mohon kemaafan…

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Saya sebagai tuan punya blog duacongkak ingin mohon jutaan ampun dan maaf setelah sekian lama tidak update atau memperdulikan blog ini.

Sekian lama saya tidak buka blog ini dan tidak dapat membukanya kerana password terlupa dan kini baru dapat buka semula. Saya dapati banyak komen komen yang diterima dan sekali lagi saya pohon kemaafan kerana tidak dapat menjawabnya. Pasti tuan tuan dan puan puan terasa seperti saya tidak ambil peduli.

Bagi yang telah memberi komen saya ucapkan berbanyak terima kasih begitu juga bagi yang sering mengunjungi blog saya. Dengan berbesar hati saya ucapkan jutaan terima kasih. Mungkin ramai yang kecewa dengan saya dan dengan hati terbuka saya terima seadanya serta sekali lagi mohon kemaafan.

Saya tidak mahu ulas panjang dan saya sekali lagi mahu ucapkan berbanyak terima kasih kerana masih ramai yang sudi kunjungi blog ini. Untuk makluman semua, apa yang saya tampilkan dalam blog ini hanyalah sekadar suka suka dan menerbitkan apa yang ada atau menjadi milik saya.

Terima kasih semua.

Advertisements

Lawatan Muzium (6)

Mereka yang GAH

perwira 1a   perwira 1a1  

perwira 1b   perwira 1b1

perwira 1c   perwira 1c1  

perwira 1e   perwira 1e1

perwira 1d   perwira 1f

Rasanya sudah cukup untuk seminggu menceritakan tentang lawatan ke Muzium ATM PD ini, kalau nak tulis dan berkongsi dengan pembaca mungkin tidak habis lagi. Banyak bahagian yang tidak dikeluarkan atau dipamirkan buat pembaca. Lebih baik pergi melawat sendiri dengan membawa anak anak lebih mendapat kepuasannya.

Hari untuk buat lawatan ditetapkan pada hari Rabu hingga Ahad bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Pada hari Isnin dan Selasa tidak dibuka kepada umum kerana penyelenggaraan yang perlu dilakukan. Dengan itu, apabila ada  perancangan untuk melawat Muzium ATM ini, elakkan pergi pada hari Isnin dan Selasa.

Selamat berkunjung dan melihat sendiri, duacongkak sekadar berkongsi pengalaman sahaja setelah mendapat peluang melawat Muzium ATM ini yang terletak di Port Dickson (PD)

Lawatan Muzium (5)

Pillbox M118

Tiba kini bahagian yang paling menarik sekali bagi sesiapa yang melawat muzium ATM ini. Amat menarik bila mendengar sendiri dari mulut orang yang lebih mengetahui tentang cerita sebenar Pillbox M118 milik Jepun yang ditinggalkan di Tanah Melayu pada ketika itu.

Apa yang menarik sangat dengan Pillbox M110 ini?

muzium atm cannon 1a

Cuba baca apa yang dituliskan melalui keratan yang ada dalam gambar dibawah ini. Segala butir alat senjata Tentera Jepun pada ketika itu dicatit untuk para pengunjung membacanya.

muzium atm cannon 1a2

Ini pula adalah apa yang duacongkak dapat dengar dari mulut PW2 yang mengiringi kami selama berada di Muzium ATM tersebut.

muzium atm cannon 1a3

Sebelum itu cuba lihat keadaan atau kedudukan ianya digunakan semasa Jepun memasuki Malaysia. Ianya adalah sebuah kereta kebal berantai yang digunakan untuk menghadapi musuh mereka ketika menyerang Tanah Melayu yang ketika itu dijajah oleh British dan tentera kita yang turut sama mempertahankan Tanah Air demi kedaulatan Negara. Tapi apakan daya, asakan dari tentera Jepun akhirnya kerajaan British serta pertahanan tentera kita gagal untuk mempertahankan kekuatan tentera Jepun ketika itu. Kehebatan tentera Jepun tiada siapa yang dapat tandingi dalam peperangan dunia ke dua. Banyak negara tewas pada tentera Jepun dan telah dijajah oleh mereka sehingga Pihak Tentera Jepun meletakkan senjata setelah Hiroshima dan Nagasaki di bom dengan bom atom.

Berbalik semula dengan cerita dari mulut PW2, menurut apa yang dia ceritakan, semasa terjumpanya Pillbox M118 yang tertanam didalam paya di Negeri Selangor, (baca maklumat dalam keratan tulsan yang ada) pihak Jepun ada datang untuk pengesahan dan ternyata ianya benar milik mereka. Dari apa yang duacongkak dengar, terdapat dua buah M118 ini tertanam didalam paya dan hanya satu dapat dikeluarkan. Masih ada sebuah lagi yang belum berjaya dikeluarkan kerana berbagai masalah dihadapi semasa proses menggali untuk mendapatkannya. Termasuk dengan apa yang telah ditemui dan dipamirkan ini, pelbagai cabaran telah ditempuh sehingga akhirnya Pillbox M118 ini berjaya dikeluarkan.

