SUKOM 98

 BismillahirRahmanirRahim…

Ujian gambar scan

Sekian lama terpendam dan menyepi, kini blog duacongkak cuba untuk aktif kembali, sebagai permulaannya diterbitkan koleksi yang tidak seberapa bernilai untuk tatapan dalam ujian scanner dan fotoscape. Oleh kerana sudah lama tidak melakukan teknik fotoscape, hampir lupa jadinya. Apa pun cuba juga perlahan lahan dan hasil ujian tangan ini maka diterbitkan dulu koleksi dari SUKOM yang sebelum ini tersimpan dan belum pernah dikeluarkan dari albumnya.

Koleksi yang hendak dipamirkan ini mungkin ramai yang menyimpan secara lengkap keluarannya, dan mungkin juga ramai yang tidak perasan akan keluarannya. Malah kemungkinan ramai yang tidak tahu atau mungkin duacongkak sendiri yang perasan lebih. Ini kerana apa yang orang tahu keluaran bagi SUKOM dan gemar menyimpan jadikan koleksi hanyalah duit RM 50 dan juga SETEM yang diterbitkan iaitu dari Pra Sukom tahun ke tahun hingga ke hari pesta atau hari pelancarannya.

Apa yang dipamirkan ini mungkin bukan satu koleksi yang berharga…agaknya…

Mari lihat sama sama.

 

Apakah ini?

Sebenarnya ini adalah sekeping tiket yang digunakan khas untuk kita melawat puncak Menara KL. Sebagai memperingati Sukan yang berprestige dan julung julung kali diadakan di Negara kita Malaysia, juga sebagai promosi sebuah Menara yang menjulang tinggi dan menjadi kemegahan Negara, pihak pengurusan Menara KL menerbitkan tiket khas SUKOM 98. Kepada mereka yang berkunjung di Menara tersebut sudah tentu masih ada menyimpan tiket ini dan mungkin ada yang simpan secara set yang penuh. Malangnya duacongkak hanya dapat tiga keping dari siri yang ada. Tidak pasti berapa kesemuanya.

 

Bahagian muka dengan gambar permainan hoki juga maskotnya. Tertera juga tarikh dan masa sebagai bukti tiket ini telah digunakan sewaktu hendak memasuki kedalam lift untuk sampai ke Kemuncak Menara.

Gambar seterusnya.

 

Berikut adalah bagi kejohanan Badminton yang turut di adakan dalam sukan tersebut.

 

Ini pula adalah tiket dengan tema acara renang.

Terdapat tiga tiket tema bagi acara acara yang diadakan dalam Sukan Komenwel 98 ini iaitu bagi acara berpasukan di padang, seterusnya acara pasukan dalam dewan dan acara dikolam renang. Dalam jangkaan duacongkak, mungkin bukan tiga tema ini saja yang ada atau dikeluarkan, sudah pasti banyak lagi acara lain yang ditonjolkan pada tiket lawatan Menara KL ini, sebagai contoh untuk acara balapan, berbasikal, angkat berat dan bermacam macam lagi. Apa boleh buat, duacongkak hanya dapat simpan tiga siri ini dari lima tiket yang ada dan dapat juga dimuatkan dalam blog ini untuk tatapan semua.

Terima kasih kerana masih setia dan sudi melawat blog ku ini.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

 

SUKOM 98

Setem SUKOM 21//12/1996

Keluaran khas Pra Sukan Komenwel 98 yang akan di anjurkan pada 1998. Filateli Malaysia keluarkan setem ini dalam bentuk berpasangan yang menarik.

Sebagai contoh…

Ini adalah setemnya dalam bentuk lembaran bagi nilai 0.50sen.

Setem Pra-Issue SUKOM 98 nilai 0.50 sen. Selain siri 0.50 sen terdapat satu lagi iaitu dengan nilai 0.30 sen juga dalam bentuk berkembar.

Apa pun simpannnnn…dulu

Setem SUKOM 98

Setem SUKOM keluaran 11hb Sept.1998

Setem ini dikeluarkan dalam bentuk lembaran sebanyak 16 keping. Empat keping dalam nilai 0.30 sen, empat keping dalam nilai 0.30 sen, empat lagi dalam nilai 0.50 sen dan seterusnya empat dalam nilai RM1. Setiap keluaran dalam pelbagai bentuk dengan mempamirkan jenis jenis sukan yang di pertandingkan.

Apa pun simpannnnn…dulu. 

Duit Sukom 98

Akhirnya berhasil juga untuk mendapatkan koleksi SUKOM yang diidam idamkan.

Pada penghujung bulan Ogos, beberapa hari sebelum menyambut Syawal/Hari Merdeka, duacongkak berhasil juga mendapatkan Note RM 50 yang dikeluarkan khusus untuk SUKOM 98.

 

Bahagian depan dengan memaparkan stadium stadium yang akan digunakan semasa temasya SUKOM.

Bahagian belakang yang memaparkan kemajuan Negara yang menuju ke Negara Maju 2020. Pelbagai pembangunan dihasilkan dengan berdiri megahnya bangunan bangunan yang menjadi mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Bahagian dalam yang terdapat pada sampul bergambar…malangnya tiada sebarang gambar atau potret melainkan LOGO SUKOM 98 menghiasinya.

Apakah isi kandungan…?

Sekeping Note Polymer yang cantik dan menarik terselit didalamnya.

RM 50 Polymer SUKOM 98 Printer NPA Australia,

Note ini diedarkan mencecah 500,000 keping sebagai kenangan sempena Sukan Komenwel 98 yang julung julung kali dianjurkan oleh Negara Malaysia dan ditanda tangani oleh Gabenor Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don. Penganjuran SUKOM menjadi kebanggaan kerana Sukan Komenwel adalah acara sukan yang kedua terbesar selepas Sukan Olimpik. SUKOM juga berhasil mengumpul hampir kesemua negara negara bawah jajahan British yang ada suaka politik dalam satu temasha tanpa sebarang masalah.

Tahniah Malaysia.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Koleksi SUKOM

Hari ini duacongkak mahu keluarkan edisi terhad berkaitan cenderahati SUKOM 98 yang lama tersimpan buat tatapan semua. Kenapa bertukar cerita?

Hehe…saja suka suka.

 

COLLAR PIN SUKOM 98 COLLECTOR EDITION.

Terdapat 15 jenis pin kolar dengan maskot acara sukan yang di adakan semasa temasya sukan komanwel 98 sebagai kenangan. Acara sukan yang menjadi kebanggaan negara kerana berjaya menganjurkan sukan bertaraf dunia yang julung julung kali diadakan di negara kita Malaysia. Selain dari itu, penganjur juga berjaya mengumpul hampir kesemua negara dibawah jajahan British menyertai sukan ini dengan pelbagai acara sukan. Diantara sukan yang dimaksudkan terdapat pada pin kolar ini.

  

Yang pertama acara angkat berat diikuti acara Badminton.

  

Acara bola jaring dan juga Kriket.

  

Acara Boling Padang dan Lumba Basikal

  

Sukan Ragbi dan juga Renang

  

Skuash dan Gimnastik.

  

Acara Holi dan juga Olahraga.

  

Seterusnya menembak dan Tinju

 

Ini pula Temping Boling…

Lepas ni entah bila pula Malaysia akan menjadi penganjur sukan sebegini meriah.

Apa pun simpannnnn…dulu.