketagihan terubat.

Apa pun hisap rokok dan jangan hisap DADAH.