Dari apa yang diceritakan juga, Pillbox M118 kedua masih cuba untuk dikeluarkan dan didalamnya ada rahsia yang amat berharga untuk dibongkarkan. Ini kerana dari apa yang difahami iaitu, Pillbox M118 kedua ditanam dengan seorang gadis yang masih hidup bersama harta yang tidak diketahui nilainya. Sehingga tarikh kunjungan duacongkak ke Muzium ATM ini, Pillbox M118 masih belum berjaya dikeluarkan dan mungkin juga sehingga blog ini ditulis ianya masih belum dapat dikeluarkan.

Untuk mendapatkan cerita yang lebih sahih dan jelas, lebih baik sesiapa yang berminat boleh buat kunjungan di Muzium ATM PD ini dan dengar sendiri cerita dari mulut mereka yang lebih arif. Apa yang ditulis oleh duacongkak hanyalah ringkasan dari maklumat yang diperolehi semasa lawatan tersebut.

Cerita yang ditulis ini hanya tergantung dan tiada keputusan kerana khuatir ianya jadi kesalahan fakta maka akan jadilah pula auta. Untuk kepuasan maka buat lawatan kerana banyak lagi yang ada didalam Muzium tersebut yang jika ditulis pasti jemu pula para pembaca dengan blog duacongkak ini.

Akan datang duacongkak hanya keluarkan gambar tanpa cerita panjang panjang.

tqvm

 

Lawatan Muzium (4)

Bahagian dalaman 1

Sebelum ini ditunjukkan bahagian luar dan juga bahagian terowong dan kini ditunjukkan bahagian dalaman pula dimana sejak awal pengunjung di temani oleh:

PW2

Mohd Nazir bin Abd Manaf

Beliau tanpa rasa jemu dan nampak ceria membawa para pengunjung Muzium Tentera Darat PD sambil memberi penerangan satu persatu. Dengan layanan beliau pada hari itu, kumpulan kami terasa amat terharu dan sentiasa mengikutinya sambil mendengar segala penerangan yang diberikan. Ada juga diantara penerangannya tidak dapat didengari kerana kekadang terlepas kerana duacongkak terpaksa ambil gambar untuk dijadikan kenangan dan dimuatkan dalam blog ini sebagai ingatan. Kiranya tidak dituliskan sudah pasti ianya akan lupa dan hanya tinggal gambar sebagai kenangan.

muzium atm 2a1

Dimuka pintu Muzium tingkat bawah ini kita dapat lihat gergaji yang menggunakan injin yang cukup besar. Mungkin ramai yang belum pernah lihat gergaji ini yang pernah digunakan oleh tentera kita semasa memasuki hutan dan cuba bayangkan, bagai mana mahu membawa gergaji ini meredah hutan belantara semasa operasi mencari, menjejak atau menyerang musuh. Itu semua tidak penting untuk difikirkan kerana pasti ada caranya tapi yang menariknya iaitu selama ini kita hanya lihat gergaji yang kecil sahaja yang boleh diangkat oleh seorang individu. Mungkin bagi penebang balak, gaji seperti ini biasa digunakan oleh mereka. Apa pun duacongkak tidak pasti ya atau tidak.

muzium atm 2

Bahagian dalam kita akan lihat berbagai jenis peralatan senjata yang digunakan sejak zaman British lagi hingga yang terkini. Namun begitu, duacongkak hanya berkongsi gambar dengan pengunjung blog sebahagian sahaja dan selebihnya disarankan agar dapat tuan tuan, puan puan pergi sendiri kerana banyak ilmu yang kita perolehi.

muzium atm 2a2   muzium atm 2a3

Selain peralatan senjata, kita disajikan juga barangan dapur periuk belanga yang diperbuat dari perak dan ada yang dibuat dari tembaga.

muzium atm 2a4

Tidak ketinggalan juga peralatan pejabat yang digunakan oleh Kerajaan British. Bagi peminat barang lama sudah pasti terpesona dan mungkin juga ramai para kolektor barangan lama turut ada menyimpannya. Ketika inilah duacongkak mula jauh dan tertinggal dari mendapat cerita dari mulut PW2 kita kerana begitu asyik dan terleka sekali menatap satu persatu barangan lama ini.  Almaklum saja kerana jarang dapat lihat didepan mata. Sambil lihat sambil menghayati semua barangan lama ini.

muzium atm 2a6

Sikit saja yang dapat duacongkak pamirkan dalam blog ini kerana masih banyak lagi koleksi lama yang ada di Muzium sejak zaman British diikuti zaman Jepun dan seterusnya ke zaman komunis di Malaya/Malaysia.

muzium atm 2a7

Begitu juga dengan senjata dari gambar bawah ini, ianya adalah milik  Tentera Jepun yang pernah menjajah negara kita dan sebahagian dari peralatannya duacongkak selitkan dalam blog ini untuk tontonan semua.

muzium atm 2a8

Gambar terakhir untuk kali ini diperlihatkan mata wang yang pernah beredar dalam negara kita ketika penjajahan Tentera Jepun. Walau pun hanya tiga keping yang dipamirkan, sudah cukup memberi makna kepada para pengunjung terutama bagi pengunjung muda atau kanak kanak sekolah mengenali rupa bentuk duit  kertas Jepun ini. 

muzium atm 2a9

Inilah serba ringkas yang dapat duacongkak berkongsi untuk post kali ini kerana post yang akan datang mungkin lebih menarik dari apa yang telah diterbitkan.

