Syiling 10sen 2003

Apa yang ada pada syiling 10sen 2003…?

Setelah buat rujukan pada blog rakan-rakan untuk mendapatkan info…duacongkak melayari blog my-koleksi berulang kali. Sejak awal 2009 lagi sudah perasan cerita berkaitan duit syiling 2003 ini. Menurutnya, duit siling ini agak sukar diperolehi dipasaran masa kini.

Pemburuan syiling ini terus bermula dan ternyata amat sukar diperolehi. Apa pun terima kasih kepada my-koleksi kerana info itu, duacongkak telah berusaha dan akhirnya dapat sedikit hasil.

Melalui blog Bekok pula, ada menyatakan jumlah tempaan pengeluaran. Bolehlah melayari blog blog mereka untuk mendapatkan info lebih lengkap.

smile…!!

 Pilihan pertama dengan senyuman lebar…hehe.

senget

 Pilihan kedua senyuman senget

Tanda anak panah merah menunjukkan syiling yang berbeza. .(panau duit).

senyum sumbing

 Pilihan ketiga senyum sumbing…

masam..

 Tanpa senyuman dan terus masam disebabkan dirinya kusam.

Layan dulu dengan empat senyuman…Hidup mesti sentiasa tersenyum untuk awet muda serta nampak mesra. Senyum juga adalah Sunnah Nabi…dalam Islam senyum juga satu Sedekah.

 

Advertisements

coin error//rare

 Siri Coin ERROR dan RARE

Berkaitan tajuk diatas sememangnya mudah untuk kita mendapatkan syiling yang error atau pun cacat. Rajin cari sudah pasti kita akan jumpa. Pelbagai bentuk yang boleh kita perolehi setiap kecacatan pada duit kertas atau pun syiling syiling samada berlaku semasa tempaan dibuat atau pun kecacatan yang dilakukan oleh manusia/pengguna yang ” gatal tangan. ”

Ada juga diantaranya kita boleh jumpa kecacatan yang berlaku atas sebab sebab lain.

SEPERTI:-  

pelik..!

  Salah satu contoh pertama yang hendak di kongsi dengan rakan rakan semua…

 Lihat sendiri syiling 50 sen Malaysia yang ditempa pada Tahun 2008. Bukan lama pun edarannya, lebih kurang dua tahun saja. Apa yang telah berlaku..??Satu keadaan dimana syiling ini telah berlaku perubahan warna pada keseluruhan permukaan depan dan belakang. Sebab dan puncanya tidak pasti.Bukan kerana kebakaran, atau kesan tertimbus dengan tanah. Apakah disebabkan rendaman dalam air asam keping>>>asam jawa>>>cuka makan..boleh menyebabkan perubahan pada duit syiling..? Duacongkak belum pernah mencuba dan buat uji kaji tentang itu. Sebabnya amat mudah…Tiada kepakaran yang diiktiraf oleh mana mana  pusat pengajian sebagai pengkaji atau ahli kimia, biologi atau ahli sejarah. Yang pasti duacongkak hanyalah mato mato…hehe. Pun dah rabun. Sedikit keterangan: Warna syiling ini kehijauan…bukan hitam. Masih berkilau oleh bahan asid yang digunakan untuk shining coins. Harap maaf: Gambar kurang memuaskan kerana diambil menggunakan scanner. Latar belakang juga gelap hingga menambahkan lagi kegelapan pada duit tersebut.   I’m verry sorry  

replacement note ZC

Post berkaitan Replacement Notes RM100

ZC 0622410

size 150mm x 69mm

(VF)

pic 1

 Wang gantian siri ke 11 tanda tangan Gabenor BNM Tan Sri Dato Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bersiri nombor: ZC 1089072

pic 2

 Bila pula mahu dapat siri ZA, ZB, ZD dan ZE

Oleh kerana terlalu lama menantikan kehadiran siri tersebut, terpaksalah dikeluarkan juga siri ZC ini. Bagi siri ZC 1089072 pernah dikeluarkan sebelum ini dan ZC 0622410 ditemui bulan Mei 2010.

Replacement note ZD

Apa itu ‘ REPLACEMENT NOTE ?? ‘

Kebanyakan bloger koleksi duit kertas telah menerangkan apa itu replacement note… Sekiranya Duacongkak terangkan disini, tiada bezanya dengan bloger bloger lain yang terlebih awal menjelaskan kedudukan duit kertas ini. Malah Duacongkak juga banyak belajar dan mendapatkan informasi dari mereka. Dengan sebab itu maka duit ini mula mendapat perhatian Duacongak untuk memenuhkan koleksi yang ada. Sayang sekali kerana Duacongkak baru mengenali keunikan dalam mengumpul duit Malaysia ini bermula Tahun 2008, kalau terlebih awal 10 tahun dulu, sudah tentu lebih banyak koleksi yang ada…! Walau bagaimana pun bersyukur juga dapat kumpul apa yang ada sekarang ini biar pun sudah terlambat.

