Rotate Error

50sen 2005

Diantara jenis jenis error pada syiling yang kita temui, boleh dikatakan ianya terdapat pada kesemua syiling bermula siri 1sen hingga ke siri 50sen juga pada siri $1 keris. Berbagai jenis yang ditemui bukan saja yang ada dalam blog duacongkak malah, ramai diantara rakan bloger sudah mempamirkan jenis error yang ada diantaranya tiada dalam blog duacongkak.

Kehebatan rakan bloger yang tidak ada pada duacongkak iaitu bagi menjelaskan atau menerangkan jenis jenis error dengan nama khusus untuk numismatik serta bagai mana ianya terjadi. Sedangkan duacongkak sekadar mempamirkan jenis error dan menamakan dengan sesuka hati tanpa mengambil kira istilah yang sepatutnya sebagai pemberi maklumat. Dari perbuatan itu membuatkan ianya lari dari topik yang sepatutnya atau mengelirukan pembaca untuk mengenali jenis error yang tepat.

Semoga pengunjung yang dari pelbagai lapisan masyarakat samada yang berpengaruh, bangsawan, hartawan, dermawan, cendikiawan, yang ada anugerah dan gelaran, juga kepada rakan rakan yang baru atau yang lama termasuk rakan rakan FB, duacongkak mohon maaf lebih lebih lagi kepada persatuan Numismatik yang berdaftar.

Kalau salah harap ditegur dan sedia menerima sebarang teguran. Yang baik akan diikuti dan yang silap akan cuba diperbaiki.

DSC_0113a

Merujuk pada gambar yang diterbitkan kali ini duacongkak ingin pamirkan sekeping syiling 50sen yang ada sedikit kecacatan iaitu kedudukan wau yang tidak pada yang asalnya.  Bila dilihat ianya dinamakan sebagai rotate Die Error dimana kedudukan wau tegak pada jam 12.00.

Diantara jenis jenis rotate bagi syiling Malaysia, untuk siri 50sen agak berkurangan berbanding dengan siri 5 sen, 10sen dan 20sen. Ini kerana dalam simpanan duacongkak sendiri tidak banyak walau pun sering membuat pertukaran dengan RM100 setiap bulan. Berbeza dengan jenis error lainnya seperti Die Chip atau minor Die Crack yang mudah ditemui.

DSC_0115c2

Gambar atas adalah kedudukan rotate yang dimaksudkan dimana arah wau tegak.

DSC_0113a-a1

Gabungan gambar kedudukan syiling rotate dalam jeket kuning.

Apa pun layan dulu.

Advertisements

Lawan Arah

50sen 2001 lawan arah

Apa sahaja kelainan yang ditemui pada setiap syiling keluaran Malaysia, tidak kira ianya terbaru atau yang sudah lama adalah berkaitan dengan kecacatan yang ditemui. Berbagai kecacatan kita dapat lihat dari setiap syiling yang beredar dan digunakan setiap hari, cuma antara kita perasan atau pun tidak sahaja. Bagi yang menggemarnya sudah pasti akan perolehi sesuatu yang menarik dan boleh dijadikan koleksi serta hobi untuk kepuasan diri sendiri. Ada diantara beberapa kolektor mencari dan menjual kepada pengumpul yang lain yang sudi untuk membeli sebagai menambahkan koleksi mereka.

Bukan semua yang kita lihat boleh dapat dengan mudah melainkan ada minat, kesabaran, ketekunan dan sentiasa rajin membeleknya barulah mendapat hasil yang dikehendaki.

Seperti 50sen 2001 yang hendak ditunjukkan ini adalah satu kecacatan yang jarang jarang kita temui dalam edaran setiap hari. Sungguh pun tempaan yang dibuat sebanyak 67,371,000 keping tapi tidak semestinya kita boleh temui dengan kuantiti yang banyak malah ianya bergantung pada nasib seseorang sahaja.

DSC_0114c

Pada bahagian muka nilai syiling ini tidak kelihatan sebarang kecacatan tapi bila kita lihat dibahagian hadapan syiling iaitu dibahagian ‘ wau ‘ baru kita tahu ianya tidak seperti biasa yang kita lihat setiap kali memegang syiling 50sen. Cuba lihat pada gambar yang ditunjukkan dibawah ini, kelihatan ‘wau’ berada pada kedudukan salah. Kebiasaan yang kita lihat iaitu kedudukan wau mesti berada pada arah jam 11.00 tapi sebaliknya bagi syiling 50sen ini kedudukannya sudah ke arah jam 9.00.

DSC_0115c1

Gambaran dibawah adalah kedudukan sebenar setiap syiling Malaysia dengan nilai muka 50sen edaran 1989 hingga 2011

DSC_0113b  

Untuk makluman pembaca juga, diantara syiling 50sen yang diedarkan pada tahun 2001 ini, terdapat juga edaran yang palsu. Ketulinan syiling ini belum diuji tapi dari mata kasar ciri ciri kepalsuan tidak terdapat padanya kerana dalam simpanan duacongkak, untuk syiling palsu 2001 agak berlainan dengan apa yang ditunjukkan kali ini.

