10 sen QE

Ketuk belakang depannya tertanggal.

 Satu persoalan yang ditimbulkan makanya akan muncul jawapan yang pelbagai dari beberapa pihak yang melihat depan mata. Kekadang penglihatan dalam gambar tidak sama dengan apa yang dilihat didepan mata. Apa yang terjadi pada syiling Malaya British Borneo ini yang ditempa pada Tahun 1961 amat menarik. Penemuan ini seiring dengan syiling 20 sen yang sudah diterbitkan dalam blog ini dari sebuah kedai antik. Banyak lagi syiling syiling lama dari kedai tersebut, cuma duacongkak tertarik pada syiling 10 sen 1961 dan syiling 20 sen 1950 ini kerana ada kelainan dari yang biasa. Harga pun biasa biasa saja malah diberikan pula sekeping syiling 50 sen Hong Kong SE, lagi bertambah menarik untuk dibuat koleksi. Apa yang penting tuan punya kedai belum tahu tentang ilmu duit duit error, jika tidak pasti dia letak dengan harga yang mahal sekiranya ada sedikit minat dalam dirinya.

 Bahagian reverse Malaya and British Borneo 1961.

 

 Cerita sikit apa yang kelainan pada syiling ini. Lihat pada gambar diatas kita cuma dapat lihat kesan lekuk bagaikan diketuk. Untuk lihat dengan jelas lagi, cuba perhatikan pada gambar keratan dibawah.

 

Bahagian lekuk yang dimaksudkan seperti kesan diketuk hingga muka syiling nampak ‘ berdelong ‘. Harap maaf sebab duacongkak menggunakan bahasa ‘ kampung ‘ sewaktu masih dizaman kanak kanak era tahun 1960an hingga awal 1980an. Kini amat sukar untuk mendengar lagi perkataan ‘ berdelong ‘ ini dalam perbualan harian. Istilah ‘ berdelong ‘ nanti duacongkak jelaskan diakhir tulisan ini.

Merujuk pada gambar kita dapat lihat kesan yang terjadi dimana angka satu bersebelahan angka 9 tidak timbul. Ianya bagaikan terhakis dan begitu juga pada bibir rim yang menipis akibat hentakan. Ini mungkin terjadi bukan semasa proses penempaan tapi lebih kepada sikap tangan yang gatal. Sungguh pun begitu agak menghairankan juga bila mana didapati bibir rim menipis. Hmm, rasanya kalau kena hentak dengan tukul besi mungkin boleh terjadi…hanya tuan punya asal dapat beri jawapan iaitu tuan punya tangan yang gatal.

 

 Bahagian Obverse dengan wajah QE 2nd

 

Pada bahagian Obverse iaitu tulisan ‘ A ‘ untuk ELIZ  BETH. Kedudukan ‘ A ‘ tersebut sebenarnya adalah selari dengan kesan ketukan dibahagian Riverse, kemana menghilangnya huruf ‘ A ‘ itu, apakah ianya boleh lekang atau pun terjatuh akibat hentakan. Jika dilihat pada tulisan ianya masih terdapat bekas huruf ‘A’ sahaja yang seolah olah ianya ditampal. Mengapa tidak terjadi pada huruf bersebelahan seperti ‘ Z ‘ dan ‘ B ‘ . Ianya masih kekal dengan bentuk asal tanpa terjejas. Apakah mungkin berlaku Filled Die Error…? Aduss…banyak tul persoalan yang sukar untuk dijawab. Mungkin penganalisis tempatan dapat membuat sedikit kajian. Sekiranya disebelah barat mungkin syiling ini menarik untuk dikaji akan kejadiannya, apa tah lagi kini duacongkak sudah dapat melihat graf lawatan yang bermula pada 25 Februari dimana, kunjungan terbanyak adalah dari Malaysia dan kedua terbanyak datangnya dari USA untuk tempuh sebulan. Kebanyakan yang dilawati adalah syiling syiling error yang mendapat tempat tertinggi dan menjadi daya tarikan untuk blog duacongkak.

