Gelas Kaca (Sunquick)

 

Entry berikut dari gelas kaca Sunquick. Satu satunya pati minuman pilihan yang menjadi hidangan sempena menyambut perayaan. Walau pun jenama lain masih ada, tapi Sunquick lebih dikenali dan digemari. Tiga perasa sunquick tertera pada gelas kaca dalam simpanan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Gelas Kaca (Sunquick06)

 

 

Edisi gelas tahun 2006.

Gelas sunquick BERPERISA EPAL ini dikeluarkan pada tahun 2006 sebagai mana yang anda dapat lihat tanda dalam bulatan bersama anak panah merah putih. Gelas ini diperolehi dari kedai jualan barang barang terpakai di Bandar Pontian. Sudah jadi kelaziman setiap pagi ahad ramai orang akan tertumpu kekedai tersebut untuk mendapatkan barangan yang diinginkan.

PAT PAT NYA, SAPA DAPAT DIA PUNYA.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Gelas Kaca Sunquick08

Gelas Kaca Sunquick berperisa nanas 2008. Pada bahagian bawah gelas ini tertera perkataan Indonesia, tidak pasti samada gelas ini dikeluarkan dari Indonesia untuk edaran di Malaysia/Singapura atau sebaliknya. 

Dengan adanya edisi 2006, 2007, 2008 yang mungkin tidak cukup lengkap tapi sudah memadai untuk disimpan atau digunakan setiap hari. Edisi 2008 yang dimiliki adalah dengan tema NENAS.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Cawan Pepsi

Sepasang cawan pepsi dengan bintang bolasepak.

Sepasang cawan pepsi dengan bintang bolasepak ini diperolehi secara berasingan dari dua tempat yang berbeza. Kedua duanya adalah sama, satu diperolehi dari sebuah kedai pengedar minuman botol dan tin dan satu lagi diperolehi di kedai menjual barang barang terpakai yang terdapat di Pontian.

Setiap hari minggu terpaksa berebut rebut dengan orang ramai yang menantikan pembukaan barang terpakai yang dibawa masuk dari seberang tambak. Tidak mudah untuk kita mendapatkan barangan yang kita kehendaki dan tidak semestinya barang yang dicari dibawa bersama kerana, tokey kedai tersebut lebih mengutamakan peralatan mesin serta barangan elektrik. Pinggan mangkuk hanya sampingan saja yang mungkin untuk buat duit jajan atau duit minyak saja. Dalam sebulan mungkin ada satu atau dua jenis barang yang diperolehi untuk jadikan koleksi. Sebab ramai juga kolektor lain yang turut sama mahukan apa yang duacongkak cari. Ada kalanya hampa kerana diambil orang terlebih dulu…kita hanya putih mata saja.

 

Apa yang menarik pada cawan ini hanyalah bintang bolesepak Brazil penuh aksi dan jenama Pepsi menjadi pilihan. Untuk makluman duacongkak tidak gemar minum airnya…hehhee….jangan marah…

Apa pun simpannnnn…dulu.