Duit Gantian ZC

DARI LAPAN TINGGAL SATU.

Apa maksud ” dari lapan tinggal satu…? “ kejap lagi akan diceritakan. Yang penting kita lihat dulu ” DUIT GANTIAN/REPLACEMENT NOTES RM 50 “.

 

 

 

Replacement Notes ini diperolehi dari seorang kawan yang mengeluarkan duit melalui ATM. Menurut kawan, dia mengeluarkan sebanyak RM 400/= dengan sekali cucuk untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya. Sebanyak lapan keping kesemuanya dengan setiap keping adalah RM 50/= dan kesemuanya adalah Prefix ZC dengan nombor turutan ( running Numbor ). Oleh kerana pada awalnya dia tidak dapat hubungi duacongkak lalu duit tersebut digunakan untuk membayar ansuran keretanya. Mujur juga dia simpan sekeping kerana dia tahu pasti duacongkak berkehendakkan duit ini untuk dijadikan koleksi.

Sebaik saja diberitahu bank mana dia keluarkan lalu, duacongkak cuba keluarkan melalui ATM tersebut dan ternyata apa yang diharapkan sudah tidak berhasil lagi. Siri duit gantian sudah tiada berkemungkinan telah habis diambil orang terutama warga Pontian.

Melihatkan pada siri nombornya rasa rasa boleh mencecah angka 50,000. Apa boleh buat, tiada rezeki dari lapan hanya tinggal satu yang berjaya sampai ketangan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

RADAR NOTE

Kembali semula dengan duit kertas.

 

Note RM 50 dengan Prefix Radar yang menarik. Siri Nombor S N 7 9 3 2 3 9 7 atau boleh disebut ” yang ganjil kapit yang genap ditengah “.

Pandai pulak mereka ungkapan yang tidak pernah ujud. Sebenarnya nombor radar bukanlah istimewa sangat, sebab terlalu banyak diluar sana yang masih beredar dari tangan ketangan. Melainkan bagi note yang memiliki siri nombor SOLID baru mendapat perhatian ramai, atau pun LOW NUMBOR. sebab prefix begini amat jarang kita temui berpindah tangan ketangan dalam urusan perbelanjaan harian. Kalau ada bermakna tangan yang memegang sudah terdesak sangat. Hehe…jangan marah sebab yang bercakap pun ada kala terdesak juga.

Bagi note RM 50 RADAR ini, apa yang special sangat adalah…

 

Pada bahagian hadapan duit ini dapat kita lihat keadaan potongannya yang sedikit lari dari biasa. Bahagian mukanya terlebih keatas hingga menyebabkan frame nampak tidak sama rata. Frame bahagian bawah lebih besar dari kedudukan frame bahagian atas. Jika tidak berkemungkinan duacongkak sudah buat belanja di pasar tapi bila nampak ada sedikit kecacatan maka disimpan dulu. Mana tahu kalau kalau nanti ada yang berminat boleh la ditawarkan…

Memandangkan nilainya terlalu besar sebab itu nak buat tawaran, lainlah sekiranya nilai dia macam yang satu ini…

 Note RADAR juga tapi nilai dia kecil dan murah.

( Nombor genap pagar yang ganjil )

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

10 sen 1973

  

Bagi syiling 10 sen 1973, pengeluarannya adalah bagi kali yang keempat selepas 1967, 1968 dan 1971. Tahun yang tidak tercatat adalah tahun dimana syiling 10 sen tidak dikeluarkan mengikut catatan pada buku panduan. Syiling ini diterbitkan sebanyak 214, 832,756 keping dimana pengeluarannya adalah yang kedua terbanyak dalam siri PARLIMEN.

Apa yang menariknya duit syiling ini…?

Sebenarnya duit syiling diatas sekadar panduan untuk melihat bentuk sebenar duit tersebut. Apa yang hendak dinyatakan disini adalah syiling tahun yang sama tapi mengalami kecacatan dan tidak seperti yang tertera dibahagian atas. Kecacatan berlaku lebih menjurus kepada tempaan dilakukan dan diguna pakai seharian oleh warga yang tinggal di Malaysia sehingga akhirnya menyinggah ke tangan duacongkak. Entah berapa ribu kali bertukar tangan tidak pasti dan yang pentingnya, duit ini sudah berada dalam simpanan dan dimuatkan dalam blog sebagai tatapan semua.

