KG V 1 sen

Berikut dikeluarkan berkaitan syiling King George V ( KG V )

Syiling 1 sen KG V dikeluarkan pada tahun 1919 sebanyak 20,165,000 dan diikuti tahun 1920 sebanyak 55,000,000 seterusnya bagi tahun 1926 dengan tempaan dibuat sebanyak 5,000,000

Dari tiga keluaran hanya satu saja yang dapat dipamirkan dalam blog ini.

   

   

Sengaja terbitkan dua keping syiling 1 sen George V King Emperor Of India untuk tahun 1920. Bagi tahun 1919 dan 1926 akan datang baru diterbitkan. Itu pun kalau menyinggah ditangan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Advertisements

KG V postage setem

Victoria King George 1840 -1940

 

Postage Revenue 2 1/2 D (used).

 

Setem KG V kelasik dan unik, terdapat TEBUKAN huruf. (used).

Seterusnya KG V Trinidad n Toboco 6d

 

Pada setem ini tidak kelihatan pula tahun digunakan, hanya sekadar cop saja yang samar samar.

 

Postage Revenue British Guiana. Setem ini bersiri tapi yang ada cuma siri Amerindian shotting fish 4 cents. (used).

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Stamp King George V

Dua jenis setem dari dua negara.

Kirirman kali ini untuk tatapan semua adalah berkaitan setem King George V dari dua negara di bawah Jajahan British.

Paparan pertama.

 

Setem Postage & Revenue 2d yang dikeluarkan untuk Gold Cost Era King George V dan telah diguna pakai sebagai mana tertera pada setem tersebut iaitu pada 19/12/1935. Tiada maklumat terperinci tentang tarikh penerbitan untuk setem ini.

Paparan ke dua.

 

Setem King George V untuk Australia dan digunakan di BRISBANE berpandukan pada cop yang tertera pada setem tersebut. Setem ini telah diguna pakai pada tahun 1930an dengan nilai TWO PENCE. Mengikut maklumat setem ini dikeluarkan antara tahun 1913.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem King George V

Setem King George V 1911

 

Setem King George V ONE PENNY  ini dikeluarkan pada tahun 1911. Setem ini berbeza sedikit dengan keluaran yang lainnya apabila terdapat seekor singa yang sedang duduk dibawah potret. Setelah semakan dibuat didapati badan singa berwarna putih sedangkan setem ini badan singa warna kelabu. Tak kesah lah apa warnanya, yang penting:-

GREAT BRITAIN STAMP ONE PENNY 1911 KING GEORGE V WITH LION ada dalam koleksi. Sekurang kurangnya kita dapat juga mengenali setem tersebut, bukan untuk duacongkak saja tapi, kepada mereka yang melawat dan juga mereka yang sama sama berminat dengan koleksi setem setem lama dizaman penjajah.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem King

Setem King George V 1912 – 1925

 

Setem ini jika dilihat hampir sama dengan keluaran keluaran setem Strait Settlements era 1912 hingga 1930an. Bagi setem Strait Settlement dia ada tertera pada setem tersebut, bagi setem ini pula dicetak Postage Revenue yang sudah pasti bukan digunakan oleh negara kita.

Cuba kita lihat setem paling kiri yang jelas copnya EMPIRE. Bermakna setem setem ini digunakan oleh Negara dibawah Jajahan British kecuali Malaya kerana setem Malaya waktu itu dikenali sebagai Strait Settlements.

British Empire Exhibition

 

Setem ini dikeluarkan pada tahun 1912. Duacongkak hanya ada dua jenis saja keluaran yang sama iaitu bagi nilai seperti diatas  THREE HALF PENCE dan satu lagi HALF PENNY berwarna hijau.

Lihat gambarnya.

 

HALF PENNY

Seterusnya setem POSTAGE REVENUE KING GEORGE V seperti rangkaian tiga keping gambar selari diatas. 

   

 

Ketiga tiga setem ini adalah keluaran yang berbeza dengan berpandukan bentuk coraknya.

Apa pun simpannnnn…dulu.