Penutup Tahun 2011

Berlalunya 2011 dan akan muncul 2012

Menjelang berlalu tahun 2011, ketibaan 2012 pula dialu alukan, ikatan janji sudahkah berbalas, jangan terhutang dibawa kedepan.

Banyak sudah kiriman dibuat, dalam blog sendiri pelbagai perkara, untuk 2011 kiriman pun tamat, semuanya hobi yang dicerita.

Penutup tahun cuba diketengah, tiga serangkai menjadi pilihan, 10 sen 20 sen 50 sen pun menjengah, kecacatan yang sama jadi taruhan.

Pelbagai kenangan manis yang dilalui, tidak kurang juga kenangan pahit, tiga Die Clash telah ditemui, bahagian yang sama cuma beza sedikit.

Lihat dulu 10 sen 81 terutama pada gambar dibawah, syiling 10 sen yang terdapat Die Clash memang banyak ditemui terutama bagi siri satu yang mana hampir setiap tahun keluarannya kita dapat lihat. Sepertinya syiling 10 sen Parlimen ditempa dengan bentuk Die Clash sebagai satu scurity sebagai mana 50 sen 1967,68 dan 69 SE

Lihat pula gambar seterusnya, muka depan syiling 20 sen 81 pada bahagian bawah ini.  

 Pada bahagian muka belakang sebagai mana yang ditunjukkan dengan anak panah merah, kita dapat lihat rupa bentuk Die Clash yang terjadi dengan satu garisan iaitu bayangan dari sisi bangunan Parlimen. Sering kali ditemui Die Clash begini hanya pada syiling 1 sen dan ada juga pada syiling 5 sen sebagai mana pernah dikeluarkan sebelum ini. Bagi syiling 20 sen rasanya amat amat jarang ditemui malah dari apa yang ada dalam simpanan duacongkak, cuma sekeping ini saja yang ada. Mungkin dalam simpanan rakan rakan atau pun kolektor lain juga ada syiling begini cuma tidak dipamirkan. Apa pun duacongkak lebih suka berkongsi dengan semua.

 Melihatkan keadaan syiling ini, duacongkak terus meneliti semula syiling dalam simpanan dan ternyata sukar mendapatkan yang kedua sebagai mana syiling 1 sen dan siri 5 sen.

 Ini pula bagi syiling 50 sen ditempa pada tahun 1986. Kalau dilihat pada angka kosong untuk 50 itu kita dapat lihat satu garisan yang tidak ubah sebagai mana bayangan arca Parlimen. Syiling 50 sen juga sukar ditemui sama seperti syiling 20 sen yang ada bayangan arca.

Bukan saja dibahagian muka nilai malah, muka depannya juga kita dapat lihat bayangan arca sebagai mana syiling 10 sen. Walau pun hanya sedikit yang kelihatan tapi, bentuknya tidak ubah sebagaimana syiling 10 sen. Oleh sebab itu duacongkak letakkan syiling 10 sen diatas sekali supaya mudah dilihat persamaannya.

Cukup dulu untuk keluaran kali ini dan ianya dijadikan sebagai penutup tahun sebelum di update semula pada Tahun baru 2012. Tiga serangkai yang hampir sama tapi penemuan amat berbeza. Bagi 10 sen mudah ditemui dan 20 sen pula jarang jarang ditemui, untuk 50 sen amat sukar sekali.

Penutup kata duacongkak ingin ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua yang melayari blog ini dan kesempatan itu juga duacongkak ingin mohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada sebarang perlakuan atau kesilapan dalam penulisan, terkasar bahasa hingga ada yang terguris dihati.

” Hobi yang tinggi nilainya dengan ilmu dapat dikongsi bersama. “

Apa pun simpannnnn…dulu 

Advertisements

Die Clash 1 sen

Istimewa syiling 1988

Siri Parlimen keluaran pertama, bermula 67 hingga 88, bukan turutan tahun dia menjelma, ada antaranya tidak dikeluarkan.

Antara tahun yang dicari, error dan rare jadi buruan, boleh dilihat setiap hari, pelbagai bentuk menjadi habuan.

Sambil membelek mengguna kanta, ternyata sukar untuk diperolehi, tunjukkan istimewa seperti dikata, agar yang lainnya turut berahi.

  

Buruknya rupa nampak berkarat, rasanya gred fine lagi cantik, bayangan ‘satu’ nampak sekerat, itulah istimewa yang terdetik.

Clash Die pertama dimuka depan, jarang jarang juga kita temui, muka belakang juga ada bayangan, itulah istimewa yang dicari cari.

