Duit Baru

Habuan First Prefix RM5

Kalau sudah rezeki nak dapat, walau bagai mana pun boleh dapat juga. Diantara koleksi yang baru dimiliki sebagai permulaannya bila mana tanpa diduga memperolehi beberapa keping notes RM 5 dengan prefix AA xxxxxxx. Untuk ini adalah yang pertama dimiliki dan bagi notes siri lain belum nampak hasilnya seperti RM 1, RM 10, RM 20 dan RM 100. Sebelum duit ini diperolehi, duacongkak sudah dapat RM 100 dengan Prefix AA tapi keadaannya sudah berlipat lipat, dengan itu note tersebut diguna pakai sebab mahu mendapatkan yang lebih baik…

InsyaAllah satu hari nanti akan muncul juga

Ini adalah sebahagian dari apa yang ada kerana ianya diperolehi sewaktu menukar duit di bank, sayangnya Note RM 10 dan RM 20 tiada pula Prefix AA…begitu juga dengan note RM 1. Nampak gayanya kena tunggu lagi entah bila akan munculnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

First n Last Prefix

Duit keluaran pertama dan keluaran terakhir untuk RM 5 Polymer.

 

Duit Polymer Malaysia yang pertama untuk RM 5, mula diedar dalam pasaran pada 26/10/2004. Prefix awalnya adalah bermula dengan huruf ” C A xxxxxxx “.

 

Ini adalah contoh keratan dari duit polymer diatas untuk Prefix C A 7 5 4 4 9 4 4

 

Siri terakhir note RM 5 polymer bermula dengan Prefix E G xxxxxxx. Bila tarikh akhir pengeluaran sama sekali tidak pasti. Cuma duacongkak boleh nyatakan tahun akhir adalah pada 2010 dimana, semasa hendak menyambut Syawal Tahun tersebut iaitu dalam bulan Ramadhan, duacongkak ada buat pertukaran duit di sebuah bank (BSN) sebanyak RM200 untuk note Polymer RM 5. Dari 40 keping Note tersebut duacongkak hanya simpan 5 keping sebagai kenangan. Waktu itu tidak hiraukan apa prefixnya sebab saja suka suka simpan kerana masih baru dan belum terlipat/tercemar. Bila saja dapat tahu ( 2011 ) Prefix E G adalah yang terakhir keluaran, duacongkak semak semula dan ternyata duit tukaran tersebut adalah Prefix E G 1 7 x x x x x ( RN ). Terasa tidak rugi bila dapati duit yang disimpan adalah Prefix terakhir yang ada kenangannya.

 

Inilah duit Polymer yang dimaksudkan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Duit Lipatan

RM 5 Siri 7 AMD ( Bahagian 1 )

Hari Rabu 22/06/2011 kemunculan sekeping note RM 5 siri 7 AMD Printing by Canadian Banknote. Duit ini diperolehi oleh anak lelaki duacongkak yang berniaga di pasar malam Desa Harmoni Johor Bahru. Kebetulan duacongkak pergi tolong isteri berniaga sama ditempat tersebut. Sememangnya anak lelaki duacongkak tahu minat ayahnya dalam pengumpulan duit, tapi anak duacongkak pula tidak berminat. Walau bagaimana pun dia tetap serahkan duit itu dengan berganti atau berpindah tangan dengan nilai yang sama. Tak kesah asalkan dia tahu minat ayahnya.

Duit ini tiada yang istimewa sebab kondisinya kurang baik berbanding dengan koleksi yang sudah tersimpan selama ini.

 

Picture 1 bentuk duit yang dimaksudkan.

 

Picture 2 dengan Prefix QU xxxxxxx

 

Picture 3 keratan Prifix…

Untuk pengetahuan pembaca semua, duit kertas ini First Prefixnya QK xxxxxxx dan Last Prefix QW xxxxxxx. Oleh kerana yang diperolehi ini Prefix QU xxxxxxx berarti perefix biasa yang sekadar boleh disimpan saja. Sekurang kurangnya boleh diingati bilakah masanya duit ini sampai ditangan duacongkak. Untuk duit gantian dalam siri duit ini pula prefix khasnya adalah NZ xxxxxxx.

Tiada yang menarik pun…kecuali kalau duit ini UNC atau setidaknya EF.

Kita lihat bahagian kedua dalam siri yang sama.

 

Picture 4

Hahaha….Duit terlipat la pulak…!!

