MERDEKA TOTAL 50

Kejutan pada tajuk…

Ini adalah sesuatu yang dinanti nantikan dimana kemunculan sekeping note RM 50 edisi MERDEKA yang bilangannya genap 50. Siapa sangka dibulan puasa dan hampir hampir mahu raya dan disambut pula hari kemerdekaan 31 ogos 2011, sekeping note RM 50 edisi MERDEKA boleh muncul ditangan. Walau pun terdapat 5 siri tapi satu pun sudah puas. Hanya mencari untuk empat siri lagi secara perlahan lahan.

Apa yang istimewanya duit ini…? Mari kita lihat.

Duit kertas ini dikeluarkan sempena Negara Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke 50 tahun dimana pada sisi kanan atas terdapat logo 50. Tidak seperti yang kita lihat pada duit kertas RM 50 yang diguna pakai sekarang. Walau pun bentuknya sama tapi perbezaannya hanyalah pada LOGO tersebut. Bagi siri duit kertas ini BNM keluarkan sebanyak 5 set iaitu bermula dengan Prefix AA xxxxxxx dan diikuti AB xxxxxxx, AC xxxxxxx, AD xxxxxxx dan terakhir Prefix AE xxxxxxx.

Ramai para kolektor yang menyimpan set ini dengan lengkap, lebih lebih lagi dalam gred UNC. Bagi duacongkak pula, UNC agak sukar untuk dibuat koleksi, dapat yang VF pun terasa puas sebab lebih berminat kumpul dari mengejar gred. ( Modal Kecil…)

Sebenarnya duacongkak sudah lengkap untuk siri ini dari Prefix AA hingga AE. Tapi yang menjadi koleksi berikut dari siri yang sama iaitu, kiraan siri nombor yang genap 50. Seperti duit kertas diatas yang pertama ditemui dengan Prefix A E 8 8 8 1 9 7 9. Cuba kira satu persatu 8+8+8+1+9+7+9 jawapannya 50. Mungkin sebelum ini ramai kolektor yang cuba mendapatkan note RM50 Merdeka yang siri nombornya genap dengan bilangan 50 kerana keistimewaanya sebagai memperingati Sambutan Hari Merdeka yang ke 50. Pendapat duacongkak jer…pendapat kolektor lain entahlah…mungkin ada yang mahu melengkapkan koleksi bagi semua siri duit kertas Malaysia dari RM 1 hingga RM 100 dengan bilangan 50.

Apa pun kita nantikan berita dari para kolektor lain yang sudi memberi pandangan mereka, memandangkan duacongkak sendiri baru setahun jagung menimba ilmu numistik. Masih perlu banyak belajar kerana seni dalam sesuatu yang diminati yang sentiasa terbaru cukup menarik.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Advertisements

RADAR FANCY

SELAMAT HARI RAYA SEMUA…..

Salam hormat dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada kaum muslimin dan muslimat sekelian. Sebulan sudah kita berpuasa dan akhirnya tibalah harinya 1 Syawal dimana kita sama sama menyambut dengan penuh kegembiraan.

Sebagai kenangan duacongkak muatkan khas buat tatapan semua sekeping note RM 10 yang memiliki nombor Radar Fancy.

Bagi duit kertas ini selain dari Nombor Prefixnya cantik…mungkin ramai yang tidak perasan. Setiap duit kertas, kebiasaannya nombor awalan bermula dengan AA xxxxxxx dan berturutan sehingga Prefix HZ xxxxxxx. Bagi Prefix seterusnya akan bermula dengan Prefix JA xxxxxxx hingga terakhir dengan Prefix NZ xxxxxxx. Kemudian disambung lagi dengan Prefix sebagai mana yang tertera pada duit kertas ini yang bermula dengan Prefix PA xxxxxxx.

Ini kerana setiap siri duit kertas Malaysia tiada keluaran bagi siri ‘ I ‘ dan juga siri ‘ O ‘ sebagai mana nombor pendaftaran kenderaan. Mujur juga secara kebetulan duacongkak menemui sekeping note RM 10 yang bermula dengan Prefix PA 1 2 2 2 2 2 1 dimana nombornya cukup menarik. Bagi siri RM 10 ini belum ada sumber atau sesiapa dapat jelaskan Last Prefixnya. Tunggu dan lihat saja nanti penjelasan dari rakan rakan yang lain yang lebih arif tentang last Prefix RM10. 

DUIT RAYA…SELAMAT HARI RAYA

Apa pun simpannnnn…dulu.

Prefix Error..?

