KESILAPAN…?

PERTEMUAN KALI KEDUA.

Sekian lama menyepi tentang koleksi dan kali ini dimuatkan pula koleksi kedua KESILAPAN yang terjadi keatas sekeping note RM 50 siri ke 12.

 

Sekeping wang kertas RM 50 yang berlaku kesilapan pada cetakan prefixnya. Sebelum ini duacongkak pernah keluarkan siri kesilapan ini dan tanpa diduga rupanya masih ada yang kedua hadir dalam simpanan. Mungkin pelawat tidak perasan dimana yang dikatakan KESILAPAN itu.

Lihat keratannya.

Ini adalah keratan dari wang kertas yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Cuba lihat pada Prefixnya yang telah dicetak kedalam dibawah bayangan logo BNM.

 

Ini pula adalah pertemuan yang terbaru dimana berlaku KESILAPAN cetakan yang sama. Selain itu terdapat kesilapan yang sama pada Prefix tepinya.

Lihat gambar.

   

Dua contoh yang sama disebelah kiri B C 5 6 7 8 5 2 2 adalah pertemuan yang pertama dan bagi B S 3 2 3 4 9 4 2 pula adalah pertemuan yang terbaru. Bila kita lihat prefix biasa yang ada, kedudukan prefix sebenarnya berada dibahagian tengah diantara dua sempadan. Tapi bagi siri ini kedua duanya berada ditepi dan terletak di garisan frame gambar Tunku Abdul Rahman.

Error sebegini mungkin banyak dipasaran setelah duacongkak menemui dua keping yang hampir sama.

Apa pun simpannnnn…dulu.

” Dime USA “

Mungkin yang ini juga salah satu dari yang minor ERROR.

   

Imej pertama One Dime Liberty USA 2000

   

Imej kedua yang di tempa pada tahun 1985.

Coin ini ukur lilitannya 17.91 mm dan Ketebalan 1.35 mm.

Apa yang menariknya adalah salah satu coin ini iaitu bagi imej kedua ada sedikit kecacatan yang mungkin berlaku semasa kerja kerja menempa. Cuba lihat bahagian yang telah di kotakkan dengan kotak merah. Bahagian pertama  ( obverse ) tulisan ” LIBERTY “. Bahagian atas tulisan seperti tidak lengkap dan tidak nampak jelas ejaannya. Bagi kotak kedua pula perkataan ” IN “ dan  ” WE “ dimana huruf  ” I ”  untuk IN tidak kelihatan dan bagi tulisan ” WE “ pula hampir keseluruhannya tidak tercetak. Seterusnya kotak ketiga menunjukkan tahun yang ditempa iaitu 1985. Pada tulisan tahun 1985 bagi angka ” 5 “ hampir hilang dari cetakan.

Untuk gambar berikut ( reverse ) cuba lihat ejaan ” UNITED STATES “ dimana sebahagian tulisannya kurang jelas. Usia syiling ini sudah menjangkau 26 tahun tapi tidak mungkin kerana usia boleh berlaku perubahan.

Yang penting…

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Macam ERROR je…

Coin U S A Quater Dollar.

   

Syiling Amerika ini dengan nilai Quater Dollar yang dikeluarkan pada Tahun 1994. Kita lihat pula syiling yang sama tapi dikeluarkan pada tahun yang berlainan.

   

Syiling Amerika yang kedua ini dikeluarkan pada tahun 1996.

Apa yang menariknya…? Nanti dulu sebab ada satu lagi untuk dibuat perbandingan, setelah itu barulah senang untuk diterangkan.

