baki sarapan

Gantian yang menyerah.

Sebagai mana biasa setiap pagi mesti pekena dulu sebelum menjalankan tugas. Bersama beberapa kawan setugas telah pergi sarapan disebuah kedai makan untuk mengisi perut, apabila perut sudah penuh baru kerja pun bersemangat. Setelah selesai makan duacongkak keluarkan RM50 untuk buat bayaran kesemuanya dengan harga RM10.40 sen. Baki RM39.60 sen diambil lalu dibelek pada setiap helai nota kertas yang diterima dan syiling pula dimasukkan dalam kocek kerana hendak membeleknya mata sudah kurang jelas, terpaksa bawa balik untuk dilihat dengan kanta atau pun menggunakan scan.

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali menerima duit kertas atau pun syiling, sentiasa mengharapkan sesuatu yang menarik akan diperolehi. Apa yang mengejutkan apabila didapati duit kertas baki tersebut salah satunya adalah duit gantian untuk RM10. Dengan senyum lebar penuh kegembiraan menerimanya dengan senang hati sekali sambil menunjukkan kepada rakan rakan yang bukan berminat pasal duit.

Kawan: ” aku tengok duit tu macam biasa saja. “

dc: ” memanglah macam biasa tiada perbezaannya tapi ini adalah duit gantian yang ditunggu tunggu sekian lama, bila dapat melalui cara ini terasa seronok yang tidak boleh dibayangkan…”

Kawan: ” aku jumpa berlambak duit macam ni… “

dc: ” memanglah berlambak dan mudah didapati tapi, duit gantian bukan senang hendak dapat lebih lebih lagi dengan cara berbelanja. “

Kawan: ” tak ada yang special pun…”

Malas nak jawab lagi, beri penerangan bagai mana sekali pun kawan kawan tidak akan memahaminya, lebih baik diam dan simpan dalam beg duit.

scan0002a

Duit gantian yang dierolehi dengan keadaan berkedut dibahagian atas dan bawahnya.

scan0001a

Muka depan duit gantian siri terbaru dan diperolehi baki dari sarapan pagi pada hari ini.

scan0001a2

Untuk membezakan duit gantian dengan duit biasa yang digunakan hanyalah pada siri prefixnya iaitu bermula dengan huruf ” Z ” seperti diatas ini iaitu Z A 0 0 9 7 3 9 2.

Penemuan ini untuk melengkapkan koleksi yang ada saja.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Rezeki…

Rezeki tidak kemana

Salam sejahtera dan selamat berpuasa semua kepada kaum muslimin dan muslimat, sebagai mana yang diketahui duit keluaran terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bermula pada 16hb Julai 2012. Ramai para kolektor yang mempunyai modal besar sudah miliki kesemua siri yang diedarkan dengan First Prefix iaitu bagi setiap wang polymer dan kertas siri RM 1, RM 5, RM 10, RM 20 dan RM 100 yang bermula dengan prefix AA xxxxxxx. Malah ada diantaranya sudah cukup set dengan Replacement Note iaitu Prefix ZA xxxxxxx. Bagi duacongkak semua itu belum ada dalam simpanan melainkan bagi note RM 1 yang baru ditukarkan sebanyak RM 300.

Hasil dari pertukaran itu tidaklah pula ditemui Prefix AA xxxxxxx seperti yang diharapkan tapi cukup sekadar dengan dua keping note dengan nombor RADAR serta sekeping duit gantian yang berada diantara Prefix AH xxxxxxx.

Adusss…gambar kecil pula, walau bagai mana pun boleh klik pada gambar maka akan besarlah dia. Tiga bundle notes RM 1.00 dengan prefix AH xxxxxxx (2) dan satu Prefix AX xxxxxxx.

Penukaran pertama dengan RM 100 memperolehi Prefix AX 5006001. Bila prefixnya berturutan maka bertemulah dengan sekeping note RADAR dengan AX 5006005. Nombor yang dikirakan cantik juga walau pun bukannya dari First Prefix iaitu siri AA xxxxxxx seperti yang dikehendaki. Pertukaran dibuat pada 23/07/2012.

Bagi penukaran kali kedua pula nasib menyebelahi diri bila terdapat duit gantian dalam siri AH 6489601. Setelah disemak satu persatu ternyata pada siri AH 6489677 dan AH 6489679 ditengah tengahnya adalah duit gantian dengan siri ZA 0243897 dimana note ini menggantikan siri AH 6489678 yang telah ditarik disebabkan kerosakan semasa proses tempaan dibuat. (Agaknya).

Bagi tukaran ketiga dihari yang sama iaitu pada 26/07/2012 tiada apa apa yang menarik untuk dijadikan koleksi makanya kesemua RM 100 dari note RM 1.00 akan diguna pakai. Untuk yang RM 200.00 lagi akan disimpan la jawabnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Duit Gantian RM10 ZF

Giliran ZF muncul ke tangan

Akhirnya dapat juga DUIT GANTIAN dengan siri ZF xxxxxxx untuk note RM 10. Diharapkan bagi siri kali ini tidak seperti siri ZD dan ZE, dimana siri tersebut terlalu banyak dikeluarkan dalam pasaran. Tidak seperti siri siri sebelumnya seperti ZA, ZB dan ZC dimana keluarannya terhad.

Melihatkan duit gantian siri ZD dan ZE bagaikan note biasa dalam edaran kerana bilangan prefixnya mencecah angka 9xxxxxx. Untuk ZF yang baru tiba ditangan ini prefixnya adalah Z F 0 2 1 2 7 5 0.