   

Cuba perhatikan bahagian muka syiling terutama bahagian angka ” 10 ” bagi duit syiling ini dan bandingkan dengan duit syiling pada imej pertama. Kelihatan angka 10 tersebut hampir selari/rata dengan permukaan duit disebabkan oleh ketiadaan bahagian bebendul pada angka 10. Bagi imej PARLIMEN pada duit ini pula seperti biasa tanpa sebarang kecacatan atau pun haus. Untuk pengesahan ERROR pada duit ini hanyalah pakar yang boleh menentukan samada ” HAUS ” pada permukaan angka 10 itu disebabkan manusia atau pun seretan atas benda keras. Tapi yang pasti bagi duacongkak, haus yang terjadi adalah datangnya dari waktu duit ini ditempa. Disegi logik mana mungkin boleh terjadi kerana geseran sekali pun usianya sudah 38 tahun sebab, haus terjadi hanya pada angka ” 10 “.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

10 sen 2008

( Sambungan dari 10 sen 1973 )

Sudah puas melihat syiling 1973 mari kita lihat perbandingan syiling 10 sen 2008 ( BUNGA RAYA ). Bagi duit syiling ini tempaannya sebanyak 241,560,000 keping. ” Banyak tuuu….”

  

Ini adalah syiling keluaran tahun 2008 sebagai mana yang kita dapat lihat tahun yang tertera pada duit tersebut. Apa lagi yang hendak dikomenkan…Bunga raya hanya tinggal filemen dan angka 10 hanya tinggal sebahagian saja lagi. Kalau begini nak kira ERROR/planchet die duacongkak pun tidak berani sebab, kecacatannya nampak seperti dibuat orang dengan menggunakan bahan pengasah. (grinding). Walau apa pun duacongkak tetap simpan sebab keunikannya hanya terjadi pada bunga raya dan sebahagian angka 10. Tidak pula terkena bahagian tepi ( RIM ) syiling atau pun kesan lubang atau lekuk pada bahagian yang haus itu.

OPS…

CONGKAK kenapa berada pada kedudukan JAM 11? tidak sebagai mana biasa dilihat, duit syiling CONGKAKnya berada pada kedudukan JAM 9.30.

Sebenarnya CONGKAK pada duit syiling ini seperti biasa dalam kedudukan JAM 9.30 tapi waktu scan kedudukannya terjadi begitu. Harap maaf kalau sekiranya ada yang merasakan congkaknya error.

Untuk makluman semua, sebenarnya kedudukan congkak JAM 11 ada dipasaran kalau rajin mencari, begitu juga dengan congkak pada kedudukan JAM 9, JAM 8 dan JAM 6 dan yang paling istimewa congkak pada kedudukan JAM 2. Kesemua kedudukan ini ada dalam simpanan duacongkak, sebab itu berani sikit nak bagi tahu.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

10 sen 1994

( Sambungan 10 sen 1973, 2008 )

Duit 10 sen keluaran diatas ( 1973 dan 2008 tempaannya terlalu banyak hingga melebihi 200 juta setiap satu. Berbeza pula dengan syiling 10 sen 1994 dimana tempaannya adalah yang paling sedikit dalam keluaran tema BUNGA RAYA. Hanya 7,122,222 keping saja dan menjadi salah satu buruan setiap pengumpul duit syiling untuk melengkapkan koleksi. Sehingga kini mungkin bilangannya sudah semakin berkurangan memandangkan usianya sudah 17 tahun. Sebab berkurangan mungkin kerana terlalu banyak berada dalam tangan para pengumpul atau lenyap dalam tanah, sungai, parit, longkang atau dimana saja atau telah musnah dalam kebakaran, dihanyutkan banjir atau bencana alam atau pun SUDAH JADI SEPERTI INI.

   

KEY DATE 1994

MINTAGE  7,122,222

Walau pun rupanya hitam legam, masih tetap menjadi pilihan hati untuk disimpan bagi menambah koleksi peribadi. ( yang elok ada tapi saja keluarkan rupa bentuk ini sebagai kenangan ).

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Syiling 20 sen 1980

Apa istilah hendak diberi…pada error kali ini.

Salam semua.

Setiap duit syiling yang ditemui ada berbagai keunikan tersendiri. Bukan sekadar blog duacongkak saja yang memaparkan jenis duit duit ERROR malah ada ramai lagi kolektor yang lebih baik diluar sana dengan memaparkan koleksi yang cukup menarik. Semakin hari semakin ghairah hendak mendapatkan koleksi terbaru untuk diketengahkan dan yang paling utama adalah sama sama dapat berkongsi pendapat atau pandangan.

