cuti panjang

Mohon maaf kepada semua pembaca.

Assalamualaikum salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelayar blog duacongkak yang setia, saya menyusun jari sepuluh mohon ampun dan maaf kerana sekian lama tidak aktif dalam blog ini. Bukan kerana menyepi disebabkan tidak mahu buat kiriman baru tapi ada sedikit masalah beberapa minggu ini.

Pada 18/03/2014

Untuk makluman semua, pada tarikh tersebut saya bercuti dan balik ke kampung halaman. Secara kebetulan beberapa hari sebelum itu PC rosak tidak berfungsi dan dipercayai disebabkan oleh modemnya. Disebabkan itulah blog saya menyepi.

Kini iaitu mulai hari ini 31/03/2014, PC sudah boleh beroperasi setelah dibaiki dan mungkin saya akan aktifkan semula blog ini untuk para pembaca dengan apa yang saya ada sebagai perkongsian maklumat tentang apa sahaja koleksi yang hendak diterbitkan. Keutamaan sudah pasti pada syiling error atau pun variety yang bakal diterbitkan nanti. 

InsyaAllah

Apa pun harap bersabar semua.

Advertisements

Kenangan semasa bercuti (2)

Sambungan…(bah 1)

Sebaik saja memasuki ruang dalam muzium Matang ini, kita terus disambut dengan replika gajah bersama tiga patung disisinya.  Pada mulanya duacongkak tidak hiraukan tentang replika ini kerana sudah biasa melihat gajah yang hidup di zoo apa lagi dalam Daerah terdapat sebuah Zoo yang terletak dikawasan rekriasi iaitu Taman Tasik Taiping. Sehinggalah anak perempuan duacongkak bertanya, ” apa yang patung orang itu lihat pada kaki gajah? ” Bila soalan itu dikemukakan barulah duacongkak perhatikan apa yang ditunjukkan itu.

Rupanya pada bahagian kaki gajah tersebut terdapat sisa bijih timah yang melekat dan itulah yang menjadi puncanya Allahyarham Ngah Ibrahim temui bijih di daerah ini. Kebetulan pula nama gajah adalah Larut maka tempat tersebut terus dinamakan Larut Matang. Disinilah bermulanya sejarah penemuan bijih timah di Negeri Perak. Cerita selanjutnya berkenaan sejarah Larut kena rujuk sendiri dalam buku sebab duacongkak hanya melawat tanpa membuat sebarang rujukan.

DSC_1829a

Gambar bawah yang cuba di ambil secara dekat tapi tidak dapat lihat rupa bentuk serbuk timah yang ditemui. Sekiranya kita dapat lihat dengan lebih dekat, barulah serbuk itu dapat dilihat dengan lebih jelas.

DSC_1839a

Seterusnya duacongkak melawat pula tempat tahanan di kurung iaitu penjara/lokap yang diletakkan orang salah.

DSC_1831a

Melihat keadaan didalamnya agak luas dan sekiranya dua orang yang tinggal nampak begitu selesa cuma tidak tahan bila tinggal dalam lokap adalah sesuatu yang amat membosankan. Disini juga tempatnya kedua dua orang yang digelar pembunuh J.W.W.Birch dikurung dan dibicarakan serta menunggu hukuman bunuh dijatuhkan. Walau pun dikurung dalam lokap berkunci dan terkawal namun kaki dan tangan tetap di gari atau di pasong sebagai mana yang dapat dilihat pada patung tersebut.

DSC_1835a

Gambar bawah menunjukkan rupa bentuk gari kaki dan juga pasong yang digunakan waktu itu.

DSC_1834a

Dibahagian luar bilik kurungan ini pula diletakkan pengawal yang menjaga lokap tersebut. Gadis didepannya pula sengaja ikut cara patung itu berkawal. Kalau melihat pada gaya patung itu sudah tentu dia sedang memegang senjata tapi sewaktu lawatan pada hari tersebut, senjatanya tiada dan hanya gaya sahaja yang dapat dilihat.

DSC_1832a

Itulah serba ringkas yang dapat duacongkak tunjukkan apa yang ada didalam muzium Matang ini. Untuk mengetahui kisah selanjutnya kena tunggu keluaran akan datang dimana, terdapat sedikit barangan sejarah lama yang ada dalam muzium ini, terutama berkaitan dengan peralatan menempa duit dan cop mohor pada zaman itu.

