gegar 76

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG

kalau sudah rezeki namanya, dengan pertukaran sebanyak RM35 ringgit boleh dapat siri DDR 76, sebelum ini beratus ringgit pun sukar ditemui DDR sebegini.

Tidak terlintas dalam fikiran boleh terjumpa DDR 1976 oleh sebab tempoh masa yang terlalu lama dan tidak mungkin ianya boleh ditemui lagi melainkan bagi siri DDR 2008 atau pun DDO 2009. Sambil membelek satu persatu tumpuan diberi pada siri 2008 dan 2009 yang juga sukar ditemui lagi, tanpa diduga 1976 yang muncul.

Pucuk dicita ulam mendatang.

DSC_0562a

Melihat pada keadaan duit syiling ini sudah tidak berseri lagi, namun sebagai contoh dan panduan untuk jenerasi akan datang lebih baik ada dari tiada, sekurang kurangnya dapat lihat bagai mana bentuk yang dikatakan DDR 1976

DSC_0561a

Gambar atas adalah bahagian riverse 1976 yang berlaku cetakan berganda. Kita dapat lihat dengan jelas pada tulisan MALAYSIA begitu juga pada bahagian kepala angka ‘ 5 ‘ untuk nilai muka syiling ini. Seterusnya kesan gandaan juga dapat kita lihat pada cetakan tahun iaitu 1976.

Memang menarik bentuknya dan begitu unik sekali dipandangan mata lebih lagi bagi para peminat syiling cetakan berganda, untuk siri parlimen agak susah nak jumpa melainkan kita ada modal dengan cara membeli sahaja.

Bagi duacongkak modal hanya ciput, nak membeli rasa takut takut, sebab lebih utama mahu isi perut, jangan pula sangka diri ini kedekut, buat koleksi pun cari mana yang patut, tidak boleh sangat ikut ikut, nanti kepala sendiri yang serabut, belum cukup bulan sudah kena ikat perut.

DSC_0561a2

Keratan gambar pada bahagian gandaan yang dapat kita lihat.

DSC_0561a1

Cantik, menarik, tertarik, fantastik. sudah masuk dalam plastik.

DSC_0561a3

Untuk siri syiling berganda ini kita boleh temui pada tahun lain juga dan setakat ini belum ada senarai rasmi dari pihak Numismatik Malaysia sebagai rujukan. Semoga disuatu hari nanti pihak yang berkaitan Numismatik Malaysia yang berdaftar dapat menyenaraikan dalam buku dan diiktiraf dengan rasminya sebagai satu koleksi kepada seluruh peminatnya. Begitu juga dengan siri duit syiling ralat atau pun cacat. Setakat ini penggemar hanya sekadar membuat rujukan melalui blog yang ada dan kebanyakannya masih belum lengkap. Contohnya blog duacongkak sendiri belum mempunyai jenis error yang lengkap dan terpaksa merujuk pada bloger lainnya malah, nama jenis error pun kurang arif.

Setakat boleh dibaca dan dilihat sahaja.

Apa pun…!

TQVM

50sen 2002 TDR

Kisah semalam…

 23/09/2013 

Semasa pergi kesebuah bank atas urusan peribadi ternampak bungkusan syiling di kaunter semuanya 50sen sebanyak rm34. apa lagi, tanpa buang masa terus minta tukar dari kerani. Seronok tidak terkira dan apabila balik terus sahaja menjalankan pencarian dengan satu persatu dibelek dan di teropong dengan kanta. Dalam masa yang singkat kesemua duit syiling itu habis discan dan hasilnya cuma… 

Lihat gambar dibawah

penemuan pertama

DSC_0549a

Gambar atas sekeping syiling tempaan tahun 2002, sekali lihat sepertinya tiada apa yang menarik tapi bagi seorang kolektor sudah pasti nampak jelas ianya perlu diambil dan disimpan sebab tidak banyak yang boleh ditemui diedaran. Syiling ini salah satu variety yang digemari iaitu dikenali dengan BIG ” O “. Boleh lihat pada angka 50 dimana angka “0” bersaiz besar.

Bawah pula penemuan ke dua

DSC_0553a

Apa yang pelik disini adalah, tempaan tahun 1998 dimana salah satu variety yang dinamakan BIG 8. Siri ini juga agak berkurangan di edaran semasa kerana  ianya sukar ditemui, hanya nasib sahaja yang menentukan.

