Ragbi 2 kupang

Rupaku Bagaikan Bola Ragbi

” Jauh disudut hati sedih rasanya menonjolkan diri, begitu zalim sekali mereka yang tangan gatal mengenakan aku hingga cacat tidak seperti rupa asalku “.

Kalau sekiranya sekeping duit 20 sen boleh berkata kata sudah pasti sedikit sebanyak rungutan yang didengari hampir sama dengan apa yang duacongkak tuliskan diatas.

Cara mana perbuatan manusia yang miliki tangan gatal sama sekali tidak pasti. Apakah menggunakan hammer lalu diketuk hingga berubah wajah..? Rasanya tidak mungkin.

Atau menggunakan mesin dengan masukkan kedalam roller seperti mesin getah lama dulu dulu…?

Atau juga dilenyek oleh steam roll…?

Tidak pun diletakkan atas landasan keretapi.

Huh…Apa pula yang merepek sangat ni…jom tengguk rupa duit syiling 20sen/2 kupang yang dimaksudkan.

 

Ehsan dari adikku untuk tatapan semua…

 

Sedih…dah jadi macam bola ragbi, lonjomg. Hanya tinggal sedikit kesan yang menandakan sekeping syiling ini adalah duit dengan nilai 20sen. Tahun cetakan pun sudah tidak kelihatan juga rupa parlimen.

Memang kretif tangan gatal ini. Kalau ketuk dengan hammer tidak mungkin boleh jadi lonjong. Atau mungkin disepuh terlebih dulu..? Ketebalan syiling kurang sedikit dari duit biasa. Apa pun hanya tangan gatal dapat berikan penjelasan bagai mana dia lakukan hingga duit ini berbentuk ragbi.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

Advertisements

Replacement Note

Duit gantian RM1 (ZAB)

Dalam masa untuk mendapatkan Prefix ZAA bagi duit gantian RM1 tiba tiba muncul sekeping Note RM1 Prefixnya ZAB (duit Gantian).  Diperolehi seiring dengan prefix ABX. Bagi Prefix ABY pula muncul awal 2 hari dari Prefix ABX dan ZAB. Sekali pandang duit gantian ini sama saja dengan prefix lain tapi bila diteliti dengan lebih lagi ternyata siri duit gantian ini berkemungkinan dikeluarkan seiring dengan Prefix ABX dan ABY. Siri ABZ belum muncul, jika tidak sudah pasti siri ABA bagi note RM1 lebih complete.

Lihat Prefixnya dulu:

  

Dua Prefix ini disangkakan siri terakhir dalam Prefix ABA selepas siri AAA hingga AAZ berakhir dan duit replacement notenya ZAA. Ini kerana duacongkak perolehi siri ini sebelum hari raya puasa lagi dan sabar menantikan kehadiran ABX, ABY dan ABZ yang mungkin dikeluarkan selepas Hari Raya atau pun dikeluarkan diluar negeri Johor.

Rupa rupanya…

Diawal bulan Disember 2010 tanpa diduga muncul Prefix ABY.

 

Dua hari kemudiannya muncul pula ABX dan ZAB serentak dalam satu hari. 

Sebelum ditunjukkan Prefix ZAB, mari lihat dulu ke empat empat prefix ini. Lihat Prefix ABV dan ABW juga pada siri nombornya. Dua angka awal sama saiz dengan huruf dan bagi angka ketiga hingga ketujuh semakin membesar.

Berbeza pula dengan prefix ABX dan ABY, dua angka awal lebih kecil dari hurufnya.

Aik…!! dah ada ZAB..?

Cuba perhatikan dua angka awalnya lebih kecil dari huruf. ( Ini andaian saja bukan ada rujukan pun…)

Gambar penuh duit gabtian ZAB yang muncul ditangan duacongkak. (duit dah berkedut)

Apa pun simpannnnn…dulu

 

Replacement Note

Duit Gantian Siri ke 5

Bukan kali pertama tampilkan duit gantian, tapi siri duit gantian kali ini adalah bagi siri ke 5 untuk note $10 Gabenor Aziz Taha. Sebelum melangkah prefix biasa, duacongkak sambar dulu duit gantian ini kerana lebih berminat. Setakat ini belum ada satu koleksi pun duit dengan tanda tangan Gabenor Aziz Taha kecuali bagi nilai $1.

Pelan pelan kutip…

  

Kebiasaan kita lihat duit gantian bermula dengan Prefix ‘ Z ‘ tapi bagi siri ke 5  note $10 duit gantiannya bermula dengan Prefix ‘ QA ‘.

Bagi siri yang dimiliki adalah QA 0074983

Duit gantian terbaru yang dimiliki adalah note RM1 yang bermula dengan ZABxxxxxxx Insyaallah…akan dikeluarkan buat koleksi blog.

Apa pun simpannnnn…dulu

10 sen 1971

Syiling Igauan

Ramai para pengumpul duit lama dan baru tercari cari untuk melengkapkan koleksi mereka. Kalau cari saja rasanya bertuah bagi mereka yang terjumpa, sebabnya…siri syiling 10 sen 1971 amat sedikit keluarannya. Kebanyakan syiling ini tersimpan perap dalam simpanan pengumpul duit lama dan ada diantaranya sudah terbenam dalam tanah atau jatuh dalam longkang, bagi pengumpul baru hanya gigit jari melainkan bila keluar modal yang besar, barulah boleh mendapatkannya.