  

Lihat arcanya amatlah jelas, dimuka belakang yang nampak seri, hasil pencarian sudah berbalas, sebagai upah membelek berhari hari.

Die Clash Parlimen sebelah kanan, bentuk bulan bintang dipuncak satu, itulah istimewa dapat dijelaskan, dalam simpanan baru ada satu.

Apa pun simpannnnn…dulu.

Die Chips Error?

 Lintah

Jangan disebut pasal lintah, baru dipandang terasa geli, error coin ini baru bergetah, ditelek direnung berkali kali.

Lintah moden dipelihara orang, untuk perubatan cara tradisional, Die Chip Error sudah bersarang, diangka satu memberi signal.

Badan membulat dipenuhi darah, setelah menghisap sehingga kenyang, die chip dipuncak bagaikan lintah, duduk bersantai bersenang lenang.

 

Lintah darat jangan didekat, kelak menyesal seumur hidup, rupa syiling sudah tak berkilat, kerana usianya sudah meletup.

Lintah liar dalam kubang dan parit, lintah ternak ditempat selesa, nilai muka syiling ini belum terbit, gambar diatasnya nampak  macam biasa.

 

Lintah melekat di nombor satu, darah meleleh pada kaki kakinya, Die chip dinamakan sudahlah tentu, bertapak melekat tiga tempatnya.

Membulat perut kerana santapan, duduk bertenggek tanpa diganggu, syiling ditempa 1988, yang terakhir sekali untuk siri satu.

 

Anak panah merah sebagai penunjuk, tiga die chip yang dapat diterjah, yang paling atas lintah itu duduk, yang bawahnya pula lelehan darah.

Sekian saja persembahannya.

Harap kepada semua pembaca dapat memahami apa maksud sebenar syiling ini walau pun pada keluaran kali ini duacongkak tuliskan dalam bentuk berpantun. Sudah sekian lama duacongkak tidak menulis dalam bentuk pantun sebagai mana yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bukan senang hendak mereka sesuatu dalam bentuk pantun seperti ini, apa tah lagi ciri ciri duit error amat sukar untuk diterjemahkan, lebih lebih lagi duacongkak sendiri masih terpinga pinga dengan istilah error yang ada. Terlalu banyak dan kesemuanya dinamakan dalam bahasa inggeris yang sudah tentu bukan bahasa bualan bagi duacongkak. Atas sebab itu amat sukar untuk memahami satu persatu. Mujur ada rakan rakan yang sudi memberi tunjuk ajar dan sekurang kurangnya dapatlah juga sedikit ilmu untuk duacongkak menempelkan dalam blog ini.

Mungkin pembaca semua perasan bahawa duacongkak keluarkan setiap hari isi blog adalah benda yang sama, cuma berlainan pada jenis jenis syilingnya dan juga tahun ianya ditempa serta kedudukan error yang terjadi.

Apa nak buat…!

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

20 sen 1988

Kecacatan Rim.

Banyak persoalan yang timbul dengan sekeping syiling 20 sen 1988 ini. Nampak seperti Error dan ada juga seperti perbuatan tangan yang gatal. Apa pun rupa bentuknya seolah olah terjadi semasa proses tempa dan mengalami kecacatan seterusnya akibat gesaran dan hentakan akibat dari penggunaan seharian sebelum menyinggah ke tangan duacongkak. Bila sudah sampai ketangan kolektor murahan ini maka terperaplah dia.

Penunjuk anak panah yang tertumpu sekeliling Rim. Apa yang tidak kena pada Rim tersebut? Persoalan yang pasti akan ditimbulkan untuk difahami. Jika kita lihat pada sekeliling Rim coin ini ternyata, seperti adanya CUD yang panjang dan menambah ketinggian Rim. Ada juga yang seperti terkena ketuk kerana kita dapat lihat kesan lukanya berselang selang. Biasa kalau ada kesan ketuk bermakna bahagian tersebut lebih tinggi dan tidak serata.

Lihat bahagian belakang pula iaitu muka pada nilai syiling ini serta tahun ditempa.

Keadaan syiling ini bukan saja berlaku dibahagian hadapannya saja, malah turut berlaku pada bahagian belakang. Sekiranya Error ini diistilah sebagai CUD Error, sudah pasti amat menarik kerana kebiasaan yang ditemui CUD Error hanya tempelan metal pada Rim yang kecil dan tidak pada sekeliling syiling. Sebagai contoh yang pernah dikeluarkan dengan tajuk KELEPET untuk syiling 50 sen 2002 yang lalu.