Pic 1

 Bahagian depan bentuk note RM 10 siri 11 with silver security gabenor Zeti keluaran Tahun 2000 dan digunakan hingga kini.

(Anda perasan tak dengan duit ‘ pic 1 ‘ ini…sudah keluar sebagai contoh pada keluaran yang lepas berkaitan note RM 10 warna merah…?) Sebenarnya duit kertas ini adalah siri replacement note.

ZD 0032587

 Selain dari siri ZA, ZB, ZC…note ini juga mengeluarkan siri ZD yang belum tersenarai dalam katalog. Kepada pengumpul yang belum miliki siri ini bolehlah mengejar tapi pasti ramai diantara bloger/kolektor sudah milikinya. Duacongkak pun baru saja memperolehi siri ZD 0032587 low number, sebab itu dikeluarkan dalam blog untuk tatapan semua.

Susah juga mendapatkan siri ZD ini kerana memakan masa yang lama. Puas selak, puas membelek dan puas mengharap tapi akhirnya dia muncul juga bagi melengkapkan kesemua siri yang diedarkan. Salam semua para koleksi…

 

RM50 Rare//Error

20hb Jun 2010 bersamaan dengan HARI BAPA.

Hari ibu semua orang ingat…bila hari bapa>>?

Adat bekerja, bila dihujung bulan…bajet semakin menyusut dalam simpanan. BAPA pagi pagi hari pergi mengadap dinding untuk mengeluarkan duit simpanan yang tinggal RM151.00. Bukan apa…buat belanja sementara menunggu hari gaji.

Keluarkan RM50 pun rasanya sudah cukup untuk dua tiga hari. Baki biar dulu dalam akaun bank.

Kad pun dimasukkn dan terus tekan tekan nombor, picit sana picit sini..dan…

keluarlah duit ini..!!

pic 1

 Sekeping note RM50 siri ke 11

Pada mulanya tidak kesah lagi…tapi, bila lihat sebelah depan pula..!!

pic 2

 Mata terus terpandang ” COMOT ” dalam kotak empat segi putih. Adusss… Pada mulanya, fikir pedulikan saja..lagi pun duacongkak sudah ada duit error seperti ini dalam simpanan. Pejamkan mata dan buat belanja. Hujung bulan cukup apa yang ada…

 

pic 3

 Cuba lihat keratan gambar…betul tak ada comot…!! 

Baru saja mahu masuk dalam dompet…terpandang pula dibahagian kiri duit.

pic 4

Tulisan BANK NEGARA MALAYSIA selari dengan garisan pemisah seperti yang pernah duacongkak terbitkan sebelum ini. Kalau sesiapa ingat Prefix NA 81xxxxx. atau klik pada bahagian tags sebelah kanan RM50. Mesti jumpa.

Bagi siri ini pula Prefixnya SA 1561893. Bila jumpa saja terpaksalah duacongkak simpan, memandangkan jenis ini amat sukar ditemui. Biar berpuluh, beratus malah beribu keping sekalipun duit RM50 berada ditangan, belum pasti boleh jumpa sekeping notes yang RARE begini.

 

resit 1

 ini adalah resit pertama yang mendapat RM50 RARE. Keluarkan RM50 baki RM101.54c

Tarikh pengeluaran 20/06/2010 jam 8.29 AM

Cucuk sekali lagi untuk dapatkan duit belanja…apa yang terjadi…???

Lihat sambungannya…Prefix ZD.

dush3x..

RM50 ZD

Replacement notes RM50 ZD

Nak jadi cerita, semasa mengeluarkan duit dari ATM…untuk kali kedua, setelah keluaran pertama memperolehi duit RARE. Duacongkak tersentak bila dapati duit tersebut Prefix ” ZD “ Sedangkan dalam bank hanya baki RM101.00 saja lagi. Mungkin dengan hanya keluarkan RM50 sudah cukup untuk buat belanja dan stand by lagi RM50 sementara tunggu gaji. Rupanya bila keluar kali kedua pun Prefix menarik…hmm, terpaksalah duacongkak pendamkan dan bawa balik serta simpan dalam koleksi terlebih dulu…

pic 1

 Bahagian depan siri 11

Prefix ZD

 ZD 0595590

Nombornya pun sudah hampir dengan nombor Radar…baru kena fikir 10 kali…nak belanja atau simpan. Hehe..ambil keputusan nekad, simpan je dulu. Bukan senang nak jumpa kalau tak ya ya…

Soal duit belanja..filir kemudian. Lagi pening bila hari selasa ini 21/06/2010 setem sempena 125 Tahun Keretapi Tanah Melayu pula keluar…DUIT LAGI…COBAAN…

Hmmm..belasah card credit lerr…!!

resit ke 2

 Cuba lihat tarikh dan waktunya…hanya selisih 1 minit saja. Nasib baik baki RM50 tidak dapat keluar…Jika tidak, sudah pasti kena cucuk lagi. Entah apa pula yang dapat…

COBA Annnn….

Amacam..!!