 

Syiling ini pula dikeluarkan pada tahun 1973

Setelah cukup tiga set duit syiling ini biarlah diterangkan satu persatu. Pertamanya cuba

lihat imej yang memaparkan gambar potret. Tumpuan kepada bahagian anak panah

merah. Imej 1 dan 2 hampir sama cetakannya tapi cuba lihat imej ke 3, bahagian rambut

amat kertara sekali perbezaannya. Mungkinkah kerana sudah haus dek kerana usia syiling

itu sendiri? Hanya pakar saja yang dapat berikan jawapan sebab selain pada bahagian

rambut, kita boleh lihat juga bahagian tulisan ” LIBERTY “ dan juga cetakan TAHUN di

mana kedudukannya rapat dengan rim.

Mungkin ada rakan yang sudi beri penjelasan dan berkongsi pendapat.

Apa pun mari kita lihat bahagian potret HELANG pula. 

      

 Dua bahagian keratan gambar yang diambil dari tahun 1994 dan 1996.

Kita lihat pula keratan gambar 1973.

   

Tiga keratan gambar ini cuba lihat bahagian anak panahnya, Dua keratan diatas kita

dapat lihat bentuk daunnya berlubang ditengah atau bahasa mudahnya berlurah

kedalam. Cuba lihat pula gambar ketiga bagi keluaran 1973, Bentuk daunnya RATA tanpa

garisan tepi . Bahasa mudah adalah

bagi duit syiling keluaran 1973, bentuknya agak kasar sikit buatannya kerana banyak

 bahagian yang kita nampak cetakannya mengembang. Terutama pada HURUF ” A “.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Titisan Embun

Syiling 20 sen 1997

Pertama kali terjumpa dengan duit syiling yang agak menarik untuk disimpan. Dengan tanpa diduga pada petang 24/11/2010 muncul syiling dimana pada mulanya disangkakan air diatas permukaannya. Bila digosok dengan jari, kesan air masih ada. Terus saja diamati bahagian yang nampak jernih, rupanya permukaan syiling itu berlubang lubang.

Kesan lubang itu bukannya dilakukan oleh mana mana tangan yang gatal kerana kilauan syiling serata seperti asal termasuk pada bahagian lubang kecil dan besar.

Mari kita tenguk dulu…

 

Syiling 20 sen yang ditempa pada tahun 1997. Mintage sebanyak 78, 479, 804 keping kesemuanya. Cukup banyak tapi mahu mendapatkan syiling dalam gred  UNC/AUNC pasti sukar kerana usianya sudah terlalu lama. ( 13 tahun ) Apa lagi proof.

Kita tenguk bahagian kedua pula.

 

Inilah yang dikatakan ” TITISAN EMBUN “ dimana permukaan syiling ini berlubang lubang dengan kilauan seperti air yang menitis diatasnya. Mungkin lihat dalam gambar tidak berapa jelas dengan apa yang dikatakan. Mungkin suatu hari nanti ada orang yang dapat melihat didepan mata.

Apa pun simpannnnn…dulu

 

10sen extra metal

 

Mari kita tinjau pula sekeping syiling 10 sen 2005.

Apa yang ada pada duit syiling ini..? Kebiasaannya kita tahu bentuk duit syiling 10 sen edisi kedua dengan bentuk bunga raya adalah sama sahaja. Edisi kedua ini bermula dari tahun 1989 hinggalah ke tahun 2010. Bagi tahun 2011 belum tahu apa bentuknya. Apakah masih dengan ciri ciri bunga raya. Kita sama sama tunggu dimana hanya tinggal beberapa minggu saja lagi akan muncul tahun 2011.

Berbalik semula dengan syiling 10 sen 2005 milik duacongkak.

Bahagian muka depan dengan tanda nilai serta tahun ditempa. Untuk makluman semua syiling ini ditempa sebanyak 316, 800, 000 keping kesemuanya. Satu pengeluaran yang cukup banyak sekali. Tapi sejarah syiling Malaysia dengan nilai 10 sen paling banyak dikeluarkan adalah pada tahun 1998. Dimana pada tahun tersebut BNM telah keluarkan syiling 10 sen sebanyak 1, 966, 056, 746 keping dan hampir dengan 2 bilion. Begitu juga dengan syiling 1 sen, 5 sen dan 20 sen dimana pada tahun 1998 pengeluarannya melebihi angka 1 bilion. Mengapa begitu banyak sekali?…Jangan tanya soalan tersebut. Duacongkak tidak dapat menjawabnya.

