Sa Puluh Ringgit (Brunei)

Bukan saja Bank Negara Malaysia yang pernah keluarkan duit kertas dengan ejaan SA-PULOH RINGGIT, malah Kerajaan Brunei juga mempunyai ejaan yang sama:-…..

Lihat gambar…

Prefix 1986

 Prefix ini dikeluarkan pada Tahun 1986 Edisi siri ke dua 1972 – 1988.

Terdapat 4 keluaran dengan dimulai Tahun 1976, diikuti pula 1981, Prefix ke 3>>1983 dan Prefix ke 4>>Tahun 1986. Kesemua Prefix Cetakan BW & Co.

Bah. Belakang

 Bahagian belakang terdapat tulisan GOVERNMENT OF BRUNEI dibawah gambar Mesjid Brunei.

Berakhir dulu persembahan Kerajaan Brunei ini…

Dilain masa kalau ada kita berjumpa lagi.

 

Definitive Issue

 

Keluaran setem ini sama tapi berlainan Tahun.

Siri ini dikeluarkan pada 15/07/1974 dan diikuti pula dengan Tahun 1975 bulan Ogos 13 haribulan. Kedua dua siri dan bentuk serta warnanya sama, duacongkak tidak dapat membezakan diantara kedua dua siri ini, mana yang keluar terlebih dulu. Melainkan sekiranya terdapat FDC barulah boleh dijadikan rujukan.

4/16

5/16

6/16

9/16

10/16

 

 

 

Hanya terdapat 5 keping dari 16 siri yang dikeluarkan. Namun begitu tidak pasti kelima limanya keluaran Tahun ke berapa kerana ada dua siri dalam bentuk yang sama iaitu 15/07/1974 dan 13/08/1975 

1974 Wmk.Block dan 1975 Wmk.Spiral

 

Brunei Dollar Siri ke 3

 Brunei One Dollar 3rd Series 1989 – 1995

contoh A

   contoh 2

 F/Prefix Bagi note ini B/1

 Note ini sebagai kenangan Duacongkak yang pernah menjejakkan kaki kali pertama di Singapura pada Tahun 1995. 

Kebetulan  ada saudara kahwin di sana…( Saudara sebelah adik ipar). Tinggal selama tiga hari dua malam. Tidak kemana pun…Semua sibuk dan tak berpeluanglah berjalan jalan di Negara itu. Nak berjalan sendiri tanpa pemandu pelancung bahaya juga sebab, kereta yang digunakan waktu itu…Kereta tua..hehe. Nak redah sendiri almaklum lah… Undang undang disana tidak boleh dibuat main, silap masuk No Entry…Parah… Namun begitu ada…laa..beberapa barangan yang dibeli untuk dijadikan kenangan dan salah satu yang tinggal hingga kini, Note Brunei seperti diatas…Dulu ada banyak juga, Lebih dari 10 keping dengan berbagai nilai termasuk Dollar Singapore…Jangan tanya lah…Dah habis pun belanja…hehe…( Belum Jadi Mat Koleksi )

Brunei 1924

Setem Brunei yang dikeluarkan pada Tahun 1924

Siri setem ini dikeluarkan sebanyak 19 bentuk dan corak yang pelbagai dan duacongkak hanya dapat tunjukkan 1 saja sebagai kenangan peribadi.

    3 dari 19

Setem 2 sen ini dikeluarkan pada Mac 1933 (green), Pada Mac 1924 setem 2 sen ini berwarna (Brown) dan reddish-brown. Beberapa siri seperti 2 sen dikeluarkan 2 x (3/1924 dan 3/1933) Siri 4 sen 2 x (3/1924 maroon dan 1929 orange//yellow-orange) 5 sen pula 3 x (3/1924 orange-yellow, 1931 grey, chocolate pada 1933) Siri ini terdapat keluaran “retouch” dimana ianya RARE dan mempunyai nilai tinggi. Bertuah kepada sesiapa yang memilikinya terutama MINT sebab harga mencecah 800 – rm1000. Siri 6 sen x 2 (3/1924>>black dan 1931>>scarlet) Siri 8 sen x 2 (9/1927>>ultramarine dan 1933>>gray-black)

 

Dollar Brunei 88

 

Note Brunei Siri ke2

Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan sekeping note Dollar Brunei ini. Ianya hanya sekadar melengkapkan koleksi “”ADA SETEM ADA DUIT””ADA DUIT ADA SETEM””. Daripada tersimpan saja, baik dikeluarkan. Biarpun semua sudah kenal dengan duit Brunei Siri ke2 1972 – 1988 ini.

“depan”
“keratan”

 Keratan menunjukkan cetakan oleh Bradbury Wilkinson & Co.

“belakang”

 Bahagian belakang adanya Potret Mesjid

 

Setem Brunei

Setem Brunei ini dikeluarkan pada 01hb March, 1952.

Lihat gambar untuk rujukan.

Terdapat 11 siri kesemuanya dengan pelbagai warna dengan dimulai nilai 1 sen dan seterusnya hingga nilai 50 sen.

            2 dari 11

Siri ini juga ada mengeluarkan setem dengan nilai B$1, B$2 dan B$5. Bagi setem dengan nilai B$ bentuknya berlainan dengan keadaan setem pula melintang menggambarkan Pulau. Coraknya juga menarik dan warna kelasik.

4 dari 11 

Keseluruhan siri ini dikeluarkan sebanyak 14 siri yang terbahagi kepada dua, siri sen ( 11 ) dan siri B$ ( 3 ). di keluarkan oleh De La Rue & Co.

     6 dari 11

Bagi siri sen yang tiada dalam blog ini adalah: Nilai 1 sen >>>warna hitam. Nilai 3 sen >>>warna black & lake-brown Nilai 6 sen >>>warna black & grey. Seterusnya Nilai 25 sen >>>black & purple // (** black & bright purple) Bagi setem 25 sen ini (**warna) agak RARE dan nilainya juga tinggi dlm pasaran sekarang.

7 dari 11

      8 dari 11

9 dari 11

 Siri 50 sen >>>black & Ultramarine // (**black & deep blue)

**sumber diperolehi dari Standard catalogue of M-S-B edisi ke 22**

**Setem dipamir adalah milik duacongkak**(dc)