10 sen 2013

” Kata orang counter clash “

Bila kita kurang dengan ilmu pengetahuan, apa yang orang kata kita ikut, entah betul atau tidak belum pasti tapi sesekali dengar ayatnya sedap juga.

2013 Sudah hampir setengah tahun berlalu, bagi duacongkak penemuan syiling untuk keluaran atau edaran 2013 baru beberapa keping yang ditemui bagi setiap siri. Kebelakangan ini pun duacongkak sudah lama tidak membuat pertukaran di bank bank memandangkan keadaan mata yang semakin kabur membuatkan pencarian menjadi semakin berkurangan.

DSC_0282a

Seperti gambar diatas iaitu bahagian depan syiling ( obverse ) ianya kelihatan biasa sebagaimana siri tahun 2012. Kita lihat pula dibahagian belakangnya ( reverse ) dimana pada angka tahun ” 2013 ” ada sedikit kemusykilan. Mungkin kita kurang jelas melihat apa yang dimaksudkan kerana keadaan syiling ini, kilauannya menyebabkan sukar untuk mendapatkan gambar yang cantik. Apa yang pasti pada angka tahun 2013 itu terdapat bayangan satu lagi angka 201. Ianya lebih jelas jika dilihat depan mata daripada diambil gambar.

DSC_0278a

Untuk kepuasan hati duacongkak menggunakan teknik ” Black n White ” melalui photoScape bagi tujuan mendapatkan gambaran yang sedikit jelas. ( Lihat gambar dibawah ).

DSC_0278a1

Mungkin pada gambar tersebut kita masih belum dapat lihat dengan jelas kerana ianya masih jauh dan pada gambar bawah pula adalah gandingan gambar asal dan gambar yang sudah di ubah tekniknya.

DSC_0278a-a1

Kita terus lihat keratan dibahagian bawah ini dimana, ianya agak mudah sedikit untuk melihat imej gandaan yang dikatakan ” Counter Clash ” itu. Mungkin ada istilah lain yang sesuai dari apa yang duacongkak tuliskan atau mungkin ianya kurang tepat…

DSC_0278a2

Keratan gambar dibawah adalah sama seperti diatas cuma ianya sudah di ubah pada hitam dan putih.

DSC_0278a2a

Kita dapat lihat gandingan keratan gambar seperti dibawah ini.

DSC_0278a2-a

Mahu cerita sedikit dari pengalaman seorang kawan yang pernah bekerja sebagai printing tapi bukan mencetak duit tapi jenis lain yang ada kaitan sebagai mana proses cetak syiling. Menurut katanya melalui pengalaman, apa yang terjadi berkemungkinan besar sewaktu proses awalan untuk ketepatan imej. Sebelum dimulakan cetakan, sesuatu barangan itu akan diuji dengan menggunakan kertas nipis atau pun plastik pada alat pencetak. Tujuan untuk pastikan bentuk pada setiap objek yang ada tidak rosak atau cacat celanya. Selepas ianya dicetak maka mereka akan keluarkan kertas atau plastik tersebut dan lihat kesan tebukan samada ianya tajam atau berbulu pada tebukan. Sekiranya berbulu bermakna alat pencetak kurang baik dan perlu di baiki atau dipulihkan sehingga mendapat ketajamannya.

Dalam proses inilah, ada kemungkinan sebahagian kertas atau plastik terlekat pada alat pencetak dan berubah sedikit kedudukannya. Bila cetakan bermula maka kesannya kita dapat lihat apa yang ada pada syiling 10 sen 2013 yang ditunjukkan ini. Itu penglaman dari seorang kawan yang pernah bekerja kilang cetakan selama lebih lima tahun dan bukannya pengalaman dari duacongkak sendiri. Mungkin ramai lagi pembaca yang ada pengalaman yang sama dan pasti dapat menilai apa yang diperkatakan oleh rakan duacongkak itu. Samada betul atau tidak kurang pasti sebab sendiri tiada pengalaman.

