Rp 500, Indonesia

Uang kertas Indonesia.

 

Sebagai penutup Bulan Ogos 2010 duacongkak keluarkan pula Note Indonesia Rp500, (UNC) yang ada dalam simpanan.

pic 1

 Pic 1 dan Pic 2 adalah siri duit kertas edaran 1992 >> 1997

pic 2

keratan

 Gambar keratan ini menunjukkan Tahun edarannya yang dikeluarkan berbeza setiap Tahun.

pic 3

 Pic 3 dan Pic 4 pula adalah siri 1992 >> 1996. Diantara dua keluaran ini nampak jelas ada sedikit perbezaan pada gambar “Orang Utan”. Bagi Tahun 1997 warna “Orang Utan” agak cerah sedikit dari warna “Orang Utan” 1996 yang lebih gelap.

pic 4

 Keratan dibawah menunjukkan Tahun keluaran duit kertas ini.

   keratan

Rp 100, Indonesia.

 

DUIT INDONESIA

 

Sudah lama diam menyepi, duit Indonesia dalam simpanan, 100 Rupiah Indonesia gred UNC, mari tenguk janganlah segan.

Rp 100,

 Duit kertas Indonesia ini edisi 1992 dan pengeluarannya pada Tahun 1994. Duit ini juga telah disimpan begitu lama dimana duacongkak telah perolehi sekitar Tahun 1999 dari seorang kenalan di Indonesia.

Disamping itu dia kirimkan juga Duit Gantian (replacement Note) dengan siri nombor bersambung. (Running Number).

Replacement Note

replacement note

Apa pun duacongkak ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara di Indonesia yang sudi bertukar tukar item. Walau pun pada ketika itu (Tahun 1999) duacongkak belum lagi ghairah membuat koleksi banknote tapi, tetap menyimpan sebagai kenangan. Malah duacongkak sendiri tidak mengerti apa itu Duit Gantian kerana belum mengenali dunia numistik.Sebagai membalas pemberiannya, duacongkak kirimkan note RM2 siri 9 dan siri 10. Tidak pasti waktu itu ada kirim sekali note RM 1. Hehe..kalau ada bertuahlah dia… DUIT GANTIAN INDONESIA BERMULA DENGAN PREFIX ” X “.

 

Rp 1000, ” Grass Like Scratched-Stone “

Rp 1000 edisi 1992//1999

Duit kertas ini siri 1992 keluaran 1999 adalah sama dengan mana mana siri yang dikeluarkan oleh Bank Indonesia. Setakat ini Duacongkak miliki tiga siri iaitu 1992//1994, 1992//1997 dan kali ini diterbitkan pula siri 1992//1999.

Apa ni…asyik siri yang sama saja…!!

Harap jangan terasa boring…sebab…Siri ini ada sedikit kelainan. Mungkin cetakan bagi siri 1992//1999 saja yang berbeza…dari siri siri lainnya.

Mari kita lihat satu persatu.

1992//1999

 Sekali imbas nampak sama saja dengan siri lainnya…

Keratan 1992//1999

 Keratan ini juga tiada perbezaan melainkan tanda Tahun sahaja.

keratan dari siri lain

 Dan sekarang, mari kita lihat keratan siri 1992//1999 (dibawah)

keratan siri 1992//1999

 Cuba pula lihat pada blok batu keratan kedua ini bertepatan dengan tanda anak panah pada keratan pertama diatas. Keratan kedua nampak jelas terdapat sehelai rumput membelah batu tersebut. Tidak pasti apakah garisan putih itu sehelai rumput/lalang tapi apa yang diketahui datangnya dari tanah…macam rumput.

Bagi Note Malaysia sekiranya terdapat begini sudah pasti menjadi kegemaran sesetengah pihak/pengumpul…kalau di Indonesia tidak pasti pulak…Mungkin juga bagi siri ini (1992//1999) sahaja yang ada ” grass like scratch stone ” . Nak bandingkan dengan yang lain lain…siri ini hanya ada sekeping saja dalam koleksi. Mungkin ada kolekter luar yang mempunyai siri dan tahun keluaran sama…Boleh kongsi maklumat.

** Maklumat terbaru di perolehi…Edisi duit Indonesia juga ada keluarkan Replacemen Note atau duit gantian…Bagi siri duit ini Prefixnya bermula dengan siri ” X “. Maklumat sahih belum jelas…Tapi diterima melalui maklumat Blog di Indonesia.

Jika benar maklumat ini…rupanya Duacongkak sudah ada dua siri Prefix ” X ” dalam simpanan dan sudah pun diterbitkan dalam blog ini.

