Fill Die Error

50sen 2007

Sekian banyak jenis error yang ditemui dan diperbincangkan pada setiap syiling Malaysia, amat jarang dipamirkan berkaitan siling Fill Die Error. Bukannya tidak ada malah sebelum ini pun ada beberapa keluaran pernah diterbitkan dalam blog ini.

Untuk syiling 50sen 2007 ini pun sudah sekian lama berada dalam simpanan duacongkak, cuma tidak berkesempatan untuk dimuatkan dalam blog kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Senang cakap bila sudah tersimpan dan bercampur aduk dengan syiling lain, maka susah untuk dicari dan dibongkar keluar.

DSC_1105a

Dua gambar diatas dan bawah adalah dari syiling yang sama , cuma bahagian bawah, tanda bulatan biru diletak bagi mempamirkan kedudukan Fill Die Error.

DSC_1105a1   

Tidak semua variety 50sen kita boleh temui jenis Fill Die seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Hanya 50sen 2007 sahaja yang kita boleh temui jenis seperti ini.

Mungkin ada diantara pembaca atau pengunjung blog yang pernah terjumpa syiling 50sen 2005 dari jenis Fill Die Error. Untuk pengetahuan semua, bagi syiling 50sen 2005 amat berbeza Fill Dienya dari jenis 50sen 2007 yang diterbitkan ini. Dalam keluaran lain duacongkak akan terbitkan pula Fill Die 50sen 2005 untuk tatapan. 

DSC_1103a

Apa pun layannnnn dulu yang ada.

10sen buta

Variety 2008

Melihat pada tajuk diatas tertulis 10sen buta. Apakah maksud 10sen buta itu dan apa yang menariknya. Pada keluaran kali ini duacongkak ingin berkongsi dengan rakan rakan dan juga pengumpul syiling error dan variety. Tidak kira ianya cacat atau ralat besar mahu pun yang sekecilnya. Ini kerana duacongkak sendiri sekadar suka suka mengumpul duit syiling yang lain dari kebiasaan kita lihat setiap hari.

Bagi syiling 10sen 2008 terlalu banyak variety yang boleh kita lihat dan diantaranya variety yang ingin ditunjukkan adalah apa yang duacongkak perkatakan iaitu siri buta.

DSC_0134a

Sebagai mana yang kita ketahui dalam permainan congkak, dalam pusingan pertama pasti ada seorang pemain akan kalah dan pasti ianya akan hilang satu atau dua lubang yang disebut sebagai lubang buta. Masa zaman kanak kanak dulu ianya dipanggil lubang terbakar. Dalam pusingan kedua, yang menang tapak akan berjalan dahulu dan akan mengatur langkah mengutip sebanyak mungkin buah congkak dari pihak lawan. Paling menarik sekali bila lubang yang buta atau terbakar itu cuma satu sahaja. Sekiranya orang itu mahir dalam permainan congkak sudah pasti akan menyapu bersih hingga menyebabkan lawannya mengalami kekalahan yang teruk dengan menambahkan lagi lubang buta atau terbakar itu. Kiranya pemilik lubang buta atau terbakar telah menang tapak dan berjaya jalan dahulu maka sudah pasti pihak yang mempunyai lubang congkak yang penuh akan mengalami kekalahan teruk pada pusingan ketiga dan lubang congkaknya pula akan buta lebih dari satu.

Syarat semasa bermain congkak dimana kita tidak boleh memasukkan buah congkak dalam lubang buta atau terbakar tersebut kerana ianya sudah tidak boleh diguna pakai. Sekiranya dimasukkan juga bermakna buah congkak itu akan dirampas oleh pihak lawan dan permainannya tamat dan tidak boleh berjalan lagi. Ada diantara pemain yang sengaja memasukkan dalam lubang buta ini kerana mengelak dari perjalanan dalam permainan mati dalam lubang kosong. Ada juga yang mengelat dengan sengaja tidak memasukkan buah congkak dalam rumahnya sendiri. Berbagai cara digunakan dan kekadang sengaja melakukan penipuan dalam permainan kerana yang penting mahu menang. Kecekapan mata dan kepantasan tangan perlu ada bagi setiap pemain kerana ada pelbagai cara hendak menipu dan bagi yang menipu juga mesti pantas sampai pihak lawan tidak dapat mengesannya. Sebagai contoh menyelit buah congkak dicelah jari yang paling sukar untuk dikesan.

