FDC Jambore Nasional 1996

Sebagai menambahkan koleksi yang ada, disisipkan lagi First Day Cover berikut yang bertemakan: Jambore Nasional 1996. Terdapat dua FDC dengan dua blok setem berbeza.

 

FDC 1

 Lihat pula FDC 2

Bagi blok setem yang pertama menggambarkan ” Aktiviti Perkemahan “ di mana gambaran setemnya dipisahkan empat bahagian dengan setiap satu bernilai Rp150, Begitu juga dengan sampul suratnya ada perbezaan…

 

FDC ke 2

 Sampul FDC ke 2 ini berbeza dengan sampul FDC 1. Setem pun berbeza dimana gambarannya adalah ” Aktiviti Lasak “. Apa yang sama hanyalah pada setem yang dipisahkan kepada 4 bahagian dengan nilai setiap satu Rp 150.

Bentuk ” Cop Tema ” pada keluaran Hari Pertama ini adalah Segi Tiga Piramid:

  Tulisan sebelah kiri ” Hari Terbit ”

Tulisan sebelah kanan ” Pertama ”

Tulisan sebelah bawah ” Jakarta, 26 Juni, 1996 “

Dibawah ini adalah keratan Info berkaitan dengan penerbitan Setem dan FDC.

Isi kandungan Keratan 1

Keratan 2

keratan 3

Keratan 4

 

 

Keratan 5

keratan 6

 Semoga anda semua berpuas hati…

First Day Cover

 
 

FDC 2006

Tajuk kali ini adalah Orang Tua Asuh yang di keluarkan pada 20hb Disember 2006. Dikeluarkan dengan dua bentuk setem. Satu melintang dan satu lagi menegak. Bagi yang menegak nilainya Rp 150 dan yang melintang pula Rp300.

isi maklumat

 Ini adalah isi maklumat yang terdapat dalam FDC Gerakan Orang Tua Asuh 1996  (maklumat dibahagian kanan Duacongkak tukar warna dari putih ke ungu, sebab warna putih tidak jelas untuk bacaan)

keratan

 Dan ini pula keratan maklumat berkaitan FDC yang dikeluarkan dengan detail. Duacongkak tidak dapat menjelaskannya kerana keterangan adalah dalam bahasa Indonesia. Banyak yang tidak faham dan kalau dijelaskan takut maksudnya berlainan dari apa yang sebenar. Jawabnya kena baca sendiri dan faham sendiri.

Mesti ada yang bertanyakan setem keluaran ini…Sorry…Tak ada la…kena tenguk pada First Day Cover.

FDC Hari Prangko Sedunia

FDC

 FDC bersama setem ini dikeluarkan sempena memperingati Hari Prangko Sedunia, atau (Hari Setem Sedunia) yang disambut pada 09hb Oktober 1998. FDC dan setem ini adalah siri yang ke 14/1998 iaitu bilangan keluaran oleh Pos Indonesia bagi Tahun tersebut.

kad keterangan FDC

 Kad keterangan FDC bahagian gambar menunjukkan contoh setem yang dicetak. Tardapat dua bentuk setem saja yang dikeluarkan dengan nilai Rp 700 setiap satu dalam kedudukan berkembar. Lembaran setem/sheet pula sebanyak 50 keping yang kelihatan corak setemnya berselang seli.

Bahagian belakang kad keterangan FDC ini ada menjelaskan secara terperinci lagi berkaitan isi kandungan setem siri 14/1998 ini…sila semak.

   Kad keterangan

 Inilah bentuk setem dalam blog 6 dimana kedudukan setemnya tunggang terbalik. Setem ini sudah ada pada keluaran yang lepas dengan tajuk ” Setem blog 6 “. Sengaja dikeluarkan bagi melengkapkan FDCnya serta untuk semakan.

First Day Cover

 

Buat pertama kali diperkenalkan FDC Indonesia dalam simpanan Duacongkak kepada umum. Ianya seiring dengan Lembaran Mini Asian Games XIII yang terdapat dalam koleksi.