# sekadar berkongsi maklumat dari kawan. #

DSC_0278a3

Selain dari Counter Clash yang terdapat pada syiling ini, terdapat juga die crack error yang jelas dibahagian rim ke bunga raya.

DSC_0278a3a  

Imej menggunakan teknik hitam dan putih.

DSC_0278a3-a

Gabungan gambar untuk kita lihat lebih jelas.

DSC_0282a-a

Apa yang duacongkak pamirkan kali ini adalah untuk tahun 2013, sedangkan keluaran 2012 juga ramai rakan rakan numis ada menemuinya tapi tidak untuk diri duacongkak. Entah bila akan merasa belum tahu lagi kerana amat sukar juga untuk dapat walau pun sekeping. Apa yang duacongkak perolehi ini betul betul dikatakan sebagai bernasib baik kerana baru beberapa keping temui syiling 10 sen 2013 sudah temui apa yang dipamirkan disini.

Apa pun kita layannnnn…dulu.

Kehidupan 2

Alih kubur…

Sebelum kubur lama dikorek, Majlis Tahlil diadakan dan selesai tahlil mereka yang hadir bersarapan terlebih dahulu sementara menantikan tukang gali kubur.

DSC_0198a

Apa bila menjelang jam 9.30 pagi sekumpulan penggali kubur terdiri seramai enam atau tujuh orang memulakan kerja kerja mereka. Oleh kerana keadaan tanah disini asalnya adalah kawasan berlumpur dan berpaya, baru beberapa kaki digali kelihatan lubang kuburnya dipenuhi air dan terpaksa dikeringkan terlebih dulu dengan cara menimba. 

DSC_0203

Penduduk kampung dan juga para waris dan orang ramai mula mengambil gambar apabila kubur yang digali sudah kering. Dengan penuh hati hati sambil mengorek tanah liat dengan menggunakan tangan, sisa sisa tulang mula dicari dan dikumpul diatas sehelai kain putih. 

DSC_0205

Susah juga hendak mengumpul sisa tulang yang sudah sebati dengan tanah liat namun berkat kesabaran atau mungkin mereka ini sudah ada pengalaman, dalam masa yang singkat sahaja, segala tulang yang kelihatan semuanya berjaya dikumpulkan.

DSC_0218

Apabila siap terkumpul lalu dibungkus semula dan dibawa masuk kedalam van jenazah milik Majlis Agama Johor Daerah yang sudah siap sedia menunggu diperkarangan masjid.

DSC_0215

Kelima lima rangka manusia telah selamat dikumpul dan kini siap untuk dibawa ke tanah perkuburan yang baru.

DSC_0224

Setibanya di tanah perkuburan baru, dapati lubangnya sudah siap digali dan hanya menantikan untuk dimasukkan sahaja kelima lima sisa tulang aruah simati.

DSC_0227a

Upacara pengkebumian dilaksanakan dan ketika ini duacongkak sudah beredar dari lokasi memandangkan ada tugas lain yang dipanggil dan diperlukan bantuan. Tidak sempat merakamkan tulang belulang aruah simati dikebumikan semula.

Sungguh pun begitu, duacongkak amat bersyukur kerana dapat juga melihat hampir keseluruhan cara cara memindahkan kubur lama ke kubur baru yang mana sebelum ini tidak pernah dilihat.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh aruah yang meninggal dunia berpuluh puluh atau beratus tahun yang lalu  dan diletakkan bersama mereka yang beriman…Amin.

Kehidupan

Pengalaman pertama

Pada 21/05/2013 aku mula bergerak ke sebuah kampung yang tidak berapa jauh dari kediaman aku. Lebih kurang jam 8.30 pagi aku sampai dikampung tersebut dan terus menuju ke sebuah masjid lama yang pernah aku tunaikan solat Jumaat. Sesungguhnya mesjid ini bukan dalam kariah aku tapi sesekali aku datang juga berjemaah disini.

