10sen 2011

Kemunculan Die Gouge Sniper 2011

Penemuan terbaru dari apa yang duacongkak perolehi baru baru ini, ingin dikongsikan bersama rakan rakan yang sama berminat dengan duit syiling cacat. Mungkin ada diantara rakan rakan yang sudah miliki tapi tidak dikongsikan secara meluas maka biarlah duacongkak pamirkan dalam blog ini sebagai rujukan dan panduan kepada penggemarnya mencari atau mendapatkan sebagai satu koleksi tambahan. 

DSC_1119a

Kali ini duacongkak hanya pamirkan gambar bahagian belakang sahaja berbanding dengan sebelum ini dipamirkan pada kedua dua bahagian muka.

DSC_1119a1

Gambar pertama dan kedua adalah dari syiling yang sama. Lihat pada bulatan biru dimana kita dapat lihat bentuk die gouge yang memanjang terbit dari kelopak bunga raya. Dalam muka buku duacongkak sudah terbitkan dan berkongsi dengan rakan rakan serta mencadangkan apa nama yang sesuai untuk diletakkan sebagai pengenalan pada jenis die gouge ini. Ada diantara rakan muka buku mencadangkan ianya dinamakan sebagai ” SNIPER 2011 “ memandangkan hanya laras sahaja yang kita dapat lihat menjulur dari kelopak bunga.

Tujuan menamakan SNIPER 2011 pada die gouge ini semata mata untuk memudahkan kita mencari dan membandingkan dengan siri die gouge 10sen 2011 yang lainnya yang belum lagi duacongkak terbitkan dalam blog iaitu dari jenis ” BULAN PURNAMA  2011 “. InsyaAllah, bila senang nanti duacongkak akan terbitkan dalam blog untuk semua pengunjung melihatnya. 

DSC_1120a

Gambar atas ini adalah siri syiling 2011 yang kedua mempunyai Die Gouge SNIPER 2011. Perbezaan diantara kedua dua syiling ini iaitu pada syiling ini terdapat kesan lekuk serta kelihatan seperti RIM CUD disebelah angka ” 20 “. Ini menunjukkan Die Gouge SNIPER 2011 banyak dalam edaran cuma sukar ditemui kerana sudah beredar serata negeri. Perkataan  ” banyak ” yang digunakan bukan bermakna ianya mudah dapat tapi lebih kepada maksud bila ditemui lebih dari satu dalam bentuk yang sama berarti ianya masih ada dalam edaran cuma kita mudah temui atau tidak.

DSC_1120a1

Gandingan gambar syiling 10sen 2011 dari dua kepingan yang berbeza, semoga kita dapat mencari lagi contoh syiling ini yang masih berlegar dipasaran untuk dijadikan sebagai satu koleksi.

DSC_1119a1-a3

Apa pun sama sama kita mencari dan mengumpul jenis jenis kecacatan yang masih berlegar dipasaran sebagai hobi yang tidak menyusahkan orang mahu pun menyakiti hati sesiapa. Ianya lebih kepada ‘ syok sendiri ‘.

Apa pun sama sama kita berkongsi maklumatnya.

10sen 1988 (2)

dulu dan kini.

Sebelum ini duacongkak pernah terbitkan kisah syiling 10sen 1988 seperti dalam gambar dibawah ini dan tidak semena mena bila proses untuk mengenakan baju pada syiling cacat yang terbiar, telah temui semula sekeping lagi syiling 10sen 1988 yang kecacatannya berlainan sikit dengan apa yang ditunjukkan.

Kita lihat gambar kiriman seterusnya.

DSC_0658a1-a2

Gambar bawah adalah syiling 10sen 1988 yang dimaksudkan. Jika dilihat pada bahagian kecacatan seperti gambar diatas dan gambar dibawah mungkin ianya tidak sama. Sekali pandang seperti tiada apa apa kecacatan pada syiling yang baru ditemui ini. Pada gambar kurang jelas tapi sebenarnya dihujung angka ” 1 ” terdapat sedikit kecacatan die chip. Pada angka ” 0 ” pula sememangnya tiada die chip sebagai mana syiling diatas..

DSC_0990a

Kita teruskan dengan melihat bahagian depannya pula, apa yang tertera pada syiling ini iaitu dibahagian bulan dan bintang. Kecacatan ini berbeza sekali dengan syiling pertama dimana lebihan metal yang kita lihat ada pada bulan sabit dan juga bintang.

DSC_0991a

Cuba perhatikan pada keratan gambar dibawah ini dan lihat die chip yang terjadi pada bulan sabit. Ianya bermula dari bahagian tengah hingga ke hujung sebelah bawah. Pada bucu bintang juga kita dapati die chipnya terjadi. Ada penambahan die chip berbanding pertemuan yang pertama dimana ada beberapa bucu bintang terutama dibahagian dalam. 

