“SET 5 KUPANG”

Jauh merentas dihutan bakau, tanpa disedari air laut pasang, sudah lihat jangan nak cekau, edisi 5 kupang banyak yang gersang.

Air naik terlalu cepat, terpaksa panjat diatas pokok, bagi mereka yang sudah dapat, bolehlah sama sama kita berkokok.

Duduk bertenggek diatas dahan, menanti bantuan tak juga muncul, bermula 67 hingga 69, security edge keluar bercampur gaul.

pic 1

 Pokok bebaru daunnya lebar, tumbuh merimbun tutup pandangan, mari tenguk didalam gambar, tahun 69 berada disebelah kanan.

Terpekik terlolong memanggil orang, bila melihat bot melintas, menunggu lama hingga bersarang, 69 dah dapat baru rasa puas.

pic 2

 Mujur sungguh bot menjelma, datang hampiri memberi bantuan, lihatlah contoh siri pertama, banyak juga siri tidak kelihatan.

Bila dah selamat terasa lega, tentu sekali menjadi kenangan, semua keluaran amat berharga, mari disimpan dilepas jangan.

pic 3

 Bawa balik ikan gelama, isteri dirumah nampak risau, sukar mencari keluaran pertama, hari hari selongkar sampai naik sasau.

Sampai dirumah muka isteri masam, debaran didada masih bergetar, sekali pun duit nampaknya kusam, hati puas dengan berkat sabar.

pic 4

 Isteri melihat endah tak endah, kerana geram bercampur cemas, siri pertama genaplah sudah,siri kedua pula yang diperkemas.

Merajuk isteri tentu bersebab, puas dipujuk tidak dilayan, siri pic 4 ini punyalah lembab, banyak keluaran sukar ditemukan.

 Sakitnya badan sampai ke malam, akhirnya si isteri datang memicit, antara siri 89,93,94,96, Tahun 95 keluarannya paling sedikit.

pic 5

  Sedapnya dipicit bagaikan raja, entah bila masanya tubuh didakap, pic 5 ini dilihat gambarnya saja, kerana maklumat yang belum lengkap.

Tersenyum simpul dalam dakapan, sehingga siang terasa cepat, tersusun atur dalam blok 8, bermula 97 hingga 2004.

pic 6

 Suami serik tak mahu keluar, melayan isteri didalam rumah, Tahun 2006 pasti tak disiar, kerana menarik diri secara berhemah.

Menjelang petang kawan menjelma, bertanya khabar sambil berborak, syiling palsu banyak Tahun 2005, di Daerah Pontian tempat dicetak.

Rasanya cukuplah sampai disini, duacongkak mohon mengundur diri, dilain masa boleh jumpa lagi, dengan pelbagai informasi, segala yang tersiar diatas tadi, jangan sesiapa terasa hati, kerana semuanya koleksi peribadi, semoga dilain masa datang lah lagi, melawat blog duacongkak dengan satu edisi, duit syiling palsu 2005 akan diisi.

 

Advertisements

“Sekupang”

Edisi sekupang Malaysia.

Air laut rasanya masin, kalau masin jangan diminum, marilah tenguk duit 10 sen, sudah tenguk jangan tersenyum.

Susah juga hendak mengumpul, banyak edisi yang terlalu terhad, setakat ini syiling belum bersampul, Tahun 71 masih belum dapat.

siri pertama

 Siri pertama tersusun rapat, Tahun 71 entah dimana, semua Tahun sudah mendapat, yang satu ini perlukan dana.

Paya bakau banyak lokan, mari mencari dihujung parit, 32.236 keping telah dikeluarkan, edisi keseluruhan yang paling sedikit.

edisi kedua.

 Makan lokan jangan ditelan, mamah dulu hingga hancur,sekupang ini bermula 1989, terakhir 1998 tersusun atur.

Edisi dikeluarkan berturutan tahun, tiada satu yang tertinggal, 1994 harganya boleh melantun, dapatlah dia tanpa gagal.

Edisi ’94 masih dicari, buat koleksi teristimewa, cubalah anda lihat sendiri, jumlah keluaran 7,122,222.

pic ke 3

Gambar ketiga bermula 1999, terakhir 2010 mengikut turutan, edisi 2003 jangan ketinggalan, suatu ketika nanti akan jadi rebutan.

Sebelum terlambat carilah cepat, 2003 ini pasti ada istimewanya, sumber yang ada belum lagi tepat, setakat ini RM10 jadi habuannya.