Melihatkan keadaan mesjid ini sememangnya terlalu usang dan sudah uzur kerana usianya sudah menjangkau hampir atau lebih dari 100 tahun. Sungguh pun begitu ianya masih aktif dan digunakan sehingga ke hari ini sehinggakan setiap hari Jumaat, hampir sahaja ianya tidak dapat menampung jemaah yang hadir. Ini kerana selain dari kariah kampung tersebut, terdapat juga penduduk sekitar dari taman perumahan juga pekerja kilang, kampung kampung bersebelahan yang datang setiap kali Jumaat.  

DSC_0194   

Bentuk masjid yang berada tidak jauh dari jalan dan dibahagian belakangnya bersempadan dengan kebun kelapa sawit. Setiap kali Jumaat keadaan jalan kampung ini begitu sesak dengan kenderaan yang diletakkan dibahu jalan. Dengan keadaan itu serta rungutan dari penduduk kampung, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membesarkan masjid tersebut dengan membina masjid baru dimana sebahagian dari kebun kelapa sawit dibelakang masjid telah diambil untuk membesarkannya.

DSC_0195

Dibahagian belakang masjid atau disisinya terdapat kubur lama yang perlu dialihkan sebelum kerja kerja pembinaan masjid baru dijalankan. Dengan diketuai oleh Jabatan Agama Islam Johor dari Daerah Pontian telah sama sama dengan orang kampung, datang untuk majlis pemindahan kubur tersebut. Aku turut sama hadir dan ini adalah pengalaman pertama melihat cara cara untuk melakukan pemindahan itu.

DSC_0193

Sebelum kubur kubur ini digali, terlebih dulu Majlis Tahlil diadakan dengan kehadiran ramai warga kampung tersebut. Terdapat lima buah kubur kesemuanya dan apabila aku bertanyakan pada orang orang kampung, sebenarnya banyak lagi kubur yang ada tidak jauh dari situ (masih dalam kawasan masjid) yang mana kebanyakan kubur tersebut sudah tidak bertanda lagi dan sukar untuk dikesan.

DSC_0197

Jam lebih kurang 9.30 pagi, bermulalah penggalian kubur lama oleh orang yang diberi amanah untuk mengoreknya. Para waris, sanak saudara simati turut sama menyaksikan upacara tersebut dengan penuh redha demi membesarkan masjid untuk umum.

DSC_0209a

Beberapa waris simati begitu tenang menyaksikan penggalian kubur nenek moyang mereka.

DSC_0199

Kubur kubur yang digali ini adalah milik kepada:-

1. Aruah Hj Ismail iaitu orang pertama yang membuka kampung tersebut.

2. Aruah Hj Salleh iaitu pemilik tanah yang mewakafkan untuk dibuat masjid.

3. Aruah Hjh Sarilah isteri kepada Hj Ismail

4. Aruah Hjh Fatimah, isteri kepada Hj Salleh yang sama sama mewakafkan tanahnya.

5. Aruah Hj Ali bin Hj Ismail anak kepada pembuka kampung.

Aruah Hj Ali adalah jenazah terakhir dikebumikan diperkarangan masjid ini, setelah itu ianya bertukar ke tanah perkuburan baru yang terletak jauh dari masjid tersebut. Ianya dikebumikan sekitar tahun 70an setelah meninggal dalam usianya hampir 120 tahun menurut kata pemberi maklumat iaitu anak lelaki aruah sendiri yang kini sudah berusia lebih 70 tahun.

Al Fatihah untuk semua jenazah.

” Lagi gambar gambar yang akan diterbitkan dalam sambungan akan datang. ” 

5 sen 2008 V

Apakah ianya juga satu Variety?

Syiling 5 sen 2008 ini sudah lama tersimpan dan sengaja tidak dimuatkan dalam blog, tapi baru baru ini ditemui beberapa keping lagi rakan atau kembarnya yang seiras.

