KELEPET

METAL TERPALIT PADA RIM

Tajuk apa pula nie…bab merapu bagi pada duacongkak. SORRY otai otai semua.

 

Syiling 50 sen 2002 nampak cantik dan menghelit. (Menghelit disebabkan flash). Diantara banyak banyak syiling Malaysia yang dikeluarkan ternyata untuk tahun 2002 menjadi pilihan dan perlu diambil perhatian agak lebih sikit. Bukan apa…sudah banyak duit syiling error yang diperolehi datangnya dari keluaran 2002. Kebanyakan error disebabkan oleh cetakan yang tidak kemas. Setakat ini sudah beberapa keping syiling 2002 yang duacongkak sudah keluarkan dalam blog ini. Bagi syiling ini agak baik cetakannya dan tidak seperti yang dimaksudkan.

Selain tahun 2002, bagi duit syiling 2005 juga ada sedikit keraguan. Sememangnya syiling 50 sen tahun 2005 dikeluarkan begitu banyak dan setakat ini syiling tahun tersebut tercatat sebagai pengeluaran atau pengedaran paling banyak dalam sejarah syiling 50 sen siri 1 dan siri 2. Sebab itu kita dapat lihat pelbagai bentuk cetakannya. Samada muka depan atau muka belakang malah bahagian tepinya juga pelbagai cetakan dapat kita lihat. Ada diantara cetakan BANK NEGARA MALAYSIA tulisannya tenggelam, dan ada diantaranya kabur, ada yang dicetak tersasar ketepi hingga sisi rim dan paling menarik bila ditemui cetakan BNM diantara tulisannya halus layang dan ada yang hilang. Kalau nak tengok contoh contohnya dilain kali duacongkak akan muatkan. Hari ini cerita pasal syiling 2002.

Yang paling menarik untuk disimpan adalah duit syiling yang dikatakan ” PALSU ” untuk tahun 2005. Syiling ini amat mudah dikesan sekali pun dicampur dalam kuantiti yang banyak. Ada diantaranya boleh bertindak pada magnet dan ada juga yang tidak melekat. PERINGATAN. Selain syiling 2005, bagi syiling 2007 juga sama bentuk dengan tahun 2005, setakat ini duacongkak sudah perolehi dua keping untuk tahun 2007 dan kedua duanya akan melekat sekiranya diletakkan pada magnet.

Dah melalut la pulak…

Apa yang duacongkak hendak berkongsi kali ini adalah duit syiling 50 sen 2002 yang terdapat lebihan metal pada sisi rim. Kelihatan metalnya seperti di KELEPET dan dapat lihat dengan jelas sekali. Disegi cetakannya cukup menarik dan arcanya nampak jelas dan terang.

 

Bahagian keratan pada syiling tahun 2002 dalam kedudukan jam 9.00

Apa pun simpannnnn…dulu.

 

6 Comments

  1. Salam duacongkak,
    Wah,..banyak kemajuan dalam teknik fotografi,fokus pada error sangat jelas!..spesimen yg cantik ini mungkin rim cud error.Depankanta juga ada satu,juga pada syiling 50 sen 2002,kalau diizin nanti nak copy yg ini dan akan dipamirkan bersama…
    Terima kasih banyak2 duacongkak…

    • W.salam depankanta,
      teknik fotografi masih baru dlm diri ini…tgh belajar pelan2 utk dpatkan gambar yg lebih menarik. cuma makan masa sikit.
      Tidak jd kesalahan jika depankanta mahu copy syiling ni untuk dipadankan dan buat rujukan rakan2 semua. Yg penting tujuan dan niat kita betul…bg duacongkak, dipersilakan utk depankanta copy n paste…tentu lebih menarik.
      TQ depankanta.

  2. Pingback: lagi 50sen 2002 | Duacongkak's Spot

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s