Mari lihat syiling yang dikatakan itu:-

 

Harap maaf kalau sekiranya gambar ini ada tuannya.

Syiling 10 sen 1971 ini terlalu sedikit keluarannya sebagai mana tertera dalam gambar yang keluaran sebanyak 32,236 keping. Mungkin sekarang tinggal berapa keping saja lagi, sebab itu syiling ini jadi buruan.

Selain syiling 10 sen 1971, ada juga syiling 10 sen menjadi perhatian para pengumpul. Mungkin ramai yang tidak perasan iaitu bagi syiling 10 sen 1994 dan juga 2003. Ada diantara pengumpul yang membuat koleksi tahun dari awal dikeluarkan iaitu 1967 hingga 2010, tapi masih mencari keluaran dari 3 tahun yang disebutkan ini.

1971…paling sukar ditemui,

1994…keluarannya 7,122,222 dan

2003…keluarannya 8,640,000.

Dengan kehadiran syiling 1971 ketangan duacongkak maka, lengkap sudah koleksi tahun bagi syiling 10 sen dari 1967 hingga 2010. Kecuali syiling yang tidak dicetak pada tahun tahun berikut, maka tiada dalam simpanan. Tahun yang tidak dikeluarkan adalah:

1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 dan 1987. (Siri Parlimen)

Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan syiling 10 sen 1994 dan 2003 bolehlah melamar pada duacongkak. Sementara stok masih ada.

Sekeping cuma RM8 sahaja.

 

British Malaya

Duit British Malaya

Ada pelbagai bentuk  dan warna bagi setiap duit British Malaya yang dikeluarkan oleh penjajah di Negara kita. Bagi kita yang lahir selepas merdeka kebanyakannya tidak pernah merasai perjuangan atau pun menggunakan mata wang mereka. Tapi duacongkak, sempat juga guna untuk berbelanja terutama keluaran tahun 60an. Tapi hanya duit syiling QE II saja yang merasa termasuk duit kapal layar. Bagi duit kerbau cuma sekadar dapat melihat sebab waktu tersebut nilainya terlalu tinggi bagi seorang kanak kanak.

Sungguh pun begitu, duacongkak tidak menyimpan walau sekeping pun duit kapal layar yang disuatu ketika dulu pernah guna dan buat belanja. Tapi, duit syiling QE II ada juga menyimpannya sekeping dua sebagai kenangan.

Apa yang duacongkak hendak tunjukkan ini bukanlah duit duit yang dimaksudkan seperti diatas. Tapi hanya sekadar berkongsi saja. Sebenarnya duacongkak mahu pamirkan duit kertas milik orang tua ( ayah ) yang diturunkan kepada anaknya iaitu adik kepada duacongkak. Selepas itu adik menyerahkan pula kepada duacongkak untuk disimpan kerana dia tahu abangnya membuat koleksi secara serius.

Diantara duit kenangan dari Orang Tua Tercinta…termasuklah duit Jepun yang telah pun dikeluarkan sebelum ini. Kecuali duit Jepun One Hundred bertemakan ” getah “. Itu milik duacongkak.

  

Ini adalah duit King George VI keluaran 1941 dan ditanda tangani oleh H. Weisberg. Duit kertas ini hanya sebelah muka saja dan dibahagian belakang adalah kosong tanpa sebarang gambar. Nilai muka hanya 1 sen…Itu nilai dulu yang boleh dibelanjakan bermacam macam. Tapi sekarang duit dengan nilai 1 sen sudah tiada dalam pasaran lagi. Ini kerana pada tahun 2007 adalah pengeluaran terakhir dan digenapkan.

 

Ini pula duit kertas dengan nilai 5 sen. T.Tangan oleh H.Wiesberg size 92mm x 57mm. Duit kertas ini juga hanya sebelah saja di print, sebelah lagi adalah kosong.

Seterusnya.

 

Nilai muka 10 sen dengan size 101mm x 64mm. Duit kertas ini juga hanya sebelah saja yang di print.

Nilai seterusnya adalah note 20 sen dan juga 50 sen. Belum ada lagi dalam milik duacongkak dan perlahan lahan akan mencari juga bila sudah ada modal.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

Duit Jepun Malaya

Duit Jepun Lagi…

Penuhkan semua sekali keluaran duit Jepun Malaya.

Hehe…sebenarnya belum cukup lengkap…masih ada yang belum dimiliki. Ini pun ihsan dari adik kandung yang berikan kepada duacongkak, yang dia tahu abangnya seorang kolektor. (khazanah dari orang tua…My Father tersayang)

  

Note kertas One Dollar Jepun Malaya (sudah dimakan usia)

  

Note kertas Fifty Cents Jepun Malaya. ( Pun sudah dimakan usia)

  

Masih cantik tapi ada tangan gatal pulak…

Note kertas Ten Cents Jepun Malaya.

Tidak banyak info tentang duit duit ini.

Apa pun simpannnnn dulu