Gambar ketiga syiling tempaan 2002. Yang ini hanyalah syiling edaran biasa yang dapat dilihat dalam edaran setiap hari sebagai contoh untuk dibuat perbandingan diantara BIG 0 dan satu lagi penemuan yang tidak diduga. Cuba lihat gambar seterusnya.

DSC_0542a

Gambar keempat dibawah adalah siri tempaan tahun 2002 juga dan ianya adalah penemuan pertama bagi duacongkak untuk dijadikan satu koleksi. Dengan penemuan ini makanya duacongkak muatkan dalam blog sebagai panduan dan ingatan.

DSC_0545a1

Dimana keunikan pada syiling ini…mari kita lihat sama sama pada keratan gambarnya.

DSC_0545a11   DSC_0545a12

Keratan pada tulisan BANK NEGARA MALAYSIA. Kalau kita ambil contoh pada syiling tempaan 2002 yang biasa kita lihat adalah bentuknya yang tajam dan timbul dengan jelas. Berbeza dengan apa yang ditemui kali ini dimana pada tulisan tersebut ianya lebih lebar terutama pada tulisan NEGARA MALAYSIA. Pada tulian ini juga apa yang dapat dikesan iaitu pada huruf ” A ” untuk NEGARA dan ” M ” untuk MALAYSIA. Pada huruf tersebut sepertinya ada tiga bentuk garisan menandakan ianya berlaku pada DIE itu sendiri dan tidak mungkin ianya satu atau dua gerakan semasa proses tempaan sebagai mana siri ” gegar ” yang pernah diterbitkan. 

DSC_0545a13    DSC_0545a2-a1

Contoh yang dapat dilihat dengan tanda anak panah pada bahagian yang dimaksudkan.

DSC_0545a4a

Selain pada huruf kita boleh juga lihat pada bahagian debunga. Kebiasaan yang dilihat iaitu debunganya hanya berbentuk satu DOT tapi bagi siri ini ianya lebih panjang dari biasa seolah olah ianya lebih dari satu, samada dua atau pun tiga. Bila ada penemuan yang berikutnya dalam bentuk yang sama bermakna ianya adalah satu variety untuk Double Die bagi syiling 50 sen 2002 dan boleh  disenaraikan sebagai Triple Die error Riverse ( TDR ).

Apa pun simpannnnn…dulu.

10 sen di bahagi 2

10 sen 1982

Telah sekian lama menyepi dengan blog tidak terisi, tentu ramai yang ternanti nanti, apakan daya segalanya tidak menjadi, toleh kekanan toleh kekiri, banyak kerja yang perlu dihadapi, hinggakan hobi tidak diperduli, mungkin keluaran kali ini, entah bila akan diterbitkan lagi, segalanya belum pasti.

Die Crack RtoR yang menyerlah ditengah tengah pernukaan duit syiling tempaan tahun 1982 siri Parlimen ini amat menarik sekali, sayangnya disebabkan terlalu jauh dia merantau hingga melebihi 30 tahun, maka keadaan yang diperolehi amat menyedihkan. Sepatutnya dari awal kelahiran, ianya dijaga dan dibela dengan baik, tapi apakan daya…setiap tangan yang menerimanya tidak memahami akan kesusahan yang dia hadapi. Keadaan dirinya sudah hampir terputus dua namun tangan tangan masih membiarkan ianya beredar kesana sini. Bila sampai ketangan duacongkak, terasa kasihan pula dan terus diambil dan akan diberikan baju serta letakkan dalam rumah yang sederhana.

DSC_0420a

Beginilah kecederaan yang dihadapi oleh sekeping syiling tempaan tahun 1982, dari apa yang diperhatikan, ianya tidak menyendiri, pasti ada rakan rakannya yang lain dan masih beredar kesana sini, mujur sekiranya rakan rakan lain sudah diselamatkan oleh seseorang…kiranya diselamatkan sejak awal sudah pasti rakan yang lain masih cantik, bersih, menyerlah dalam baju yang lebih mahal dan dijaja kesana sini dengan nilai yang tinggi.

DSC_0421a

Amat jarang kita temui keadaan belahan yang amat ketara sebegini dan bagi duacongkak, ini adalah buat kali pertama dilihat bagi sekeping syiling 10sen tempaan 1982 siri Parlimen. Sebelum ini dipamirkan 10sen siri bunga raya tempaan tahun 2005 dan ada juga untuk tahun 2006 oleh rakan bloger dan rakan muka buku. 

Apa pun layannnnn…dulu.