Postage SERVICE

Setem Postage SERVICE

 

Postage Definitif Siri sebagai mana yang disiarkan sebelum ini. Cuma berbeza pada muka setem di cop perkataan ” SERVICE “ untuk 20 Paisa. Lain lain siri nilai tiada dan ini sekadar contoh saja yang ada ddalam simpanan untuk pengenalan.

Berikut Setem SERVIS dari siri lain.

 

Satu lagi siri Postage ” SERVICE “ yang dicetak dengan dakwat hitam. Setem Postage ini digunakan pada NOV 1960 seperti yang terdapat pada copnya.

 

Satu lagi siri setem Postage dari siri yang lain.

Maklumat tepat berkaitan setem Postage ” SERVICE “ tidak dapat diberi memandangkan tiada info yang diperolehi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem Pakistan

Tema: SHALIMAR GARDEN OF LAHORE

Biarpun tidak lengkap definitif sirinya namun hati puas dapat melihat setem setem Postage lama yang tersimpan dalam album. Kini berpindah dalam blog untuk tujuan berkongsi dengan peminat.

 

Setem Postage 10 Paisa ( gelap )

 

Setem Postage 10 Paisa ( cerah )

 

40 Paisa

Setem Postage 40 Paisa ini langkau siri siri lain yang tiada dalam simpanan.

 

Setem Postage 50 Paisa corak gelap.

 

Setem postage 50 Paisa dengan warna yang lembut. Tidak pasti apakah setem ini dalam katogori error/rare variety memandangkan kedudukan gambarnya berganjak lebih ke kanan dimana bahagian kiri tebukannya agak jauh dan tebukan disebelah kanan pula diatas gambarnya.

 

Setem Postage 75 Paisa Pakistan yang tidak pasti samada melangkau turutan atau juga yang terakhir difinitifnya. Setem setem postage ini dikeluarkan sekitar tahun 1961 – 1962. Kiranya sudah mencecah 50 tahun usianya kini.

## Setem Postage ini juga ada siri definitif untuk VINTAGE EDITION iaitu pada muka Setem Postage terdapat cetakan “SERVICE” warna merah. ##

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem lama Pakistan

Koleksi yang berada dalam simpanan.

 

Beberapa jenis setem setem lama yang berada dalam simpanan. Diantaranya ada yang dikeluarkan sekitar tahun 50 an dan ada 60 an juga ada yang tahun 80 an iaitu setem bendera disebelah kanan bawah.

Untuk info duacongkak pun tidak pasti, sekadar rujuk melalui internet yang tidak memberikan info yang lengkap.

Apa pun simpannnnn…dulu.