 

Gambar penuh Rev dan Obv untuk coin QE 2nd. 

 

Syiling Hong Kong ( percuma ) dari penjual barangan antik.

## BERDELONG ## Maksud perkataannya yang diguna pakai semasa zaman budak budak iaitu kesan lekuk yang dalam pada objek keras. Benda lembut tidak disebut BERDELONG. Sebutannya juga ada sikit perbezaan dengan ejaan, ini yang menarik dimana perkataan BERDE kena sebut dalam nahu Bahasa Melayu ( ejaan baku ) dan bagi sebutan LONG pula kena sebut dalam perkataan Inggeris iaitu LONG dan tidak boleh sebut dalam bahasa baku, nanti sebutan sebenar tidak menjadi.

(SESIAPA YANG TAHU/ARIF, SEKIRANYA DUACONGKAK TERSALAH JELAS JANGAN MARAH…TEGUR TAKPA) Ini bahasa lama yang mungkin tiada dalam kamus bahasa.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Advertisements

20sen KG vi

Struck Trough Greese with Struck Trough Foreing Object Error.

 

Obverse 20 cents.

Lihat pada keadaan muka syiling ini sepertinya ada sikit keraguan dimana keadaan muka syiling nampak tidak licin seperti kebiasaan yang kita lihat. Sepertinya ada ciri ciri Struck Trough Greese Error hingga menampakkan kesan kasar pada beberapa bahagian. Terutama pada bahagian muka King dimana keadaannya yang menggerutu. Apakah mungkin kerana faktor usia syiling ini boleh terjadi sedemikian…?

 

20 cents Reverse.

Pada bahagian muka belakang syiling ini pula kita dapat lihat kesan kesan terguris bagaikan berparit yang terjadi dibawah angka 20. Jika diperhatikan betul betul, tidak mungkin kesan ‘ parit ‘ itu dilakukan oleh tangan yang gatal memandangkan ianya tidak menjejaskan angka 20 tersebut. Mungkin semasa proses penempaan dilakukan terdapat benda asing yang ada pada acuan atau juga terjadi semasa proses penebukan. Kalau sudah tahu diri bukannya pakar, lebih baik jangan banyak mungkin…apa yang hendak diketahui adalah apa yang menyebabkan terjadinya sedemikian rupa. Bagi duacongkak lebih gemar memiliki jenis jenis syiling yang nampak kecacatan tidak kira samada ianya berlaku semasa proses penempaan atau pun berlaku diluar kilang. Walau pun barang ini sudah lama mengikut usia tahun yang tertera iaitu 1950 tapi sebenarnya syiling ini baru saja diperolehi dari sebuah kedai antik. Belek punya belek didapati keadaan syiling ini sepertinya Error dan tanpa membuang masa duacongkak terus mendapatkannya bersama sekeping syiling lagi yang bakal dikeluarkan nanti.

 

Keratan pada bahagian muka syiling yang berparit. Sebelum dimuatkan dalam blog, duacongkak cuba dapatkan pandangan seseorang untuk mengetahui jenis Errornya. Apa yang diberitahu ianya adalah dari jenis ” Struck Trough Foreing Object Error. ” Yang Error pada bahagian Obverse pula duacongkak sendiri yang tulis dan bukan dari pandangan beliau atau sesiapa kerana sebelum ini sudah banyak ditemui jenis Error tersebut.

 

Ini adalah hasil gabungan gambar reverse dan obverse yang sama.

Apa pun simpannnnn…dulu. TQ

 

Setem Pelbagai Negara

Kali ini dikeluarkan setem setem Postage pelbagai negara untuk tatapan.

 

Dalam satu blok terdapat beberapa jenis setem postage dari negara negara Timur Tengah. Diantaranya setem dari Negara Palestin, Egypt, Oman, Iraq, Aden dan Tunisia.

