Speaker n Radio (2)

Jumpa terus beli

Penyudahnya keluar juga speaker tin dari jenama Coca Cola, sebagai mana penerangan pada keluaran speaker Pepsi Cola, bagi tin Coca Cola ini sama saja. Kebetulan waktu melihat benda ini didapati kedua dua jenama ada bersama maka kedua duanya dibeli untuk dijadikan koleksi. Waktu sunyi boleh juga mendengar siaran radio.

 

Corak yang terdapat pada bahagian badan tin Coca Cola yang dapat kita lihat.

Tin ini datangnya dari negara China dan keratan ini juga menunjukkan bahagian dimana kita boleh mencari siaran radio mana yang kita suka.

Gambar kedua dua tin ini disatukan, walau pun berbeza jenama tapi kotaknya adalah sama.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Speaker n Radio

Jumpa terus beli.

Koleksi kali ini diperolehi semasa merayau rayau di pasaraya, bukan ada niat untuk berbelanja apa apa tapi sekadar cuci cuci mata. Bila sudah ternampak disebuah kedai hand phone kaki terus terhenti dan mendapatkan barangan didepan mata.

 

Mula mula kita layan kotak yang menarik perhatian sewaktu bersiar siar dalam pasaraya.

 

Keadaan sekeliling kotak yang kelihatan begitu ceria. Kita lihat pula apa isinya…

Sebiji can Pepsi dengan tulisan Cina, bila lihat pada kotak kelihatan gambar tin Coca Cola lebih menyerlah tapi isinya adalah Pepsi Cola. Tin ini bukanlah berisi air tapi ianya adalah sebuah Speaker dan ada pula radio yang boleh didengari. Selain radio, tin ini juga boleh disambung pada mana mana PC atau pun LT untuk mendengar.

Kedudukan speakernya dibahagian atas tin Pepsi Cola.

Bahagian untuk di cucuk cucuk wayar…

Bahagian lain pada tin Pepsi Cola yang dimiliki.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Gelas (Pepsi Cola)

HAVE A PEPSI DAY

 

Gelas Pepsi Cola dengan lima tulisan HAVE A PEPSI DAY dalam dua warna berselang, merah dan biru. Ianya dicetak pada satu bahagian sahaja.

 

Pada gambar bahagian kedua tanpa cetakan dan dapat lihat logo dan tulisan dalam keadaan terbalik. Gelas ini diperolehi semasa pergi ke Rengit Batu Pahat bersama keluarga. Tak ada niat pun nak dapatkan barang begini, tapi bila dah jumpa tak kan nak biar saja. Belek belek dan tenguk barang pun masih baik lagi…sambar je laa…

Apa pun simpannnnn…dulu.

Gelas Pepsi Cola

Have a Pepsi Day!

   

Sebiji gelas Pepsi dengan tema ” Have a Pepsi Day! “. Gelas ini terdapat tulisan biru dibahagian bawah seperti yang dapat dilihat pada gambar diatas. Tulisan biru itu berbunyi: ” BOTTLED BY YEO HIAP SENG LTD UNDER THE AUTHORITY OF PEPSICO INC. NY. USA

Tahun berapa dikeluarkan gelas ini tidak pasti. Cuba lihat pengenalan pada bahagian tapak gelas pula.

 

Pada bahagian tapak gelas ini ada tulisan timbul disebelah kanan yang berbunyi: PASARI dan dibahagian tengahnya pula huruf PS dalam bulatan. Sebenarnya duacongkak tidak faham semua tulisan tersebut dan tujuan di jelaskan ini semata mata untuk otai otai yang lebih arif tentang sejarah Pepsi Cola dan juga mana mana yang sudi berkongsi pendapat untuk memberi infonya. Gelas ini juga tidak pasti keluaran dari negara mana tapi yang pasti Yeo Hiap Seng adalah dari Malaysia yang mendapat kebenaran dari Pepsico Ltd. NY. USA untuk di botolkan. 

Kenapa Yeo Hiap Seng mendapat lesen sedangkan apa yang kita tahu Pepsi Cola di Malaysia diedarkan oleh Permanis (M) Sdn Bhd.

Sesiapa yang sudi beri jawapan dipersilakan…baru kongsi namanya.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Cawan Pepsi

Sepasang cawan pepsi dengan bintang bolasepak.

Sepasang cawan pepsi dengan bintang bolasepak ini diperolehi secara berasingan dari dua tempat yang berbeza. Kedua duanya adalah sama, satu diperolehi dari sebuah kedai pengedar minuman botol dan tin dan satu lagi diperolehi di kedai menjual barang barang terpakai yang terdapat di Pontian.