Kita jumpa lagi…siri ketiga

Kenangan semasa bercuti (1)

Abadikan percutian (siri 1)

Baru baru ini iaitu pada 20/12/2012 semasa menghabiskan cuti yang ada, duacongkak berkesempatan melawat tempat bersejarah yang ada di kawasan Matang iaitu dalam Daerah Taiping, Perak. Sungguh pun duacongkak berasal dari Taiping tapi belum pernah terlintas untuk melawat tempat bersejarah ini dan kunjungan ini juga adalah buat kali pertama dalam kehidupan sebagai kenangan.

Gambar dibawah ini adalah pintu masuk ke Kota Ngah Ibrahim yang penuh bersejarah sewaktu zaman pemerintahan Inggeris di Malaya ketika itu.

DSC_1817a

Sebelum memasuki bahagian dalaman kita dapat melihat papan tanda dwibahasa yang mengalu alukan kedatangan pengunjung ke Kota Ngah Ibrahim ini. Pengenalan pertama ini menerangkan waktu bagi setiap pengunjung melawatinya iaitu bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Jumaat dimana pada sebelah tengah hari Kota Ngah Ibrahim ini akan ditutup untuk menunaikan solat Jumaat.

DSC_1821a

Bahagian luar dengan perkarangan tempat letak kereta yang cukup luas dan lapang. Kebetulan semasa duacongkak berkunjung, tiada pelawat lain melainkan duacongkak sekeluarga sahaja. Ini kerana waktu duacongkak sampai sudah lewat petang dan peluang untuk melawat hanya dalam tempoh satu jam, setelah itu ianya akan ditutup. Dari luar ini apa yang dapat kita lihat adalah sebahagian dari pagar kawat dan juga tembok yang mengelilingi tapak rumah Ngah Ibrahim (Muzium Matang) yang kini dijaga dan ditadbir oleh pihak Jabatan Muzium Malaysia.

DSC_1820a

Gambar dibawah pula adalah tembok yang masih kukuh disebelah kanan pintu masuk apabila kita mengadap kearah Muzium Matang.

DSC_1819a

Sebaik sahaja kita memasuki bahagian dalam iaitu tidak jauh dari pintu besar, kita dapat lihat rupa bentuk meriam lama dan menghala kearah luar.

DSC_1824a

Sungguh pun usia rumah Ngah Ibrahim (muzium Matang) sudah  berusia namun ianya masih kelihatan kukuh dan kekal seperti asal disebidang tanah yang cukup luas. Malangnya keluasan tanah ini tidak pula diambil dan duacongkak tidak berkesempatan untuk mendapatkan info dari penjaganya kerana waktu lawatan yang amat terhad. Hanya gambar yang dapat diambil dan ingin segera melihat khazanah yang ada didalamnya.

DSC_1826a

Sebelum memasuki Muzium Matang ini, duacongkak sempat mengambil gambar tulisan tentang sejarah Kota Ngah Ibrahim yang terdapat di hadapan rumah tersebut. Apa yang ditulis adalah:

KOTA DAN RUMAH NGAH IBRAHIM

Kota Ngah Ibrahim, Matang, merupakan kawasan dan rumah kediaman Ngah Ibrahim anak kepada Che Long Jaafar, orang yang mula mula menemui dan menerokai perusahaan bijih timah di Bukit Gantang, Taiping pada pertengahan kurun ke 19. Dengan penghasilan bijih timah ini, Ngah Ibrahim telah menjadi kaya raya melebihi dari Sultan Perak sendiri. Sultan telah menganugerahkan gelaran Menteri Larut kepada Ngah Ibrahim.

Kemasukan kaum cina yang ramai telah mengakibatkan banyak tertubuhnya kumpulan kongsi-kongsi gelap antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San. Kedua-dua buah kumpulan kongsi gelap ini sering bermusuhan. Begitu juga dengan Kompeni Hindia Timur Inggeris yang ingin campur-tangan di Negeri Perak untuk monopoli perniagaan bijih timah ini.

Atas ancaman-ancaman inilah, maka kota Ngah Ibrahim ini dibuat dengan kukuh. Tembuk kotanya dibuat dari beberapa lapisan batu-bata setinggi lebih dari 1.5 meter. Rumah Ngah Ibrahim dibina betul-betul ditengah kota ini. Pembinaan kompleks ini dipercayai siap pada tahun 1858. Kompleks ini juga dijadikan sebagai pejabat dan pusat memungut cukai bijih timah di Jajahan Larut. Kota ini dihubungkan dengan Kuala Sepetang dengan jalan darat dan jalan terusan.