 

” UNC Running Number “

Giliran note Rp 1000 Running Number yang dikeluarkan pada Tahun 1997 siri 1992.

Note ini diperolehi dari rakan kenalan di Indonesia Daerah Ujung Padang yang banyak mengirimkan setem dan juga duit kertas buat Duacongkak. Sebagai balasannya, Duacongkak telah kirimkan kepadanya note RM 2 siri ke 9 sain tepi juga running number.

Mari kita lihat Rp 1000,’ Tahun 1997 siri 1992.

1992//1997

1992//1997

 Nombor berturutan GDS 427648 dan GDS 427649 ( UNC )

Siri ini bentuknya adalah sama dengan siri 1992//1994 siri nombor GAM 149159 yang telah diterbitkan. Sengaja ditunjukkan kerana duit Rupiah ini siri Tahun berbeza dan Running number pula.

Lihat pula bahagian muka yang satu lagi.

1992//1997

 Bentuknya tetap sama dan memadailah Duacongkak tunjukkan satu sahaja.

keratan

 Ini pula keratan yang menunjukkan Tahun edaran iaitu 1997.

Lihat pada bahagian paling bawah dengan tulisan hijau.

 

” Rupiah 1000 “

Siri 1992//1994

Duit Rupiah ini mula dikeluarkan pada Tahun 1992 dan cetakan ulangan pada Tahun 1994. Sebagai mana duit syiling kita yang rupa bentuk sama tapi Tahun keluaran berbeza beza diantara satu sama lain…

Mari kita lihat rupa bentuknya…(FINE)

muka 1

 Muka pertama menggambarkan orang melompat batu. Tajuk sebenarnya ” LOMPAT BATU PULAU NIAS “. Nilainya 1000 Rupiah dengan siri nombor GAM 149159. Cantik tak nombor seperti ini…?

Sebenarnya bagi Duacongkak…nombor begini amat menarik sekali, ini kerana nombornya seperti satu TARIKH/HARIBULAN. 149159 = 9/5/1941

Sekiranya kita tahu sejarah pada Tarikh tersebut, boleh kita gandingkan sekali dengan duit ini. Mana tahu tarikh tersebut bertepatan dengan tarikh lahir Emak atau Ayah kita.. Abang atau kakak…Banyak lagi yang berkaitan…Ini koleksi duit Indonesia. Untuk makluman semua, Duacongkak ada beberapa keping note Malaysia yang bersangkutan dengan tarikh…tapi, belum jumpa yang tepat dengan tarikh peribadi. Duit Malaysia yang berkaitan dengan tarikh akan di masukkan juga dalam blog satu hari nanti…

Seterusnya…bagi siri nombor ini juga nampak begitu sensitif  kepada Kerajaan Indonesia. Nak tahu kenapa…? Cuba lihat. GAM…

Nak Duacongkak terjemahkan…Hehe, tak payah la…

Bah. ke 2

 Bahagian ke dua duit ini adalah pemandangan Danau Toba yang terkenal.

Entah bila dapat pergi melawat…pun tak tahu…dapat tenguk disini pun jadi..lah…

keratan

  Lihat pula keratan duit ini…anak panah atas menunjukkan Cetakan awal 1992 dan anak panah bahagian bawah pula menunjukkan Tahun edaran 1994.

Duacongkak letakkan 1992//1994 sebagai panduan.

 

” Note Rp 1000 “

 

Lagi…Siri keluaran Note Rp 1000 Indonesia.

Note ini pula dicetak dan diedarkan sekitar Tahun 2000. Untuk makluman semua, siri note ini Prefixnya mengikut Tahun ianya dicetak. Mari kita tenguk sambil Duacongkak cuba jelaskan satu persatu.

2000/2000

Rupa bentuk note Rp 1000 Tahun 2000.

Duit ini mula diedarkan pada Tahun 2000 dan siri duit ini juga adalah cetakan dan edaran pada Tahun yang sama.

Mari kita lihat lagi…

” keratan “

 Cuba anda semua lihat dibahagian keratan ini terutama pada bahagian anak panah merah. Terdapat tulisan warna hijau bertulis: PERUM PENCETAKAN UANG RI IMP 2000. Dihujung sekali tertera Tahun edaran duit ini iaitu 2000. Bagi sesiapa yang ada duit kertas Indonesia yang edarannya Tahun 2000, boleh lihat sendiri…ada diantaranya tertera Tahun 2001, 2002, 2003 dan seterusnya sehingga duit ini ditukarkan rupa bentuk yang baru.

Pada bahagian anak panah atas pula menunjukkan angka 2000. sebagai tanda Tahun mula diedarkan. 