Bagi syiling 20 sen 1980 kali ini agak menarik juga sebab, untuk mendapatkan syiling ERROR dari keluaran pertama ( PARLIMEN) agak sukar kerana kualiti tempaannya adalah yang terbaik dari kualiti tempaan syiling kedua bagi tema ( BUNGA RAYA ). Tidak banyak yang diperolehi jika dibandingkan dengan syiling siri ke dua.

Kita tenguk pelan pelan…

 

Syiling 20 sen 1980: Jumlah tempaan 3 2, 8 3 7, 3 3 9 

 

Lihat bahagian PARLIMEN dan cuba perhatikan pada sudut bulan dan bintang. Pada hujung pecahan bintang kita dapat lihat lebihan metal ( EXTRA METAL ) yang memanjang kebawah seperti kayu penyepit (chopstick). Istilah mudah bagi duacongkak adalah lebihan metal semasa tempaan dilakukan dan untuk mendapatkan istilah yang tepat kena tanya pada pakar pakar error. ( Apakah boleh dipanggil LIGHTNING CRACK DIE…? )

 

Selain dari extra metal yang dapat kita lihat, cuba perhatikan pula kedudukan ” LUBANG ”  yang terletak diarah jam 2 pada bintang tersebut. Duacongkak percaya keadaan tersebut juga berlaku semasa tempaan dilakukan dimana pada acuan mungkin ada sesuatu benda yang melekat dan bila cetakan berakhir dia terus meninggalkan kesan pada muka syiling ini.

Cukup menarik kerana jarang sangat dapat temui error sebegini untuk kita kongsi bersama.

Kalau tersalah info harap maaf sebab MASIH BELAJAR LAGI tentang duit error.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Bila Terhakis…!

Pertemuan sekeping syiling 20 sen 1967 yang terhakis.

Melihat pada tahun yang terdapat pada duit syiling, tidak mustahil hakisan boleh berlaku. Namun begitu suka dinyatakan disini bahawa dalam banyak banyak duit syiling bukan mudah terhakis sekali pun faktor usia jika tidak disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri. Lainlah sekiranya duit syiling itu ditemui dalam tanah. Apa pun duit syiling tersebut akan berubah warna samada hitam atau coklat atau green forest, nama kata akan terhakis warnanya agak mustahil selagi tiada manusia yang mencucinya diatas tanah kembali.

Seperti yang duacongkak pernah lakukan sewaktu zaman kanak kanak, bila terjumpa saja duit syiling yang telah berubah warna, terus diletakkan atas tanah dan dengan menggunakan tumit, duit syiling itu akan ditenyeh hingga menampakkan rupa bentuk syiling tersebut untuk dibuat belanja. Hehe…itu dulu kenangan lama.

 

Bentuk duit syiling yang ditemui dalam kategori ” LEMAH / POOR “. Apa yang hendak diperkatakan disini adalah keadaan muka syiling yang terdapat warna kuning keemasan disebalik warna asal syiling. 

 

Bahagian depannya yang dicetak dengan tahun pengeluaran juga terdapat hakisan dan memperlihatkan warna kuning keemasan. 

 

Keratan pada bahagian PARLIMEN untuk mudahkan lagi melihat warna keemasan tersebut yang seakan akan kuning emas atau pun tembaga dan bukannya warna karat

 

Bab ni paling sedih bila paras rupa berlubang lubang. Bagaikan jerawat batu dimuka yang sudah masak dan dipicit keluar punatnya. Maka terhasillah lubang seperti ini. 

 

Pada bahagian muka depan duit syiling dimana kelihatan warna kuning keemasan berada disebalik warna duit yang asal.

Pada mulanya macam malas nak simpan dan mahu buat belanja saja, tapi rasa tidak puas hati sekiranya tidak tahu hal yang sebenar pada apa yang berlaku terutama bahagian yang berwarna keemasan. Buat buat tebal muka pergi jumpa dengan beberapa kedai emas untuk pengesahan dan keputusan yang diperolehi adalah, warna kekuningan itu bukannya emas atau pun gangsa. Salah seorang tukang emas menyatakan duit ini pernah dibuat loket rantai. Hakisan yang berlaku adalah kerana terlalu lama dipakai orang dan sebab itulah warna duit syiling berubah dan menampakkan warna kuning tersebut. Pelik kan…duit syiling 20 sen boleh ada warna kekuningan disebalik warna asal…!