Melalut pula sampai cerita cara permainan congkak.

DSC_0135a

Berbalik semula dengan tajuk diatas. Pada setiap syiling 10sen siri kedua atau siri bunga raya, kita dapat lihat temanya adalah papan congkak yang diletakkan diatas sebidang tikar. Mungkin ramai yang perasan setiap lubang congkak ada miliki buahnya kecuali satu sahaja lubang yang tidak mempunyai buah congkak. Cuba perhatikan pada lubang ketujuh disebelah atas dimana setiap siri tahun tempaan, buah dalam lubang congkaknya tiada. Kalau dikirakan dalam permainan ianya dikatakan lubang buta atau lubang yang terbakar dan permainan congkak ini adalah dalam pusingan yang kedua.

Tapi, apa yang ada pada syiling 10sen 2008 ini adalah lubang buta tanpa buah dibahagian tengah iaitu pada lubang ke empat. Sebenarnya sudah lama duacongkak perasan lubang ke empat untuk syiling 10sen 2008 ini kosong tanpa buahnya dan kali ini baru duacongkak muatkan dalam blog untuk tontonan. Ianya mudah ditemui dan keluarannya boleh dikatakan banyak. Ada diantaranya lubang keempat memiliki sebiji buah congkak sebagai mana biasa kita lihat. Jika dibandingkan yang ada buah congkak dengan yang kosong, sudah tentu lebih banyak pada yang ada sebiji buah congkak dari yang kosong atau buta ini.

DSC_0135a1

Gambar diatas adalah contoh yang paling mudah untuk kita lihat dimana keadaan lubang congkak yang tiada buahnya. Selain dari keluaran tahun 2008, kita juga boleh temui syiling 10sen buta ini pada keluaran tahun 1989, 1990 dan 1991. Mungkin sudah ramai yang perasan dengan keadaan syiling keluaran untuk tahun yang disebutkan, tinggal lagi tidak dipamir atau diketengahkan sebagai rujukan.

Apa yang dilihat ini bagi duacongkak tidak berani katakan ianya sebagai Filled Die Error kerana ada kemungkinan ianya adalah satu variety untuk tahun 2008, begitu juga pada siri Tahun 1989, 1990 dan 1991.

Harap maaf kerana duacongkak tidak muatkan sekali gambar syiling 10sen keluaran  lainnya seperti yang diperkatakan ini kerana keadaannya adalah sama.

Apa pun layan dulu… 

coin cacat

Post berikutnya…

Sekali lagi duacongkak upload coin cacat yang ada dalam simpanan. Kali ini kondisi duit syiling adalah UNC+++

Pelik bin ajaib

Banyak betul duit syiling cacat yang duacongkak perolehi. Pelbagai bentuk dan rupa ada dalam simpanan dan diterbitkan dalam blog. Sebenarnya masih ada lagi syiling yang pelbagai rupa dimana kecacatan berlaku dibahagian tepi. Apakan daya, ada kamera tapi tidak dapat ambil gambar dengan jelas. Dengan itu mana mana syiling yang errornya dibahagian tepi atau sisi, begitu juga dengan error yang halus seperti extra metal tidak dapat dimuatkan dalam blog. Hanya diabadikan dalam koleksi sehingga dapat mengambil gambarnya.

Berbalik semula dengan syiling 50sen ini. Apa yang menjadikannya cacat.? Cuba lihat dibahagian muka syiling ini. Banyak bahagian yang telah hilang. Syiling ini dikeluarkan pada tahun 2000 dan apa yang menyebabkan banyak bahagian hilang? duacongkak tidak berani komen banyak banyak.

Bahagian belakang juga pada bahagian ekor wau sebelah kanan tidak berapa jelas kelihatan. Duacongkak sekadar mencari dan menyimpan koleksi begini tapi malangnya tidak mahir dalam erti kata error. Apa yang nampak depan mata kedua dua bahagian yang hilang itu seperti diselaputi oleh metal yang nipis.

Hanya pakar coin saja yang dapat mengesahkannya.

Apa pun simpannnnn…dulu

What Year is this?

Post berikut…

Bukan digosok atau pun disagat. Mungkin haus kerana geseran atau dimakan hari…? Persoalan dan pertanyaan yang bermain dalam benak fikiran duacongkak. Apa pun biarlah dimuatkan dalam blog ini semata mata untuk berkongsi pendapat dengan rakan rakan yang mempunyai minat yang sama.