 

Bah. belakang

 Bahagian ini menggambarkan ” PULAU MAITARA DAN TIDORE “Istimewanya duit ini adalah kerana Prefix Low Numbers UFN 000454. Sekali pun duit ini dalam katogori FINE tapi nombornya menarik…

Note Rupiah 1000

 

1000 Rupiah 1987

Kembali semula koleksi duit Indonesia yang terhenti sekian lama…Kali ini nak pos pula note Rp 1000. Ada beberapa keping je sebagai koleksi dalam simpanan..

‘muka depan’

 Serba ringkas berkaitan note ini…

Dicetak dan dikeluarkan pada Tahun 1987 dengan nilai muka Rp 1000. Gambar depan adalah Raja Sisingamangaraja XII.

‘muka belakang’

 Bahagian belakang note ini tertera pula siri nombornya JTH 015671 bersama bentuk bangunan ” SITI HINGGIL KRATON YOGYAKARTA “.

Berpandukan dengan Tahun 1987 bermakna, usia duit kertas ini sudah pun menjangkau  23 Tahun… kalau usia manusia kini sudah menjadi Belia Remaja dan hampir dengan suku abad…Ada yang sudah kahwin dan mendapat anak…hehe..

Sorry la…duit ni nampak terjejas banyak…dulu simpan dalam frame gambar dengan menggunakan pelekat. Sampai sekarang nampak kesannya lagi…

**Peringatan kepada yang baru hendak berjinak dengan koleksi duit…janganlah berbuat seperti mana Duacongkak lakukan ini…Boleh masuk dalam frame gambar tapi jangan gunakan sebarang pelekat dan juga jangan biar terdedah pada cahaya…

 

Kenalkah aku…pada duit ini..??

Haa..mari kita sama sama ushar duit ni…

Bukan aku nak menunjuk nunjuk dan juga bukan aku nak bermegah…tapi apa yang hendak aku pamirkan adalah untuk tatapan kita semua termasuk diri aku sendiri. Bukan senang untuk mendapatkannya tapi bila sudah dapat, kita tidak tahu pula kesahihannya sama ada ianya tulin atau cetakan palsu. Yang pasti…Mari kita tenguk…!!

Tajuk diatas macam suspen je…hehe..tak ada yang menakutkan atau mengejutkan sebab duit yang mahu dipamirkan ini bukanlah duit hantu atau jembalang. Tapi adalah duit yang agak magis…bagi pandangan aku je ..aku bukan pandai dan tidak pula bodoh…hehe. Tapi kekadang tu terkena juga sebab aku ni bodoh kerana tidak mahu bertanya pada orang yang lebih arif/pandai. Main sebat je asal tenguk menarik.

Kali pertama aku membeli duit untuk koleksi dimana sebelum ini, belum pernah aku beli dari mana mana pihak. Semua koleksi duit yang aku sudah sisipkan dalam blog ini dapat semasa berbelanja atau pun yang dikeluarkan dari dinding dinding konkerit.

Duit ini terpaksa aku beli sebab…dekat dinding konkerit tak akan keluar biarpun berpuluh atau beratus malah beribu ribu kali cucuk pun dia tak akan keluar… Tapi kalau di tepi kaki lima dinding konkerit kita boleh dapatkan juga duit ni…cara mana?? hehe.. Kena beli lah…macam aku ni…

Wah…mana pergi DUACONGKAK ni…dah tukar AKU pulak…?

( Hehe…terkena badi duit agaknya…. )

MARI TENGUK….JOM USHAR SAMA SAMA DAN AJAK KAWAN KAWAN..

 

“SIRI 1 (DEPAN)

 WOW…duit Soekarno la…Tahun 1964, Rp10000 (Sepuluh ribu Rupiah ) pulak tu…

Hehe…inilah siri duit Soekarno yang aku simpan dan dikeluarkan untuk tatapan semua. Ianya sudah lama ada dalam simpanan cuma…lambat sikit untuk di kirim dalam blog atas sebab…selama ini siri duit Indonesia (kertas) belum keluar. Dan lebih diutamakan kepada setem dan FDC. Hanya sekeping saja duit Soekarno dengan nilai satu rupiah di keluarkan sebelum ini…Banyak juga yang melawatnya…

Sedikit maklumat untuk disampaikan…Bahagian depan seperti yang anda saudara saudari lihat itu memaparkan wajah Presiden Pertama Indonesia…Bapak Soekarno. Bahagian tengahnya pula ditulis BANK INDONESIA dan ejaan pada nilai duit iaitu SEPULUH RIBU RUPIAH. Disebelah kanan dalam bulatan terdapat bentuk kepala (LEMBU,SAPI,SELADANG,KERBAU…) bertanduk…entah yang mana satu tidak tahu…mungkin ada bloger yang tahu kut…Ianya adalah tanda keselamatan selain dari benang scuriti halus yang terdapat dibahagian tengah bila kita lihat depan cahaya.