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

” BERCALAR “

Nampaknya pencarian duit duit error masih berterusan dan semakin mendapat tempat para peminat. Sehingga kini Major Error untuk coin masih belum berhasil untuk ditampilkan dalam blog duacongkak. Insyaallah, pencarian masih diteruskan dan akan cuba dimuatkan dalam blog ini dari masa ke masa.

Post kali ini berkaitan coin 20 sen yang mengalami sedikit kecacatan yang dikira sebagai kecacatan semula jadi. Maksudnya kecacatan ini berlaku sewaktu ditempa dan bukan dilakukan oleh ” TANGAN YANG GATAL “

 

Tepak sirih dan kacip pinang.

 

Bunga Raya dan nilai muka

Perhatikan bahagian muka depan coin ini pada tanda nilai ” 20 ” sen. Terdapat satu garisan lurus yang BERCALAR  diantara ‘ 2 ‘ dan ‘ 0 ‘ Kesan calar tersebut hanya berlaku pada permukaan duit syiling ini saja dan tidak terdapat pada kedua dua angka. Sekiranya berlaku disebabkan oleh tangan yang gatal, sememangnya dia cukup hebat. Kalau nak kira kecacatan begini bukanlah sesuatu yang menarik, cukup sekadar untuk menambahkan koleksi dan memenuhkan album saja. Berbeza sekiranya kesan calar ini terjadi disebabkan oleh lebihan ” METAL “.

 

Keratan dari permukaan duit syiling tahun 2001.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

KEY DATE

Betul ke istilah diatas…? Kalau salah jangan marah.

Coin yang dimaksudkan adalah untuk tahun 1994 dengan tema BUNGA RAYA dimana pengeluarannya hanyalah 2,680,339 keping.

Mari lihat gambarnya.

 

Ini bahagian belakang dengan TEPAK SIRIH.

 

Bahagian depan dengan tema BUNGA RAYA.

Memperolehi sekeping coin untuk tahun 1994 sudah cukup mengembirakan kerana dapat melengkapkan koleksi mengikut tahun dari mula di keluarkan hingga ke tahun 2011. Dengan tiada salah satu dari coin ini maka sukarlah untuk kita penuhkan koleksi yang ada, Mujur coin ini muncul untuk kali ketiga dalam simpanan. Kali ini dia muncul agak lebih istimewa walau pun keadaannya tidak secantik yang diharapkan.

Apa dia tu…?

 

Lihat pada keratan gambar ini. Tidak disangka sangka rupanya ANGKA 20 berlaku cetakan berganda pada bahagian atasnya. (DOUBLE DIE). Walau pun sikit tapi sudah cukup menarik untuk disimpan sebagai koleksi. Note kertas dan coin error tetap ada seninya bagi mereka yang betul betul berminat.

Apa lagi bila barangannya terlalu terhad untuk kita temui seperti coin 20 sen 1994 ini.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Sikit Error…

Note RM 50 yang mengalami sedikit Error pada bahagian nombor prefix.Mungkin bagi pendapat kolektor lain, apa yang hendak ditunjukkan kali ini tidak menarik. Bagi duacongkak, walau pun sedikit tapi cukup bermakna kerana bukan boleh ditemui setiap kali kita memegang duit.

Kita lihat dulu bahagian depan duit yang dikatakan error itu. Normal…

 

Kita lihat pula contoh duit yang biasa kita guna setiap hari. Lihat kedudukan nombor prefix yang berada dalam kotak sebagai contoh. Kebiasaan kita lihat kedudukan Prefix dicetak tengah tengah seperti yang tertera dalam gambar. Cuba lihat sendiri contoh duit yang ada ditangan. Sama kan…

Jom kita tengok pula duit yang satu ini.

 

Cuba lihat kedudukan nombor prefix duit ini pula… Ternyata kedudukannya lari sedikit dari yang biasa kita lihat. Nombornya lari lebih kekanan hingga hampir mencecah border pada garisan. Nak dikatakan ERROR mungkin tidak tapi kalau mahu dapatkan sekeping begini rasanya…amat sukar juga. Bukan boleh buat sendiri.

Tujuan dikeluarkan adalah semata mata mahu berkongsi pendapat sebab ramai otai otai diluar sana lebih memahami kedudukan duit Error yang sebenarnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.