Rumah ini juga dijadikan tempat perbicaraan Dato Maharaja Lela dan Si Puntum yang telah membunuh J.W.W. Birch, Resident Inggeris pertama pada 2 November 1784 di Pasir Salak. Bangunan rumah Ngah Ibrahim pernah juga dijadikan maktab perguruan yang pertama sebelum dipindahkan ke Maktab Perguruan Tanjung Malim, Perak. Kemudiannya bangunan ini dijadikan sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Matang sehingga ke akhir tahun 1970an. Akhirnya kawasan dan bangunan rumah Ngah Ibrahim ini dijadikan Pusat dan Pejabat Kompleks Sejarah Matang oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. (dwibahasa)

(disalin dari tulisan batu ini)

# sedikit pembetulan yang hendak diperkatakan iaitu bagi tahun perbicaraan Dato Maharaja Lela dan Si Puntum adalah pada November 1875. Kalau kita lihat diatas iaitu 1784, ” mana mungkin bangunan dibuat pada tahun 1858 sedangkan perbicaraan pada 1784, sudah tentu pelik jadinya.” mungkin ada kesilapan semasa ianya dibuat tanpa disedari oleh pihak Muzium. Tahun pembetulan itu diambil dari tulisan pada bahasa Inggeris dibawahnya. #

 

DSC_1828a

Sebahagian dari apa yang telah duacongkak lawati di Kota Ngah Ibrahim, Matang, Taiping yang penuh bersejarah ini. Cerita selanjutnya kita dapat membaca dikeluaran akan datang.

(Macam drama bersiri pulak dah…)

Kenangan Semasa Bercuti.

Bertemu dengan dua rakan bloger.

Seperti yang dirancang semasa bercuti mahu bertemu dengan beberapa bloger yang disegani dan dihormati. Selama ini hanya blog mereka saja menjadi rujukan dan panduan untuk mendapat ilmu numis namun orangnya tidak dikenali malah bukan saja mereka berdua, tapi masih ramai lagi bloger lainnya yang masih belum dikenali.

Pertemuan pertama duacongkak adalah dengan saudara Nor Azri yang tinggal di Parit Buntar, Perak. Sungguh pun jarak diantara Taiping dengan Parit Buntar bukannya terlalu jauh, beberapa kali duacongkak balik ke kampong namun tidak berkesempatan untuk berjumpa dan pada kali ini 10/11/2011 jam 5.20 petang impian itu tercapai juga. Sebagai buktinya duacongkak hanya dapat mengambil gambar koleksinya yang menarik.

Inilah sebahagian koleksi coin card Nor Azri yang lengkap. Pada mulanya mahu mengambil gambar beliau sekali untuk disimpan sebagai kenangan, oleh kerana dia sendiri menolak dari mengambil gambar kerana masih berpakaian kerja, maka terpaksa akur dan berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Keramahan dan layanan serta melihat segala koleksinya yang ditunjukkan sudah cukup membuatkan duacongkak terpegun. Ini kerana koleksi duacongkak masih jauh ketinggalan. Pertemuan ini memakan masa hampir dua jam lamanya tanpa disedari kerana pelbagai isu dibualkan sambil bertukar tukar pandangan.

11/11/11 Pendang Kedah.

Tarikh yang menjadi pilihan ramai untuk melakar sejarah kehidupan terutama bagi pasangan pasangan baru untuk berumah tangga, begitu juga pada sambutan kelahiran dan bermacam macam lagi kenangan yang mereka lakukan. Tidak ketinggalan juga secara kebetulan duacongkak dapat bertemu dengan saudara Din Rambong di Pendang Kedah.

Pertemuan kami di sebuah warung yang tidak berapa ramai pelanggan memberikan banyak ruang untuk berbual panjang. Diantaranya sempat juga duacongkak keluarkan album syiling untuk menjadi bahan bualan dan nampak jelas sekali saudara Din Rambong berminat dengan jenis jenis syiling Error tersebut. Memang menarik bila kita miliki syiling syiling error ini kerana masih mudah untuk mendapatkannya.

Semoga saudara kita ini tidak ketinggalan untuk dapatkan koleksi error sebegini yang selama ini tidak diambil perhatian oleh sesiapa atau pun mereka lebih mendiamkan saja dari pengetahuan umum. Sejak beberapa blog muncul tentang duit duit error dan juga beberapa kumpulan FB menggamatkan suasana sudah nampak perubahannya.