DSC_0991aa1

Tiada penjelasan yang dapat dimuatkan dalam keluaran kali ini melainkan ianya diberikan baju serta disimpan dengan baik agar ianya tidak hilang atau terguna pakai tanpa disedari.

apa pun simpan dulu.

tqvm

10sen 1988

Die Chips Obv n Rev.

Banyak penemuan yang boleh kita temui kecacatan pada setiap syiling Malaysia, diantara jenis jenis kecacatan menjadi daya tarikan untuk dijadikan koleksi termasuk dari jenis Die Chip atau pun Die Gouge samada ianya berlaku dibahagian muka depan atau pun disebaliknya.

Sebelum ini pun sudah banyak duacongkak terbitkan berkaitan syiling die chip dari setiap siri syiling keluaran Malaysia samada Parlimen, Bunga Raya dan juga siri terbaru s3M yang baru dilancarkan pada tahun 2012. Juga setiap siri tersebut hampir kesemua nilai muka turut duacongkak tampilkan dan kali ini duacongkak ingin berkongsi dengan syiling keluaran siri Parlimen dengan nilai mukanya cuma 10sen.

Agak istimewa sikit keluaran kali ini dimana penemuan Die Chip Error terjadi pada syiling 10sen 1988 yang diantaranya adalah jumlah pengeluaran kedua paling sedikit bagi siri Parlimen iaitu sebanyak 17,852,262 keping sahaja. 

DSC_0660a

Muka depan yang kita lihat diatas adalah bentuk cetakan bagi syiling 10sen 1988, bila diteliti pada bahagian bulan dan bintang, nampak jelas Die Chip Error yang terselah benjolannya. Ianya mungkin boleh dikatakan sebagai Die Gouge error memandangkan dot yang kelihatan agak besar dan timbul tidak seperti die chip error yang kita boleh kesan kejadiannya disebabkan oleh acuan pecah atau pun serpih.

Lihat pula gambar bawah dimana keadaan Die Chip Error yang ada.

DSC_0658a

Perhatikan pada angka (1) dan juga (0) untuk tanda nilai 10sen. Pada bahagian hujung angka satu kelihatan sedikit Die Chip Error begitu juga dengan angka “0” disebelah kanan atas. Kesan yang kita dapat lihat pecahan pada acuan yang agak memanjang.

Untuk kepastian cuba lihat gambar bawah dimana duacongkak sudah tandakan bahagian yang dikatakan Die Gouge Error dan juga Die Chips Error. 

DSC_0658a1-a2

Contoh lebih jelas lagi lihat sahaja keratan gambar dibawah ini.

DSC_0658a1a

Juga kita boleh lihat keratan gambar dibawah.

DSC_0660a1a

Sekiranya gambar yang ditunjukkan agak kurang memuaskan harap maaf saja  Gambar diambil oleh juru foto yang tidak bertauliah dan tiada sebarang pengalaman atau pendidikan.

Moga apa yang ditampilkan kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk cuba dapatkan atau bertemu dengan jenis jenis kecacatan yang lebih baik lagi.

Apa pun simpan dulu.

10sen 2008 DDO

gegar V2

Diantara syiling Malaysia yang sukar ditemui dalam edaran kecuali rajin membelek satu per satu,  kalau untuk dapatkan siri tempaan tahun 2008 sememangnya banyak cuma yang ini agak berbeza sikit.

DSC_0698a   

Apa yang membezakan dari syiling ini?

Satu persoalan yang selalu didengari dari mulut rakan rakan tiap kali melihat duacongkak meneropong syiling, bagi yang kurang berminat, kita terang macam mana pun pasti kita dengar perkataan ” tidak faham ” sampai kita naik bosan sebab mereka asyik bertanya. Tapi bagi yang ambil peduli cuma tidak berminat tentang kecacatan, sekali tunjuk mereka sudah faham. Bagi yang tidak berminat ini kebiasaannya kurang ambil perhatian pada setiap seni yang ada disekelilingnya atau setidaknya mereka ini mungkin berminat pada benda lain, almaklum saja, apa yang kita minat ini adalah terlalu rumit dan meremehkan.

DSC_0701a

Apa yang hendak ditunjukkan disini adalah siri Double Die Obv Error untuk syiling 10sen 2008 V2, terus sahaja layan pada keratan gambar dibawah ini. Beberapa bahagian corak congkak dan tikar ada sedikit kesan DD yang dapat dilihat. Gambar diambil kurang memuaskan dan mungkin sukar untuk melihatnya, dengan itu duacongkak sudah tandakan dengan anak panah untuk memudahkan kita perhatikannya.

DSC_0701a2

Gambar bawah ini di dekatkan lagi.