Apa pun simpannnnn…dulu

Dua dalam Satu (1)

Duit Gantian dan duit RADAR

 

 

Duit gantian dengan Prefix ZD 4 8 6 5 6 8 4. Sebelum ini sudah banyak duacongkak lihat duit gantian dengan prefix ZD dan juga ZE, semuanya tidak dikumpul disebabkan terlalu banyak di pasaran. Boleh dikatakan setiap hari pasti menemui kedua dua Prefix ZD dan ZE, Hanya yang betul betul dipilih saja yang disimpan untuk dijadikan koleksi contohnya bagi duit gantian ini, yang pertama tiba untuk simpanan. Prefixnya termasuk juga dalam koleksi duit radar. Jarang kita jumpa walau pun banyak diluar sana.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Duit Gantian ZC

DARI LAPAN TINGGAL SATU.

Apa maksud ” dari lapan tinggal satu…? “ kejap lagi akan diceritakan. Yang penting kita lihat dulu ” DUIT GANTIAN/REPLACEMENT NOTES RM 50 “.

 

 

 

Replacement Notes ini diperolehi dari seorang kawan yang mengeluarkan duit melalui ATM. Menurut kawan, dia mengeluarkan sebanyak RM 400/= dengan sekali cucuk untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya. Sebanyak lapan keping kesemuanya dengan setiap keping adalah RM 50/= dan kesemuanya adalah Prefix ZC dengan nombor turutan ( running Numbor ). Oleh kerana pada awalnya dia tidak dapat hubungi duacongkak lalu duit tersebut digunakan untuk membayar ansuran keretanya. Mujur juga dia simpan sekeping kerana dia tahu pasti duacongkak berkehendakkan duit ini untuk dijadikan koleksi.

Sebaik saja diberitahu bank mana dia keluarkan lalu, duacongkak cuba keluarkan melalui ATM tersebut dan ternyata apa yang diharapkan sudah tidak berhasil lagi. Siri duit gantian sudah tiada berkemungkinan telah habis diambil orang terutama warga Pontian.

Melihatkan pada siri nombornya rasa rasa boleh mencecah angka 50,000. Apa boleh buat, tiada rezeki dari lapan hanya tinggal satu yang berjaya sampai ketangan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Replacement Note

Duit gantian RM1 (ZAB)

Dalam masa untuk mendapatkan Prefix ZAA bagi duit gantian RM1 tiba tiba muncul sekeping Note RM1 Prefixnya ZAB (duit Gantian).  Diperolehi seiring dengan prefix ABX. Bagi Prefix ABY pula muncul awal 2 hari dari Prefix ABX dan ZAB. Sekali pandang duit gantian ini sama saja dengan prefix lain tapi bila diteliti dengan lebih lagi ternyata siri duit gantian ini berkemungkinan dikeluarkan seiring dengan Prefix ABX dan ABY. Siri ABZ belum muncul, jika tidak sudah pasti siri ABA bagi note RM1 lebih complete.

Lihat Prefixnya dulu:

  

Dua Prefix ini disangkakan siri terakhir dalam Prefix ABA selepas siri AAA hingga AAZ berakhir dan duit replacement notenya ZAA. Ini kerana duacongkak perolehi siri ini sebelum hari raya puasa lagi dan sabar menantikan kehadiran ABX, ABY dan ABZ yang mungkin dikeluarkan selepas Hari Raya atau pun dikeluarkan diluar negeri Johor.

Rupa rupanya…

Diawal bulan Disember 2010 tanpa diduga muncul Prefix ABY.

 

Dua hari kemudiannya muncul pula ABX dan ZAB serentak dalam satu hari. 

Sebelum ditunjukkan Prefix ZAB, mari lihat dulu ke empat empat prefix ini. Lihat Prefix ABV dan ABW juga pada siri nombornya. Dua angka awal sama saiz dengan huruf dan bagi angka ketiga hingga ketujuh semakin membesar.

Berbeza pula dengan prefix ABX dan ABY, dua angka awal lebih kecil dari hurufnya.

Aik…!! dah ada ZAB..?

Cuba perhatikan dua angka awalnya lebih kecil dari huruf. ( Ini andaian saja bukan ada rujukan pun…)

Gambar penuh duit gabtian ZAB yang muncul ditangan duacongkak. (duit dah berkedut)

Apa pun simpannnnn…dulu

 

Replacement Note

Duit Gantian Siri ke 5

Bukan kali pertama tampilkan duit gantian, tapi siri duit gantian kali ini adalah bagi siri ke 5 untuk note $10 Gabenor Aziz Taha. Sebelum melangkah prefix biasa, duacongkak sambar dulu duit gantian ini kerana lebih berminat. Setakat ini belum ada satu koleksi pun duit dengan tanda tangan Gabenor Aziz Taha kecuali bagi nilai $1.

Pelan pelan kutip…

  

Kebiasaan kita lihat duit gantian bermula dengan Prefix ‘ Z ‘ tapi bagi siri ke 5  note $10 duit gantiannya bermula dengan Prefix ‘ QA ‘.

Bagi siri yang dimiliki adalah QA 0074983

Duit gantian terbaru yang dimiliki adalah note RM1 yang bermula dengan ZABxxxxxxx Insyaallah…akan dikeluarkan buat koleksi blog.

Apa pun simpannnnn…dulu