Setem Jepun Malaya

Tema Saving Campaingn dan dikeluarkan pada 01/09/1943

 

Dikeluarkan dalam 2 nilai muka iaitu 8 cent dan juga 15 cent. Bagi 15 cent bentuknya sama cuma warna berbeza. Harga sekarang sudah melebihi angka puluh…

Apa pun simpannnnn…dulu

Ops…tunggu jap…ada lagi.

Tema Rebirth of Malaya keluaran 14/02/1944

 

Juga dikeluarkan dengan nilai muka 8 cent dan 15 cent. Kedua duanya bentuk yang sama cuma berbeza pada warna.

Apapun simpannnnn…dulu.

 

Setem Jepun Malaya

Sebagai kenangan dan untuk berkongsi dengan rakan rakan yang sealiran, duacongkak sisipkan edisi setem yang pernah diguna semasa era Jepun di Malaya. Kalau nak dikira penggunaan setem Jepun Malaya terlalu banyak. Namun apa yang ada pada duacongkak hanyalah beberapa keping sebagai rujukan selain terdapat pada katalog.

Setem yang hendak dipamirkan ini adalah keluaran Tahun 1943 dengan tajuk atau tema General Pictorial Issue.

 

 

Siri setem ini bermula dengan nilai 1sen hingga 70sen. Apa yang ada saja dapat dipamirkan disini. Bagi siri yang tiada iaitu,

setem 1sen dengan tema Rubber Tapper (green), setem 15sen Japanese Shrine, 30sen Sago Palms, 50sen Strait of Johore dan 70sen dengan tema Malay Mosque.

Biarpun kualiti setem ini ada yang good dan ada yang poor tapi tetap simpan sebagai kenangan sejarah. Dari tiada biarlah ada.

Apa pun simpannnnn…..dulu

 

Duit Jepun Malaya

Duit Jepun Lagi…

Penuhkan semua sekali keluaran duit Jepun Malaya.

Hehe…sebenarnya belum cukup lengkap…masih ada yang belum dimiliki. Ini pun ihsan dari adik kandung yang berikan kepada duacongkak, yang dia tahu abangnya seorang kolektor. (khazanah dari orang tua…My Father tersayang)

  

Note kertas One Dollar Jepun Malaya (sudah dimakan usia)

  

Note kertas Fifty Cents Jepun Malaya. ( Pun sudah dimakan usia)

  

Masih cantik tapi ada tangan gatal pulak…

Note kertas Ten Cents Jepun Malaya.

Tidak banyak info tentang duit duit ini.

Apa pun simpannnnn dulu

 

Duit Jepun

Duit Pokok Pisang

Siri 100 dollars telah berlalu dan kini dikeluarkan pula siri 10 dollars atau dikenali juga dengan ” Duit Pokok Pisang “. Betul ka jolokan duit tersebut..?

Jom lihat…

  

Inilah bentuk duit 10 dollars Kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Sayangnya duit ini tidak begitu baik lagi kerana banyak yang sudah terkoyak. Tapi apa pun dari tiada lebih baik ada, sekurang kurangnya dapat juga anak cucu kita nanti melihatnya. Sedangkan kita sendiri pun tidak pernah guna duit ini kerana kelahiran kita selepas negara kita Merdeka. Walau pun nilainya murah…bagi seorang kolektor rasanya tidak salah menyimpan untuk kenangan.

Apa pun simpannnnn dulu

 

Duit Jepun ( 4 )

Duit Jepun Malaya bahagian ke 4

 

Bahagian depan

 

Bahagian keratan dimana terdapat bahagian <<< tidak dihitamkan.

 

Lihat bahagian frame yang kelihatan bayangan gambar latar.

Seterusnya…

 

Lihat pula tulisan dimana ink/warna coklat tiada lagi.

 

Bahagian belakang. Sekeping lagi note kertas Jepun ini mempunyai cetakan huruf (TM) dibahagian mukanya yang tidak sepatutnya ada.

Lihat keratannya.

  

Terdapat dua jenis duit Jepun Malaya yang mempunyai cetakan huruf TM tetapi rupa wang kertasnya berbeza antara satu sama lain.

Penutup.

Apa pun simpannnnn dulu

Duit Jepun ( 3 )

Duit Jepun Bahagian ke tiga

Masih kekal dengan siri yang sama untuk kali ketiga dan cuba lihat sama sama

 

 Apakah bentuknya sama dengan siri pertama dan kedua,,,?

Mari lihat setiap keratannya.

  

Cuba lihat bahagian <<< yang terdapat dalam setiap penjuru frame, ada diantaranya tidak kelihatan ink hitam sebagaimana ditunjukkan pada keluaran Duit Jepun ( 1 ) Bahagian pertama.

Seterusnya:

 

Lihat pula garisan frame diatas tulisan ONE HUNDRED DOLLARS. dalam bahagian putih ada garisan melintang (////) dan bukannya putih kosong dengan bayangan latar belakang sebagaimana Duit Jepun (1) Bahagian pertama.

Mari lihat lagi:

 

Keadaan tulisan THE JAPANESE GOVERNMENT tidak sepenuhnya berwarna coklat.