DSC_0701a1

Keratan gambar paling bawah diambil dengan mengurangkan cahaya dan mungkin dapat lihat dengan lebih jelas lagi kesan gandaan yang ada. Cuma kesan gandaan pada lubang congkak tidak berapa jelas, sudah beberapa kali diambil tapi gambarnya kurang jelas. DDO 2008 ini paling jelas dapat dilihat pada lubang congkak yang hampir dengan kepalanya.

DSC_0709a1

Perkongsian ini semata mata memberi peluang kepada pembaca untuk cuba dapatkan siri sama dan lihat sendiri didepan mata, sememangnya amat unik sekali DDO pada setiap syiling Malaysia ini.

Kita sambung lagi dilain keluaran.

TQVM 

10 sen di bahagi 2

10 sen 1982

Telah sekian lama menyepi dengan blog tidak terisi, tentu ramai yang ternanti nanti, apakan daya segalanya tidak menjadi, toleh kekanan toleh kekiri, banyak kerja yang perlu dihadapi, hinggakan hobi tidak diperduli, mungkin keluaran kali ini, entah bila akan diterbitkan lagi, segalanya belum pasti.

Die Crack RtoR yang menyerlah ditengah tengah pernukaan duit syiling tempaan tahun 1982 siri Parlimen ini amat menarik sekali, sayangnya disebabkan terlalu jauh dia merantau hingga melebihi 30 tahun, maka keadaan yang diperolehi amat menyedihkan. Sepatutnya dari awal kelahiran, ianya dijaga dan dibela dengan baik, tapi apakan daya…setiap tangan yang menerimanya tidak memahami akan kesusahan yang dia hadapi. Keadaan dirinya sudah hampir terputus dua namun tangan tangan masih membiarkan ianya beredar kesana sini. Bila sampai ketangan duacongkak, terasa kasihan pula dan terus diambil dan akan diberikan baju serta letakkan dalam rumah yang sederhana.

DSC_0420a

Beginilah kecederaan yang dihadapi oleh sekeping syiling tempaan tahun 1982, dari apa yang diperhatikan, ianya tidak menyendiri, pasti ada rakan rakannya yang lain dan masih beredar kesana sini, mujur sekiranya rakan rakan lain sudah diselamatkan oleh seseorang…kiranya diselamatkan sejak awal sudah pasti rakan yang lain masih cantik, bersih, menyerlah dalam baju yang lebih mahal dan dijaja kesana sini dengan nilai yang tinggi.

DSC_0421a

Amat jarang kita temui keadaan belahan yang amat ketara sebegini dan bagi duacongkak, ini adalah buat kali pertama dilihat bagi sekeping syiling 10sen tempaan 1982 siri Parlimen. Sebelum ini dipamirkan 10sen siri bunga raya tempaan tahun 2005 dan ada juga untuk tahun 2006 oleh rakan bloger dan rakan muka buku. 

Apa pun layannnnn…dulu.

10sen buta

Variety 2008

Melihat pada tajuk diatas tertulis 10sen buta. Apakah maksud 10sen buta itu dan apa yang menariknya. Pada keluaran kali ini duacongkak ingin berkongsi dengan rakan rakan dan juga pengumpul syiling error dan variety. Tidak kira ianya cacat atau ralat besar mahu pun yang sekecilnya. Ini kerana duacongkak sendiri sekadar suka suka mengumpul duit syiling yang lain dari kebiasaan kita lihat setiap hari.

Bagi syiling 10sen 2008 terlalu banyak variety yang boleh kita lihat dan diantaranya variety yang ingin ditunjukkan adalah apa yang duacongkak perkatakan iaitu siri buta.

DSC_0134a

Sebagai mana yang kita ketahui dalam permainan congkak, dalam pusingan pertama pasti ada seorang pemain akan kalah dan pasti ianya akan hilang satu atau dua lubang yang disebut sebagai lubang buta. Masa zaman kanak kanak dulu ianya dipanggil lubang terbakar. Dalam pusingan kedua, yang menang tapak akan berjalan dahulu dan akan mengatur langkah mengutip sebanyak mungkin buah congkak dari pihak lawan. Paling menarik sekali bila lubang yang buta atau terbakar itu cuma satu sahaja. Sekiranya orang itu mahir dalam permainan congkak sudah pasti akan menyapu bersih hingga menyebabkan lawannya mengalami kekalahan yang teruk dengan menambahkan lagi lubang buta atau terbakar itu. Kiranya pemilik lubang buta atau terbakar telah menang tapak dan berjaya jalan dahulu maka sudah pasti pihak yang mempunyai lubang congkak yang penuh akan mengalami kekalahan teruk pada pusingan ketiga dan lubang congkaknya pula akan buta lebih dari satu.

