GegaRrrrr..MDD ke 11

20sen 1991 MDD GegaRrrrr…ke 5

Siri syiling 20sen 1991 dengan tanda 20 17

 

Melihat pada gambar penuh pada syiling 20sen siri tanda 20 17 ini sepertinya tiada apa apa yang cacat. Mari kita lihat pada keratannya pula. 

 

Keratan bunga raya juga tiada kecacatan sebagai mana yang ditunjukkan sebelum ini. Keadaan stigmanya cantik tanpa cacat cela.

 

 Lihat pula keratan Tahun ditempa 1991 dan angka 20 untuk nilai muka. Disini kita dapat lihat kesan MDD yang berlaku dimana pada angka 9 untuk 19 nampak jelas gegaran yang berlaku dan menampakkan nombor 9 bertindih. Begitu juga dengan angka 2 untuk 20sen dengan bayangan yang menarik sekali. Semua ini nampak jelas kerana rupa syiling ini sendiri sudah cukup cantik dengan cetakan yang jelas dan terang dengan objek yang timbul.

 

 Seterusnya kita boleh lihat pula pada keratan terakhir dimana sebahagian Rim juga nampak seperti dua cetakan (Off Center). Ini yang membezakan diantara syiling syiling lain yang diterbitkan sebelum ini.

 

Sebagai mana syiling 20sen 1991 yang pertama hingga yang keempat ini adalah dari kalangan syiling luster yang permukaannya berkilau depan dan belakang juga disisi. Warnanya juga seakan akan keperangan/ kekuningan dan bukan putih seperti yang kita lihat pada setiap syiling Malaysia.

Kelebihan dan keistimewaan yang ada pada syiling ini adalah KILAUAN terpancar selain MDD. 

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

GegaRrrrr…ke 10

MDD 20sen 1991 siri 4

Syiling 20sen MDD luster dengan tanda 20 16.

 

Bahagian reverce dengan kilauan yang memukau dikurung kemas.

 

Zoom pada syiling 20sen ini untuk melihat rupa kecacatan yang ada pada permukaannya. Disertakan sama 5 anak panah untuk tujuan pemerhatian dan tidak perlu tercari cari lagi dimana letaknya GegaRrrrr. 

  

 Keratan dibuat sebagai renungan dimana pada huruf AYSIA untuk MALAYSIA nampak jelas kesan MDD yang terjadi.

 

Keratan pada bahagian Bunga Raya yang mana sebelum ini ditunjukkan rupa bentuknya yang mengalami kecacatan, bagi siri syiling 20sen 1991 ke 10 siri ke 4 ini nampak jelas pada tangkai stigma tiada kesan Struck Trough Greese yang menempelkan metal asing.

Bentuk keseluruhan duit syiling ini dengan tempaan begitu jelas pada bahagian imejnya. Sungguh pun begitu terdapat juga sedikit kesilapan pada sisi rim dimana bermula dari jam 2.oo hingga jam 10.00 kita dapat lihat satu pergerakan pada rim semasa proses penempaan dilakukan. Satu garisan halus yang menjadikan atau membentuk Rim Palsu yang rendah dari kedudukan Rim asal. Boleh juga diumpamakan sebagai Minor Off center.

Hmm…macam macam…!!  

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

GegaRrrr ke 9

Syiling 20sen 1991 MDD ke 3

Masih dengan syiling 1991 MDD dimana kita dapat lihat kesan MDD keluaran pertama dan kedua adalah ditempat yang berbeza dan bukan dari satu acuan. Kini ditunjukkan pula MDD yang ketiga dimana kesannya pada bahagian lain pula yang berbeza dengan siri satu dan dua. Syilingnya tetap berkilau sama seperti siri 1 dan 2 dengan cetakan yang menarik dalam gred UNC.

 

20sen 1991 reverse luster kekuningan UNC

 

syiling 20sen 1991 obverse luster kekuningan UNC.

 

Mari kita lihat dimana letaknya kedudukan MDD yang diperkatakan. Gambar ketiga bahagian reverse ini sebelumnya kita dapati kesan gegaran pada angka 19 dan juga angka 20. Kali ini pula kita lihat pada perkataan MALAYSIA. Ianya terjadi pada bahagian tersebut bagaikan DDR dan amat jelas sekali. Selain MDD yang dimaksudkan, syiling ini juga disertai dengan sedikit masalah pada cetakan dimana keadaan muka syiling diantara bentuk daun sebelah kiri dengan angka 2 ada kesan lopak yang sedikit. Ianya dibawa hingga ke angka “0” dan berakhir pada helaian daun sebelah kanan.

 

Inilah keratan yang dimaksudkan. Cuba lihat bahagian yang ditunjukkan dengan anak panah, ianya terjadi dibawah imej bunga dan daun serta angka 20.

 

Ini pula keratan untuk tulisan MALAYSIA dimana kita dapat lihat dengan jelas sekali kesan gandaan yang terjadi. Kesan gandaan ini tidak terjadi dilain lain tempat sebagai mana yang pertama dan kedua. Apa yang menarik disini adalah syilingnya. Sekali pun tiada kesan MDD pada syiling ini, rasanya berbaloi jg dijadikan koleksi kerana wajahnya amat cantik berkilau kekuningan serta imej cetakan yang terang dan jelas tanpa berlaku asakan semasa proses penempaan.