Apa kes sebenarnya duit begini dilipat lipat.Mungkin pemiliknya simpan duit ini terlalu lama dalam beg duit. Entah kenapa pada hari Rabu ditempat yang sama tapi berbeza tarikh iaitu 06/07/2011 sekali lagi anak lelaki duacongkak perolehi duit siri keluaran yang sama. Kena tukar lagi dengan nilai yang sama. Tak kesah janji duit lama, dimana sukar untuk ditemui lagi melainkan melawat blog otai otai dapatlah lihat yang keras keras, cantik dan menarik. Kalau nak buat koleksi yang baik terpaksalah membeli dari mereka yang hendak menjualnya. Ramai penjual diluar sana…pilih saja.

Berbalik dengan cerita diatas, kebiasaan duit berlipat begini tuan punya pasti ada maksud yang tersirat. Diantaranya selain dibuat koleksi dalam beg duit, ada juga yang buat ” IBU DUIT atau DUIT PELARIS ” dalam urusan perniagaan. Apa pun tujuan asal tuan punya duit ini tidak penting bila sudah sampai ditangan duacongkak. Cuma yang musykil kenapa dia buat belanja sekiranya duit ini jadi kenangan untuk dirinya…!

Lipatan dibuka…

 

Picture 5

Terdapat kesan lipatan pada duit ini yang nampak kurang menarik. Tapi bila lihat Prefixnya…

 

Picture 6.

Q W  8 5 8 3 8 4 7

Tanpa disangka dan tanpa diduga rupanya duit ini adalah Prefix yang terakhir dalam keluaran Canadian Banknote RM 5 Siri 7 AMD. Sememangnya dalam koleksi duacongkak sebelum ini, belum ada lagi Last Prefix. Sesuatu yang paling dinantikan kehadirannya walau pun tidak seindah yang diharapkan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Duit Kertas Malaysia

Dua keping Notes yang diterima adalah wang baki semasa berbelanja. Kedua duanya diperolehi bukanlah dalam satu masa serentak tapi sengaja disimpan kerana agak musykil. Tidak mahu komen panjang, lihat sendiri mungkin ada pengumpul yang pernah menemui atau melihatnya sebelum ini…

duit cop

keratan di bah: cop

Diatas adalah note RM 1 yang ada cop bulatan tanpa nombor. Di bawah pula sisipan Notes RM5 yang ada nota.

Notes RM5 (depan)

muka belakang

keratan notes RM5

Duacongkak baru hendak belajar…TQDC

 

Duit RADAR

Duacongkak masukkan pula siri RADAR yang bukannya dari KELUARGA 69. Ingat nak masukkan DUITCACAT/ERROR atau pun RARE tapi memandangkan DUIT RADAR belum dipamirkan lagi maka biarlah giliran mereka pula. Kategori CACAT/ERROR/RARE dilain kali saja. Lagi pun duacongkak sebelum ini sudah masukkan beberapa keping DUIT CACAT/ERROR/RARE. (Sila semak).
Gambar pertama kategori RADAR note RM 5 dan diikuti dengan beberapa keping RM 1.

replacement note

penambahan koleksi dimana sekian lama tersimpan tanpa diduga duit kertas rm 5 ini adalah duit replacement. Dua congkak sengaja simpan kerana duit kertas ini berpalang pada tiang bendera. Ada beberapa keping lagi duit berpalang seperti ini tapi inilah satu satunya yang dikeluarkan dengan cetakan no NZ. Oleh kerana terlalu lama menyimpannya kelihatan duit ini terlalu daif. Tapi sudah cukup untuk dijadikan koleksi biarpun keadaan sudah lusuh. rm5 ini ditanda tangan oleh GABENOR TAN SRI DATO’ JAAFAR BIN HUSSIN. Cetakan THOMAS DE LA RUE.

Duit kertas RM5 tanda tangan Tan Sri Dato’ Sri Akhtar Aziz ZA 0928138. Dapat semasa berbelanja diPasar Malam dan semasa terima peniaga itu bertanyakan sanada masih laku atau tidak duit kertas ini. Sememangnya masih laku tapi bila Dua Congkak tenguk No siri sambil tersenyum terus ucapkan berbanyak terima kasih. Peniaga itu terpinga pinga dan Dua Congkak terus berlalu tanpa beri penjelasan.

Replacement RM10 ZA 1660186 tanda tangan Gabenor sekarang tanpa benang keselamatan disebelah tepi.

Replacement RM10 susunan ZA, ZB dan ZC

NOTE RM50 Tanda tangan oleh Gabenor Tan Sri Dato’ Sri Ali Hassan bin Sulaiman S/No: ZA2247516

NOTE RM50 oleh Gabenor sekarang s/no: ZB6058834, ZB6992882, ZB7805313, ZC0280678,ZD0329639, ZE0056889, ZE0144066.

NOTE RM50 Terbaru, ZB 0049525 dan ZB0598411

NOTE RM100. ZC1089072