AA RM20

Rezeki di subuh hari.

Nampak gayanya penghujung tahun ini satu persatu muncul sebagai menambahkan koleksi yang ada. Yang ditunggu tunggu selama ini untuk mendapatkan duit kertas RM20 prefix AA akhirnya tercapai jua. Kalau gunakan kuasa membeli rasanya prefix AA tidak perlu tunggu masa yang lama tapi, oleh kerana suka dapat melalui penggunaan harian, hanya kesabaran sahaja yang diperlukan.

scan0004a

Walau pun ianya sudah diguna pakai dan keadaan duit tidak lagi dalam gred UNC namun kepuasan tetap ada kerana sudah sedia maklum yang duacongkak amat lemah untuk menjaga kualiti duit kertas selama ini. Sekali pun asalnya UNC tapi lama kelamaan ianya akan jatuh gred kepada EF paling tidak. Dengan sebab itu juga terpaksa mencari duit kertas yang sudah beredar dipasaran dari mengejar UNC. Bukan apa…sekiranya gred jatuh pun tidak terasa ralat.

Apa yang penting ianya ada, kualiti jatuh nombor dua.

scan0003a 

Keratan dibawah adalah bagi prefix yang diperolehi dari sekeping duit kertas edaran terbaru untuk RM20 Malaysia. Keadaan duit kertas ini semasa ditemui sudah berlipat tiga dan ianya diperolehi dari kawan yang perihatin mahu belanja minum pagi di kedai mamak. Sebelum ianya dicekup oleh mamak, duacongkak sambar dulu setelah terlihat prefixnya AA yang dicari cari selama ini.

scan0003a1 

Nampak gayanya mamak lebih beruntung sekiranya dia juga berminat mengumpul duit sebab ramai pelanggan yang membuat bayaran tanpa hiraukan sesuatu keistimewaan ada pada setiap duit yang dikeluarkan. Kemungkinan besar dikedai mamak juga kita boleh dapat duit rare atau yang error.

Pedulikan, yang penting…

Apa pun simpannnnn…dulu.

Kenal2 RM

Tajuk yang ringkas.

” Kenal2 RM “

Ramai yang diluar sana tidak kira tua atau muda, malah kanak kanak juga cukup mengenali duit serta penggunaanya. Lebih lebih lagi suasana raya baru saja berlalu membuatkan anak anak kecil suka pergi beraya dirumah orang tidak mengira kenal atau pun tidak. Semuanya kerana ingin mendapatkan habuan ‘ DUIT RAYA ‘. Bagi yang sudah berumah tangga atau pun mereka yang sudah dewasa dan mempunyai pendapatan atau mata pencarian, tidak lokek menghulurkan ” duit Raya ” untuk anak anak. Walau pun dengan serendah 10sen hinggalah ke duit kertas edisi terbaru yang dikeluarkan oleh BNM.

Cuba bayangkan bagai mana perasaan anak anak sekiranya diberikan ‘ DUIT RAYA ‘ dengan  hanya syiling 10sen? Depan kita mungkin dia tidak kata apa apa tapi, bila keluar dari rumah kita, sudah pasti desas desus serta rungutan akan bermain dimulut mereka, silap haribulan habis dicanang pada kawan kawannya yang lain supaya jangan datang kerumah si anu tu...dia bagi 10sen jer duit raya.

Berbeza pula dengan Kolektor Numis, cuba bayangkan si anu tu  berikan duit 10sen 1971 sebagai DUIT RAYA  sewaktu bertandang dirumahnya, InsyaAllah, rumah si anu tu akan penuh sesak dengan kehadiran tetamu samada secara jalan kaki, berbasikal, menaiki kenderaan awam malah ada yang datang dengan kereta menjalar besarnya membawa anak anak semata mata hendak mendapatkan DUIT RAYA 10sen.

Dengan itu nampak sangat ada diantaranya masih tidak kenal dengan duit Malaysia ini, hanya bagi yang berminat untuk jadikan koleksi sahaja mengetahui nilai sebenar. Rasanya bukan saja anak anak yang tidak mengenali tentang syiling 10sen 1971, mungkin orang dewasa pun ada yang kurang arif tentang duit tersebut.