Cuba lihat dihujung kepala ‘ congkak ‘. Terdapat sedikit metal yang terpalit dihujungnya. Syiling ini hanyalah minor error, walau bagaimana pun kepada sesiapa yang pernah terjumpa bolehlah simpan dan jadikan satu koleksi. Seperti syiling ini sudah dinyatakan jumlah tempaan yang dibuat dan dikeluarkan melebihi 300 juta. Dalam jumlah yang besar begini belum tentu semua ada minor error ( extra metal ). Seperti juga syiling 50 sen 1979 dan 1988, belum tentu senang untuk kita dapatkan Extra Dot. Bagi yang sudah ada pasti rasa puas…hehe, tak percaya cuba tanya mereka yang ada syiling 50 sen 1979, 1988 Extra Dot. Apa jawapan mereka.

Bagi duacongkak jawapannya senang jer. Masih mencari tambahan bagi Extra Dot.

Apa pun, simpannnnn…dulu.

Broadstrikes

 

coin 20sen 1988

Kali ini duacongkak post pula syiling tahun 1988 yang mengalami kecacatan dibahagian tepi duit. Sekali imbas kita tidak nampak kecacatannya, tapi bila diteliti baru nampak kecacatan dimana keadaan syiling ini disekelilingnya (ring) melebar kedalam. Dan keadaannya lebih tebal serta berlapis.

Mai tenguk naa…

Cuba lihat gigi bahagian tepi (kanan) permukaan duit ini, keadaannya lebih lebar dan masuk kedalam serta kelihatan menebal. Tidak pula dibahagian kiri dimana giginya berada dalam kedudukan sebenar. Nampak seperti bulan sabit,

duacongkak cuba mencari apa istilah kecacatan pada duit syiling ini melalui pertolongan seseorang ( saudara DE ) yang sudi menghantar maklumat dalam blog duacongkak. Istilah yang ditemui adalah “BROADSTRIKES”.

 Apa makna “broadstrikes..?”

hehe…duacongkak tidak faham…

———————————————–

 

BROADSTRIKES

A broadstruck error occurs when a coin is struck without the collar to form the rim and edge that is part of the shape of the coin. Coins can be broadstruck on either Type One or Type Two planchets. When a coin is broadstruck the blank being fed into the collar will spread and distort outward as it is being struck because the collar isn’t in the correct position to retain it.

 

Images courtesy of

Byers Numismatic CorpSignificant examples:

Rare Date Barber Half 1897-S Broadstruck (illustrated above).

Sources and/or recommended reading:

http://www.coinfacts.com/error_coins/broadstrikes.htm

 ——————–

Terima kasih kepada Saudara DE yang beri maklumat ini~

Error dan Rare

Habuan Di Bulan Puasa

Siang hari ke pasar Ramadan, beli juadah buat berbuka, kali ini tidak ketinggalan, tunjukkan error tanpa disangka.

Beli karipap dengan donat, tenguk lopes teringin pulak, duit error ini mudah dilihat, susunan nombornya tersalah letak.

  pic 1

Mari lihat dengan teliti bahagian nombor sirinya. Kedua dua terletak ditempat yang tidak sepatutnya. Lari dari duit duit biasa….cubaambil dan bandingkan..heheMemang RARE duit ni…

” Luruskannnn……Brissan. “

 

” Luruskannnn……Brissan. “

Hahaha….Macam kata perintah kawad jer….

Ada ada aje Duacongkak ni…

Apa pula yang mahu diterbitkan ni…mesti ada sesuatu yang hendak ditunjukkan pada semua pengunjung blog Duacongkak.