Setiap hari minggu terpaksa berebut rebut dengan orang ramai yang menantikan pembukaan barang terpakai yang dibawa masuk dari seberang tambak. Tidak mudah untuk kita mendapatkan barangan yang kita kehendaki dan tidak semestinya barang yang dicari dibawa bersama kerana, tokey kedai tersebut lebih mengutamakan peralatan mesin serta barangan elektrik. Pinggan mangkuk hanya sampingan saja yang mungkin untuk buat duit jajan atau duit minyak saja. Dalam sebulan mungkin ada satu atau dua jenis barang yang diperolehi untuk jadikan koleksi. Sebab ramai juga kolektor lain yang turut sama mahukan apa yang duacongkak cari. Ada kalanya hampa kerana diambil orang terlebih dulu…kita hanya putih mata saja.

 

Apa yang menarik pada cawan ini hanyalah bintang bolesepak Brazil penuh aksi dan jenama Pepsi menjadi pilihan. Untuk makluman duacongkak tidak gemar minum airnya…hehhee….jangan marah…

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Cawan Pepsi

Cawan Plastik Pepsi Michael Jackson

 

  

Cawan plastik ini hanya satu sahaja tapi mahu jelaskan kedudukan gambar adalah sama depan dan belakangnya. Apa nak buat, hanya satu dalam simpanan, rasa rasanya mug/ cawan plastik ini pasti ada beberapa jenis atau bentuk yang dikeluarkan khusus dengan nama Michael Jackson.

Hmm…apa pun simpannnnn…dulu!

 

Jag Air Pepsi

Post kali ini mungkin tidak berapa menarik. tapi cukup sekadar menampilkan koleksi yang ada dalam simpanan sebagai tatapan semua.

 

Jag air dari pepsi dengan tema Star Wars. Diperolehi semasa meninjau barangan lama di kedai jualan barang terpakai. Selalu juga tinjau tinjau barangan dikedai tersebut, tapi amat sukar untuk menemui barangan yang boleh dijadikan koleksi. Bila terpandang saja jag air ini hati berdetik juga sebab ianya adalah keluaran dibawah tajaan Pepsi. Tanpa berlengah terus jumpa tuan kedai dan bertanyakan harganya. Bila terasa harga berpatutan maka bertukar tanganlah ia dan dibawa balik kerumah.

 

Bahagian muka sebelah lagi muenunjukkan logo Pizza Hut. Sudah pasti jag ini dikeluarkan semasa pelancaran filem Star Wars dan ditaja pula oleh Pepsi bersama Pizza Hut. Sayang sekali gelas atau cawan tiada pula. Jika tidak sudah tentu koleksi ini lebih menarik untuk disimpan.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Gelas Kaca

Nak cerita bab gelas kaca pengetahuan cetek, diluar sana lebih ramai otai otai yang mahir dan berpengetahuan tinggi. Nak hentam kromo ikut sedap hati nak tulis nanti apa kata para kolektor. Jadi sekiranya blog ini tidak memuatkan maklumat terperinci harap maaf sebab koleksi sekadar suka suka untuk memenuhkan masa lapang dan menyemakkan almari perhiasan dalam rumah. Kali ni nak semakkan dalam blog pulak…

Hehheeee…apa cerita ni.?

Apa lagi kalau bukan gelas Pepsi Cola yang terpampang diatas sekali. Gelas ini dikeluarkan sekitar awal Tahun 70an. Pasti ramai para kolektor miliki dan menyimpannya dan duacongkak saja muatkan dalam blog ini sebagai ulang tayang kepada umum.

( Sekiranya maklumat salah harap diperbetulkan atau pun tegur saja…Open mind )

 

 

Dua keping gambar diatas menunjukkan keratan pada bahagian gelas kaca Pepsi Cola. Terdapat dua tulisan iaitu tulisan mudah dibaca dan satu lagi mudah dibaca juga tapi pada orang tertentu dan memahaminya. Bagi duacongkak harap maaf la…Belajar pun setakat Sekolah Menengah jer…

 

Lihat anak panah merah. Ini adalah bahagian tapak gelas, anak panah menunjukkan crown sebagai logo pengilang yang mengeluarkan setiap gelas. Crown ini ada beberapa bentuk dan diantaranya crown seperti diatas adalah kecil jika dibandingkan dengan bentuk five-pointed crown. Bagi peminat setem pasti perasan pada setem setem zaman British yang ada watermark crown. Jika dilihat crown pada gelas ini boleh dikirakan sebagai Multiple Script CA cuma ada sedikit perbezaan saja.

( Guyz…6 biji gelas Pepsi ini sudah siap sedia bertukar tangan…seperti dijanjikan )

Apa pun simpannnnn…dulu