Di helaiannya pula, kita kena lihat dengan menggunakan lampu electronik money detector, dimana tertera ayat KUN FA YA KUN, dibahagian tengah. Disetiap 4 penjuru pula tertera KALIMAH “ALLAH”. Begitu juga dengan bahagian songkok, terdapat Kalimah “ALLAH” dalam tulisan jawi. 

“SIRI 1” (belakang)

 Dibahagian belakang note ini pula terdapat empat ekor burung kakak tua (parrot).

Dibahagian tengah gambar lelaki berdiri.

Dan terakhir untuk dinyatakan adalah terdapatnya siri Nombor bagi duit ini:…BK 081145.

Adakah semua duit ini boleh melengkung bila diletakkan di tapak tangan??

Jawapannya…Ya…!! boleh melengkung dengan sendiri bila diletakkan ditapak tangan. Aku sekadar mahu tunjukkan saja siri duit Soekarno ini…TQDC

Lihat siri berikutnya…

 

Duit Rp 10ribu Soekarno1964 (II)

Duit Soekarno ke II kebiruan

Memperlihatkan susunan kedua duit Soekarno yang di keluarkan pada Tahun 1964. Keluaran kali ini dengan reka bentuk yang sama tapi berwarna kebiru biruan  ( kelabu.) Tiada apa bezanya dengan siri duit Soekarno yang lain…Terdapat juga Kalimah Allah disetiap penjuru duit serta Kalimah Allah pada bahagian Songkok. Pekataan KUN FA YA KUN di tengah tengah duit, kita dapat lihat semuanya apabila diletakkan pada sinar ungu.

Apakah duit ini juga boleh melengkong bila di letakkan pada tapak tangan..? Jawapannya adalah YA>>!! Kita boleh lihat sendiri duit itu bergerak perlahan lahan dan mula melengkung. Maaf kerana tiada gambar demo hendak ditunjukkan kerana, ramai diantaranya sudah tahu atau lebih mengetahui berkaitan duit Soekarno yang dikatakan mistik ini. (Tak berani nak hurai).

 

“Duit Soekarno”

 Semua ciri ciri duit ke II ini adalah sama kecuali siri IV yang berwarna hijau agak pendek sikit. Begitu juga dengan bayangan di bahagian bulatan cerah masih berbentuk kepala (tidak pasti>>lembu/sapi/kerbau/seladang) bertanduk. Menurut kata dari mulut ke mulut, selain gambar tersebut, duit Soekarno ini ada yang dikeluarkan dengan potret Soekarno sendiri sebagai bayangan dalam bulatan. Aku tidak pasti dan akan cuba dapatkan bila terjumpa nanti sebagai bukti. Dengar cakap mulut ke mulut pun kekadang tidak boleh dipercayai juga…apa yang penting ditangan sudah ada empat siri Rp10000. Lima dengan duit yang bernilai satu Rupiah…Soekarno 1964.

“Bah belakang”

 Bahagian belakang dengan potret wanita sedang bersimpuh dengan tangan berdoa. Nombor siri yang tertera adalah...SKR 170855 Bahagian tengah duit ini depan dan belakang terdapat benang keselamatan berwarna kemerahan bagi tujuan mengelak dari ditiru atau dipalsukan.

Sedikit penerangan yang ingin aku nyatakan iaitu…Kesemua duit ini datangnya dari Kalimantan menurut kata yang punya diri. Aku terjumpa secara kebetulan dan dia nyatakan hanya tinggal 4 keping sahaja yang terakhir. (kalau ada lebih rasanya semua sekali nak sapu) Semua sudah diambil orang. (Bagi yang warna HIJAU jangan ditanya lagi menurut yang punya diri…) Kemungkinan bapa yang punya diri akan kembali ke Kalmantan untuk mencari lagi dan bawa masuk ke Semenanjung…Bila masanya aku tidak pasti…

Kebelakangan ini beberapa kali aku cuba hubungi yang punya diri untuk mendapatkan siri lain jika ada…(Rp1000 full set) tapi, langsung tidak di jawab…frust juga jadinya. Atau…dia sudah pergi ke Kalimantan bersama bapanya…mencari barangan lama dan mistik untuk dibawa ke Semenanjung.

lihat turutan ke III dibawah