DSC_0114c-a1

Tidak kira samada ianya palsu atau tulin tapi yang penting syiling ini adalah ROTATE ERROR yang jarang ditemui dipasaran sedia ada. Oleh itu kita dapat lihat rupa syiling ini sudah hilang seri dengan kilauan duit baru. Sebab ianya sudah berlegar dipasaran melebihi 12 tahun lamanya. Bila tiba ketangan duacongkak maka tersalutlah ia didalam jeket keselamatan yang berwarna kuning.

Apa pun layannnnn…dulu.

Apa dah jadi..??

Congkak Tegak

Pecah tabung baik baik, jangan sampai berterabur, duit error memang menarik, kalau disimpan dengan teratur.

Duit dikeluarkan habis bersepah, Myu_chii datang mencari sama, syiling 10 sen kini jumpa sudah, kedudukan congkaknya tidak sama.

Myu_chii geram habis dicakar, duit syiling pula digigit gigit, nak dapatkannya memanglah sukar, sebab errornya pelik sikit.

Dalam seribu mungkin satu, kemungkinan juga beribu ribu, selepas ini syiling perlu dicatu, takut ramai datang menyerbu.

pic 1

Syiling  2002 mudah dicari, kurang menarik kalau syilingnya pudar. Tiga serangkai diatur selari, sebagai tanda kedudukan sebenar.

Untuk apa syiling dipamirkan, tiga serangkai tiada bezanya, Nak kata error ternyata bukan, mari lihat bahagian belakangnya.

pic 2 error

 Tu dia..! Dia dah mai, mai tengok ramai ramai, bentuk duit bukannya roti canai, jangan ingat dari Hospital Permai, nak dapat duit ni terkapai kapai, bila dah jumpa terus menyeringai, benda yang pelik sudah sampai.

Kedudukan congkak kepala kebawah, duit yang error berada ditengah, entah macam mana dia boleh singgah, ditangan duacongkak yang penuh tabah, mencari sesuatu untuk diketengah, kepada mereka yang sudi menjengah. nak beri komen biarlah ramah, sedap dibaca tidak disanggah.

Untung nasib boleh dicari, hanya perlu berusaha sendiri, bila dah dapat tentu puas hati, menjadi sebahagian dari koleksi.

Permisi…!

 

WAU…!!! erroRla,RaRe…

 

Layang layang terputus talinya…

Siapa yang tahu berkaitan dengan layang layang atau pun wau bagi sesetengah tempat. Tentu sekali ramai yang sudah tahu tentang ini…dan blog ini juga bukan hendak cerita  berkaitan Pesta layang layang di Pasir Gudang Johor yang setiap Tahun ada pertunjukan pertandingan dan pamiran.

Blog ini dilahirkan semata mata hendak memenuhi masa lapang dengan kumpul koleksi. Dengan itu semua seharusnya tahu bahawa layang layang yang dimaksudkan itu sudah pasti ada pada duit syiling Malaysia dengan nilai muka 50 sen.

Pic 1

 Cuba lihat dua keping syiling ini (Pic 1) dengan nilai 50 sen setiap satu. Kelihatan kedua duanya hampir selari dan tegak. Kedua dua syiling ini ditempa pada Tahun 2005

Pic 2

 Cuba lihat pula Pic ke 2 yang ada gambar layang layang ini pula. Betulkah kedudukannya..? Duacongkak tidak ada kerja hendak terbalikkan kedudukan syiling ini semata mata mahu lihat layang layang tersebut menjunam ketanah.

Untuk pengetahuan semua…sebelum ini sudah ada bloger bloger lain yang memiliki bentuk yang sama dengan apa yang dilihat. Harap bloger yang dimaksudkan tampil…hehe. Duacongkak tidak copy yang anda punya…K. Kalau Kopi O sekali sekali minum juga, kalau Kopiko jarang sekali.

Wau nak makan cacing.

Layang layang terputus talinya.

 

duacongkak

 

salam dari duacongkak yang buat pertama kali muncul dalam blog, tujuan duacongkak muncul kerana mahu menyimpan segala koleksi buat tatapan peribadi, jenerasi duacongkak dan kepada sesiapa juga yang sudi berkongsi maklumat berkaitan hobi yang sama.

duacongkak menjadi pilihan bagi nama pada blog ini kerana satu satunya koleksi menarik yang ada dalam simpanan duacongkak seperti mana tertera pada gambar. Dua keping duit syiling 10 sen keluaran tahun 2005 ini adalah tulin dan punyai keunikan tersendiri. Salah satu congkaknya dicetak terbalik. Mungkin ada diantara pengunjung mempunyai simpanan yang sama seperti tertera tapi bagi duacongkak ianya unik dan hanya terdapat satu dalam simpanan.

Semoga pengunjung dapat perhatikan pada congkak sebelah kiri berbeza dengan kedudukan congkak disebelah kanan yang biasa kita lihat pada duit syiling 10 sen di pasaran.