Semoga para pembaca mendapat info serba ringkas dari blog duacongkak. Untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci, sama sama kita nantikan keluaran katalog terbaru…

 

“SPECIMEN NOTES”

‘ LA..LA..LA….LA..LA..LA..LAAA… ‘

Buah berangan tiada tandan, makan durian lima pangsa, bulan depan masuk Ramadhan, semua umat Islam mula berpuasa.

Orang beriman cukup gembira, Bulan yang penuh amal ibadat, menyambut dia pelbagai cara, mencari pahala sehingga sendat.

Makan kacang buang kulit, tergigit lidah sakitnya rasa, ada perkara ingin diselit, amat berguna dipenghujung puasa.

Bermula kita dengan Bismillah, sudah menjadi satu ibadah, siapa saja boleh menelah,  bagi yang tak mahu anggaplah riadah. 

Tajuk diatas amat menarik, bagi mereka kolektor yang tegar, jangan tutup mata marilah celik, ” speciment Notes ini sudah diedar.”

pic 1

pic 2

 Sampul DuitRaya sudah terserlah, RM 10 jadi tarikan, sebagai koleksi apalah salah, sekali pun ia duit tiruan.

pic 3

pic 5

 Kanak kanak pasti gembira, bila mendapat sampul begini, isi didalam jangan dikira, sekalipun terkumpul berguni guni.

pic 5

pic 6

 Untuk makluman semua, sampul Hari Raya 2010 ini dikeluarkan dengan 4 siri iaitu bermula dari RM5 (belum dapat lagi) dan diikuti RM 10,RM 50 dan RM 100. watermark dia tidak kelihatan sebab permukaannya licin, kuku naga pun tidak dapat melekat pada duit kertas ini…harimau awal awal lagi sudah lari.

heh..heh..heh…jom cari…!

 

Set 2 Kupang

SIRI PERTAMA DAN KEDUA

Orang utara kata duakupang, Sen dikenali bahasa buku, Set duakupang ini sengaja dipampang, untuk generasi mengenali daku.

Siri Parlimen keluaran pertama, 1967 mulanya diedar, marilah teman lihat bersama, sejarah Negara yang tidak pudar.

Syiling dikeluarkan saban Tahun, bermula 67 hingga Tahun 79, membuat pengumpulan mestilah tekun, disamping menyemak buku panduan.

1967 –> 1979

Syiling 72 tidak dicetak, begitu juga 74 dan Tahun 75, Pengumpul baru janganlah tersentak, syiling Tahun 70 sukar menjelma.

Syiling 70 paling sedikit, hanya diedar 1 juta 54 ribu, dapatkan ia amatlah perit, begitulah juga syiling 71.

9,958,419, itulah jumlahnya bagi Tahun 71, semoga pembaca sudah pun jelas, kedua duanya RARE sudahlah tentu.

Syiling diatas baru sepapan, akan menyusul gambar kedua, jangan lupa yang RARE 1978, dikeluarkan cuma 6,847,062

1980 –> 1993

 Lihat pula gambar kedua, bermula 1980 hingga 93, Tahun 83,84,85,86 tidak bersua,  kerana BNM tidak keluarkannya.

Katalog KN Boon sebagai rujukan, untuk para pembaca semua, gambar diatas dapat bezakan, syiling siri pertama dan juga kedua.

1994 –> 2004

 Gambar ketiga bermula 1994, lihatlah dengan perlahan lahan, Syiling 94 ini sukar nak dapat, jumlahnya hanya 2,680,339.

Kemana perginya 95 dan 96, Tahun 99 dan 2003 tidak kelihatan, gambar ketiga ini dah tentu jahanam, rongak sana sini tidak dipenuhkan.

Janganlah tanya pada duacongkak, dalam rujukan sudah tentu tiada, ku cari cari bagai nak rak, sedikit pun tidak mendapat tanda.

2005 –> 2010

 Hingga kini belum menjelma, mujurnya pencarian tanpa berpeluh, gambar keempat ini bermula 2005, yang terakhir pula ditemui 2010.

Set duakupang lengkaplah sudah, milik duacongkak dalam simpanan, anggaplah blog ini sebagai riadah, walau infonya tidak berpadanan.

..

Duit Syiling Gerhana

Tajuk diatas buat sendiri. Jangan marah.

Mengapa duacongkak mereka dengan nama DUIT SYILING GERHANA sedangkan belum pernah bloger atau para kolektor lama menyebut atau mengeluarkan tajuk seperti diatas. Malah buku rujukan juga tidak mengeluarkan tajuk sesuka hati dan hanya beberapa katogori saja yang menjadi buruan hingga nilainya terus meningkat.