Sebenarnya duacongkak bukan hendak perkenalkan duit syiling 10sen 1971 pada keluaran kali ini, hanya sebagai selingan sahaja sebelum cerita sebenar dikeluarkan.

Kedua dua gambar diatas adalah bentuk sebenar duit kertas Malaysia dengan nilai mukanya adalah RM20. Ianya sungguh cantik dan amat menarik sekali, tapi awas sewaktu berbelanja kerana, diawal awal begini selalunya kita boleh tersasul dan menyangkakan ianya hanya RM10. Lebih lebih lagi diwaktu malam dengan cahaya yang samar samar, kekeliruan pasti akan terjadi dan boleh menyebabkan kita mengalami kerugian samada pengguna atau pun peniaga itu sendiri. Maka dengan itu hendaklah kita berhati hati selalu.

Apa yang istimewanya dengan duit baru ini adalah tulisan pada TENGKOLOK seperti mana yang ditunjukkan oleh anak panah. Mungkin ramai diantaranya sudah tahu apa yang tertulis dan ada juga diantaranya masih belum tahu apa yang sebenarnya tersembunyi.

Berpandukan gambar yang diambil ini duacongkak tidak dapat tunjukkan dengan jelas apa yang ditulis kerana beberapa kali diambil gambar tapi tidak dapat objek yang memuaskan. Dengan itu rasanya lebih baik ambil dari dalam kocek sendiri dan lihat dengan menggunakan kanta pembesar pada bahagian yang ditunjukkan dengan anak panah. Pasti kita dapat membacanya.

” SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG PERTAMA ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TUANKU MUHAMMAD “

Bacaan ini bukan hanya pada RM20 sahaja malah terdapat juga pada duit duit lain seperti RM1, RM5, RM10 dan juga RM100. Cuma RM50 sahaja yang tidak tertera nama Yang Di Pertuan Agong.

Sekadar berkongsi info sahaja

Apa pun simpannnnn…dulu.

RM20 bukan AA

Penampilan RM20 siri 12 duit baru

Tiga keping gambar nota Rm20 baru yang diperolehi menjelang Syawal yang akan tiba tidak berapa lama lagi. Duacongkak sempat juga mendapatkan beberapa keping nota RM20 siri baru ini walau pun ianya bukan menarik sebagai mana yang dikehendaki iaitu siri First Frefix dengan huruf AA xxxxxxx atau setidaknya ZA xxxxxxx.

Sebagai mana diketahui ramai, nota RM20 ini sudah lama BNM tidak keluarkan tapi pada siri ke 12 ini nota RM20 dikeluarkan kembali oleh BNM untuk diguna pakai dalam urusan harian. Bentuk dan coraknya amat menarik dengan warna yang cukup menyerlah bagaikan kunyit.

Dari tiga keping ini kita dapat lihat prefixnya adalah AC dimana sudah jauh dari AA. Memandangkan siri nombornya berturutan maka duacongkak pun cuba simpankan dalam koleksi dan mungkin suatu hari nanti akan diguna pakai sekiranya perolehi yang lebih baik.

Sebab mengapa diambil untuk dijadikan koleksi adalah kerana siri nombornya yang terakhir iaitu AC 6262600. Duit ini diperolehi semasa buat penukaran dengan bank malangnya siri nombor berakhir dengan apa yang dapat kita lihat. Setelah diteliti akan sirinya keesukan hari duacongkak kembali semula ke bank dan berjumpa dengan kerani di kaunter dan minta supaya dia mencari sebahagian lagi siri yang berturutan selepasnya. Ini kerana duacongkak mahukan siri AC 6262626, hehe…cantik tuu..malangnya kerani itu memberi tahu duit tersebut telah di edarkan sebelum duacongkak buat penukaran…adusss, betul betul melepas.

Apa nak buatkan…bukan rezeki.

Apa pun simpannnnn…dulu.