10sen Big Error

Mari lihat 10sen 2002, Jangan segan2

Pada 12/09/2010 duacongkak memperolehi sekeping syiling 10sen tahun 2002 dalam condition UNC. Pada mulanya duacongkak fikirkan syiling ini mungkin kena gelek oleh tayar kenderaan diatas jalan. Bila difikir semula, tidak mungkin rupa bentuknya terjadi sedemikian. Ini kerana tiada kesan geseran tayar atau pun kesan calar batu.

Tidak puas hati bawa balik dan lihat pada kanta dan juga scanner dalam komputer. Memang sah keadaannya bukan kena lenyek diatas jalan. Kecacatan yang ketara adalah disebabkan oleh bahan kimia/asid. Ada juga kolektor yang menyatakan permukaan duit syiling ini mengerutu. Bagi duacongkak, lebih berkeyakinan disebabkan oleh bahan kimia yang boleh mencairkan bahan clear pada permukaan duit syiling ini.

Siapa punya kerja tidak pasti samada tangan tangan gatal yang rajin atau pun terjadi semasa finishing printer. Keadaan muka syiling ini seperti melecur terkena sejenis asid yang panas.

jum ushar…

nilai muka

 Lihat sendiri rupa bentuk syiling ini yang ditempa pada Tahun 2002 dengan condition baik.

## duacongkak Apapun simpan dulu…!!

 

syiling 50 sen 1978

Jumpa Lagi….

 

Sebelum ini duacongkak muatkan dalam blog duit kertas yang ada cop, keputusan atau maklumat berkaitan cop tersebut tidak dapat terjawab kerana tiada sebarang rujukan atau maklumat yang jelas.

Kali ini duacongkak mahu tunjukkan pula duit syiling keluaran Tahun 1978. Mari kita lihat dulu.

( 50sen siri pertama: mintage 11,033,439 )

pic 1

pic 2

 Cuba lihat pada kedua dua gambar duit syiling diatas. Pic 1 bahagian muka depan dalam bulatan tertera cop yang bertulis huruf ( SP ).

Pada bahagian pic 2 pula tertera dengan nombor ( 28 ) Apakah maksud kedua duanya. Apakah dilakukan oleh orang yang digelar ” tangan gatal “ atau pun telah dicop semasa pengeluaran dari kilang cetakan…Siapa yang tahu tolong berikan ulasan.

Duacongkak betul betul musykil juga sebab cop begini dikedai motor pun ada.

 

Muka ku Rata

Apa pula tajuk ni…? 

Mari semua pakat lihat, duit syiling ini yang aku dapat, bukan muka bujur tapi muka bulat, sekelilingnya rata tidak melekat.

diri ku

 Kebiasaan kita lihat setiap duit syiling pada bahagian bibir bulatan berlekuk atau pun berbendul. Tapi bagi duit ini keadaannya licin tanpa sempadan. Nak dikata rare tidak pasti begitu juga dengan errornya. Mungkin banyak diluar sana.

Apa pun…simpannnnn.

Tangan gatal…(2)

Error Yang Bukan Error

Bukan ku minta cacat begini, siapa punya kerja aku tak pasti, wajah ku cantik sudah hilang seri, angkara tangan yang gatal atau pun dengki, apakan jadi dengan nilai diri, 20 ada sen pulak dicuci, mujur duacongkak masih sudi, menyimpan diriku sebagai koleksi, didalam blog untuk diperhati, sekadar dilihat tapi error tak gerenti.

pic 1

pic 2

 Sedih sungguh aku rasa, kecacatan ku ini amat ketara, apa salah dan apakah dosa, sekeliling bangunan ku habis dirata,

Inilah dikatakan Tangan Gatal, Rupa yang cantik habis disental, nak kata cerdik tapi baghal, apakah mungkin kerja budak nakal…?

Lagi baik Gatal Tangan, sebelah kiri atau pun kanan, sesetengah orang mudah perasan, duit masuk dan keluar jadi panduan.

 hehe…dah pun simpan..!

 

Hakisan…???

Jumpa coin 50 sen terhakis.

Lihat rupa bentuk syiling 50 sen 2007 pada bahagian tengah mukanya itu. Jelas sekali keadaan yang terhakis disebabkan oleh grinding. Duacongkak tidak pasti samada berlaku semasa tempaan atau perbuatan orang orang yang rajin termasuk tangan tangan yang gatal. Sukar untuk menentukan punca sebenar kerana kemungkinan yang tidak pasti.

Lihat pada gambar dibawah…!!

Grinding coin

 Lihat bahagian bunga raya hingga keperantaraan nilai 50. Jelas sekali mukanya telah di kikis dengan menggunakan mesin grinding. Sekiranya berlaku selepas duit ini diedarkan, sudah pasti orang yang membuatnya begitu rajin dan kretif. Tapi…mungkin juga berlaku semasa pengilangan  atau proses ‘touch up’ pada permukaan duit ini.

Hehe..apa yang penting…Simpan dulu hingga ada pengkajinya nanti.

Layannn…!!