sehari sebelum raya

Berita sedih

Menjelang pagi sekitar jam 9.15 pada 14/10/2013 ketika mana aku balik dari kerja, telah terima berita dari isteri aku dengan menyatakan rumah kediaman adik perempuan aku di Felda Sendayan telah musnah terbakar. Kejadian berlaku sekitar 5.15 pagi dan disedari oleh adik ipar yang hanya tinggal seorang diri waktu tersebut kerana isterinya ( adik perempuan aku ) dan seorang anak lelaki berada di kampong sempena menyambut Aidil Adha dan juga melawat ayahnda bonda serta keluarga.

Aku dan isteri tanpa membuang masa terus sahaja bersiap siap dan pergi melawat mereka, mujur isteri aku pandai memandu maka sepanjang perjalanan dari Johor ke Negeri Sembilan, aku hanya melelapkan mata memandangkan semalaman tidak tidur kerana bekerja diwaktu malam.

DSC_0763a

(kedai dimana tempat adik aku menetap)

Sebaik sahaja aku dan isteri tiba dan dapati keadaan rumah mereka hangus sama sekali termasuk kedai D’Mart, kecuali bahagian depannya sahaja yang selamat iaitu muka pintu kedai dibahagian luar. Aku terus tinjau keadaan rumah mereka disebelah kedai tersebut dan ternyata semuanya hangus terbakar.

Keluarga adik perempuan aku tinggal bersebelahan dengan kedai D’Mart Felda Sendayan dan dia adalah salah seorang kaki tangan dikedai tersebut. Menurut apa yang dia ceritakan, ketika mana dia sedang tidur telah terdengar bunyi sesuatu yang meletup letup. Sebaik sahaja adik ipar aku membuka mata, dia lihat percikan api telah berlaku disumber bekalan elektrik rumahnya. Oleh kerana rumah yang diduduki diperbuat dari papan, dengan pantas ianya terus menyambar dan terbakar. Adik ipar hanya sempat lari keluar tanpa sempat melarikan apa apa barang penting kerana api sudah mula membesar dengan kepulan asap sudah mula menyelubungi dalam rumahnya.

DSC_0745a

( adik ipar aku dari KL sedang perhatikan sisa kebakaran)

Dalam masa tidak sampai satu jam, keadaan rumahnya serta kedai D’Mart telah hangus, bomba yang dipanggil pun tidak sempat untuk memadam kebakaran kerana ianya berlaku terlalu pantas.

DSC_0750a

( Bahagian diantara ruang tamu dan bilik kedua. )

Aku terus meninjau dalam rumah mereka dan melihat sisa kebakaran yang hangus dan terasa sebak didada dengan apa yang dilihat.

DSC_0749a

(bahagian ruang tamu dan rak buku)

DSC_0758

( rak pinggan mangkuk dan kelengkapan dapur )

DSC_0759a

( motorsikal dan basikal tidak sempat diselamatkan )

DSC_0756a   

( api yang masih menyala di sudut belakang dalam kedai )

DSC_0761a

( Tinjauan keluarga )

Apa lagi yang tinggal hanyalah kenangan semata mata, rumah dan tempat kediaman adik perempuan aku habis hangus terbakar kecuali bahagian bilik air masih kelihatan seperti tidak terjejas. Namun begitu, hanya kesyukuran sahaja yang dapat diluahkan kerana seisi keluarga adik perempuan aku semuanya selamat walau pun suaminya iaitu adik ipar aku tinggal sehelai sepinggang kerana pakaiannya turut hangus. 

Sedih dengan apa yang dilihat memandangkan pada keesokan hari umat Islam akan menyambut Aidul Adha. Segala keperluan dan persiapan raya turut hangus dalam kebakaran yang tidak dijangkakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s