naik tangga.

Naik tangga tidak lengkap

Sekian lama menyepi bagaikan sudah hilang serinya, apakan daya sejak kebelakangan ini sentiasa sibuk malah mengadap komputer pun hanya sekali sekala sahaja. Oleh kerana tidak mahu ianya terus sepi, duacongkak selitkan dulu sekeping note RM 50 yang baru sahaja diterima. Bukan menarik sangat pun cuma sekadar suka suka simpan untuk sementara waktu.

Ada orang kata nail tangga atau pun turun tangga bagus untuk dijadikan koleksi tapi yang duacongkak temui tidaklah seperti yang diharapkan…

scan0005a 

Seperti yang dapat dilihat pada gambar ini, apa yang dimaksudkan ‘ naik tangga ‘ iaitu pada nombor sirinya, Prefix E J 5 1 1 2 3 4 5 apa mahu dibuatkan, sebab ianya bermula dengan 5 1 baru angkanya berturutan.

scan0005a1 

Boleh lihat pada bahagian keratan diatas ini, kebiasaannya untuk dapatkan nombor naik bermula  dengan ‘ 0 ‘ hingga ‘ 6 ‘ berturutan dalam pasaran agak sukar sama sekali, mujur juga duacongkak perolehi duit kertas ini yang beredar dalam pasaran, setidaknya dapat juga dijadikan koleksi murahan.

Cuma sedikit keistimewaan pada duit kertas ini iaitu pada bahagian tepinya berlaku sedikit kesilapan pada potongannya.

scan0006a 

Pada bahagian muka depannya agak kurang jelas untuk kita lihat tapi pada bahagian belakang nota ini cuba lihat pada anak panah merah kiri dan kanan. Anak panah merah sebelah kanan menunjukkan keadaan bahagian tepi pada kerangkanya begitu lebar berbanding disebelah kirinya,  bahagian kerangka hampir tiada lagi dan terpotong hingga pada bahagian coraknya. Ukuran duit ini sama besar dengan nota lainnya. Walau pun sedikit namun ianya tetap menarik bila digandingkan dengan nombor prefix yang hampir menjadi angka tangga.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

Duit Sukom 98

Akhirnya berhasil juga untuk mendapatkan koleksi SUKOM yang diidam idamkan.

Pada penghujung bulan Ogos, beberapa hari sebelum menyambut Syawal/Hari Merdeka, duacongkak berhasil juga mendapatkan Note RM 50 yang dikeluarkan khusus untuk SUKOM 98.

 

Bahagian depan dengan memaparkan stadium stadium yang akan digunakan semasa temasya SUKOM.

Bahagian belakang yang memaparkan kemajuan Negara yang menuju ke Negara Maju 2020. Pelbagai pembangunan dihasilkan dengan berdiri megahnya bangunan bangunan yang menjadi mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur.

 

Bahagian dalam yang terdapat pada sampul bergambar…malangnya tiada sebarang gambar atau potret melainkan LOGO SUKOM 98 menghiasinya.

Apakah isi kandungan…?

Sekeping Note Polymer yang cantik dan menarik terselit didalamnya.

RM 50 Polymer SUKOM 98 Printer NPA Australia,

Note ini diedarkan mencecah 500,000 keping sebagai kenangan sempena Sukan Komenwel 98 yang julung julung kali dianjurkan oleh Negara Malaysia dan ditanda tangani oleh Gabenor Tan Sri Dato’ Ahmad bin Mohd Don. Penganjuran SUKOM menjadi kebanggaan kerana Sukan Komenwel adalah acara sukan yang kedua terbesar selepas Sukan Olimpik. SUKOM juga berhasil mengumpul hampir kesemua negara negara bawah jajahan British yang ada suaka politik dalam satu temasha tanpa sebarang masalah.

Tahniah Malaysia.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Apa pun simpannnnn…dulu.

50 TOTAL 50

KENANGAN BULAN PUASA 2011

Sebagai kenangan berniaga di Kota Tinggi di Bulan Ramadhan, pertemuan sekeping note RM 50 yang nombor sirinya genap dengan bilangan 50.

Cuba lihat nombor Prefix pada note 50 ini. B C  8 9 8 8 3 5 9. Bila kita kira pada nombor nombor yang ada ternyata jumlahnya adalah 50. Lihat: 8+9+8+8+3+5+9=50

Kini sudah dua keping dalam simpanan iaitu bagi RM10 dan RM50.

Kita lihat koleksi berikutnya…

Apa pun simpannnnn…dulu

MERDEKA TOTAL 50

Kejutan pada tajuk…

Ini adalah sesuatu yang dinanti nantikan dimana kemunculan sekeping note RM 50 edisi MERDEKA yang bilangannya genap 50. Siapa sangka dibulan puasa dan hampir hampir mahu raya dan disambut pula hari kemerdekaan 31 ogos 2011, sekeping note RM 50 edisi MERDEKA boleh muncul ditangan. Walau pun terdapat 5 siri tapi satu pun sudah puas. Hanya mencari untuk empat siri lagi secara perlahan lahan.

Apa yang istimewanya duit ini…? Mari kita lihat.

Duit kertas ini dikeluarkan sempena Negara Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke 50 tahun dimana pada sisi kanan atas terdapat logo 50. Tidak seperti yang kita lihat pada duit kertas RM 50 yang diguna pakai sekarang. Walau pun bentuknya sama tapi perbezaannya hanyalah pada LOGO tersebut. Bagi siri duit kertas ini BNM keluarkan sebanyak 5 set iaitu bermula dengan Prefix AA xxxxxxx dan diikuti AB xxxxxxx, AC xxxxxxx, AD xxxxxxx dan terakhir Prefix AE xxxxxxx.