DSC_1196a

Pada bahagian muka belakangnya dalam keadaan biasa, tapi bila lihat di bahagian muka depan kelihatan satu ” DOT ” yang besar menonjol. Pada mula tidak ambil perduli sebab tidak kelihatan seperti DOT yang biasa dilihat. Setelah menemui tiga lagi rakannya (belum ambil gambar) lalu dimasukkan dalam jeket keselamatan untuk disimpan.

DSC_1197a

Lihat pada keratan gambar DOT yang dimaksudkan berada dalam bulatan biru.

DSC_1197a1

Gambar dibawah menunjukkan bahagian Obv dan Rev.

DSC_1196a-1

Apa pun layannnnn…dulu.

5 sen 2005 ‘ dot ‘

Mungkin ianya satu Variety

Sebelum ini duacongkak pernah keluarkan dalam blog ini sebagai mana gambar dibawah. Apabila kita temui kelainan pada syiling seperti anak panah merah tunjukkan, belum tentu ianya satu variety tapi bila kita temui lebih dari satu dengan extra dot yang ketara tidak berubah bentuk malah sama saiznya, ditempat yang sama, maka bolehlah dikatakan ianya satu variety. Setakat ini dalam simpanan duacongkak bukan dua ini sahaja malah sudah lebih dari lima keping dalam bentuk dan tempat yang sama. Ada kemungkinan ramai lagi rakan rakan lain yang mempunyai bentuk ” die Gouge ” yang sama untuk syiling 5 sen 2005.

DSC_1182a-a

Kenapa diulang tayang?

Kita lihat pula syiling 5 sen 2005 dibawah yang mana ” Die Chip/Die Gouge ” terjadi dibahagian reverse. Tanpa diduga duacongkak menemui syiling ini bukan satu tapi dua keping dalam satu pertukaran. Kedua duanya pada kedudukan dan bentuk yang sama sebagai mana dapat dilihat dalam bulatan biru dan anak panah merah sebagai penunjuk. Ini juga boleh dikatakan sebagai Variety bila mana ianya lebih dari satu dan mungkin lebih banyak lagi berada diluar sana atau setidaknya berada ditangan rakan rakan numis. Untuk pengesahan ianya satu Variety, hanya yang layak sahaja boleh istiharkan seperti pengumpul lebih lama dari duacongkak atau mereka yang ada tauliahnya. Bagi duacongkak sekadar menunjukkan sahaja apa yang ditemui. 

DSC_0083a

Gambar bawah adalah keratan pada bahagian ” Die Chip/Die Gouge ” yang ditemui.

DSC_0083a1  

Bentuk muka depan ( obverse ) syiling 5 sen 2005 adalah sama. Paling mudah dilihat pada bahagian sisi rim arah jam 3.00 hingga jam 9.00

DSC_0091a  

Dua keping syiling keluaran tahun 2005 yang mempunyai ” Die Chip/Die Gouge ” yang sama kedudukannya. Mungkin rakan numis atau pakarnya dapat jelaskan samada ianya satu Variety Error.

DSC_0086a

Keluaran kali ini lebih kepada perkongsian untuk mereka yang sama sama berminat dengan jenis syiling error yang ada dalam pasaran atau edaran diluar sana.

Apa pun layannnnn..dulu.

“kosong – palsu “

Idea yang kosong.

Sekian lama tidak menulis dalam blog membuatkan banyak perkara tidak dapat diketengahkan. Tidak tahu dari mana hendak dimulakan dan  umpama buah fikiran menjadi kosong. Sebagai mana tajuk diatas iaitu ” kosong – palsu ” begitu juga dengan buah fikiran untuk menaip dalam blog ini. Walau bagai mana pun jangan pula disangka penulisan ini adalah kosong dan palsu, sebenarnya ada tujuan lain sebagai permulaan untuk menyambung kembali apa yang sudah terhenti.