Tunggu sambungannya lagi.

Lawatan Muzium (3)

sambungan

Terowong PKM

Sebelum ini sudah diterbitkan sempena lawatan ke Muzium ATM Port Dickson dan mengisahkan tentang bahagian luaran dan kali ini, duacongkak ingin membawa para pembaca dan pengunjung blog duacongkak ke dalam Terowong PKM atau dikenali sebagai Terowong Parti Komunis Malaya yang terdapat di Muzium ATM ini.

Untuk pengetahuan pengunjung blog semua, Terowong PKM ini adalah replika sahaja dan ianya dibina sebagai mana bentuk asal Terowong yang ditemui oleh pihak keselamatan di zaman komunis dahulu. Maaf kerana duacongkak tidak mencatit tempat asal Terowong PKM ini kerana berjauhan dengan sumber yang menunjuk arah.

muzium atm trowong 1a8b

muzium atm trowong 1a8a

muzium atm trowong 1a

Muka pintu Terowong PKM yang sempit dan sesuai dilalui untuk seorang sahaja. Tidak sesuai kiranya berjalan beriringan semasa masuk atau semasa berada dalam Terowong PKM tersebut. Didalam Terowong PKM ini kita dapat lihat bermacam macam peninggalan dan bahagian penting yang digunakan oleh anggota PKM.

muzium atm trowong 1a1

Sebahagian senjata api yang digunakan oleh pihak Komunis Malaya semasa menentang kerajaan ada dipamirkan didalam terowong ini.

muzium atm trowong 1a2

Jenis senjata api yang digunakan pun sepertinya belum pernah dilihat melainkan sekiranya kita pergi buat lawatan disana.

muzium atm trowong 1a3

Terdapat juga beberapa dokumen hasil rampasan oleh pihak keselamatan dan dipamirkan disitu.

muzium atm trowong 1a4a

Gambar atas adalah bilik rawatan untuk anggota PKM yang mengalami kecederaan atau mereka yang memerlukan rawatan kerana jatuh sakit seperti demam atau apa sahaja sakit yang perlukan rawatan.

muzium atm trowong 1a5

Gambar atas pula adalah bentuk tempat tidur yang disediakan dalam terowong atau tempat mereka berehat. Semasa duacongkak melintasi kawasan ini sememangnya gelap dan memerlukan lampu picit kerana lampu yang ada didalamnya agak samar samar. Memang menyeramkan bila kita sedar disebelah kita ada orang sedang terbaring sekali pun orang itu adalah sebuah patung menyerupai manusia. Al maklum sahaja tempat gelap dibawah tanah pula.

muzium atm trowong 1a7

Ini pula adalah bentuk bilik mesyuarat yang ada dalam Terowong itu.

muzium atm trowong 1a6

Sebelum kita sampai dibilik mesyuarat tersebut, kita akan temui sebuah lagi terowong iaitu cabang didalamnya. Motor sikal yang diletakkan itu menghalang bagi pengunjung memasuki kawasan tersebut kerana ianya sedang dibaik pulih dan apa yang ada didalamnya duacongkak tidak pasti. Tapi, dari apa yang diceritakan oleh Tuan pandu arah, terowong tersebut tidak digalakkan masuk kerana sebelum ini sudah ramai yang jumpa benda yang bukannya untuk pamiran. Malah ada kalangan pengunjung menjerit jerit seperti histeria dan terpaksa dibawa keluar dengan kadar segera dari lorong tersebut.

Semasa duacongkak sampai dipersimpangan ini pun sudah terasa meremang bulu roma, tapi tidak dihiraukan kerana waktu itu ramai kawan kawan yang ada bersama.

Terowong ini akan keluar melalui pintu kedua dan ianya akan sampai kebahagian hutan dan dikenali sebagai Kampong Ikhtiar Hidup.

Inilah serba sedikit pembakar semangat kepada para pembaca untuk datang sendiri dan buat lawatan terutama bagi mereka yang kerjayanya sebagai pendidik atau bahasa mudahnya seorang guru. Boleh buat rombongan bawa anak murid melawat tempat bersejarah ini. Tidak rugi kita mengenali sejarah negara sendiri.

Akan datang duacongkak bawa pengunjung blog kedalam bangunan Muzium ATM pula.