British Trade Dollars

Syiling one dollar keluaran Tahun 1899

   

Duit kerajaan British pada Tahun 1899 yang hanya mereka minat dengan koleksi duit saja kenalinya. Bagi jenerasi kini mungkin ramai yang tidak mengenalinya. Mungkin juga tidak tahu bahawa duit ini biasa digunakan dalam negara kita.

Dari pada tersimpan dalam album lebih baik dikeluarkan agar ada diantara mereka yang tidak pernah lihat sekurang kurangnya tahu juga akhirnya.

Mungkin dalam muzium ada kut…?

( Syiling ini pada bahagian gambar kedua pada sudut kiri jam 9 dapat lihat Minor Die Crack, tapi tak berani nak komen sebab tiada contoh yang lain untuk perbandingan. )

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

Ring Error

Banyak sungguh duit error, pelbagai istilah dan juga nama, duacongkak bukan nak tunjuk terror, sekadar dapat kita kongsi bersama.

Bukan mudah untuk mencari, tidak semudah kita melihat, kalau sudah minat begini, bila berhasil hilanglah penat.

Duit ditabur didalam besen, seorang diri kais mengais, duit error ini nilainya 5 sen, bahagian tepinya bagaikan terhakis.

Nak tenguk…?

   

Sekilas pandang tidak menampakkan error pada duit syiling ini. Kelihatan sama saja pada duit suiling lain, tapi…cuba lihat anak panah yang menunjukkan dibahagian tepi sebelah dalam. Duit syiling biasa kita akan dapat lihat gigi disekeliling duit, tapi berbeza dengan duit syiling ini, dimana sebahagian darinya licin tanpa gigi giginya. Jangan salah faham pulak, maksud duacongkak bukannya milled edge tapi bahagian tepi ring tersebut. Nak kata haus oleh usianya tidak mungkin sebab ring masih berbendul. Apa apa ajalah…

Yang penting….

Apa pun simpannnnn…dulu.

 OPS….ada lagi dibawah…

Magnet Coin

Post Kali Ini Mungkin Gempaq Sikit Kut…!!

Kepada semua pengunjung blog samada pengunjung baru atau pun ahli numis yang sudah lama, yang kenal dengan duacongkak atau pun baru saja mengenali diri ini, atau kepada sesiapa yang mahir tentang numis, duacongkak ingin memohon ampun dan maaf kerana selama ini pengeluaran  atau penampilan duit duit samada duit kertas atau pun duit syiling, duacongkak sama sekali tidak menggunakan istilah yang betul sebagai ahli numis sebenar. Juga mohon kemaafan sebab dengan tanpa sebarang rujukan, duacongkak meletakkan label sendiri pada setiap posting. Duacongkak akui kelemahan yang ada dalam hobi ini dan boleh merosakkan nama dan juga minat mereka yang betul betul pakar. Bukan niat duacongkak untuk melakukan semua itu, tapi oleh kerana penguasaan bahasa dan ilmu terlalu lemah, makanya…duacongkak lebih selesa dengan keadaan sekarang. Harap Maaf sekali lagi.

Berbalik semula dengan tajuk Magnet Coin. ( Istilah sendiri )

Kali ini duacongkak mahu berkongsi dengan mereka yang berkunjung ke blog ini, ada diantara ahli numis sebelum ini sudah memiliki ” Magnet Coin ” termasuk duacongkak sendiri yang telah terbitkan tiga keping syiling 50 sen Tahun 2005. Tapi pada kali ini duacongkak hendak tunjukkan syiling tahun 2000 pula yang boleh melekat pada magnet.

VISUAL KURANG MENARIK

 

Sekeping syiling 50 sen tahun 2000 yang kurang jelas gambarnya. Sedikit info untuk syiling ini: keadaan syiling ini agak pudar dan tidak clear seperti yang kita lihat setiap hari. Sekali pun syiling lain yang pudar warnanya pun tidak mungkin sama dengan kepudaran syiling ini. Cuma duacongkak tidak mahu kikis saja sebab sayang pula kalau sekiranya rosak atau terguris/calar balar.

   

Ini adalah duit syiling yang tidak pasti muncul dari mana memandangkan jarang sekali kita temui duit syiling yang boleh melekat pada magnet. Dengan bantuan anak, duacongkak minta tolong dia pegang magnet untuk diambil gambar. Besi hitam lonjong itu adalah sebiji magnet yang cukup cantik dan dijadikan sebagai koleksi juga memandangkan sukar ditemui. Selama ini belum pernah lihat rupa magnet seperti itu. Duit syiling 50 sen tahun 2000 dilekatkan pada magnet tersebut dalam keadaan menegak dan ambil pula stapler test pada syiling dan ternyata stapler pun boleh melekat.

Duacongkak buat silap mata kut…atau pun dia ikat dengan tali supaya orang lain percaya. “

Senang cakap jawapannya…tiada masa bagi duacongkak mahu berbuat sedemikian.

 

Gambar bahagian WAU.

Apa apa pun simpannnnn…dulu.

50 sen bintik2

Item yang dimuatkan dalam blog kali ini tidak begitu menarik, sekadar suka suka untuk disimpan saja. Bila lihat pada tajuk macam best tapi hakikatnya, sebab rajin duduk depan  komputer bila tak ada kerja, muatkan saja apa yang terasa.

   

 

Kali ini mahu beri istilah apa pun tidak tahu sebab, kedua dua belah muka syiling ini berbiji biji dengan metal bagaikan direnjis. Syiling ini dimasukkan dalam holder kerana tidak mahu bercampur baur dengan syiling lain…nanti hilang tanpa dapat dikesan lagi. Nak kata error tidak pasti tapi sekadar suka suka saja…

Tahun depan 2012 kemungkinan syiling akan bertukar wajah dengan siri ketiga. Khuatir BNM akan tarik balik siri 1 dan 2 dari edaran maka bertambah sukar untuk ditemui lagi.

Apa pun simpannnnn…dulu.

10 sen extra metal

Duit karat jangan di sental, bila disental habis bercalar, 10 sen dapat yang extra metal, clear dan cantik tak nampak pudar.

Bila pudar nampak kusam, orang tenguk langsung tak berkenan, blog duacongkak sudah jadi resam, duit pelik jadi perhatian.

Satu persatu coin sudah tersebar, buat tatapan peminat setia, terasa sudah tak sabar sabar, marilah lihat gambar tersedia.

 

 

Dimana yang dikatakan Extra metal…cuba lihat huruf ” N ” untuk NEGARA, Pada kaki huruf ” N ” terdapat metal yang bersambung hingga mencecah kelopak bunga raya. Mungkin jenis ini nampak biasa dan banyak dalam pasaran. Tetapi yang istimewanya adalah usia syiling ini sudah mencecah 20 tahun, satu jangka masa yang panjang dalam edaran tapi kelihatan seperti baru dikeluarkan saja.

Apa pun simpannnnn…dulu.