” Dime USA “

Mungkin yang ini juga salah satu dari yang minor ERROR.

   

Imej pertama One Dime Liberty USA 2000

   

Imej kedua yang di tempa pada tahun 1985.

Coin ini ukur lilitannya 17.91 mm dan Ketebalan 1.35 mm.

Apa yang menariknya adalah salah satu coin ini iaitu bagi imej kedua ada sedikit kecacatan yang mungkin berlaku semasa kerja kerja menempa. Cuba lihat bahagian yang telah di kotakkan dengan kotak merah. Bahagian pertama  ( obverse ) tulisan ” LIBERTY “. Bahagian atas tulisan seperti tidak lengkap dan tidak nampak jelas ejaannya. Bagi kotak kedua pula perkataan ” IN “ dan  ” WE “ dimana huruf  ” I ”  untuk IN tidak kelihatan dan bagi tulisan ” WE “ pula hampir keseluruhannya tidak tercetak. Seterusnya kotak ketiga menunjukkan tahun yang ditempa iaitu 1985. Pada tulisan tahun 1985 bagi angka ” 5 “ hampir hilang dari cetakan.

Untuk gambar berikut ( reverse ) cuba lihat ejaan ” UNITED STATES “ dimana sebahagian tulisannya kurang jelas. Usia syiling ini sudah menjangkau 26 tahun tapi tidak mungkin kerana usia boleh berlaku perubahan.

Yang penting…

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Advertisements

Macam ERROR je…

Coin U S A Quater Dollar.

   

Syiling Amerika ini dengan nilai Quater Dollar yang dikeluarkan pada Tahun 1994. Kita lihat pula syiling yang sama tapi dikeluarkan pada tahun yang berlainan.

   

Syiling Amerika yang kedua ini dikeluarkan pada tahun 1996.

Apa yang menariknya…? Nanti dulu sebab ada satu lagi untuk dibuat perbandingan, setelah itu barulah senang untuk diterangkan.

 

Syiling ini pula dikeluarkan pada tahun 1973

Setelah cukup tiga set duit syiling ini biarlah diterangkan satu persatu. Pertamanya cuba

lihat imej yang memaparkan gambar potret. Tumpuan kepada bahagian anak panah

merah. Imej 1 dan 2 hampir sama cetakannya tapi cuba lihat imej ke 3, bahagian rambut

amat kertara sekali perbezaannya. Mungkinkah kerana sudah haus dek kerana usia syiling

itu sendiri? Hanya pakar saja yang dapat berikan jawapan sebab selain pada bahagian

rambut, kita boleh lihat juga bahagian tulisan ” LIBERTY “ dan juga cetakan TAHUN di

mana kedudukannya rapat dengan rim.

Mungkin ada rakan yang sudi beri penjelasan dan berkongsi pendapat.

Apa pun mari kita lihat bahagian potret HELANG pula. 

      

 Dua bahagian keratan gambar yang diambil dari tahun 1994 dan 1996.

Kita lihat pula keratan gambar 1973.

   

Tiga keratan gambar ini cuba lihat bahagian anak panahnya, Dua keratan diatas kita

dapat lihat bentuk daunnya berlubang ditengah atau bahasa mudahnya berlurah

kedalam. Cuba lihat pula gambar ketiga bagi keluaran 1973, Bentuk daunnya RATA tanpa

garisan tepi . Bahasa mudah adalah

bagi duit syiling keluaran 1973, bentuknya agak kasar sikit buatannya kerana banyak

 bahagian yang kita nampak cetakannya mengembang. Terutama pada HURUF ” A “.

Apa pun simpannnnn…dulu.

pelbagai coin

Duacongkak ingin mengabadikan koleksi coin coper dari negara negara luar dalam blog ini sebagai kenangan serta rujukan kepada sesiapa juga yang melayari blog duacongkak.

Sebagai jiran tetangga inilah rupa bentuk coin dari Thailand dengan nilai 10Bath yang dulunya berupa sekeping note kertas. (akan dimuatkan dalam sedikit masa lagi) Istimewanya coin ini kerana dia ada dua bahagian dalam satu set bulatan.

Ini pula coin dari Negara S’pura nilai DS$1 dan 5 sen 1995

Dua jenis coin dari Indonesia dengan nilai 100 Rp 1997 dan 50 Rp 1994

dua jenis lagi dari Negara matahari terbit ( Jepun ) dengan nilai 4 Yen, rupa bentuknya berlubang ditengah dan 10 Yen lebih kemerahan.

Sekeping coin one cent USA 1989. Harap maaf kerana kedudukan kepala orang kebawah. Sebenarnya ia adalah kedudukan yang asal.

Kepada sesiapa yang belum pernah melihat coin dari Negara Nepal ini bolehlah komen sikit. Duacongkak sendiri tidak sedar bila berada dalam simpanan. 50th Anniversary of the United Nations Nepal 1945-1995 Nilai muka Re. 1

( SEMUA COIN INI TIDAK MENGIKUT SAIZ SEBENAR ) SORRY