Selain CUD Error, keadaan rim ini juga boleh dinamakan Finned Edge Error. ( Sirip ). Ini kerana biasanya CUD Error bentuknya satu metal melandai menutupi Rim dari luar ke dalam. Tapi bagi Finned Edge keadaannya bersirip dan menegak serta ada yang tajam.

Pendapat otai amat diperlukan disini agar ianya lebih tepat lagi. Bagi duacongkak yang baru sangat tahu nama nama jenis Error takut tersalah tafsir.  Kalau salah ianya boleh merosakkan nama.

Kita lihat bahagian bahagian lain dari gambar yang diambil.

  

Keadaan posisinya yang berlainan.

Bahagian sisi.

Dua anak panah merah menunjukkan metal yang terlipat pada collar coin seperti CUD.

Posisi dalam kedudukan terbalik.

Kedudukan muka depan syiling ini. 

Apa saja gambar yang ditunjukkan diatas adalah semata mata untuk dilihat keadaan sekelilingnya. Error bagi duit syiling 20 sen agak kurang atau jarang ditemui kecuali berlaku disebabkan oleh perlakuan orang atau terjadi selepas proses tempaan. Apa lagi setelah lama dipergunakan dan berpindah tangan ke tangan. Error lain yang ditemui oleh para kolektor luar adalah dari jenis Rotated Die. Ramai juga yang sudah tunjukkan Rotated Die 20 sen cuma duacongkak saja yang belum siarkan disini. Sebab Rotated Dienya kurang menarik.

Sokongan dari pakar pakar Error Coin amat perlu untuk perjelaskan lagi jenis Error yang ditemui pada syiling 20 sen 1988 ini.

Bagi duacongkak

Apa pun simpannnnn…dulu.

  

Back To School

Pulak dahhhh….!

Percutian sekolah sudah berlalu dan hanya tinggal separuh bulan saja lagi kita akan menyambut Tahun baru. Bila tiba tahun baru 2012 sudah pasti setiap ibu bapa bersiap sedia untuk menyediakan peralatan sekolah untuk anak anak mereka. Bagi duacongkak, tahun 2012 berarti tiada lagi anak anak yang bersekolah rendah mahu pun yang menengah dan hanya tinggal menyiapkan kemasukan anak ke institusi pengajian tinggi. Itu pun sekiranya pencapaian yang diharapkan dari anak bongsu mendapat keputusan cemerlang bagi mengikuti jejak langkah kakaknya yang kini masih belajar di ‘ U ‘.

Bagi mereka yang masih anak kecil dan bersekolah rendah atau menengah sudah tentu persiapan awal sudah dimulakan dengan membeli serba sedikit kelengkapannya. Kata orang persiapan disediakan secara berperingkat memandangkan kos sekarang amat tinggi untuk disediakan secara mendadak. Jangan tangguh tangguh tau…bagi mereka yang masih mempunyai anak yang bersekolah.

Kali ini duacongkak sekadar tunjukkan bag galas yang perlu untuk mereka sebelum persekolahan tiba.

Teringat masa kanak kanak dulu, perbelanjaan sekolah sehari hari hanyalah 10 sen. Kekadang 5 sen pun tidak diperolehi. Tapi pada zaman duacongkak dulu 10 sennya bukan berbentuk seperti dalam gambar. Sudah semestinya  10 sen bentuk Parlimen yang digunakan setiap hari. Kekadang saja dapat bawa duit 20 sen.

Cerita bag galas tapi duit syiling pula yang ditunjukkan.

Bukan apa…sekadar mengenang kembali semasa zaman persekolahan dulu.

Cerita beg galas ini adalah kerana pada duit syiling ini sendiri meempamirkan cara cara untuk menggalas beg dibahagian belakang badan. Sesiapa yang perasan bagus lah…tapi bagi mereka yang tercari cari cuba lihat pada angka ‘ 9 ‘ untuk ‘ 97 ‘. Terdapat die chip yang melekat dibahagian belakang angka tersebut. Amat jarang kita menemui syiling 10 sen yang ada die chip kecuali yang ada metal di mata ‘ 9 ‘. Sering kita temui die chip begini pada duit syiling 50 sen 1997, tapi kali ini ianya menumpang pula pada 10 sen 1997.

Sepertinya adik terlebih dulu buat persediaan Back To School maka sebab itulah saudaranya yang besar ada yang ‘ Bergenang Si Air Mata ‘.

Die Chip terjadi pada angka ‘ 9 ‘

Apa apa pun simpannnnn…dulu. 