Apa pun hari itu membawa kenangan bagi kita berdua…Cikgu Din.

Taman Tasik Taiping

Baru Belajar Guna Kamera

Gambar diambil di Taman Tasik Taiping tanpa kawan atau teman. Ini kerana isteri tersayang berada di Kedah sirumah ibunya. Maka setiap gambar yang diambil lebih kepada pokok dan tasik.

Maaf kerana tiada bahan untuk dijelaskan berkaitan gambar yang dimuatkan. Ini kerana duacongkak kurang sehat sejak balik bercuti dan menghidap demam panas yang terlalu tinggi.

Apa pun diucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi melihat wajah wajah Taman Tasik Taiping.

Cuti2 Di Utara.

Salam sejahtera semua…rehatkan minda.

Setiap hari keluarkan kesah duit duit sampai naik bosan juga. Sesekali mahu berkongsi juga percutian duacongkak di sebelah Utara ( Perak dan Kedah ) bermula dari 04/11/2011 hingga 13/11/2011 Baki empat hari lagi di Johor hingga 17/11/2011.

Tiada apa yang menarik untuk diceritakan disini, hanya gambar gambar yang disnap untuk tatapan semua.

Kita layan gambar gambarnya.

Gambar pokok durian yang diambil dibelakang rumah. Selama ini belum pernah lagi duacongkak merasai kenekmatan buahnya. Ini kerana setiap kali berbuah atau tiba musimnya, duacongkak tidak balik…Siankan. 

Bila mendongak keatas…wow bergentel gentel buah didahan yang hanya tunggu masa untuk gugur. Hmm, melepas lagi, menurut kata bonda yang disayangi, buah durian ini kurang sedap tidak seperti durian dari pokok belakangnya. Tiada gambar kerana pokok itu terlindung dengan pokok buah buahan lain.

Ini pula pokok manggis yang usianya melebihi dari usia duacongkak sendiri, Jumlah pokok manggis yang ada disekitar belakang rumah sebanyak lebih kurang 20 – 30 pokok dan kini hanya tinggal 3 ke 4 pokok kerana ditebang untuk projek pembangunan dan membuat rumah adik adik.

Kenangan lama dimana semasa kecil dalam usia 10 tahun, manggis dari pokok inilah yang dipanjat dan dijadikan duit belanja. Waktu itu 10 biji 10 sen pun sudah bermakna dan muai sebab, 15 – 20 pokok sehari dipanjat dan kutipan hasil jualan mencecah $ 500/= dan pernah memperolehi hingga $ 1000/=. Banyak tuuu…bukan semua duit duacongkak sebab kena bahagi tiga dulu kepada tuan pokok iaitu nenek nenek. ( Orang Perak kata Opah dan Tok ). Baki diperolehi dibahagi dua pula dengan adik yang tolong kutip dibawah. Tinggal berapa je lagi. Duit waktu itu dari Gabenor pertama bermula dari Siri pertama, malangnya dua tiga keping jer yang disimpan setiap siri hingga tahun 1978 sebab belum minat sangat.

Buah manggis yang diambil dibelakang rumah dari pokok berusia 10 – 15 tahun.  Waktu merantau pokok manggis ini belum berbuah lagi tapi buahnya sudah biasa dimakan.

Pada batang pokok manggis terdapat belalang pokok yang halus sebesar putik kapas. Pandai menyamar kalau tidak betul betul dilihat sudah pasti tidak nampak.

Akhirnya bila sudah puas ambil gambar di belakang rumah, duacongkak pergi pula ke Sekolah untuk mengenang kembali kesah kesah silam. Terkejut kerana sudah banyak perubahan di bahagian depannya.( Luar pagar ) sebab dihadapan sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri penuh dengan rumah rumah taman yang dulunya kebun getah dari simpang Jalan Ayer Kuning hingga ke Sekolah Rendah Kebangsaan Changkat Jering yang berada diatas bukit. (SRKCJ pun sudah berpindah di Batu 6 Jalan Simpang Taiping.

Papan tanda perlaksanaan projek menambah kelas yang ada.

Aduh…cerita panjang betul, suka sangat kot dapat balik kampong? Sebenarnya dimuat dalam blog untuk kenangan saja dan bukan ada istimewa pun…cuma kut kut ada kawan atau bekas pelajar yang membaca…best juga.

Sampai disini dulu sebab lepas ni mahu merantau ke Taiping tempat paling istimewa sekali iaitu Taman Tasik Taiping.

Assalamualaikum…