Akhir sekali:

 

Bahagian belakang duit kertas Jepun ini seperti biasa saja. Setelah diamati ketiga tiga keluaran ini terdapat pelbagai perbezaan samada berlaku semasa cetakan dibuat atau pun ink hilang disebabkan penyerapan oleh air/kelembapan. Semua kemusykilan susah untuk dikesan kerana tiada sebarang sumber yang mengesahkan duit ini error/rare. Hanya duit Kertas Jepun ( 1 ) saja adalah yang normal tapi ( 2 ) dan ( 3 ) ada sedikit kecacatan. Terutama Duit Jepun ( 2 ) yang ada tulisan ‘ TM ” dibahagian belakang. Sah Error.

Apa komen…?

Biar dulu, kita baca pendapat mereka yang arif yang sudi beri komen kerana masih ada satu keluaran lagi selepas ini yang juga cetakannya sedikit berbeza dengan yang sudah ada. Ikutkan semuanya lima keluaran, tapi duacongkak mansuhkan satu keluaran kerana hampir sama dengan Duit Jepun ( 1 ).

Tunggu keluaran berikutnya.

Apa pun simpannnnn dulu.

 

Duit Jepun ( 2 )

Duit Jepun 100 dollars (Siri ke dua)

Kali ini ditunjukkan pula duit Jepun dalam bentuk yang sama tapi bahagian kedua.

 

Bahagian hadapan:

Lihat pula keratan pada duit ini.

  

Dua bahagian keratan ini adalah dari duit yang sama. Cuba lihat bahagian anak panah merah. Ada diantara tanda ” <<< ” ini yang tiada warna hitam. Mungkinkah disebabkan oleh air yang menyebabkan bahagian hitam itu hilang.

Mari tenguk bahagian lainnya pula:

 

Dalam gambar keratan ini terdapat 3 anak panah merah, 2 anak panah menunjukkan pada frame garisan putih. Cuba bezakan dengan duit Jepun bahagian pertama dimana keadaan framenya berbeza. Bahagian pertama framenya berbayang latar belakang tapi lain pula dengan bahagian kedua, framenya bergaris garis sama seperti dalam tulisan ” ONE HUNDRED DOLLARS.

Bagi anak panah yang melintang dibawah pula menunjukkan corak latar belakang yang lebih terang dan jelas. Cuba bandingkan dengan info bahagian pertama.

Ada lagi…

 

Tulisan ada anak panah ” THE JAPANESE GOVERNMENT ” adalah sama dengan tulisan pada bahagian pertama. Berwarna coklat keseluruhannya.

Lihat lagi bahagian seterusnya:

 

Bahagian belakang duit kertas Jepun yang sama. Cuba perhatikan, adakah kelihatan perbezaannya..?

Perhatikan keratan dibawah:

  

Lihat bahagian anak panah merah. Terdapat tulisan TM dibawah tanda nilai 100. Sebenarnya tulisan itu adalah dari huruf MT seperti bahagian hadapan duit ini. Mungkin semasa cetakan, ink belum sempat kering tapi telah disusun hingga bahagian belakangnya terlekat tulisan TM tersebut.

Apa pun simpannnnn…dulu

Akan bersambung pada keluaran Bahagian ketiga.

 

Duit Jepun (1)

Bahagian pertama

Siri duit Jepun 100 dollars

 

Bahagian depan dengan beberapa keratan. (lihat gambar bawah) anak panah biru yang menunjukkan bahagian tepi “<<<” berwarna hitam.

   
 
seterusnya:-
 
 
Tulisan ‘ ONE HUNDRED DOLLARS’. Lihat anak panah biru pada bahagian frame. Satu garisan putih didalamnya dengan bayangan latar belakang.
 
Lihat lagi:-
 
 
Tulisan ‘ THE JAPANESE GOVERNMENT’ dengan warna coklat.
 
 
 
Bahagian belakang duit kertas Jepun siri 100 dolars
 
Ini adalah contoh pertama yang dikeluarkan dan sabar menantikan duit yang sama pada keluaran berikutnya.
 
Akan bersambung lagi…
 
Apa pun simpannnnn…dulu
  

Duit Jepun

ONE HUNDRED DOLLARS RUBBER PLANTATION

Semasa ERA PERANG DUNIA KEDUA Negara Malaysia tidak terkecuali dimana tentera Jepun telah berjaya menawan dan memerintah Negara ini. Mujur pada zaman itu kita belum lahir lagi dan hanya mendengar cerita cerita dari orang orang lama yang pernah mengalaminya. Juga terdapat buku buku yang diabadikan sebagai rujukan untuk generasi seterusnya supaya dapat mengenali serba sedikit sejarah Negara sendiri.

Pada zaman kita ini selepas perang, kita hanya dapat lihat bahan peninggalan Tentera Jepun yang masih tersimpan. Banyak bahan sejarah peninggalan Tentera Jepun di Negara kita dan diantaranya duacongkak ingin berkongsi bersama dengan para kolektor dan pengunjung blog. Walau pun bahannya tidak banyak tapi sudah memadai untuk kita  berkongsi pendapat.

Salah satu bahan yang ada sekeping note 100 dollars (ladang getah). Duit ini adalah sebahagian dari note yang pernah digunakan dan setakat ini belum dikatogori RARE sebab mungkin masih banyak terdapat diluar.

Kita lihat bentuk duit tersebut.

  

Duit kertas ini dicetak dengan huruf MA warna merah dibahagian kiri/atas serta sebelah kanan/bawah. Bagi sesiapa yang memiliki duit kertas ini dengan cetakan MA warna biru, duit tersebut adalah RARE dan harganya juga terlalu tinggi bagi duacongkak untuk mendapatkannya.

Memadailah dengan apa yang ada dalam simpanan kini.

Apa pun simpannnnn dulu.