Dua keping gambar ini adalah dari sekeping syiling depan dan belakang. Keadaan duit syiling ini sudah agak lusuh (VF). Yang menjadi syiling ini menarik adalah kerana tahun keluarannya sudah tidak kelihatan. Samada hilang kerana ” HAUS ” atau berlaku semasa cetakan dibuat. Sedikit bayangan atau kesan tahun dicetak langsung tidak kelihatan serta kesan bahagian yang ” HILANG ” itu juga tidak menampakkan ada unsur unsur di gosok. Sekali pun dengan kertas pasir yang halus tidak mungkin kita tidak nampak kesannya.

Ini pula adalah keratan bahagian tahun duit syiling. Sedikit pun tidak menampakkan kesan tahun samada keluaran 2001 dan seterusnya hingga 2009. Sebagai contoh pada bahagian ” A ” juga kurang jelas tapi masih nampak bayangan hurufnya.

Apa pun simpannnnn…dulu

Missing print

SIRI 20 sen ERROR

Kain pelikat dari Jawa, dipakai orang untuk sembahyang, lama tersekat dan kini bersua, edisi error syiling duakupang.

pic 1

 Syiling 20 sen (duakupang) yang berada dalam simpanan duacongkak ini tidak pasti Tahun cetakannya. (lihat dalam bulatan). Perkataan sen juga kurang jelas sebagaimana yang kita lihat pada syiling lain. Begitu juga dengan perkataan BANK seolah olah hilang dan tidak kelihatan lagi.

Lihat bahagian depan pula.

pic 2

Buah pinang entah kemana…!!

Maaf laa…duacongkak baru balik kursus dan tidak banyak idea untuk tulis dalam blog ini. Dengan itu duacongkak berharap semua yang melihat blog ini tidak rasa kecewa..

 

missing print

 ” Syiling 10 sen 2007 missing print “

Dari pandangan mata kasar tidak kelihatan sebarang kecacatan pada muka duit ini. Mari kita lihat dengan teliti, rupanya ada sedikit kecacatan.

Xtra metal

Lihat pada anak panah merah…nampak jelas bahagian missing print pada rupa daun bunga raya. Keadaannya tidak timbul sebagaimana yang kita lihat pada siling syiling lain. Ini jelas sekali berlaku semasa tempaan dilakukan dan menjadikan duit ini error bagi mereka yang membuat koleksi. Tidak mustahil missing print ini banyak dipasaran, bagi pengumpul…sudah pasti mahukan yang cantik dan proof/UNC.

Layan dulu….

 

Missing ‘ E ‘

Syiling 20 sen cacat

Bermula dengan pencarian duit duit cacat dan kini terus menerbitkan koleksi yang ada. Mungkin setiap koleksi yang dikeluarkan bersamaan dengan blog blog lain…yang jelas sekiranya terdapat persamaan, bukan bererti hasilnya dicedok atau diciplak.

Kita layan dulu 20 sen 1976 cacat ini…

“missing E”

 Cuba lihat pada tulisan SEN dalam kotak merah. Huruf ” E ” tidak seperti ” E “. Dikatakan ” L ” pun bukan. Seterusnya lihat bahagian atas tulisan SEN itu, kelihatan dua garisan metal terpalit.

Lihat pula Pic 2 di bawah…

pic 2

 Syiling Tahun 2006

Apa yang cacat..? Cuba lihat…!! Huruf ” S ” tidak kelihatan dan satu kotak lagi menunjukkan huruf cetakan NEGARA ada missing E, G dan A.

PERHATIAN: Lain lain Info bagi syiling 20 sen 2006…!! Belum ada kajian atau sumber lain dari mana mana bloger diterima tapi rasanya kita sama sama nantikan kedudukan yang sebenarnya.

Dalam simpanan duacongkak, syiling 20 sen Tahun 2006 ini terdapat dua edisi atau bentuk. Satu milled edge rata dan satu lagi bulat. Kamera tiada untuk ambil gambar. Mahu scan tak boleh pula…Apa pun cuba dapatkan syiling siri 2006 ini dan bandingkan dengan sendiri. Mungkin boleh jumpa, sebab edisi ini masih banyak di pasaran.

Bila ada kamera nanti duacongkak akan muatkan dalam sisipan akan datang.

( Kamera adik ipar pinjam )

Mana mana bloger yang tahu maklumat tersebut boleh kongsi bersama.