Note Rupiah 1000

 

1000 Rupiah 1987

Kembali semula koleksi duit Indonesia yang terhenti sekian lama…Kali ini nak pos pula note Rp 1000. Ada beberapa keping je sebagai koleksi dalam simpanan..

‘muka depan’

 Serba ringkas berkaitan note ini…

Dicetak dan dikeluarkan pada Tahun 1987 dengan nilai muka Rp 1000. Gambar depan adalah Raja Sisingamangaraja XII.

‘muka belakang’

 Bahagian belakang note ini tertera pula siri nombornya JTH 015671 bersama bentuk bangunan ” SITI HINGGIL KRATON YOGYAKARTA “.

Berpandukan dengan Tahun 1987 bermakna, usia duit kertas ini sudah pun menjangkau  23 Tahun… kalau usia manusia kini sudah menjadi Belia Remaja dan hampir dengan suku abad…Ada yang sudah kahwin dan mendapat anak…hehe..

Sorry la…duit ni nampak terjejas banyak…dulu simpan dalam frame gambar dengan menggunakan pelekat. Sampai sekarang nampak kesannya lagi…

**Peringatan kepada yang baru hendak berjinak dengan koleksi duit…janganlah berbuat seperti mana Duacongkak lakukan ini…Boleh masuk dalam frame gambar tapi jangan gunakan sebarang pelekat dan juga jangan biar terdedah pada cahaya…

 

Advertisements

” Malayan Federation ke 9 “

Siri ke 9…

Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ke 2

Setem siri ke 9 ini dikeluarkan hanya satu bentuk sahaja. Di edarkan pada Hari Pertama Pertabalan bersama FDC/SSHP ke 9. Duacongkak hanya dapat tunjukkan rupa bentuk setem saja kerana FDC tiada…al maklumlah…masa pelancaran dulu Duacongkak belum lahir lagi…

 

MF 1961

 Rupa bentuk setem Pertabalan DYMM…dengan nilai 10 sen dikeluarkan pada 04/01/1061

Wmk. St. Edward’s Crown CA, p. 14 x 14 1/2

Photo by Harisson.

 

” Malayan Federation 6 “

Siri setem Malayan Federation ke 6

” Mengingatkan Hari Menubuhkan Parlimen “

(Bacaan dari tulisan jawi)

Setem ini dikeluarkan sempena penubuhan Parlimen pada 12/09/1959. Terdapat 3 bentuk setem yang dikeluarkan dengan nilai 4 sen >> rose-red, 10 sen >> violet dan bagi 25 sen pula >> yellow-green.

Apa yang dapat di pamirkan disini hanyalah siri 4 sen dan 10 sen saja. Bermakna simpanan Duacongkak tidak lengkap…Namun begitu Duacongkak berasa bangga juga kerana sekurang kurangnya dapat juga kita melihat rupa bentuk setem Penubuhan Parlimen dan tahu juga tarikh pelancaran. 

cantum 1-2/3

 Satu dari setem ini dengan nilai 4 sen telah digunakan (USED), dan tiga lagi belum diguna pakai… (UNUSED)

Malayan Federation 4

 

Turutan berikut…Siri ke 4 Malayan Federation full set.

 ” (31/08/1958.) “

Setem ini hanyalah satu kenangan bersejarah bagi menyambut Detik Kegemilangan  Negara mencapai Kemerdekaan untuk kali pertama. Pada ketika sambutan ini, Duacongkak sendiri belum lahir dan sudah pasti ianya sukar untuk dibayangkan bagaimana cara Kerajaan di masa itu meraikannya. Sudah pasti meriah…

Hanya setem sebagai kenangan…!!

Dua set setem dengan nilai 10 sen >> gambaran ” Stadium Merdeka “.

Set kedua pula 30 sen >> dengan potret ” Agung “.

 
 

1/2

 

 

 

 

  

Kedua dua gambar setem ini di keluarkan oleh Harrison.  

2/2