Selepas ini kita lihat pula MDD 1991 siri ke 4 pula sebelum berakhir dengan siri 1991 luster tanpa MDD.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

GegaRrrrr…MDD (ke 8 )

Siri Gegar MDD 20sen 1991 ke 2

 

Keadaan muka depan syiling 20sen 1991 obverse ” luster ” UNC

 

Reverse dengan tanda 20 24 supaya tidak hilang dalam simpanan.

 

Photoscape dari syiling 20 24, sedikit perbezaan dengan MDD gegar ke 7 dimana keadaan nombor 19 dan 20 cuma sedikit saja yang dapat kita lihat gegarannya. Seolah olah kita dapat jangkakan syiling ini baru hendak bermula terjadinya kesan MDD seperti siri ke 7 sebelum ini.

 

Keratan pada bahagian bunga raya yang memperlihatkan kesan error seperti siri ke 7

 

Keratan pada bahagian tahun yang ditempa, berpandukan anak panah ungu kita dapat lihat sedikit bentuk MDD yang baru hendak mula terjadi. Walau pun sedikit dengan kesan MDD tapi tetap disampulkan agar mudah dicari bila sudah bercampur dengan koleksi lainnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

GegaRrrrr…(7)

MDD 1991 (pertama)

   

Syiling 20 sen siri gegar (MDD) ke 7 diterbitkan dalam siri pertama untuk jenis Kilau mengilau,Luster Coin. Syiling ini ditempa pada Tahun 1991 dimana sudah berusia lebih dari 10 tahun. Sungguh pun begitu syiling ini cukup cantik dengan kilauannya bersama warna kekuningan tidak sebagai mana syiling yang biasa kita lihat. Apa tah lagi dengan usianya begini amat sukar untuk diperolehi atau ditemui dalam gred UNC (dari pandangan mata duacongkak sendiri)

 

Diantara siri syiling 20sen 1991 sememangnya ada yang terjadi kesan MDD begini. Kemungkinan besar ianya adalah satu varieti untuk syiling 20sen tahun 1991 yang boleh dijadikan sebagai koleksi.

  

Bahagian Error yang pertama dikesan iaitu pada tangkai stigma (kalau salah tolong perbetulkan), kita dapat lihat sebagai mana dalam bulatan ungu dengan anak panah yang menunjukkan logam pada daun menempel atas tangkai stigma menjadikannya putus ditengah tengah. Apakah kemungkinannya? samada Struck Through Grease atau pun Worn Die. Bagi duacongkak sememangnya tidak pasti sebab berlaku begini tapi yang pasti boleh dikatakan keseluruhan cetakan pada syiling ini amat sempurna tempaannya jika dibandingkan dengan siri 20sen 1991 yang biasa dilihat. Tulisan BNM cukup jelas begitu juga dengan bunga raya yang nampak bentuk timbul cuma ralat pada bahagian tangkai stigma yang ada sedikit kecacatannya.

 

Bukan itu saja yang dapat kita lihat, kini cuba perhatikan pada cetakan tahunnya terutama dibahagian angka 19. Nombor 9 dalam keadaan berganda yang amat catik dan begitu jelas sekali. Selain itu lihat pula angka 2 untuk 20 dimana kesan MDD yang sedikit bergegar menjadikan nombor tersebut berganda.

Ini adalah siri pertama untuk 20sen 1991 gegar dengan keadaan MDD dibahagian angka 19 dan 20, selepas ini duacongkak akan pamirkan pula siri sama 20sen 1991 dengan kesan MDD dibahagian lain.

Untuk itu…

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

GegaRrrr Via RPD

 

GegaRrrr 10 sen 1990

Siri gegar ke 3

 

Buka tajuk diatas GegaRrrr Via RPD. Apa maksud RPD sebagai mana rujukan yang dibuat adalah singkatan dari perkataan omputih RePunched Date. Kalau suruh terjemah dalam bahasa Melayu duacongkak angkat kedua dua tangan tinggi tinggi tanpa bendera putih.

 

Penjelasan RPD melalui gambar diatas iaitu, cuba kita lihat cetakan tahun pada angka ‘ 0 ‘ untuk 90 sebagai mana ditunjukkan dengan anak panah hitam. Lebih senang lagi lihat saja pada keratan dibawah dimana amat jelas keadaan ‘ 0 ‘ bertindih sepertinya terjadi dua kali hentakan. Tapi mana mungkin dua kali hentakan, kesannya hanya berlaku pada angka ‘ 0 ‘ dan tidak pula pada angka angka lainnya. Kena tanya pakar. Juga berlaku sedikit off centre pada kedudukannya obverse n reverse

 

Selain apa yang diterangkan, kita lihat pula sisi ‘ 0 ‘ untuk tanda nilai ‘ 10 ‘. Terdapat Minor Die Chip Error yang lebih popular dengan lelehan air mata untuk siri 50sen 1997 menangis. Rasanya ramai yang mengetahui apa makna 50sen 1997 menangis dan tidak perlu dihuraikan lagi. Cukup popular dalam kalangan kolektor.

 

Seterusnya keratan daripada perkataan SEN dari syiling 10 sen ini dimana amat bersesuaian dengan apa yang dimaksudkan GegaRrrr Via RPD. Kalau diteliti secara dekat dengan kanta berkuasa tinggi sudah pasti dapat lihat kesan gegarannya atau istilah lain Minor MDD. Bagi duacongkak hanya mencari minor error dengan hanya mengambil gambar lalu dizoomkan untuk pastikan ada error atau tidak.

Cara lain atas individu sendiri.

Apa pun simpannnnn dulu