Kita rujuk pada gambar dibawah ini.

DSC_1615a  

Dua keping blank untuk syiling 50sen bunga raya yang tersimpan baik dalam simpanan. Lebih mudah dijelaskan untuk blank ini ditemui pada tahun 2005,  diperolehi dari tempat atau kilang mencetak duit palsu yang dilakukan secara haram. Sengaja dikutip untuk dijadikan kenangan. Kedua dua blank ini betul betul kosong tanpa sebarang tanda ianya sudah dicetak, Berkemungkinan ianya tidak sempat menjalani proses tempa kerana secara tiba tiba kilang tersebut telah kena serbu oleh pihak berkuasa.

Terdapat dua jenis metal yang digunakan untuk membuat duit suiling 50sen ini, jenis metalnya duacongkak kurang arif tapi apa yang pasti kedua duanya adalah berbeza dimana blank sebelah kiri tidak lekat magnet dan yang sebelah kanan pula ianya aktif pada magnet. (telah diuji), sayangnya dalam kilang tersebut semua syiling yang sudah siap atau separuh siap telah dirampas maka duacongkak tidak temuinya lagi. Jika tidak sudah tentu lebih menarik untuk disimpan, tapi walau bagai mana pun bagi syiling 50sen palsu kita mudah temui dalam pasaran  dan ada peluang untuk memilikinya.

DSC_1619a1  

Blank ini sudah selamat dalam kurungannya. Disediakan baju jeket supaya ianya lebih selamat dari terdedah tanpa diurus kerana khuatir akan lenyap dalam simpanan.

Apa pun layannnnn…dulu.

Imbas kenangan.

Pamiran dan jualan duit dan stamp.

Pada 28/04/2013 duacongkak berkesempatan melawat pamiran dan jualan duit dan stamp di ruang legar sebuah pasaraya di Johor Bahru. Pertama kali sampai disini, terasa terkedu bila melihat pelbagai koleksi duit duit lama dan baru yang dipamirkan. Oleh kerana masa yang terhad, (kerana ada urusan lain), duacongkak sekadar berjalan jalan sahaja tanpa menumpukan pada barangan yang dipamirkan. Cukup sekadar menyaksikan didepan mata tapi mahu sentuh atau melamar sepertinya tiada ruang kesempatan. 

DSC_0018a

Habis keliling duacongkak melawat dari satu meja ke satu meja tapi langsung tidak membeli atau mendapatkan apa apa sebagai kenangan. Kesempatan ini juga memberi peluang kepada duacongkak bertemu beberapa kolektor yang dikenali sambil mereka mencari sesuatu. Ada antara kolektor yang dikenali begitu asyik dan tekun membelek barangan yang mungkin menarik perhatiannya. Cuba juga untuk melihat apa yang dibeleknya tapi terasa seperti menganggu pula maka duacongkak pun beredar dan berpindah kemeja lain pula.

DSC_0015a

Hingga akhirnya duacongkak terserempak dengan kenalan yang turut sama membuka gerai, lama juga berada ditempatnya sambil melihat barangan yang dijual, semuanya kelihatan amat menarik dan tiada dalam simpanan duacongkak. Malah kebanyakannya amat sukar untuk duacongkak memiliki kerana faktor harga yang ditawarkan amat berpatutan. Untuk tidak menghampakan kawan yang berniaga, duacongkak belilah juga barangan yang dijual sebagai menyokong beliau walau pun ianya tidaklah memberangsangkan.

DSC_0022a

Nasib kerana kesuntukan masa, jika tidak rasanya pasti duacongkak akan menghabiskan masa di tempat ini untuk beberapa jam dari tengah hari hingga ke petang. Boleh dikatakan pada hari itu lebih banyak berjalan dari berbelanja sambil mencuci mata dan berbual dengan beberapa kenalan.

DSC_0013a

Diantara barangan yang dipamirkan oleh rakan ditempat niaganya.