Duacongkak sendiri sedar dan mungkin juga ada diantaranya berkata blog duacongkak adalah blog merapu yang boleh merosakkan. Harap maaf kepada otai otai yang lebih senior dari duacongkak.

Mari kita lihat yang dikatakan duit gerhana tersebut.

pic 1

 Duit Syiling 10 sen ini ditempa pada Tahun 2006.

Yang paling kiri adalah duit syiling yang tiada sebarang kecacatan.

Syiling disebelahnya pula kelihatan separuh darinya agak gelap disebabkan oleh perubahan warna pada duit tersebut. Apa yang menyebabkan boleh belaku begini duacongkak tidak pasti. Yang jelasnya bahagian muka terbahagi dua dengan sebahagian gelap dan sebahagian lagi kekal dengan keadaan duit syiling biasa.

Bagi syiling ke tiga dari kiri pula warnanya pudar hingga hampir keseluruhan duit. Hanya tinggal sedikit saja lagi masih kekal dengan kilauan asal.

Syiling yang paling kanan pula kembali pada coin biasa dengan kilauan asal tanpa sebarang perubahan. Maka jadilah dia DUIT SYILING GERHANA.

Kita lihat bahagian kedua.

pic 2

 Bahagian belakang ini hanya diterbalikkan saja dan kita dapat lihat duit syiling yang dikatakan gerhana itu. Kalau kurang jelas gambarnya maka duacongkak cuba terangkan serba ringkas. Pada gambar pic 1 terdapat dua syiling yang berubah warna tapi pic 2 hanya satu saja kelihatan ada sedikit perubahan warna, iaitu bagi syiling ketiga untuk pic 1 dan bila diterbalikkan kedudukannya menjadi yang kedua dari kiri.

Duacongkak tidak berani komen sebab apa duit ini boleh jadi begini. Hanya sekadar berkongsi dan menjadikan koleksi serta mahu lihat apa akan terjadi dimasa akan datang. Apakah dia akan kekal atau terus berubah.

Susunan seperti kejadian Gerhana Bulan yang dapat kita lihat.

Mohon maaf sekali lagi kepada semua para kolektor…!!

 

Kahwin,kahwin,kahwin,1

MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA…!

Lagi duit siri merdeka dikeluarkan, untuk semua pengunjung dan rakan rakan, tajuk diatas pelik dan bukan bukan, dah kahwin tiga patut riang sakan.

Hehe… 

Mak oii..!! Jangan sapa sapa nak syak, ini bukan pasal diri duacongkak, apakah sudah bermadu tiga..oh tidak, ada bini satu pun dah sesak, jangan sampai balik kampung naik trak, jauh tu…dari Johor ke Perak, lenguh badan sakit tulang duk terhentak.

Ini semua cerita pasal duit, dapat note 50 nombor cantik, dalam siri Merdeka tanpa carik, bukan dalam buku atau komik.

pic i

pic 2

 Tu dia…mari kita semua pakat lihat, bukan kahwin tiga tapi empat, semua pakat duduk rapat rapat, tapi sayang duit ini sudah terlipat.

 

Siri Merdeka

RM 50 Siri Merdeka yang ke 50 Tahun

Tiba giliran Koleksi Merdeka yang sudah tidak sabar untuk tampil. Selama ini dia menanti giliran untuk dikeluarkan setelah ramai para kolektor lain menunjukkan full set mereka.

Duacongkak tidak ketinggalan untuk keluarkan full set siri merdeka walau pun sudah terlewat.

pic 1

 BahagiAn depan siri RM50 MERDEKA.

PIC 2 AA

pic 3 AB

pic 4 AC

pic 5 AD

pic 6 AE

 Lengkap sudah Prefix AA,AB, AC, AD dan AE. Edisi ini dikeluarkan khusus untuk memperingati Kemerdekaan Negara yang ke 50 tahun. Duit kertasnya hampir sama dengan prefix yang digunakan hari hari cuma bezanya pada LOGO 50 disudut kanan sebelah atas note ini.

Sedikit kekurangan adalah siri ini tidak disertakan sekali dengan siri Replacement Notes yang turut dikeluarkan bagi penggantian duit kertas rosak. Duit gantian yang dikeluarkan hanyalah Prefix ZA xxxxxxx.

Bagi Prefix biasa duit gantiannya bermula dengan ZB xxxxxxx dan sehingga kini duacongkak sudah ada 3 keping siri ZB dan 2 darinya telah dikeluarkan dalam blog ini. Satu prefix ZB lagi ditemui pada 15/07/2010 melalui ATM Bank Rakyat.