Syarat semasa bermain congkak dimana kita tidak boleh memasukkan buah congkak dalam lubang buta atau terbakar tersebut kerana ianya sudah tidak boleh diguna pakai. Sekiranya dimasukkan juga bermakna buah congkak itu akan dirampas oleh pihak lawan dan permainannya tamat dan tidak boleh berjalan lagi. Ada diantara pemain yang sengaja memasukkan dalam lubang buta ini kerana mengelak dari perjalanan dalam permainan mati dalam lubang kosong. Ada juga yang mengelat dengan sengaja tidak memasukkan buah congkak dalam rumahnya sendiri. Berbagai cara digunakan dan kekadang sengaja melakukan penipuan dalam permainan kerana yang penting mahu menang. Kecekapan mata dan kepantasan tangan perlu ada bagi setiap pemain kerana ada pelbagai cara hendak menipu dan bagi yang menipu juga mesti pantas sampai pihak lawan tidak dapat mengesannya. Sebagai contoh menyelit buah congkak dicelah jari yang paling sukar untuk dikesan.

Melalut pula sampai cerita cara permainan congkak.

DSC_0135a

Berbalik semula dengan tajuk diatas. Pada setiap syiling 10sen siri kedua atau siri bunga raya, kita dapat lihat temanya adalah papan congkak yang diletakkan diatas sebidang tikar. Mungkin ramai yang perasan setiap lubang congkak ada miliki buahnya kecuali satu sahaja lubang yang tidak mempunyai buah congkak. Cuba perhatikan pada lubang ketujuh disebelah atas dimana setiap siri tahun tempaan, buah dalam lubang congkaknya tiada. Kalau dikirakan dalam permainan ianya dikatakan lubang buta atau lubang yang terbakar dan permainan congkak ini adalah dalam pusingan yang kedua.

Tapi, apa yang ada pada syiling 10sen 2008 ini adalah lubang buta tanpa buah dibahagian tengah iaitu pada lubang ke empat. Sebenarnya sudah lama duacongkak perasan lubang ke empat untuk syiling 10sen 2008 ini kosong tanpa buahnya dan kali ini baru duacongkak muatkan dalam blog untuk tontonan. Ianya mudah ditemui dan keluarannya boleh dikatakan banyak. Ada diantaranya lubang keempat memiliki sebiji buah congkak sebagai mana biasa kita lihat. Jika dibandingkan yang ada buah congkak dengan yang kosong, sudah tentu lebih banyak pada yang ada sebiji buah congkak dari yang kosong atau buta ini.

DSC_0135a1

Gambar diatas adalah contoh yang paling mudah untuk kita lihat dimana keadaan lubang congkak yang tiada buahnya. Selain dari keluaran tahun 2008, kita juga boleh temui syiling 10sen buta ini pada keluaran tahun 1989, 1990 dan 1991. Mungkin sudah ramai yang perasan dengan keadaan syiling keluaran untuk tahun yang disebutkan, tinggal lagi tidak dipamir atau diketengahkan sebagai rujukan.

Apa yang dilihat ini bagi duacongkak tidak berani katakan ianya sebagai Filled Die Error kerana ada kemungkinan ianya adalah satu variety untuk tahun 2008, begitu juga pada siri Tahun 1989, 1990 dan 1991.

Harap maaf kerana duacongkak tidak muatkan sekali gambar syiling 10sen keluaran  lainnya seperti yang diperkatakan ini kerana keadaannya adalah sama.

Apa pun layan dulu… 

Barat ke Timur

Die Crack RtoR (major)

26/07/2013 selepas berbuka puasa sambil berehat rehat ditempat tugas, cuba belek sedikit duit tukaran syiling 10sen lebih kurang RM50. Tidak banyak hasil yang diperolehi dan diantara yang ditemui adalah sekeping syiling yang cukup teruja untuk menatapnya. Tanpa berlengah lagi terus sahaja ambil kamera lalu snap gambarnya. Balik dari kerja tanpa membuang masa mula muatkan dalam blog untuk perkongsian dengan rakan rakan pengunjung setia.

DSC_0208a  

Cuba lihat gambar syiling 10sen dibahagian reverse yang ditempa pada tahun 2005. Apa yang dapat kita lihat satu garisan besar melintang diatas bunga raya bermula dari huruf ‘ N ‘ hingga ke huruf ‘ A ‘.

DSC_0207a

Gambar bawah diambil dengan menutup cahaya lampu kamera dengan kertas putih keras untuk dapatkan imej yang lebih jelas.

DSC_0206a

Kebiasaan yang pernah dilihat Die Crack begini pada syiling 1sen 1988 milik rakan. 

DSC_0208a-a1

Amat jarang ditemui dalam siri bunga raya melainkan dari jenis Minor Die Crack Error.

Apa pun layan dulu…