Satu Pertemuan…

Sekali imbas bila dilihat pada duit kertas ini seperti tiada apa apa yang kelihatan sekiranya dikatakan cacat. Tapi bila ketelitian dilakukan dapat kita lihat dibahagian prefix melintang dipenjuru kiri angka ” 0 ” terlebih kebawah dan tidak sebaris dengan yang lain lainnya.

Lihat pada keratan ini.

Hanya sedikit saja pergerakan angka ” 0 ” tersebut untuk dijadikan satu koleksi. 

Apa pun simpannnnn…dulu.

KESILAPAN…?

PERTEMUAN KALI KEDUA.

Sekian lama menyepi tentang koleksi dan kali ini dimuatkan pula koleksi kedua KESILAPAN yang terjadi keatas sekeping note RM 50 siri ke 12.

 

Sekeping wang kertas RM 50 yang berlaku kesilapan pada cetakan prefixnya. Sebelum ini duacongkak pernah keluarkan siri kesilapan ini dan tanpa diduga rupanya masih ada yang kedua hadir dalam simpanan. Mungkin pelawat tidak perasan dimana yang dikatakan KESILAPAN itu.

Lihat keratannya.

Ini adalah keratan dari wang kertas yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Cuba lihat pada Prefixnya yang telah dicetak kedalam dibawah bayangan logo BNM.

 

Ini pula adalah pertemuan yang terbaru dimana berlaku KESILAPAN cetakan yang sama. Selain itu terdapat kesilapan yang sama pada Prefix tepinya.

Lihat gambar.

   

Dua contoh yang sama disebelah kiri B C 5 6 7 8 5 2 2 adalah pertemuan yang pertama dan bagi B S 3 2 3 4 9 4 2 pula adalah pertemuan yang terbaru. Bila kita lihat prefix biasa yang ada, kedudukan prefix sebenarnya berada dibahagian tengah diantara dua sempadan. Tapi bagi siri ini kedua duanya berada ditepi dan terletak di garisan frame gambar Tunku Abdul Rahman.

Error sebegini mungkin banyak dipasaran setelah duacongkak menemui dua keping yang hampir sama.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Himpunan Setem Luar Negara

Himpunan setem setem lama.

Terdapat pelbagai negara yang terselit dalam satu album.

Kebanyakan setem lama ini dari Timur Tengah.

Gambar kedua ini juga kebanyakannya dari Timur Tengah.

Ini adalah beberapa siri keluaran setem setem lama dari luar negara dan beberapa Benua yang tersimpan dalam satu album. Ada diantaranya dikeluarkan ketika zaman penjajah lagi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Setem Pelbagai Negara

Kali ini dikeluarkan setem setem Postage pelbagai negara untuk tatapan.

 

Dalam satu blok terdapat beberapa jenis setem postage dari negara negara Timur Tengah. Diantaranya setem dari Negara Palestin, Egypt, Oman, Iraq, Aden dan Tunisia.

Setem Postage ini dikeluarkan sekitar Tahun 1920 an hingga 1970

contohnya:

 

Setem King Fouad Mesir dikeluarkan sekitar tahun 1927 – 1937

 

Setem penjajahan British yang digunakan pada tahun 1924 di Iraq. Sayangnya setem ini telah rosak /terkoyak sejak mula diperolehi.

 

Setem Iraq zaman British dengan cop ” ON STATE SERVICE “ 1 ANNA. Setem ini tidak pasti keluaran tahunnya.

 

Setem Palestin.

 

Setem Negara Aden dengan tema CAMEL TRANSPORT 10 sen Zaman Ratu. Ini diantara setem setem lama yang terdapat dalam blok yang dimuatkan seperti diatas. Walau pun sejarahnya kurang jelas, tapi sudah memadai untuk jadikan koleksi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Postage SERVICE

Setem Postage SERVICE

 

Postage Definitif Siri sebagai mana yang disiarkan sebelum ini. Cuma berbeza pada muka setem di cop perkataan ” SERVICE “ untuk 20 Paisa. Lain lain siri nilai tiada dan ini sekadar contoh saja yang ada ddalam simpanan untuk pengenalan.

Berikut Setem SERVIS dari siri lain.

 

Satu lagi siri Postage ” SERVICE “ yang dicetak dengan dakwat hitam. Setem Postage ini digunakan pada NOV 1960 seperti yang terdapat pada copnya.

 

Satu lagi siri setem Postage dari siri yang lain.

Maklumat tepat berkaitan setem Postage ” SERVICE “ tidak dapat diberi memandangkan tiada info yang diperolehi.

Apa pun simpannnnn…dulu.