Inilah bentuk FDC yang disisipkan untuk tatapan:-

FDC 1 ( SETEM )

 FDC Asean Games XIII yang dilekatkan dengan setem kenangan keluaran  pada 09hb Sept. 1998 Tiga bentuk setem dengan cop logo sukan tersebut.

FDC ke 2

Ini pula bukannya FDC tapi adalah isi kandungan didalam Sampul surat Hari Pertama ( FDC ) tersebut. Terdapat gambaran setem dan juga Lembaran Mini pada sekeping kad keras yang ada keterangan dibahagian belakangnya

 

Kad keterangan FDC

Untuk melihat segala keterangan mengenai setem ini, sila klik pada bahagian gambar.

Asian Games XIII

 Memperkenalkan bentuk Lembaran Mini yang dikeluarkan oleh Pos Indonesia, khusus untuk sambutan Pesta Sukan Antarabangsa ( Asean Games ) yang di anjurkan oleh Negara Thailand bermula dari 06 – 30hb Disember 1988. Sukan ini diwakili oleh 43 buah Negara dengan seramai 7000 atlit akan menghadirinya bagi merebut 376 pingat emas dari  36 jenis sukan yang di pertandingkan. Pos Indonesia telah keluarkan setem dengan Tema Asian Games XIII lebih awal dari tarikh upacara iaitu pada 09hb Sept. 1998  sempena dengan Peringatan Hari Olahraga Nasional ( Indonesia ).

Lembaran mini

Selain Lembaran mini seperti di pamirkan, Pos Indonesia keluarkan juga setem dengan nilai serta bentuk yang serupa dalam bentuk helaian. Serba ringkas yang dapat dijelaskan mengenai siri setem yang terdapat pada lembaran mini iaitu:-

 RP300 adalah jenis sukan ANGGAR ( Lawan Pedang ) dibahagian tengah

RP700 adalah sukan TAEKWONDO seperti dibahagian bawah.

RP4000 pula paling atas dengan sukan WUSHU

Cerita Rakyat…

Tenguk pada tajuk diatas sepertinya tentu mengaitkan cerita kanak kanak, atau pun cerita orang orang tua kepada anak anak. Kalau mahu Duacongkak yang ceritakan… minta maaf ler…Tak pandai nak cerita pun…Silap haribulan cerita merapu pulak yang disebarkan…jangan cari pasal.

Bila mahu cerita bab ” Cerita Rakyat ” ni, kita mesti sekurang kurangnya mengenali siapa pemegang watak utama ( HERO ), siapa pula watak Heroin, ( Bukan Dadah…K ). Ada Hero mesti ada musuh dia…mesti nak kenal juga. Jadi, kalau semua sudah tidak tahu maka jangan nak pandai pandai mereka cipta kepada orang lain. Lebih baik tunjukkan saja dan sesiapa yang melihatnya pasti dapat memahami apakah mesej yang hendak disampaikan dan kemungkinan juga ada diantara anda memahami ” Cerita Rakyat” ini.

  Lihat pada Lembaran Setem ini, kita dapati ada satu kisah yang menarik sekiranya faham…Tapi apa boleh buat, Cerita Rakyat ini muncul di Indonesia dan bukannya di Malaysia. Sudah pasti kita tidak faham dan mengetahui mesej dan jalan ceritanya. Apa lagi dengan watak watak yang ada, malah kita juga tidak tahu tajuk sebenar cerita Rakyat ini. Bagi mereka yang tahu boleh cerita pada anak anak mereka atau pun kepada kawan kawan yang melihatnya. Best kan…!!!

   Cerita Rakyat

Dalam satu lembaran setem ini terdapat 20 keping setem kesemuanya dengan nilai setiap satu Rp500. Ianya dibuat dalam bentuk komik bisu dan setiap keping mempunyai cerita tersendiri yang bersambung sambung. Rasanya Pos Malaysia sendiri belum pernah keluarkan setem begini untuk koleksi.

Apa lagi Pos Malaysia…Lepas ni cuba buat cerita Batu Belah Batu Bertangkup…atau, Bawang Putih Bawang Merah…atau, Puteri Ledang…atau, banyak lagi cerita rakyat yang kita ada untuk diabadikan dalam bentuk setem…Cadang jer…