Ramai para kolektor yang menyimpan set ini dengan lengkap, lebih lebih lagi dalam gred UNC. Bagi duacongkak pula, UNC agak sukar untuk dibuat koleksi, dapat yang VF pun terasa puas sebab lebih berminat kumpul dari mengejar gred. ( Modal Kecil…)

Sebenarnya duacongkak sudah lengkap untuk siri ini dari Prefix AA hingga AE. Tapi yang menjadi koleksi berikut dari siri yang sama iaitu, kiraan siri nombor yang genap 50. Seperti duit kertas diatas yang pertama ditemui dengan Prefix A E 8 8 8 1 9 7 9. Cuba kira satu persatu 8+8+8+1+9+7+9 jawapannya 50. Mungkin sebelum ini ramai kolektor yang cuba mendapatkan note RM50 Merdeka yang siri nombornya genap dengan bilangan 50 kerana keistimewaanya sebagai memperingati Sambutan Hari Merdeka yang ke 50. Pendapat duacongkak jer…pendapat kolektor lain entahlah…mungkin ada yang mahu melengkapkan koleksi bagi semua siri duit kertas Malaysia dari RM 1 hingga RM 100 dengan bilangan 50.

Apa pun kita nantikan berita dari para kolektor lain yang sudi memberi pandangan mereka, memandangkan duacongkak sendiri baru setahun jagung menimba ilmu numistik. Masih perlu banyak belajar kerana seni dalam sesuatu yang diminati yang sentiasa terbaru cukup menarik.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Prefix Error..?

Satu Pertemuan…

Sekali imbas bila dilihat pada duit kertas ini seperti tiada apa apa yang kelihatan sekiranya dikatakan cacat. Tapi bila ketelitian dilakukan dapat kita lihat dibahagian prefix melintang dipenjuru kiri angka ” 0 ” terlebih kebawah dan tidak sebaris dengan yang lain lainnya.

Lihat pada keratan ini.

Hanya sedikit saja pergerakan angka ” 0 ” tersebut untuk dijadikan satu koleksi. 

Apa pun simpannnnn…dulu.

KESILAPAN…?

PERTEMUAN KALI KEDUA.

Sekian lama menyepi tentang koleksi dan kali ini dimuatkan pula koleksi kedua KESILAPAN yang terjadi keatas sekeping note RM 50 siri ke 12.

 

Sekeping wang kertas RM 50 yang berlaku kesilapan pada cetakan prefixnya. Sebelum ini duacongkak pernah keluarkan siri kesilapan ini dan tanpa diduga rupanya masih ada yang kedua hadir dalam simpanan. Mungkin pelawat tidak perasan dimana yang dikatakan KESILAPAN itu.

Lihat keratannya.

Ini adalah keratan dari wang kertas yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Cuba lihat pada Prefixnya yang telah dicetak kedalam dibawah bayangan logo BNM.

 

Ini pula adalah pertemuan yang terbaru dimana berlaku KESILAPAN cetakan yang sama. Selain itu terdapat kesilapan yang sama pada Prefix tepinya.

Lihat gambar.

   

Dua contoh yang sama disebelah kiri B C 5 6 7 8 5 2 2 adalah pertemuan yang pertama dan bagi B S 3 2 3 4 9 4 2 pula adalah pertemuan yang terbaru. Bila kita lihat prefix biasa yang ada, kedudukan prefix sebenarnya berada dibahagian tengah diantara dua sempadan. Tapi bagi siri ini kedua duanya berada ditepi dan terletak di garisan frame gambar Tunku Abdul Rahman.

Error sebegini mungkin banyak dipasaran setelah duacongkak menemui dua keping yang hampir sama.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Duit Gantian ZC

DARI LAPAN TINGGAL SATU.

Apa maksud ” dari lapan tinggal satu…? “ kejap lagi akan diceritakan. Yang penting kita lihat dulu ” DUIT GANTIAN/REPLACEMENT NOTES RM 50 “.

 

 

 

Replacement Notes ini diperolehi dari seorang kawan yang mengeluarkan duit melalui ATM. Menurut kawan, dia mengeluarkan sebanyak RM 400/= dengan sekali cucuk untuk menjelaskan ansuran bulanan keretanya. Sebanyak lapan keping kesemuanya dengan setiap keping adalah RM 50/= dan kesemuanya adalah Prefix ZC dengan nombor turutan ( running Numbor ). Oleh kerana pada awalnya dia tidak dapat hubungi duacongkak lalu duit tersebut digunakan untuk membayar ansuran keretanya. Mujur juga dia simpan sekeping kerana dia tahu pasti duacongkak berkehendakkan duit ini untuk dijadikan koleksi.

Sebaik saja diberitahu bank mana dia keluarkan lalu, duacongkak cuba keluarkan melalui ATM tersebut dan ternyata apa yang diharapkan sudah tidak berhasil lagi. Siri duit gantian sudah tiada berkemungkinan telah habis diambil orang terutama warga Pontian.

Melihatkan pada siri nombornya rasa rasa boleh mencecah angka 50,000. Apa boleh buat, tiada rezeki dari lapan hanya tinggal satu yang berjaya sampai ketangan.

Apa pun simpannnnn…dulu.