10sen 2011

Kemunculan Die Gouge Sniper 2011

Penemuan terbaru dari apa yang duacongkak perolehi baru baru ini, ingin dikongsikan bersama rakan rakan yang sama berminat dengan duit syiling cacat. Mungkin ada diantara rakan rakan yang sudah miliki tapi tidak dikongsikan secara meluas maka biarlah duacongkak pamirkan dalam blog ini sebagai rujukan dan panduan kepada penggemarnya mencari atau mendapatkan sebagai satu koleksi tambahan. 

DSC_1119a

Kali ini duacongkak hanya pamirkan gambar bahagian belakang sahaja berbanding dengan sebelum ini dipamirkan pada kedua dua bahagian muka.

DSC_1119a1

Gambar pertama dan kedua adalah dari syiling yang sama. Lihat pada bulatan biru dimana kita dapat lihat bentuk die gouge yang memanjang terbit dari kelopak bunga raya. Dalam muka buku duacongkak sudah terbitkan dan berkongsi dengan rakan rakan serta mencadangkan apa nama yang sesuai untuk diletakkan sebagai pengenalan pada jenis die gouge ini. Ada diantara rakan muka buku mencadangkan ianya dinamakan sebagai ” SNIPER 2011 “ memandangkan hanya laras sahaja yang kita dapat lihat menjulur dari kelopak bunga.

Tujuan menamakan SNIPER 2011 pada die gouge ini semata mata untuk memudahkan kita mencari dan membandingkan dengan siri die gouge 10sen 2011 yang lainnya yang belum lagi duacongkak terbitkan dalam blog iaitu dari jenis ” BULAN PURNAMA  2011 “. InsyaAllah, bila senang nanti duacongkak akan terbitkan dalam blog untuk semua pengunjung melihatnya. 

DSC_1120a

Gambar atas ini adalah siri syiling 2011 yang kedua mempunyai Die Gouge SNIPER 2011. Perbezaan diantara kedua dua syiling ini iaitu pada syiling ini terdapat kesan lekuk serta kelihatan seperti RIM CUD disebelah angka ” 20 “. Ini menunjukkan Die Gouge SNIPER 2011 banyak dalam edaran cuma sukar ditemui kerana sudah beredar serata negeri. Perkataan  ” banyak ” yang digunakan bukan bermakna ianya mudah dapat tapi lebih kepada maksud bila ditemui lebih dari satu dalam bentuk yang sama berarti ianya masih ada dalam edaran cuma kita mudah temui atau tidak.

DSC_1120a1

Gandingan gambar syiling 10sen 2011 dari dua kepingan yang berbeza, semoga kita dapat mencari lagi contoh syiling ini yang masih berlegar dipasaran untuk dijadikan sebagai satu koleksi.

DSC_1119a1-a3

Apa pun sama sama kita mencari dan mengumpul jenis jenis kecacatan yang masih berlegar dipasaran sebagai hobi yang tidak menyusahkan orang mahu pun menyakiti hati sesiapa. Ianya lebih kepada ‘ syok sendiri ‘.

Apa pun sama sama kita berkongsi maklumatnya.