Hehe…bukan nak tunjuk macam mana cara kawad, atau mahu mengajar kawad. Tapi ada sesuatu yang perlu dikongsi bersama dengan bloger bloger semua. Kalau mahu mengajar kawad pun, bukan senang seseorang itu hendak mengikut langkahnya, Lain disebut atau diarahkan…sudah pasti lain pula yang akan dibuat. Ini terjadi sekiranya tiada asas dalam ilmu kawad. Namun begitu setiap jurulatih masih boleh bersabar dan akan membetulkan apa saja kesilapan. Kalau sekiranya tidak boleh lagi dibetulkan maka…pelatih itu akan dikeluarkan dan diganti dengan yang baru. Maka dengan itu pihak jurulatih akan masukkan nama nama berikut sebagai penggantinya.

Siapa pengganti yang dimaksudkan itu….Haa…Tanya Sojar atau askar kita. Nombor pendaftaran kenderaan tentera Malaysia guna huruf apa…?

Jawapannya sudah pasti:- …. ZA, ZB,  ZC,  ZD,  ZE dan ada juga ZF

Lepas tu cuba tanya pula pada mereka ini…

dinrambong, my-koleksi, blurguyz79, nazri banknote & antique, Mr Zam serimalam, Mr azri kaya raya, Tauke Prof007, simisteri, Mr Sabri, Mr Bekok cintai mimi atau pun kid ‘ SOLID 8 ‘ yang sudah pun dewasa…dan ramai lagi yang lainnya, mereka tahu tentang ZA, ZB,  ZC,  ZD,  ZE dan ada juga ZF

# Cikguuu…siri ZF ada ka…? hehe..jawapan sudah diberi sememangnya siri ZF…ADA #

(maaf sifu sifu semua…guna nama pulak dengan tanpa kebenaran)

Apa yang peliknya…haaa…!! ada satu ni walau pun nampak silapnya, tapi berjaya juga lepas dan dibiarkan bebas. (Jurulatih terlepas pandang tu…). Sekarang dia sudah kena tangkap dan mungkin tidak boleh bebas lagi agaknya…Rasakan dia…hehe.

Note 50 siri 11

 ( “” Apa kena mengena kawad dengan note RM 50 ni…? “” )

Sabar semua sambil tengok satu persatu…apa yang tidak kena…

Kesilapan jurulatih

Nak tahu apa kesalahan dia..? Hmm…segalanya sudah diatur dan diteliti agar mengikut barisan dengan betul, setiap aturan sudah dibuat dan pasti tidak mahu ada sesuatu kesilapan berlaku. Malah ada pula yang meneliti dan mempastikan tiada sesiapa yang lari dari barisan…tapi kenapa yang satu ini mahu maju terlebih dulu.

Sudah jelas angka 5 tu degil tak mahu ikut kata perintah dan aturannya…tapi boleh terlepas juga…

Dia ingat bila huruf RY ( RAYA ) maka boleh bebas sesuka…he..sorry

Tak puas hati…?

Apakah masih belum puas hati lagi…? Cuba klik pada gambar keratan, lepas tu ambil pembaris atau pun tali dan ukur dari ‘ R ‘ sampai nombor ‘ 6 ‘. Lurus tak…?

Ternyata nombor ‘ 5 ‘ tu degil…Walau bagaimana pun jangan sesiapa susah hati…sebab, Duacongkak sudah tangkap dan kurung dia supaya tidak boleh keluar dan bebas kemana mana kedai atau pasaraya.

Lesen dia tak pass…hehe. Bukan palsu tau…Ori

Setuju tak kolektor semua…?

** Kepada nama yang disebut/tidak disebut, janganlah ambil hati, sekiranya terguris atau kurang menyenangkan dengan apa yang Duacongkak tulis…Harap maaf yer…Duacongkak anggap semuanya sebagai SIFU/GURU yang banyak tunjuk ajar dan beri INFO hingga lahirnya blog ini. TQ U ALL BLOGERS. Tak kira blogers duit, setem, botol n tin, apa saja yang berkaitan koleksi. **

 Bloger politik tak mahu campur..hehe

 

Minor Error

Apa itu Minor Error…?

