World Cup 66

Setem Piala Dunia 1966

 

Setem kenangan piala dunia yang diadakan pada tahun 1966. Hanya sebentuk saja yang tersimpan dalam kenangan dan dipamirkan dalam blog ini untuk tatapan umum.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Advertisements

Setem British

Setem British tajuk ” LANDSCAPES “

Setem Antrim / N. Ireland

 

Setem ini dikeluarkan oleh Harrison and Sons Ltd.

 

View near Hassocks Sussex

Setem ini dikeluarkan oleh Harrison and Sons Ltd.

Terdapat empat jenis kesemuanya dan dua yang tiada adalah bagi siri HARLECH CASTLE, WALES. 1s 3d dan

CAIRNGORM MOUNTAINS, SCOTLAND. 1s 6d

Setem Landscapes diatas dikeluarkan pada 02/05/1966

BRITISH BIRD 1966

  

Blackbird diguna pakai pada 31 Ogos 1966

Setem ini dikeluarkan oleh Harrison and Sons Ltd.

Terdapat empat jenis kesemuanya dengan yang pertama:-

BLACK HEADED GULL, 4d

BLUE TIT, 4d

EUROPEAN ROBIN, 4d dan

BLACKBIRD 4d (seperti diatas)

Siri setem ini dikeluarkan pada 08/08/1966 

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem Ratu QE

Beberapa siri setem QE sekitar tahun 1950an dan 1960an.

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat pelbagai keluaran yang dipamirkan disini, walau pun setem dan postagenya tidak lengkap, tapi hati rasa puas juga bila setem setem dan postage di Era Penjajah dapat dikumpul dan jadikan koleksi untuk semakan dan pengetahuan sejarah.

Diantara keluaran ini ada postage yang hampir lengkap seperti gambar kedua, ketiga dan keempat. Maaf kerana letak gambar tidak mengikut susunan yang betul. Begitu juga susunan tahun keluaran dimana setem dan postagenya dipamirkan secara tidak teratur. Yang dulu dan yang kemudian ikut sedap nak letak saja. janji pamir.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Setem British..

Setem era 50an dan 70an

 

2 Setem diatas era 1950an

 

 

Setem Great Britain yang tidak pasti temanya yang telah diguna pakai sekitar tahun 1970an. Cuba lihat gambar kedua dimana tiga keping dibawah adalah sama keluarannya dengan dua keping dari gambar ketiga. Ada diantara setem tersebut telah digunakan pada tahun 1973 sebagai mana cop kiriman yang terdapat pada salah satu setem itu. Bagi setem terakhir dari gambar ketiga adalah dari negara Trinidad & Tobaco.

Apa pun simpannnnn…dulu.