Royal Silver Wedding

Setem yang dikeluarkan pada 01hb Dec.1949

British – Malaya mengeluarkan setem ini dalam dua bentuk dan dicetak serta diedarkan untuk kesemua negeri Tanah Melayu yang ketika itu di kenali dengan Malaya.

Nilai setem tersebut adalah 10 sen (violet) dan $5 (3 warna # 1 negeri 1 warna sahaja).

   1/2

      1/2

1/2

Tiga siri setem yang sama dengan nilai 10 sen sebagai contoh ini dikeluarkan kepada tiga Negeri dalam Malaya iaitu:- Malaya-Singapore, Malaya-Johore dan Malaya-Selangor. Untuk negeri negeri lain juga adalah sama dan hanya berbeza pada cetakan nama Negeri sahaja.

Bagi siri 10 sen (violet) jumlah cetakan berbeza beza bagi setiap negeri,

 Begitu juga siri $5 (pelbagai warna antara negeri) dimana cetakannya lebih dari separuh berkurangan dari siri 10 sen…

Contoh Negeri Melaka:- 10 sen >> 375,006 dan $5 (Brown) >> 18,889 saja.

Negeri Kelantan:- 10 sen >>346,182 dan $5 (Carmine) >> 20,723

Negeri Selangor:- 10 sen >> 1,252,340 dan $5 (Green) >> 25,151

Setem yang dipamirkan ini tidak lengkap semuanya…Terdapat Negeri negeri lain di Tanah Melayu yang tiada dalam simpanan. Begitu juga dengan nilai $5…Satu siri pun tiada maka tidaklah dapat untuk Duacongkak perkenalkan bentuknya kerana setiap negeri berbeza warna.

**Sedikit info:- Bagi siri ini pada bahagian Borneo, cetakan juga sama cuma berbeza pada nilai dan warna. Cetakan untuk siri 10 sen, bagi Borneo nilai cetakan adalah 8 sen ( Scarlet ) dan untuk siri $5 di Borneo cetakan nilainya $10 (Mauve).

 

Advertisements

Malaya – Singapore 1955

Definitive Series 1955 – 1961

Rupa bentuk Definitive Series Pertama yang dikeluarkan dengan wajah Queen Elizaberth II khusus untuk Kerajaan  Singapore = Malaya.

Definitive Series  ini dikeluarkan bermula pada 04/09/1955 bersama FDC bilangan yang ke lima. Untuk mereka yang berminat dengan setem…Duacongkak hanya dapat pamirkan rupa bentuk setemnya sahaja. FDC tiada.

 
 
 
 

 

1/15

 

2/15

3/15

3/15a

4/15

5/15

6/15

7/15

9/15

10/15

11/15

12/15

Kita boleh lihat satu persatu siri ini dan lihat juga bilangan dibawah setiap setem. Untuk makluman, Bagi siri 8/15 sememangnya tiada dalam simpanan Duacongkak. Nilai muka pada setem tersebut adalah 12c. Warna Rose-Carmine.

Seterusnya untuk siri $1, $2 dan $5 bagi melengkapkan semua 15 siri yang dikeluarkan pada edisi Definitive Series ini. Bagi nilai $1 akan disisipkan dalam kiriman lainnya. Nilai $2 dan $5 tiada dalam koleksi….!!

Definitive Issue

 

Keluaran setem ini sama tapi berlainan Tahun.

Siri ini dikeluarkan pada 15/07/1974 dan diikuti pula dengan Tahun 1975 bulan Ogos 13 haribulan. Kedua dua siri dan bentuk serta warnanya sama, duacongkak tidak dapat membezakan diantara kedua dua siri ini, mana yang keluar terlebih dulu. Melainkan sekiranya terdapat FDC barulah boleh dijadikan rujukan.

4/16

5/16

6/16

9/16

10/16

 

 

 

Hanya terdapat 5 keping dari 16 siri yang dikeluarkan. Namun begitu tidak pasti kelima limanya keluaran Tahun ke berapa kerana ada dua siri dalam bentuk yang sama iaitu 15/07/1974 dan 13/08/1975 

1974 Wmk.Block dan 1975 Wmk.Spiral

 

Setem Borneo ” Sarawak “

 

Sekeping setem dari 26 edisi 1934. Sekadar memperkenalkan saja…

8 sen 1934

  Setem ini dikeluarkan bermula dengan nilai 1 sen hingga $ 10. Terdapat beberapa siri di ulang cetak iaitu: bagi setem 2 sen, 3 sen, 5 sen, 8 sen, 12 sen, dan 15 sen. Cetakan semula dengan perubahan warnanya dibuat pada 1st May 1941. Bagi setiap setem yang diulang cetak..harganya lebih mahal dari setem keluaran asal tahun 1934…

Siri setem ini juga dicetak khas untuk B.M.A. ( British Military Administrations). Ia dikeluarkan dengan bentuk asal tapi di cetak huruf B.M.A. sebagai perbezaan. Dikeluarkan pada 17.Dec.1945 Potret pada setem adalah Sir Charles Vyner Brooke. Ini saja info yang ada..