1 sen 2005 error

Penemuan syiling 1 sen 2005

3 ERROR IN 1 coin

Selain dari syiling yang ditemui sebagai Die Chip Error pada 1 sen 2005, terdapat juga penemuan Die Crack Error pada syiling keluaran tahun yang sama. Syiling yang mana Die Crack dari Rim ke bahagian tengah. Juga bagi yang perasan bukan 1 error yang terjadi pada syiling ini dan juga bukan dua malah ada tiga kesemuanya. Satu lagi Error adalah ‘ Bayangan Arca ‘ ( Die Clash ). Makanya sekeping syiling ini terdapat 3 jenis Error berlainan.

Cuba lihat…

 

Bahagian depan coin dengan rebana ubinya. Ditempa sebanyak 437,400,000 terlalu banyak makanya terdapatlah syiling syiling yang error dan menjadi sebahagian koleksi kepada yang meminatinya. Bukan semua mudah untuk kita temui dari jenis jenis error. Sekiranya tanpa sebarang minat, sudah pasti semua ini dibiarkan begitu saja. Lebih lebih lagi bagi syiling 1 sen Malaysia yang sudah tidak diguna pakai dalam urusan perniagaan lagi. Makanya semakin sukar untuk kita memperolehinya. Bagi mereka yang simpan sejak awal sudah pasti beruntung dan dapat membelek belek semula untuk dapatkan apa yang siarkan oleh para bloger berkaitan dengan syiling error. Bila bertemu sesuatu error yang baru, hati benar benar terasa puas dan tidak sabar sabar rasanya untuk dimuat kedalam blog untuk dikongsi bersama.

Banyak celoteh betul.

Asyik berceloteh tanpa tunjukkan gambarnya boleh membosankan juga.

Cuba lihat bahagian bulatan yang tertera dimuka syiling ini. Terdapat dua bahagian yang dikatakan Die Crack Error. Satu dibahagian atas ikut arah jam 12.00 dan terus ke bahagian tengah dimana penghujung ditengah tengah bunga raya. Yang kedua pula Die Crack berlaku dibahagian bawah arah jam 7.00. Bagi bahagian kedua ini die yang pecah bermula dari tengah dan bawa ke rim seperti yang dapat dilihat dalam gambar. Sebab apa duacongkak kata begitu. Lihat pada bahagian tengahnya, keadaan pecahan agak besar dan berkumpul lalu menyebabkan rekahan dan terus ke bahagian rim. Hinggakan huruf ‘S’ juga menjadi mangsa dimana metal turut menempel.

Selain dari Die Crack yang dikatakan, pada syiling ini juga terdapat Die Chips sebagai mana keluaran sebelum ini pada huruf ‘0’ untuk 05. Ini dapat digambarkan yang syiling ini terjadi selepas Die Chip berlaku. (hanya pendapat saja). Selepas itu barulah proses penukaran dilakukan dan ada kemungkinan, diantara syiling ini, pasti terdapat yang jenis Major Die Crack…setelah itu baru ditukar ganti. Contohnya rekahan die akan bertemu antara atas dan bawah serta melibatkan rekahan die yang besar.

Bukan setakat Die Crack dan Die Chip, malah kalau diperhatikan betul betul pada bahagian muka belakang syiling ini, terdapat juga Die Clash ( bayangan arca ) rebana ubi. Benjolan yang menyebabkan timbul dipermukaan syiling ini disebabkan oleh ‘ tapak Rebana Ubi ‘ terjojol.

Macam pakar…pada hal hanya pandangan saja.

Keratan atas 

Keratan bawah menampakkan Die Crack serta Bayangan Arca Rebana Ubi serta benjolan dari tapak Rebana.

Ini dia Die Chipnya…

WATAMMMMAT.

Apa pun simpannnnn…dulu.

1 sen 2005

Die Chips Error

Keluaran kali ini adalah berkaitan syiling 1 sen yang ditemui di penghujung tahun pada awal bulan Disember. Sikit jer yang menarik.

Muka depan. 

Mana yang dikatakan Die Chips tu…? Cuba perhatikan pada angka ‘ 1 ‘ bahagian tapak kakinya. Terdapat lebihan metal yang menarik. Bahagian lainnya pula adalah pada angka ‘ 0 ‘ dimana terdapat sedikit metal yang terpalit.  Walau pun kecil nilainya tapi cukup memuaskan hati bila dilihat.

Bahagian keratan yang memudahkan untuk lihat keadaan metalnya.

Apa pun simpannnnn…dulu.