Setem Postage ini dikeluarkan sekitar Tahun 1920 an hingga 1970

contohnya:

 

Setem King Fouad Mesir dikeluarkan sekitar tahun 1927 – 1937

 

Setem penjajahan British yang digunakan pada tahun 1924 di Iraq. Sayangnya setem ini telah rosak /terkoyak sejak mula diperolehi.

 

Setem Iraq zaman British dengan cop ” ON STATE SERVICE “ 1 ANNA. Setem ini tidak pasti keluaran tahunnya.

 

Setem Palestin.

 

Setem Negara Aden dengan tema CAMEL TRANSPORT 10 sen Zaman Ratu. Ini diantara setem setem lama yang terdapat dalam blok yang dimuatkan seperti diatas. Walau pun sejarahnya kurang jelas, tapi sudah memadai untuk jadikan koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

KG V postage setem

Victoria King George 1840 -1940

 

Postage Revenue 2 1/2 D (used).

 

Setem KG V kelasik dan unik, terdapat TEBUKAN huruf. (used).

Seterusnya KG V Trinidad n Toboco 6d

 

Pada setem ini tidak kelihatan pula tahun digunakan, hanya sekadar cop saja yang samar samar.

 

Postage Revenue British Guiana. Setem ini bersiri tapi yang ada cuma siri Amerindian shotting fish 4 cents. (used).

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Stamp King George V

Dua jenis setem dari dua negara.

Kirirman kali ini untuk tatapan semua adalah berkaitan setem King George V dari dua negara di bawah Jajahan British.

Paparan pertama.

 

Setem Postage & Revenue 2d yang dikeluarkan untuk Gold Cost Era King George V dan telah diguna pakai sebagai mana tertera pada setem tersebut iaitu pada 19/12/1935. Tiada maklumat terperinci tentang tarikh penerbitan untuk setem ini.

Paparan ke dua.

 

Setem King George V untuk Australia dan digunakan di BRISBANE berpandukan pada cop yang tertera pada setem tersebut. Setem ini telah diguna pakai pada tahun 1930an dengan nilai TWO PENCE. Mengikut maklumat setem ini dikeluarkan antara tahun 1913.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem King George V

Setem King George V 1911

 

Setem King George V ONE PENNY  ini dikeluarkan pada tahun 1911. Setem ini berbeza sedikit dengan keluaran yang lainnya apabila terdapat seekor singa yang sedang duduk dibawah potret. Setelah semakan dibuat didapati badan singa berwarna putih sedangkan setem ini badan singa warna kelabu. Tak kesah lah apa warnanya, yang penting:-

GREAT BRITAIN STAMP ONE PENNY 1911 KING GEORGE V WITH LION ada dalam koleksi. Sekurang kurangnya kita dapat juga mengenali setem tersebut, bukan untuk duacongkak saja tapi, kepada mereka yang melawat dan juga mereka yang sama sama berminat dengan koleksi setem setem lama dizaman penjajah.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem King

Setem King George V 1912 – 1925

 

Setem ini jika dilihat hampir sama dengan keluaran keluaran setem Strait Settlements era 1912 hingga 1930an. Bagi setem Strait Settlement dia ada tertera pada setem tersebut, bagi setem ini pula dicetak Postage Revenue yang sudah pasti bukan digunakan oleh negara kita.

Cuba kita lihat setem paling kiri yang jelas copnya EMPIRE. Bermakna setem setem ini digunakan oleh Negara dibawah Jajahan British kecuali Malaya kerana setem Malaya waktu itu dikenali sebagai Strait Settlements.

British Empire Exhibition

 

Setem ini dikeluarkan pada tahun 1912. Duacongkak hanya ada dua jenis saja keluaran yang sama iaitu bagi nilai seperti diatas  THREE HALF PENCE dan satu lagi HALF PENNY berwarna hijau.

Lihat gambarnya.

 

HALF PENNY

Seterusnya setem POSTAGE REVENUE KING GEORGE V seperti rangkaian tiga keping gambar selari diatas. 

   

 

Ketiga tiga setem ini adalah keluaran yang berbeza dengan berpandukan bentuk coraknya.

Apa pun simpannnnn…dulu.