Topik hangat dan perbincangan mungkin hangat juga…Maybe…

Minor Error adalah sesuatu yang berlaku pada sebarang cetakan atau pun sebarang gambar yang diambil. Bagi mereka yang berminat dengan koleksi wang kertas atau setem juga akan mencari benda seperti ini. Ada kesenian tersendiri.

Kenapa Duacongkak berkata begitu…??

Jawapannya…setiap wang kertas yang error ini tidak sepatutnya beredar keluar dan sudah pasti akan ditarik balik dan dihapuskan oleh pengeluarnya. Tapi bagi yang berlaku kesilapan kecil kecilan mungkin terlepas juga.

Sebagai contohnya…Duacongkak sudah pun postkan dalam blog ini beberapa keping duit error dan minor error dari note RM 1 hinggalah note RM 50. Malah Note Rupiah Indonesia juga sudah diterbitkan baru baru ini dengan nilai Rp 1000.

Kali ini Duacongkak akan terbitkan lagi duit duit error, minor error, yang ada dalam simpanan untuk tatapan semua yang sudi melawat. 

ini duit error

RM 1 ‘ ZT ‘

 Ini bukan siri Replacement Note seperti yang ramai ketahui…Prefix ‘ Z ‘ ini adalah siri note biasa sambungan dari prefix ‘ YZ ‘ yang sudah berakhir. Apa yang dimaksudkan disini adalah note Minor Error…apakah anda semua dapat mencari kecacatan pada duit ini…? Bagi yang biasa dengan duit sudah pasti dapat melihatnya.

Lihat anak panah

 Sebagai petunjuk…Duacongkak masukkan anak panah pada bahagian yang dikatakan ERROR. Untuk kelihatan jelas lagi klik saja pada duit tersebut.

Atau klik keratan ini.

Terdapat 3 bahagian anak panah pada keratan 1 untuk diamati. Anak panah paling atas kelihatan Blind Code lebih jelas. Blind Code ini hanya terdapat dibahagian depan sahaja. Kalau tak percaya… ambil note RM 1 tuan tuan, puan puan dan bandingkan dengan yang ini. Ada yang samar samar dan ada yang tiada.  Anak panah tepi pula menunjukkan bayangan tulisan BANK NEGARA MALAYSIA bertindih dengan tulisan jawi.

Bagi keratan ke 2 pula kelihatan bayangan tulisan…tidak sepenuhnya tapi sebahagian dari tulisan tersebut dapat dilihat walau pun samar samar.

Sebenarnya duit duit begini sukar juga untuk kita temui kerana pihak BNM akan memantau dan memastikan duit yang diedar tidak boleh sama sekali rosak atau ada kesilapan. Walau pun ianya sah diguna pakai dengan nilai yang dikeluarkan, tapi…ternyata boleh terlepas juga…

Simpan…jangan tak simpan….

Salam sejahtera semua…TQDC

Duit Error

DUIT ERROR LAGI

Kali ini disisipkan pula Notes RM 10 Siri ke 11 (benang keselamatan) yang dikatakan Error pada pandangan Duacongkak. Kalau salah harap maaf…Lihat sisipan gambar dibawah ini.

Bah depan

Bah belakang

Apa yang hendak diberitahu adalah (lihat anak panah) pada huruf ” T ” ejaan “KERTAS”. Ianya jika dilihat dengan teliti, huruf ” T ” tersebut palangnya tidak serata, sebaliknya bahagian penjuru naik keatas dan menjadi seperti longkang. Bagi anak panah kedua pula kelihatan sebahagian huruf ” G ” pada ejaan “DENGAN” sudah terpadam. MENGAPAKAH IANYA JADI BEGINI…?